Malam menjelang tiba , aku masih mengurung dalam bilik dan tak lupa untuk mengunci pintu. Rayyan yang mengetuk pintuku tadi hanya dihiraukan sehingga ketukan itu hilang sendiri.
Aku melepaskan nafas kasar lalu memandang kerja sekolah yang tidak disentuh dari petang tadi hingga sekarang . Aku mengerling jam dinding .
9:00pm
Aku membuat keputusan untuk menyiapkan kerja sekolah terlebih dahulu .
Ting !
Aku mengambil telefon pintar yang terletak di atas katil lalu membuka mesej tersebut
Gulp ! I'm dead.
Alongku Saiyang
Keluar Rara , along nak tengok lebam tu teruk ke tak. Jangan berangan nak rahsia daripada abang-abang Rara
Aku membuat muka apabila membaca ayat terakhir. Menyampah!
"Mentang-mentanglah Riz dah muncul...terus guna abang-abang huh"omelku sendiri
Ting !
Aku membaca lagi mesej dari along .
Alongku Saiyang
Kalau ya pun nak mengelak daripada along,tak payahlah sampai tak keluar makan. Kau ada gastrik Rara !
Gulp!
Air liur ditelan.Pahit.'Along betul-betul marah aku kalau along sudah membahasakan dirinya aku'gumamku dihati
Tok!
Tok!
"Buka pintu ni Rara"
Aku tersentak mendengar suara along berubah dingin. Aku memakai tudung sarung lalu menuju ke arah pintu dan membuka pintu perlahan-lahan.
Along memandangku tajam.Geram dengan adik perempuannya yang suka berahsia ini. Bila rahsianya sudah terbongkar ada sahaja jawapan selamatnya.
"Ala relakslah along.Rara tak nak susahkan alonglah"
"Rara tak nak panjangkan perkara ni je.Lagipun benda dah jadi dah pun...tak boleh buat apa dah"
"Along.Rara elok je berdiri depan along ni...jangan risaulah adik along masih cantik lagi senang cerita masih tiptoplah"
Pening kepala along memikirkan perangai adiknya yang tidak pernah serius.
Aku memandang lantai , tak mampu untuk membalas pandangan tajam dan dingin daripada abang sulungnya. Riz , Anaqi dan angah yang berada di belakang along turut memandangku tajam. Izzan seorang sahaja memandangku dengan simpati . Niat mahu bantuku terbantut apabila along memberi amaran kepadanya.
"Jangan masuk campur kalau kau tak boleh serius sekarang ni Izzan"
Mataku mula bergenang sambil mengetap bibir. Takut! Sekejap lagi Along nak marah Rara hm.
Along memejam mata menahan amarah supaya tidak dijerkah adik perempuannya yang terlalu manja. Along membuka mata terus menolakku perlahan masuk ke dalam bilik. Yang lain turut masuk tetapi hanya bersandar di dinding di sebelah pintu. Hanya melihat tindakan along seterusnya.Pintu dibiarkan terbuka.
Aku didudukan di birai katil , mata masih tidak memandang along.Air mataku yang mula jatuh tidak dihiraukan along. Along tahu adiknya takut jika dia marah tetapi masih lagi mahu berahsia dengannya.Along bukan sahaja dingin tapi mukanya akan berubah bengis apabila perkara buruk yang terjadi pada adik perempuannya.
Angah juga sama seperti along walaupun dia selalu berperangai menjengkelkan , angah mempunyai aura tersendiri jika orang menguji kesabarannya .
"Why are you crying ?"tanya along dingin.
Matanya masih tidak lepas memandangku yang sudah teresak-esak menangis kerana takut dengannya.Along mengeluh lalu menarik kasar tanganku ke dalam pelukan.'Macam mana aku nak marah kau Rara,belum marah dah nangis macam orang kena pukul haih'kata along dalam hati.
Aku membalas pelukan along.Muka disembamkan pada dada bidang along.
"Along janganlah marah Rara"kataku dengan suara serak. Along mendiamkan diri sahaja setelah mendengar kata-kataku dengan suara sedikit tenggelam itu.
Yang lain tersenyum mendengar suara serakku .
'Comel!'ujar Anaqi dalam hati. Amarah yang ada dalam diri Anaqi sudah hilang melihat sifat manjaku.
Along mengangkat wajahku untuk melihat kawasan lebam itu setelah tangisanku mula reda hanya tersedu-sedu sahaja.Mataku masih tidak memandangnya membuatkan along mengetap gigi.
"Look at my eyes Rara!"
Bahuku ternaik mendengar jerkahan along.Air mata kembali mengalir pantas aku memandang mata along.
"Kenapa tak nak bagitahu along?"tanya along sengaja mahu mendengar jawapan selamatku masih sama atau tidak.
"Rara tak nak panjangkan perkara ni je...lagipun ben-"Along tersenyum senget pantas memotong kata-kataku
"benda dah jadi dah pun...tak boleh buat apa dah...macam tu ke?"
Aku terdiam dan kembali bersuara apabila mendapat jawapan selamat yang lain.
"Bukanlah.Biar Rara sambung dulu...benda dah lepas.Janganlah di kenang"aku terus tersengih memandang along dengan air mata yang tersisa di pipiku dihiraukan sahaja.
"Dah.Pergi makan dulu"aku melangkah laju menuju ke dapur . Lapar!
Along berdecit melihat aku berlari seperti dapur bakal di tutup tidak lama lagi.Yang lain hanya melepaskan tawanya sambil memandang along yang tidak jadi memarahi adiknya.
Nasib baik kau baik Rara !
******************************
Selepas sahaja aku makan di dapur , aku mengatur langkah ke bilik semula untuk menyiapkan kerja sekolah.
Aku memasang airpods di telinga dan membuka lagu Oh No - Tasha Manshahar
"Sedar aku yang salah.Buta memilih cinta.Hancur naskhah hatimu.Maafkan aku"aku mula bernyanyi sambil membuat kerja sekolah yang diberi oleh Cikgu Mairah.
Silap aku yang tidak setia dengan diri mu
Sedar aku yang salah
Maafkan aku
Oh sayang
Dengar dulu penjelasanku
Sebelum aku kehilanganmu
Riak wajahmu aku tahu
Sinar matamu semakin layu
Ku cuba beri segalanya
Tanpa ku sedar kau terluka
Maafkan aku, aku merayu
Oh no, Oh no
Jangan tinggalkan ku
Oh no, Oh no
Jangan pergi dulu
"Kakak Cantik !!"
Aku terkejut lalu menanggalkan airpods setelah mendengar jeritan kuat si Rayyan.
"Rayyan.Terkejutlah akak"kataku perlahan sambil mengusap dada. Lemah jantung aku haihh budak ni.
"Penat Rayyan panggil kakak cantik kakak cantik tapi kakak cantik tak pandang pun...Ayyan jeritlah macam ni KAKAK CAN-"kata-katanya terputus di situ kerana aku menekup mulut murainya si Rayyan ini apabila melihat Rayyan mahu menjerit untuk kali kedua.
"Rayyan jangan jerit...ni kan dah malam"
tegurku lembut terus menarik tanganku dari menekup mulut Rayyan.
"Rayyan nak tidur dengan kakak cantik harini"pintanya dengan memberikan senyum sehingga terbentuk lesung pipitnya.
Aishh comel !
"Boleh tapi ada syarat"jawabku ringkas.Mata masih memandang Rayyan yang sudah kelihatan bingung dengan kata-kataku.
"Rayyan panggil Kak Aara je okay tak payah panggil kakak cantik lagi"laju Rayyan menjatuhkan kepala dua kali tanda setuju.
"Rayyan pergi baring atas katil dulu...kak Aara nak siapkan kerja sekolah sikit lagi"Rayyan sudah duduk bersila di atas katil dengan memegang teady bearnya.
"Siap !"
Setelah 30 minit membuatkan tugasan yang diberikan oleh Cikgu Maira akhirnya siap juga. Aku memandang Rayyan sekilas terus menyusun buku di dalam beg mengikut jadual dan melangkah ke arah Rayyan yang sudah terlena dalam posisi duduk bersila itu.
Aku menutup lampu dan membuka lampu tidur sambil membaringkan tubuh kecil Rayyan . Aku merebahkan diri di sebelah Rayyan lalu menutup mata.
Goodnight semua !
******************************
"Aku benci kau dengan kembar kau...suka rampas kebahagiaan orang...Tak guna!Aku takkan biarkan kau terlepas!"
"Memang patut pun semua orang pergi dari kau ! Tahu menyusahkan orang je !"
Aku mencelik mata dengan dada berombak kasar. Aku mengerling si Rayyan yang masih terlena lalu meraup kasar wajahku.
"Mimpi tu lagi"bisikku perlahan
Aku mengerling jam dinding dan melangkah ke bilik air dengan bertemankan lampu tidur sahaja.Aku membersihkan diri kemudian memakai Tshirt sukan dan seluar tracksuit adidas bersama tudung hitam . Aku menekan suis lampu bilik untuk menunaikan solat subuh terlebih dahulu dan melangkah keluar bilik.
"Kak Aara"
Langkahku terhenti terus memandang susuk tubuh Rayyan yang baru bangun.
Aku menutup kembali lampu bilik dan kembali melangkah ke Rayyan.
"Kak Aara ganggu Rayyan tidur ke?"kataku perlahan sambil mengusap rambut Rayyan.
Rayyan menggelengkan kepala dan
"Rayyan laparlah kak Aara...jom makan"pintanya ceria terus menarik tanganku keluar.Nasib baik sempat aku mengambil beg sekolah tadi .
"Morning semua !"sapa Rayyan dengan muka baru bangun tidur.Yang lain terkejut melihat kehadiran Rayyan untuk pertama kali pada jam 6:26am
"Awal kau bangun budak kecik"tegur Izzan
"Rayyan bukan budak keciklah...mama tengok Abang Isan ni"adu Rayyan pada mama Anaqi
"Nama aku Izzan bukan Isan yang kau sebut tadi...buruk betul sebutannya"marah Izzan geram
Rayyan berumur 4 tahun masih belum fasih untuk sebutan Z , kalau sebut pun pasti air liur menyebur.
"Yelah abang Izzan"jawab Rayyan dengan air liur merecik sedikit pada wajah Izzan. Yang lain hanya menahan ketawa melihat saja pasrah Si Izzan saat air liur adiknya merecik pada wajah tampannya.
Aku masih berada di dunia sendiri apabila teringat mimpi ngeri tadi.Along berada di sebelah kiriku mengerling aku sekilas dan merangkul bahuku secara tiba-tiba. Aku tersentak lalu memandang wajah along sambil mengangkat sebelah kening.
"Makan"balas along sepatah dan melepaskan rangkulan di bahuku.
Aku mengambil roti berinti tuna dan menyuapkan pada mulutku sendiri.
'Tiga susuk tubuh dalam mimpi aku tu kenapa macam familiar eh'getusku di hati.
BERSAMBUNG...
Share this novel