Aku menyandarkan diri di kepala katil. Aku melihat kaki kiriku yang terseliuh lalu disentuh.
"Macam dah baik" Aku menggerakkan kaki kiri perlahan-lahan. Tak sakit dah ? Yeay!
Krek~
Doktor Alana masuk untuk memeriksa suhu badanku.
"Alhamdulillah. Best tak duduk hospital 3 hari?"sindir Doktor Alana sebagai maksuku.
"Best ! Layanan tiptop !"jawabku tersenyum suka memandang wajah menyampah Doktor Alana.
"Banyaklah kau. Lepas ni dah boleh berambus ya adik manis. Jangan sakit-sakit lagi"pesan Doktor Alana lalu mengatur langkah keluar dari wadku.
Ting !
Aku mengambil telefon dan membuka mesej itu. Yes ! Telefon aku yang haritu cuma retak je , jadi tukar skrin protector sahaja
Headprefect Aye?
Kejap lagi aku dengan yang lain datang lawat kau, nak kirim apa-apa tak?
Coolblog , Cadbury dan samyang carbonara. Beli tau ! Terima kasih , sayang awak !
Banyaknya , tengoklah kalau ada duit aku beli
Aku mematikan telefon pintarku.Geram ! Aku sakit-sakit ni pun ada je nak mengusik haihh....
******************************
Bam!
Aku yang hampir terlelap kembali segar mendengar orang membuka pintu bagai mahu bergaduh.
"Ish menyusahkan"gumam Izzan perlahan . Iya ! Dia marah pada pintu wadku yang tidak tahu apa-apa itu.
"Lain kali cabut terus. Senang nak datang melawat saya tanpa pintu"perliku lembut sambil memandang Izzan yang masih membebel pada pintu tu.
Izzan tersengih lalu menuju ke birai katilku memberikan makanan dan minuman dipesan olehku pada Anaqi 15 minit yang lalu. Mataku bersinar memandang coolblog dan samyang carbonara yang sudah siap rebus hanya tinggal mengisi sos dan serbuk carbonaran sahaja. Aku kembali muram memandang Izzan.
"Mana coklat saya?"kataku perlahan. Air mata sudah bertakung dan menunggu masa untuk jatuh. Nak-nak harini aku datang bulan memang emosi sikit ah....
Izzan mula menggelabah melihat aku mahu menangis.
"Coklat? Izzat tak ada cakap apa-apa pula. Hadei"bisik Izzan perlahan tetapi aku dapat mendengarnya. Tangisanku semakin kuat. Mataku mula sembab kerana banyak mengeluarkan air mata.
Krek~
"Eh Rara kenapa ni?"
Along pantas memelukku erat. Terkejut mendengar tangisan adik kesayangannya. Nasib baik wadku tiada pesakit lain.
Aku meletakkan dagu di dada along lalu mendongak memandang along. Manja time !
"Nak coklat"pintaku dengan air mata mengalir laju. Sedihlah yang lain semua ada tapi coklat tak ada... Huwaa
Tergelak kecil along melihat aku mula bermanja dengannya walaupun dia tahu adiknya masih sakit hati pada orang sekelilingnya dengan perkara tiga hari yang lalu.
"Kenapa ni?" Sapa satu suara membuatkan aku merungkaikan pelukan along dan memandang tajam Anaqi yang baru sahaja sampai.
"Mana?"tanyaku sengaja tidak menyebut apa yang aku maksudkan
"Mana apa?"soal Anaqi kembali pura-pura tidak tahu
"Ish...coklat saya mana hiks awak ni saya dah cakap hiks sayang awak pun hiks awak tak belikan hiks semua apa yang saya hiks nak"kataku sambil tersedu-sedu.
"Kalau macam tu baik tak payah tanya !"marahku lalu menyambung aktiviti mengeluarkan air mata. 'Aku nak coklat juga. Tak kan tak faham'getusku di hati
Tercengang mereka bertiga termasuk angah yang baru masuk melihat perangai manja dicampurkan dengan mengada ini.
"Eh janganlah sambung nangis. Aku ada belilah"
Aku terus terdiam memandang teliti depan, belakang, kiri dan kanan tubuh Anaqi mencari coklat tapi tiada.
"Tak ada pun"kataku dengan suara serak
"Aku letak kat tepi meja katil kau tadi masa kau sebok melalak tak tentu pasal tu, kau je tak perasan"bidas Anaqi selamba
Aku mengambil coklat dan dikumpul sekali samyang carbonara dan air coolblog. Aku makan samyang carbonara terlebih dahulu dengan penuh selera.
Empat jejaka itu memandangku tidak berkelip tanda tidak percaya. Aik ? Macam tu je terus gembira?
Nasib baik Airil tak ada, kalau tak mesti disakat si Aara ni habis-habisan .
******************************
Along dan angah sudah kembali ke pejabat untuk menguruskan beberapa kerja mereka yang belum selesai. Aku mengemas barang bersedia untuk pulang dan ditemani Izzan dan Anaqi. Riz masih tidak muncul kerana along memberitahuku bahawa Riz menjaga ibu susuannya yang dianggap sebagai ibu kandung sendiri. Aku hanya mengangguk faham.
"Dah siap?"tegur Anaqi sambil tangan dimasukkan ke kocek seluar.
"Dah"balasku ringkas. Anaqi pantas mengambil beg bajuku tanpa sempat aku memegang tali beg bajuku itu.
"Aku bawa. Dah jom"
Kami bertiga keluar dari wad itu menuju ke lif berdekatan. Butang turun ditekan.
Ting!
Kami masuk ke dalam lif. Suasana menjadi sunyi tanpa perbualan membuatkan aku rasa janggal.
"Airil mana eh?"tanyaku memecah kesunyian itu
"Kenapa rindu?"balas Anaqi pantas membuatkan aku berasa hairan. Dah kenapa nada macam marah je ni?
"Haah"jawabku selamba tanpa memikirkan perasaan Anaqi
"Kalau macam tu tunang dengan dia jela"
Aku dan Izzan mengerut kening memandang Anaqi yang tiba-tiba marah itu.
Ting!
Anaqi terus melangkah keluar dari lif . Aku dan Izzan pantas melajukan langkah mengejar Anaqi.
"Eh tak nak!"jeritku membuatkan Anaqi menghentikan langkah. Aku tercungap-cungap mencari nafas. Izzan memeluk tubuh memerhati merpati dua sejoli sedang bergaduh di hadapannya.
"Awak suruhlah saya tunang dengan kembar awak sekali pun , saya nak Izzat Anaqi sahaja yang jadi husband saya, fullstop!"tegasku kemudian menyandarkan tubuh pada kereta Anaqi. Penat !
Tersenyum puas Anaqi mendengar kata-kataku. Izzan memandang abang kembarnya lalu mengetuk kepala Anaqi perlahan.
Pap!
"Kau jangan nak ikut perangai mereng aku eh, tak sesuai kau tahu tak?!"marah Izzan pelik sungguh melihat abang kembarnya.
Anaqi beriak biasa lalu membuka pintu kereta sebelum menghidupkan enjin.
"Ish awak ni mengalahlah dengan perempuan"
rungutku sedikit pasrah, aku kena tolak dengan badan sasa Izzan sudah pasti akan kalah.
"Aara duduk belakang, duduk belakang lagi selamat"arah Anaqi dingin selepas menurunkan tingkap kereta di bahagian kirinya.
Wajahku dicemberutkan namun tetap akur dengan arahan bakal tunang. Izzan siap bersiul-siul untuk menyakitkan hati aku.
"Anaqi"panggilku manja. Anaqi menoleh ke belakang mengangkat kening memandang muka tidak puas hatiku.Mulutku dimuncungkan ke arah Izzan yang masih lagi bersiul. Anaqi mengangguk tanda faham lalu memulakan perjalanan pulang tapi sempat mengugut Izzan.
"Baik kau diam sebelum aku gunting boxer gambar doraemon kau tu"
Terdiam Izzan apabila Anaqi menyebut pasal boxer kesayangannya. Aku di belakang menekup mulut menahan ketawa.
BERSAMBUNG...
Share this novel