Satu hari telah berlalu.Kad telah diberikan kepada guru-guru di sekolahnya. Sengaja dijemput untuk mengelakkan sebarang fitnah berlaku. Alhamdulillah cukup-cukup tempahan 2000 kad itu termasuk dengan rakan-rakan sekerja mama dan papa.
"Wah cantiknya tangan Akak Aara"
Aku memberikan senyuman manis sebelum mengamit Rayyan duduk di sebelahku.
"Rayyan buat apa je tadi?"soalku kerana malam ni baru muncul susuk tubuh si Rayyan ini. Rayyan berlari lalu melabuhkan punggung tempat yang kosong.
"Akak Aara rindu Ayyan eh?" Rayyan memicingkan matanya ke arahku dengan sengihan lebarnya.
"Entahlah. Rayyan rindu Akak Aara tak?"soalku kembalikan pertanyaan Rayyan. Laju Rayyan mengangguk. Mata Rayyan ke arah inaiku di tangan.
"Kenapa warna putih? Bukan warna merah ke?" Rayyan mengerut wajahnya hairan
"Dah Akak Aara yang minta warna putih dia buatlah yang warna putih punya" Rayyan mengangguk faham.
"Rayyan sini! Jangan kacau Akak Aara tu nanti hilang seri pengantin bila Rayyan asyik berkepit je dekat bakal isteri orang"usik mama mahu mengajak Rayyan ke dapur.
"Yeke mama?"tanya Rayyan polos. Mama menjatuhkan kepala lalu membawa Rayyan pergi dari situ. Rayyan akur sahaja.
'Rasa macam mimpi pula, kenapalah indah sangat ni?'gumamku di hati
******************************
Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Bunyi burung berkicauan memecah suasana di hadapan masjid.
Aku berasa berdebar lalu tersenyum manis. Kenal dengan Anaqi hanya tiga bulan tapi rasa macam sudah tiga tahun. Terlalu banyak pahit dan manis kami hadapi sebagai teman biasa. Dia tidak pernah merungut mahupun membentak aku ketika aku buat perangai.
Baa!
Aku pantas menoleh ke belakang melihat kehadiran El membuatkan aku semakin gembira lalu memeluk erat tubuh itu.
"Wah cantiknya baju nikah kau, sopan je"puji El sambil membelek-belek pakaian ditubuhku.
"Thank you El. Ni pun Anaqi yang pilih aku just bagi ukuran je"ucapku dengan senyuman manis diukir pada bibirku.
"Haih dah nak kahwin dah best friend aku ni"kata El membalas senyumanku.
"Berseri kau harini, tak adalah aku hadap muka tempoyak basi kau tu je"
sambung El lagi. Tidak sempat aku melepaskan amarah, mama tegur aku untuk masuk ke dalam.
Aku dan El masuk ke dalam masjid lalu melabuhkan punggung di sebelah mama. El pula berada di sebelah kiriku.Keluarga besar Anaqi pun sudah hadir.
"Assalamualaikum. Maaf lambat" along mula mengambil tempat di hadapan Anaqi.
Semua penghuni di situ menjawab salam sebelum lafaz akad nikah dimulakan.
Along dan Anaqi mula berjabat tangan kemudian along bersuara.
"Izzat Anaqi bin Kareem Dzulfikar"
"Saya"jawab Anaqi pantas
“Aku kahwinkan dikau dengan adik perempuanku Aara Elina binti Ryaan Eszra dengan mas kahwinnya RM3000 tunai" Anaqi menarik nafas dan dihembuskan secara perlahan-lahan terlebih dahulu.
"Aku terima nikahnya Aara Elina binti Ryaan Eszra dengan mas kahwinnya RM3000 tunai" Sekali lafaz sahaja membuatkan Anaqi kembali berasa tenang.
"Sah?"
Semua saksi serentak menyebut 'sah' . Anaqi melepaskan nafas lega sebelum bangun melangkah ke arahku untuk pembatalan air sembayang.
Hatiku berdegup kencang apabila Anaqi sudah berada di hadapanku. Aku hanya menundukkan kepala sahaja, tidak berani untuk memandang wajah Anaqi yang sudah sah menjadi suaminya.
Anaqi mengambil cincin lalu disarungkan pada jari manisku.
"Ni Rara sarung cincin dekat jari suami kamu tu"kata mama sambil menghulurkan sebentuk cincin kepadaku. Aku menyambut cincin itu dan disarungkan ke jari Anaqi dengan keadaan tanganku bergetak halus. Aku mendengar gelakan kecil dari orang sekelilingku. Malu!
Anaqi maju mendekatiku pantas aku kebelakang. Anaqi sedikit terkejut dengan tindakanku dan kening diangkat apabila aku memandangnya. Tersengih malu dipamerkan.Posisi dudukku dibetulkan.
Anaqi melabuhkan bibir hangatnya di dahiku manakala aku mencium belakang tangan kasarnya. Lama. Serentak air mata aku jatuh.
'Mummy...daddy. Rara dah kahwin'
getusku di hati.
******************************
Kami sekeluarga kembali ke rumah mama untuk berehat. Aku duduk di birai katil sambil bermain telefon sementara menunggu Anaqi selesai membersihkan diri.
Tok! Tok! Tok!
"Akak Aara oh Akak Aara"
Aku melangkah ke arah pintu lalu membukanya.
"Mama suruh keluar makan, nanti Akak Aara sakit perut"ujar Rayyan prihatin.
"Ye nanti kita orang. Ayyan pergi dulu" Ternaik bahuku apabila suara garau Anaqi betul-betul berada di belakangku.
"Okay!"balas Rayyan lalu berlari menuju ke dapur semula.
Bam!
Badanku menjadi kaku apabila sebelah tangannya memeluk pinggangku dari belakang dan sebelah tangan lagi menutup pintu.
Klak!
Air liur ditelan. Pahit. Baju bahagian belakangku menjadi basah akibat badan basah Anaqi menekap belakang tubuhku sehingga tiada jarak antara kami.
"Awak pergilah pakai baju. Saya nak mandilah"
Aku melepaskan pelukannya pantas berlari ke bilik air. Anaqi gelak terbahak-bahak melihat gelagatku.
"Sekarang, nak sentuh boleh nak peluk boleh. Nak lebih daripada tu pun boleh. Dah halalkan?! Kan Aara sayang?!"jerit Anaqi masih lagi mahu mengusikku.
"Ish...awak diamlah. Jangan cakap apa-apa dengan saya ! Saya merajuk dengan awak sekarang ni!"balasku di dalam bilik air.
Anaqi diluar menggelengkan kepala.
'Kalau tak merajuk bukan Aara Elina lah namanya'bisiknya dalam hati
******************************
Majlis sanding telah pun bermula. Tetamu sedang menjamu selera sementara menunggu ketibaan pengantin. Zemir dan Izzan secara sukarela untuk menjadi pengacara majlis di majlis kami. Zemir memulakan berpantun terlebih dahulu
Dari Raub pergi ke Pontian
Terus pula ke Kuala Perlis
Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan majlis
Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum Warahmatulallahi Wabarakatuh
"Hari ini menugal jagung, Hari esok memintal tali, Hari ini kita berkampung, Meraikan mempelai dua sejoli"
Aku dan Anaqi mula melangkah keluar menuju ke arah pelamin. Aku memegang erat lengan kekarnya Anaqi walaupun masih lagi terpegun dengan dekoran idea daripada encik suami. Warna kesukaan Aara !
"Anak Cina memasang lukah, Lukah dipasang di Tanjung Selasih,Pasangan pengantin segak melangkah, Mara menuju mahligai kasih" ucap Izzan diiringi lagu beautiful in white
Aku mula melabuh punggung sebaik tiba di pelamin. Anaqi membetulkan lebihan kain pengantinku sebelum mengambil tempat di sebelahku. Izzan sempat lagi mahu menyakat aku depan orang ramai.
"Itu dia kakak ipar saya yang berumur 17 tahun itu, manis je muka merah-merah seperti minta cendol ya"Aku menjeling Izzan membuatkan tetamu yang hadir tergelak suka.
Anaqi menggengam erat tanganku bagi mengurangkan debaran di dadaku. Aku memberikan senyuman manis kepada Anaqi. Izzan kembali bersuara apabila tawa para tetamu sudah reda.
Yang dihormati Zafran Zaqeel, Zafuan Zemir iaitu orang di sebelah saya sendiri dan Aariz Elvin selaku abang kandung dan abang kembar kepada Majlis Perkahwinan kita pada hari ini, yang diraikan pasangan mempelai iaitu Aara Elina dan Izzat Anaqi yang dihormati ahli keluarga, saudara-mara, teman sekerja dan rakan-rakan kedua-dua mempelai, hadirin dan hadirat para tetamu yang diRahmati Allah S.W.T. sekalian.
Alisya dan rakan-rakannya yang baru sahaja masuk ke dewan terpaku. Rupanya , orang yang dia cari pasal selama ini ialah adik kepada rakan sekelasnya , Zafran Zaqeel. Tetapi tidak bagi Auliyah.
Saya, Izzan Aysar dan Zafuan Zemir sebagai pengerusi majlis pada hari yang berbahagia ini, mengucapkan Selamat datang ke Majlis Perkahwinan Aara Elina & Izzat Anaqi.
Zemir bersuara kembali selepas memandang skrip.
Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara
Burung Nuri hinggap di balai
Balai seri buatan Pak Tua
Tempat berehat rakan dan taulan
Duduk tersenyum kedua mempelai
Menadah tangan memanjatkan doa
Moga jodoh sentiasa berkekalan
Dengan itu, bagi memohon majlis ini diBerkati dan diRahmati Allah SWT, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Zafran Zaqeel iaitu abang sulung kepada pengantin perempuan.
Dipersilakan.
Along mula membaca doa selamat ringkas dan diteruskan dengan majlis merenjis air mawar.
******************************
Tetamu semakin berkurang. Hanya tinggal rakan-rakan sekolah sahaja.
"Seronok kau eh? Tersenyum manis ke sana sini"
Aku memandang gerangan yang menegurku. Auliyah. Aku mendiamkan diri sahaja. Aku dah lah penat, sibuk nak kacau. Hadei!
"Kau dengar tak apa aku cakap ni?"Auliyah mula berang apabila aku buat tidak endah sahaja.
"Aku dah warning kaukan, jangan datang majlis ni kalau ada niat tak baik"sampuk Anaqi yang baru tiba di sisiku. Auliyah terdiam.
Alisya dan rakan-rakannya yang lain terhenti setelah melihat susuk tubuh Auliyah. Langkah kaki menuju ke situ.
"Auliyah jom balik. Kita orang dah penat ni"
rungut Alisya memandang wajah Auliyah.
Air oren di atas meja berdekatan diambil oleh Auliyah lalu disimbah ke baju pengantinku yang masih lagi tersarung ditubuhku. Aku bernasib baik kerana Anaqi laju menepis cawan itu.
"Balik Auliyah"halau Anaqi dingin. Alisya dan rakan-rakanya menarik tangan Auliyah keluar dari dewan itu. Mereka sempat memberikan jelingan maut ke arahku.
Tak serik-serik, tampar kang!
******************************
Aku mengerut memandang tiga wajah jejaka berpakaian formal seperti ahli-ahli keluargaku. Aku melangkah ke sana perlahan-lahan. Kaki lenguh daripada tadi tidak henti melayani tetamu.
"Sorry , who are you?" Tiga jejaka itu serentak menoleh ke arahku lalu tersenyum manis. Terkebil-kebil aku memandang senyuman mereka. Warna mata mereka membuatkan aku terkedu. Lawa!
"Ehem. Congrats for your wedding, Aara Elina" Aku terkejut mat saleh ni tahu nama aku.
"How--" Sapaan kuat dari jauh membuatkan pertanyaanku terhenti.
"Dario! Nico! Syahmi!" Riz melangkah besar ke arah kami lalu memeluk tiga jejaka di hadapanku ini.
"Ha Rara ni kawan-kawan aku dekat Jepun, sorry aku tak bagi tahu kau yang aku ajak dia orang" Riz mengarukan tepi kepalanya. Aku hanya memberikan senyuman manis pada kawan-kawan Riz. Kacak macam manapun awak, saya lagi suka suami saya sendiri...
"Hi! I'm Andronico. Call me nico" Mata berwarna hijau muda memperkenalkan namanya kepadaku. Diikuti dengan kedua rakannnya juga. Riz hanya memerhati sahaja.
"Assalamualaikum Puan Aara, maaflah tadi terkejut sangat bila pengantin perempuan tegur kami. Lagi-lagi bila tengok muka kau sebiji macam Riz. Kenalkan nama aku Frizy Syahmi. Panggil Syahmi je" Aku terkejut apabila lelaki bermata kelabu muda fasih berbahasa Melayu.
"Waalaikummussalam"jawabku perlahan sebelum mendengar kawan Riz lagi seorang bersuara
"Dario Roland. Call me Dario"kenalnya sedikit dingin tanpa senyuman. Yang ni warna matanya biru laut. Aku menjatuhkan kepala tanda faham.
"Eh jemputlah makan. Riz ajak diorang makan. Aku nak Anaqi sekejap"
Riz mengajak rakan-rakannya ke meja makan manakala aku pergi mencari kelibat Anaqi.
******************************
Malam sandingku berakhir dengan lancar. Aku dan maksu berbual untuk kali terakhir sebelum maksu dan paksu bergerak ke Kelantan.
"Selamat pengantin baru Rara, jaga suami baik-baik. Ada masalah bincang elok-elok. Jangan tuduh melulu" Aku mengangguk faham. Aku memeluk erat tubuh maksu.
"Bye Rara jaga diri okay, jaga kesihatan tu. Maksu dah tak ada dekat hospital tu nak layan karenah Rara"pesan maksu lagi.
Aku menuju ke bilik tetamu. Lilitan tudung tidak sempat dibuka lalu direbahkan badan ke katil dan terlelap.
Anaqi mengerut kening memandang jam dinding biliknya.
1:00am
"Mana Aara ni? Maksu bukan dah gerak ke lima belas minit yang lalu?" Anaqi bangun melangkah keluar mencari kelibatku.
"Eh Izzat, tak tidur lagi?"tegur mama sudah memakai baju kelawar berwarna hijau gelap.
"Izzat cari Aara mama" Mama mengerut kening mendengar kata-kata anaknya.
"Cuba cari dekat bilik tetamu" Mama meneruskan langkah ke dapur untuk membasahkan tekak selepas mendapat anggukan dari anaknya.
Sebaik tiba di bilik tetamu, lampu bilik dibuka. Tersenyum Anaqi melihat susuk tubuh kecil isterinya sedang tidur. Pakaian masih tidak ditukar.
"Aara"kejut Anaqi sambil menggoyangkan tubuhku perlahan kemudian dibangunkan supaya aku dalam posisi duduk.
"Apa? Janganlah kacau Rara nak tidurlah"
rengekku tanpa aku sedari aku melepaskan tangisan. Mana taknya, pada awalnya memang nak buat kecil-kecilan, tiba-tiba buat majlis besar-besarkan pula. Penat tahu tak... Nasib baik tema pelamin canti, warna merah jambu.
Anaqi menarikku ke dalam pelukan lalu ditepuk perlahan pada belakang badanku seperti mendodoikan budak kecik.Anaqi melihat aku yang kembali terlelap, tangannya mengesat air mataku lantas aku dicempung selepas Anaqi memadamkan lampu bilik. Pintu ditutup perlahan dan cempungannya dikemaskan lalu melangkah ke bilik tidur tidurnya.
Along,angah dan Riz kembali duduk di rumah arwah mummy dan arwah daddy itu termasuk ummi, Raihana.
******************************
Aku bangun-bangun dikejutkan berita yang along dan angah dah berangkat ke Jepun. Kau nak aku rasa apa? Sedihlah apa lagi ! Mata sembabku dihiraukan. Sebulan pula tu haihh.
Tok! Tok! Tok!
"Aara buka pintu ni" Anaqi yang baru sahaja pulang daripda joging segera mendapatkan isterinya apabila mama memberitahu yang aku sudah tahu bahawa along dan angah sudah berangkat pagi tadi tanpa menunggunya yang sedang tidur.
Krek~
Anaqi terus memelukku sambil mengelus lembut rambut panjangku. Pintu ditutup semula.
"Kau jangan buat aku risau boleh tak?"Anaqi mengetatkan lagi pelukannya. Dia sedar tak dia baru balik joging ni? Berpeluh masih ada dekat tubuh badan dia.
"Aara...aku tanya ni"tegur Anaqi dingin apabila aku tidak menjawab pertanyaannya. Aku hanya mengangguk sebagai jawapan. Anaqi merungkaikan pelukannya dan menarik aku ke bilik air.
"Jom mandi sama-sama" Aku membuntangkan mata lalu tubuhku dikeraskan di tengah-tengah bilik. Antara katil dengan bilik air.
"Jomlah" Aku pantas menggeleng.
"Jom kita mengeratkan silaturahim sesama kita" Anaqi mencempungku dan dibawa masuk ke dalam bilik air.
Bush!
"Izzat Anaqi! Basahlah!"
Seronoknya main-main air ya~
******************************
Malam kini menjelma. Kami berkumpul di ruang tamu untuk berborak santai bersama seisi keluarga.
"Rayyan nanti dah besar nak jadi apa?"tanya papa kepada Rayyan yang berada di atas ribaku. Yang lain hanya memasang telinga.
"Ayyan nak jadi suami untuk Akak Aara lah. Nanti kalau Abang Izzat dah tua kereput nanti, mesti Abang Izzat tak larat nak jaga Akak Aara"balas Rayyan semangat. Tercengang penghuni di situ termasuk aku.
"Banyaklah kau, kecik-kecik dah menggatal besar-besar nanti nak jadi apa?"bebel Izzan
"Jadi playboylah macam Abang Izzan. Abang Izzankan pernah kata dekat Ayyan yang playboy ni bermulut manis dan perempuan suka benda yang manis"jelas Rayyan sambil menepuk tangan berkali-kali tanda teruja. Terdiam Izzan Aysar. Memang salah dia kerana pernah berkata seperti itu kepada Rayyan. Tidak menyangka pula adik bongsunya masih ingat.
"Assalamualaikum!"
"Abang Irsat!" Rayyan berlari ke arah Irsyad lantas dipeluk. Irsyad memimpin tangan kecil Rayyan berjalan ke arah ruang tamu.
"Mama, papa sihat?"tanya Irsyad lalu menyalam tangan mereka berdua. Mama dan papa menjawab ringkas serentak
"Sihat Alhamdulillah" Irsyad memandang aku dan Anaqi sebelum dipeluk tubuh Anaqi itu sambil menepuk perlahan belakang badan Anaqi dua kali.
"Hai adik ipar, macam mana? Suka tak tema pelamin semalam"tanya Irsyad. Anaqi menumbuk lengan abangnya perlahan tanda amaran.
Aku tersengih malu lagi-lagi bila semua penghuni di situ memandangku. 'Er...diorang tahu ke aku sangat suka warna merah jambu ni?'getusku di hati
Ting tong~
Kami serentak mengerut kening. Siapa yang datang malam-malam ni?
"Tak apa. Biar Rara buka" Aku bangun menuju ke pintu diikuti Rayyan dan Anaqi di belakang. Yang lain hanya memandang ke arah pintu.
Pintu dibuka luas. Kami terkejut memandang gerangan termasuk yang berada di ruang tamu. Auliyah.
"Hai semua! Maaf ganggu malam-malam. Saya nak jumpa dengan Aara sekejap"
******************************
Auliyah melabuhkan punggung bersama kami sekeluarga.
Ehem!
Semua memandang Auliyah.
"Kedatangan saya di sini sebab saya nak minta maaf dengan apa yang saya lakukan pada Aara sebelum ni termasuk kawan-kawan saya yang lain" Entah kenapa aku berasa tidak sedap hati dan masih tidak percaya dengan tujuannya ke sini hanya untuk meminta maaf.
"Terimalah mama saya ada buat air jamu, sesuai untuk wanita yang baru sahaja kahwin. Minumlah" Air jamu berwarna merah gelap itu dihulurkan kepadaku. Aku lambat-lambat mengambilnya.
"Minumlah mesti awak suka" Aku sendiri berasa hairan apabila Auliyah bahasakan awak saya kepadaku. Aku membuka penutup dan disuakan pada bibirku.
"Aara jangan minum! Dalam tu ada racun" Anaqi pantas merampas botol itu dari tanganku setelah mendengar suara Alisya dan rakan-rakannya yang baru sahaja muncul.
Auliyah mendengus kasar melihat rancangannya gagal. Dia pantas melarikan diri keluar dari rumah Anaqi. Rakan-rakanya yang berada di situ ditolak kuat lalu menyambung lariannya.
Pin ! Pin !
BAM!
Semua yang berada di situ terkedu melihat kejadian itu. Aku dan kawan kepada Auliyah yang lain turut ke sana.
"A--ku. Min--tak. Ma--af" Auliyah menghembuskan nafas terakir pada malam itu.
******************************
Sebulan telah berlalu , kini aku dan El bersahabat baik dengan geng Dirah dan juga geng Alisya. Itu yang membuatkan aku paling gembira. Daripada musuh menjadi sahabat. Harini merupakan hari keusahawanan SMK Damansara. Jadinya tak belajarlah yuhu !
"Weh jom tengok pelajar lelaki main bola sepak kat padang"ajak Dirah sambil meniup-niup kukunya. Kedua rakanya sedang bermain dengan rambut Dirah yang cantik beralun itu
"Jom ada lelaki handsome situ. Jom jom"balas Alisya. Tiga rakannya laju mengangguk tanda setuju.
Dirah dan dua rakannya sudah mengangkat kaki pergi ke tepi padang. Diikitu Alisya dan tiga rakannya meninggalkan aku dan El. Aku dan El memandang sesama sendiri lalu menghamburkan tawa.
"Gatal!"kata aku dan El serentak tetapi tetap mengikut langkah mereka berenam.
Goal!
Semua penonton di situ menepuk tangan. Tiba-tiba bola disepak kuat ke arahku. Aku yang tidak bersedia lalu terbongkok memegang perut menahan perit kerana bola tersebut terkena perutku. Senak haih.
Anaqi berlari mendekatiku.
"Sorry aku tak sengaja"ucapnya penuh rasa serba salah.
"Kalau awak tendang bola tu dekat perut saya macam tu lagi, perut saya ni boleh kempis mendadak tau. Kurus je saya nanti"gurauku tangan masih memegang perut. Bagaimanakah keadaan usus perutku sekarang? Mesti sudah berbelit akibat ribut taufan tiba-tiba datang menggegarkan bumi mereka haihlah perut.
"Orang tanya betul-betul ni sayang"balas Anaqi meleret. Anaqi tahu aku tidak boleh dimarah nanti ada juga keluar drama air mata kat sini. Bunyi siulan nakal mula kedengaran kerana semua memandang ke arah kami.
Aku tersengih malu lalu menumbuk perut Anaqi perlahan. Tergelak Anaqi memandang wajah kemerahanku sambil mengelap peluh di dahi dan lehernya menggunakan tuala kecilku yang diambil secara senyap di kocek seluar sukanku.
Selesai sahaja mengelap peluhnya, Anaqi memberikan kepadaku. Terbuntang mataku setelah memastikan pemilik tuala kecil itu.
"Nah bau untuk hilangkan rindu. Bye sayang" Anaqi meletakkan tuala di atas kepalaku yang dibalut tudung bawal hitam dan tidak lupa melabuhkan ciuman di tepi kepalaku.
"Ish dia ni selamba je"gumamku perlahan. Pandangan usikan daripada sahabat-sahabatku diabaikan sahaja.
BERSAMBUNG...
ni last before ending, jangan brhrp sgt ending gempak, sbb ending dia biasa ii je :)
Share this novel