Chapter 23

Romance Series 14668

Langkahku terhenti lalu mengerut kening teringat kejadian tadi. 'Apa maksud Airil?'soalku perlahan

•Flashback•

"Tak apa biar aku teman"

Aku terus memandang Airil tanda tidak percaya sempat aku mengerling muka Anaqi yang beriak biasa tanpa perasaan.

"Okay"balasku mengikuti Airil dari belakang

Setibanya di kelasku , aku melihat tiada seorang pun pelajar.'Riz dengan El nak kenalah...suka hati je tinggalkan aku'rungutku di hati.

"Ni balik naik apa?Riz telefon aku tadi...dia kata dia dah sampai rumah dah"bagitahu Airil memandang aku yang sedang mengemas alat tulis.

"Err saya jalan kaki"balasku sedikit ragu entah kenapa berasa tidak sedap hati.

"Okay.Aku hantar kau sampai depan pagar sekolahlah...kita orang balik lambat harini nak siapkan kerja kumpulan"Aku menggalas beg berjalan keluar dari kelas dengan wajah simpati memandang Airil.

Airil memandang kosong ke arahku lalu mengangkat kening.

"Saya..."Kata-kataku terhenti. 'Betul ke apa aku buat ni,dulu ada along dengan angah sekarang diorang dah tak ada kat sekolah ni...tak akan aku nak tunggu pula'getusku dalam hati

"Aara.Kenapa?"tanya Airil dingin melihat keresahan di mukaku.Bukan Airil tak tahu adik si Zafran dengan Zemir ni suka berahsia sebab itulah mereka berdua menyuruh kami tengok-tengokkan adik kesayangan mereka ini.

"Tak ada apalah...jom"Langkahku terhenti apabila Airil menarik beg aku.

Aku terdiam melihat wajah serius Airil walaupun dah biasa.'Dia nak marah aku ke?Rasanya aku tak ada buat salah pun...ish susahlah kalau jumpa spesies macam along ni'sempat aku kutuk Airil yang sedang memandangku lama.

"Kau nak cakap apa tadi?"soal Airil kembali

"Saya ingat nak balik dengan korang"jawabku sedikit malu.Mukaku sudah terasa bahang.

"Sorry tak bolehlah Aara...kau tahukan kita orang bertiga lelaki tak ada perempuan"kata Airil mendatar.Tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.

Aku dah agak memang tak boleh.Aku menjatuhkan kepala tanda faham dan mula mengikuti langkah Airil sehingga tiba di depan pagar sekolah.

"Good luck malam ni.Jangan heart attack pula"
terus Airil melangkah pergi ke kelas semula.

•End Flashback•

Aku memandang kiri dan kanan sebelum melintas jalan raya.

Buk!

Aku mengigit bibir menahan sakit akibat jatuh di atas jalan tar.Aku bangun pantas bergerak ke tepi jalan apabila perasan kehadiran kereta meluncur laju ke arahku. Terduduk aku di tepi jalan dan melepaskan nafas lega kerana sikit lagi aku dilanggar.

"Kenapalah liat sangat kau nak mati eh?"

Aku menoleh ke arah suara dan tepat sekali , Geng Girly.

"Dah korang nak aku mati pada hari yang salah"jawabku selamba.Senyum sinis menghiasi bibirku.

Aku bangun perlahan-lahan menuju ke mereka bertiga dan terhenti di hadapan Hana.

"Kau patutnya berubah jadi baik bukan berubah macam perangai orang tak ada otak untuk berfikir macam ni"Tergamam Hana mendengar kata-kataku tanda tidak percaya.Sofeya dan Nadia mendiamkan diri sahaja.

"Kembar kau memang tak gunakan! Mulut tak boleh senyap!"jerit Hana kuat.

"Well kau yang membesar dengan dia dari kau kecikkan? takkan aku nak menafikan pula...so kau lebih kenal dia dari aku"balasku terus menuju ke rumah keluarga Anaqi.Aku sempat menoleh ke belakang dan bayangan mereka bertiga sudah hilang dari pandanganku.

"Ish nasib baik aku pakai pakaian sukan harini.Tapi seluar kesayangan aku dah koyak.Kau yang tak guna Sofeya ish"bebelku sendirian. Yes ! Sofeya yang menolakku....

Aku menadahkan tangan dan langkah dihentikan

"Semoga mama dengan Rayyan ada kat bilik dan tak keluar dari bilik...ameen"kataku lalu meneruskan langkah untuk masuk ke dalam.

"Ha lambat balik?"sergah angah yang sudah berdiri di hadapan pintu.Aku mengerling ke kereta along dan angah terus menelan air liur. Asal aku tak perasan eh?

"Rara masuk bilik dulu eh? Nak mandi"terus berjalan laju ke bilik yang terletak di sebelah tangga.

"Auch!"adu sakit apabila ada tangan memegang tapak tanganku.Aku memandang gerangan terus badanku menjadi kaku.

"Eh along.Awalnya along balik"balasku ceria seperti tiada apa yang berlaku.

"Memang nak kena along tanya dulu ke?"soal along dingin.Aku mula menundukkan pandangan dengan air mata bergenang.'Rara rindu along'luahku cukup dalam hati sahaja.

Along mengeluh kasar melihat air mataku jatuh.Ini yang buat along menjadi lemah.Jujur dia pulang awal ke rumah kerana mahu membawa Aara keluar mencari baju untuk makan malam ini tapi lain pula yang jadi bila melihat seluar adiknya sedikit koyak di bahagian lutut dan kedua tapak tangan Aara luka seperti terseret batu-batu kecil.

"Apa jadi sebelum Rara sampai sini?"tanya along membawaku ke bilikku dan mengambil first aid kit lalu melabuhkan punggung di birai katil sebelahku.

"Hana"jawabku ringkas.Aku mengerling ke arah along yang mula mengelak daripada memandang anak mataku.

"Tak nak cakap apa-apa ke pasal Hana?"Aku mengesat air mataku dengan kasar dan memandang wajah along lama.

Terkelu lidah along mendengar pertanyaan yang keluar dari mulutku pantas mengawal wajah dengan beriak biasa dan meneruskan rawat luka di kedua tapak tanganku dan kedua lututku.

"Dah siap.Along keluar dulu"Aku hanya memandang pemergian along sehingga pintu bilik ditutup rapat.

"Sampai bila along nak rahsiakan perkara ni dari Rara huh"keluhku penuh dengan kekecewaan lagi dan lagi.

******************************

Tok ! Tok ! Tok !

"Kak Aara oh Kak Aara.Rayyan dengan Cik teady datang nak jumpa Kak Aara ni"jerit Rayyan kuat sambil memeluk teady bear di hadapan pintuku.

Aku tersedar dari lena mendengar jeritan Rayyan seperti nak terkeluar anak tekaknya.Sebenarnya , lepas membersihkan diri dan membaringkan tubuhku ke atas katil setelah menunaikan solat fardhu Asar terus tertidur disebabkan keletihan.Aku menyarungkan tudung bawal yang sudah siap digosok lalu membuka pintu.

"Ya Allah Rayyankan Kak Aara cakap jangan jerit"marahku dengan suara baru bangun tidur

"Teady cakap sama-sama tau.One two three"
balas Rayyan memandang teady bearnya

"Sorry"sambung Rayyan lalu mengangkat teady bearnya ke arahku dengan melatar belakangkan suara comel Rayyan.

Tergelak kecil aku melihat gelagat si Rayyan meminta maaf seperti itu.Aku meluaskan bukaan pintu dan pintu dibiar terbuka.

Aku kembali duduk di katil dan mengambil telefon.Rayyan duduk bersila di sebelahku dan sambung bermain dengan teady bearnya.

Aku mengerut kening membaca mesej dari El.

Crazy friend

Crazy friend
Jumpa malam nanti Aaraku sayang

Me
Kau dah kenapa? Gila?

Crazy friend
Tengoklah malam nanti...kau ke aku yang jadi gila

Aku menutup telefon lalu memandang Rayyan yang sibuk berbual dengan Teady bearnya.

"Rayyan...malam ni ada apa?"saja aku bertanya kepada Rayyan.

"Hari isti...isti...istimawa Kak Aara"berbelit lidah Rayyan mahu menyebut 'istimewa'. Nasib baik aku faham maksudnya.

"Kenapa pula?"soalku berasa hairan

"Abang Isan kata jangan bagitahu kalau tak nanti Abang Isan nak culik Cik teady supaya jauh dari Ayyan"balas Rayyan suara sedikit perlahan.
Sedih !

Aku mengarukan kepala.Nampak macam semua orang tahu cuma aku je tak tahu lagi...

"Aara Elina !"

Aku terkejut pantas menoleh gerangan yang berada di pintu. Aariz Elvin.'Ni lah sorang.Memang teringin rasa penampar aku agaknya...asal panggil nama aku mesti menjerit'kataku dalam hati .

"Kau pahal ?"marahku sambil memberi pandangan tajam ke arah Riz.

"Saje"balas Riz ringkas dan membalas pandanganku dengan beriak tidak bersalah.

Mataku beralih ke arah pakaian yang di pegang oleh Riz.Cantik!

"Siapa punya tu?"soalku menunjuk pakaian di tangan Riz.

"Untuk kau lah.Nah pakai malam ni okay.Bye"Mataku bersinar memandang pakaian itu.Simple but nice!

Aku mengerling jam dinding sekilas.

6:30pm

Jantungku mula berdengup laju saat melihat pakaian itu seperti ada maksud disebaliknya.

"Janganlah tenung baju tu lama-lama...malam nanti Rara juga yang pakai"tegur along.Tangannya dimasukkan ke kocek seluarnya dan berwajah dingin. Mungkin masih tidak puas hati kerana aku tidak memberitahu kejadian berjumpa dengan Geng Girly itu.

Tersenyum malu aku mendengar teguran along.

"Mama dengan daddy mana?"soalku hairan.Pelik sungguh orang dalam rumah ni harini.

"Kat rumah keluarga Dirah"Jawapan along mengingatkan aku tentang status hubungan dia dengan Anaqi. Huh sepupu?

"Malam ni dia ada juga tau...jadi jaga perangai Rara"pesan along sebelum melangkah pergi.Aku menutup mata menahan amarah mendengar pesanan along.

"Aku je kena jaga perangai? Minah diva tu tak payah? Banyak cantik perangai kalau okay tak apa.Ni macam bontot kuali je aku tengok...
buruk!"omelku sendirian

Rayyan yang mendengar omelanku terus terkekeh-kekeh gelak.

"Kak Dirah macam bontot kuali yang hitam tu ke Kak Aara?"kata Rayyan diselangi tawanya yang masih tersisa

Aku membuntangkan mata terus memandang Rayyan.Dia faham siapa yang aku maksudkan? Ha sudah !

"Rayyan jangan bagitahu yang lain okay? Kita-kita je"pintaku sedikit cemas melangkah ke arah Rayyan.

"Okay...Ayyan janji"jawab Rayyan sambil mengeluarkan jari kelingking kecilnya.Aku laju membuat pinky promise itu.

"Ayyan pun pernah anggap dia macam bontot kuali Kak Aara...buruk!"Rayyan kembali tawanya yang terhenti.Macam lawak sangat je ayat aku tadi padahal tak pun.

Aku tercengang mendengar kata-kata selamba Rayyan.

Ya Allah adik siapa ni?

******************************

Tok ! Tok ! Tok !

Aku membuka pintu lalu memberikan senyuman manis kepada mama Anaqi yang memandangku tidak berkelip.

"Cantiknya Rara"

"Thank you mama"balasku dan melangkah ke arah katil mengambil beg tangan menuju keluar dari bilik.

"Mana yang lain mama?"tanyaku pelik ruang tamu sunyi seperti tiada orang.

"Yang lelaki semua dah ada kat sana...mama dengan Rara je belum lagi"Aku menjatuhkan kepala tanda faham.

"Jom"Aku dan mama Anaqi membaca doa naik kenderaan sebelum memulakan perjalanan.

"Maksu kamu pun ada kat rumah sana tau"kata mama Anaqi yang sedang memandu bagi mengurangkan rasa janggal.

"Rumah sana tu rumah siapa mama?"soalku memandang mama Anaqi

"Rumah Dirahlah...rakan sekelas Rara tu"Aku hanya memberikan senyum tak beberapa ikhlas mendengar nama itu.

Selepas 30minit , akhirnya sampai destinasi kami.

"Assalamualaikum !"ucap mama Anaqi sedikit kuat terus melangkah masuk ke dalam. Aku mengikut sahaja langkah mama Anaqi dari belakang.

"Waalaikummussalam"jawab semua penghuni di dapur termasuk Dirah.

"Ha sampai pun...jempun makan dulu...baru kita teruskan majlis pertunangan diorang"Hati aku berdetak kuat rasa mahu menangis. 'Dirah nak bertunang ke?Dengan siapa?'soalku dalam hati sahaja.

"Meh duduk sini sebelah Dirah"kata mama Dirah lembut sambil menepuk kerusi yang masih kosong.Aku melabuhkan punggung di situ dan bermulalah makan malam kami.

"Ehem!"

Semua memandang gerangan yang berdehem , ayah Dirah kot.Aku tak kenal hehe.

"Semua dah selesai makankan?"Semua mengangguk tanda sudah.

"Jom ke ruang tamu"kakiku mula terhenti melihat dua dulang dan mempunyai dua bentuk cincin di atas satu dulang yang berbeza.

Aku melihat keluarga Haris dan keluarga Dirah sudah mengambil tempat dan memulakan adat pertunangan dengan berpantun.

Korang terkejutkan? Aku lagi terkejut hahaha...

Selesai sahaja sesi sarung cincin , Anaqi bersuara.

"Maaf.Izinkan Izzat berbual dengan Aara sekejap dekat luar terlebih dahulu.El nanti temankan Aara kat luar sekali"pinta Anaqi terus melangkah keluar . Mataku terkebil-kebil memandang susuk tubuh yang sudah hilang dari pandangan.

"Aara...jom"El menarikku untuk berdiri lalu membawaku keluar.

"Tu pergi...goodluck"kata El dan diakhri dengan kenyitan mata sambil menunjuk susuk tubuh Anaqi yang sudah duduk di pondok kecil dihiasi taburan bunga mawar .

Aku melangkah perlahan dan melabuhkan punggung di hujung belah kiri manakala Anaqi di hujung belah kanan.

"Sorry agak mengejutkan.Aku nak bagitahu kau sesuatu ni"kata Anaqi mulakan perbualan walaupun sedikit gugup.

"Apa dia?"tanyaku sedikit gementar tanpa memandang Anaqi.Anaqi juga melakukan hal yang sama.

El tergelak kecil melihat aku dengan Anaqi berbual dari jarak jauh. Ibarat El dan dua orang lagi muat untuk menyelit duduk di situ.

"Sejak kau jerit panggil aku tu.Aku mula sukakan kau tapi aku tak tahu sama ada suka sahaja atau suka...sayang dan cinta"Anaqi menarik nafas dan hembus dan kembali bersuara

"Dan sekarang bersamaan dengan 10 mac 2020.Aku dah tahu jawapan yang aku tertanya-tanya selama ni"sambung Anaqi sedikit getaran dihujung suaranya menyapa telingaku.

"Apa jawapannya?"soalku sedikit gelisah.'El help me...jantung aku dah nak terkeluar ni!'jeritku dalam hati

"My answer is love. Love you as my baby girl and I want you to be mine"ucap Anaqi senafas sahaja.Matanya mula memandang ke arahku.

"Sudi tak jadi gadis pujaan kepada Izzat Anaqi selama-lamanya...sehingga berakhirnya nafas seorang lelaki bernama Izzat Anaqi?"

Terkedu aku mendengarnya lalu membalas pandangan Anaqi.Anak mata kami bersambung mencari kebenaran sesama sendiri.

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience