Btw Hairul dan Haris ni orang yang sama.Nama penuhnya Hairul Haris , okays! Sorry kalau buat korang keliru.So kita guna nama hairul balik okay haha.
Aku dan El memandang sesama sendiri.Pelik.
"Dirah ada kacau kau tak tadi?"soal Hairul cemas memandang tubuhku dari atas hingga bawah.
"Woi mata tu jaga!"tegur El sambil mencekak pinggang memandang wajah Hairul tajam.
Hairul menjeling El sekilas lalu memandangku semula.
"Ada tak?"soal Hairul lagi
Hairul menghela nafas lega apabila melihat gelenganku sebagai jawapan.
"Dirah kat mana eh?kat kantin aku cari tadi tak ada pun"gumam Hairul pada diri sendiri.El yang mendengar pantas bersuara.
"Dia dekat bilik rawatan lepas kena WWE dengan aku tadi"
El menarik tanganku pergi dari situ meninggalkan Hairul yang sedang bingung dengan kata-katanya.
Aku mengambil tempat biasa sementara menunggu El membeli makanan.
"Nama akak Aara Elina ke?"tanya seorang lelaki berbadan chubby yang sudah berdiri di hadapan meja tempatku.
"Ya saya.Kenapa eh?"balasku hairan melihat pelajar tingkatan satu menegurku tiba-tiba.
Macam mana aku tahu?Aku tengok warna tanda nama dialah.
"Ini ada surat untuk akak"Lelaki itu meletakkan surat dan mengankat kaki daripada situ.Aku mengambil dan membukanya.
To my beloved enemy,
Senyum dan bahagialah selagi mampu , be ready for give me a lot of tears form you ')
Your hate ,
HZGG
Aku lipat kertas menjadi kecil lalu masuk ke dalam poket baju sekolahku.
"Nah"Aku mengambil huluran El iaitu mee goreng dan air milo secawan.El hanya membeli air Air mineral dan roti berperisa coklat sahaja.
Senyap antara kami tanpa perbualan.
"Hello gadis-gadis"
Aku dan El menoleh memandang gerangan.
Izzan.Anaqi.Airil.Mereka bertiga melabuhkan punggung di kerusi hadapan kami.
"Aara tak lama lagi nak tunang.Kau bila pula El?"
Pertanyaan Izzan telah menarik perhatian kami bertiga kecuali El .
"Tak ada orang yang nak"jawab El tenang sambil membuka penutup botol air mineral.Nasib baik El jenis yang tidak cepat melenting kalau tidak sudah lama Izzan kena hempuk dengan El.
"Aku nak"laju sahaja Izzan membalas dan...
Puff!
El tidak sengaja memberikan semburan air yang berada di dalam mulutnya tepat pada wajah Izzan.Hampir semua pelajar memandang ke arah meja kami.
"Err sorry Izzan"ucap El memandang wajah basah si Izzan tanpa rasa serba salah.Aku menahan diri daripada ketawa manakala Anaqi dan Airil tersenyum senget memandang wajah Izzan yang sudah mendung akibat terkena semburan cinta dari El.
"Tapi salah kau juga.Siapa suruh tunjuk perangai buaya kau.Aku suka perangai lelaki sejati bukan buaya macam kau huh"ujar El cuba menafikan debaran di dadanya.'Tenang El tenang'bisik El di hati.
"Aku bolehlah jadi lelaki sejati khas untuk Aisyah Elmaira je tau"kata Izzan sebelum melangkah ke tandas lelaki yang berdekatan.Terkebil-kebil El memandang susuk tubuh Izzan semakin hilang dari pandangannya.
"Aara"panggilan dari Anaqi membuat aku tersentak pantas membalas pandangan redup Anaqi sambil mengangkat kening.
"Balik tunggu aku.Kita balik sekali.Riz biar dia balik sorang"pesan Anaqi sebelum beredar diikuti Airil dari belakang.
Err...kena ke balik sama? Huwaa mummy, Rara nervous !
******************************
Aku memusingkan pen sambil melihat Cikgu Mairah sedang memberi penerangan tentang jenis-jenis kata imbuhan.
"Aara.Bagi saya satu contoh kata imbuhan apitan"pinta Cikgu maira secara tiba-tiba.Aku masih lagi merenung papan putih yang penuh dengan nota jenis kata imbuhan.'HZGG apa maksudnya eh?'getusku dalam hati.
"Aara Elina !"panggil Cikgu Mairah sedikit kuat suaranya.Aku tersentak lalu memandang Cikgu Mairah.
"Err.Ya cikgu?Apa cikgu cakap tadi?"tanyaku tenang.Sengihan di wajahku ditunjukkan pada Cikgu Maira.
"Saya suruh awak bagi saya satu contoh kata imbuhan apitan"
"Pertunangan"Jawapanku membuatkan semua rakan kelasku memandangku pelik kecuali Dirah dan Riz.El pula menepuk dahinya.
Aku mengerut kening membaca semula maksud imbuhan apitan di papan putih apabila perasan dengan pandangan mereka.
Imbuhan Apitan - Imbuhan yang diletakkan di depan dan di belakang kata dasar.
"Kenapa?salah ke cikgu?"soalku sambil menggaru pipi perlahan. Garu kepala tidak boleh pula nanti awning lari hm.
"Err betul cuma jarang orang bagi contoh macam tu, awak nak bertunang ke?"Cikgu Maira soalku kembali.Semua menanti jawapan dari mulutku.
"Salah tu cikgu.Saya tak cakap yang saya nak bertunang tapi saya sebut per.tu.nangan."balasku selamba pura-pura tak faham soalan cikgu.Nak menafikan pun rasa bersalah takut betul-betul terjadi pula nanti.
Tergeleng kepala Cikgu Maira melihat aku yang tidak menjawab soalannya.
"Okay sekarang untuk kerja sekolah korang...saya bagi sikit je"kata Cikgu Maira memandang semua pelajarnya.
"Cari 5 perkataan kata imbuhan akhiran kemudian bina ayat okay"sambung Cikgu mairah.Tangannya mula mengemas barang di atas meja.
Kring !
Loceng berbunyi menandakan waktu pulang telah tiba.Kami semua mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Maira sebelum keluar dari kelas.
Aku menuju di tepi koridor tingkatan 6 sambil memegang lagi beg sekolahku yang berwarna merah jambu.Mata mula memandang sekeliling dan terhenti pada dua susuk tubuh lelaki yang pernah mengganggu aku haritu.'Ya Allah tak ada orang lain ke aku nak terserempak kali ni'
rungutku sedikit cemas.
"Eh hai Aara"tegur dua lelaki yang aku tidak ketahui namanya.Satu tangan mereka berada ni beg sekolahku membuatkan aku terasa beban yang digalas olehku semakin berat.
"Ish alihkanlah tangan tu!"marahku dengan menggerakkan tubuh badan ke kiri dan kanan.Aku melihat Anaqi yang baru keluar dari kelas pantas aku menjerit namanya.
"Anaqi!"
Anaqi memandang ke arah jeritanku.Kakinya turut mengatur langkah pada kami bertiga.
"Iqram?Fakhrul?"Anaqi berasa hairan dengan kehadiran rakan sekelasnya ada bersama Aara.
"Awak.Diorang berdualah yang kacau saya haritu"Anaqi memandang lama wajahku yang cemberut sambil memeluk tubuh itu.
'Kenapalah kau selalu buat degupan jantung aku berdetak laju.Haish comel!'Anaqi mampu berkata dalam hati sahaja.
Anaqi memandang semula dua rakan sekelasnya tajam.
"Kau buat apa lagi kat sini?Nak aku suruh pengetua buat meet and greet dekat korang berdua lagi?"soal Anaqi dingin.
Aku terkebil-kebil melihat perubahan Anaqi sebagai ketua pengawas itu sehingga dua lelaki tadi yang menggangguku kecut perut terus beredar.
"Wah"kataku kagum tidak sengaja dilepaskan.
Anaqi memandangku semula dengan pandangan redup tetapi masih lagi dingin seolah-olah sedang menahan amarah .Aku ada buat salah ke?
"Kau memang suka berahsia eh?"tanya Anaqi serius
Anaqi berdecit apabila menerima anggukkan dariku tanpa rasa serba salah.
"Nanti kalau aku jadi suami kau, tahulah aku nak ajar budak degil macam kau ni"Anaqi terus melangkah pergi ke arah tangga.
"Dia nak tahu apa dari aku sebenarnya ni?"
kataku perlahan sampai tidak sedar kehadiran Airil dan Izzan di sebelah.
"Dia dah tahu pasal kau dapat surat kat kantin tu"jawab Izzan selamba.Airil yang mendengar kata-katanya lalu memberikan ketukan di kepala si Izzan.
Pap!
"Kau lupa ke apa Anaqi pesan?"Izzan cuba mengingati pesanan abang kembarnya.
"Jangan bagitahu Aara pula.Aku nak dia sendiri sedar yang dia tak boleh berahsia pasal perkara ni.Lagi-lagi dengan abang-abang dia"
Izzan tersengih memandang Airil menandakan pesanan Anaqi sudah diingat.Airil menjelingnya tanda menyampah.
"Pesan apa tu?"sampukku membuatkan mereka berdua memandang sesama sendiri.Izzan meneruskan langkah ke tangga dan turun menuju ke arah kereta Anaqi.
"Budak kecik jangan sebok"tegur Airil terus memegang beg sekolahku supaya tidak ke tinggalan di belakang.
"Ish saya dah besar lah"rungutku dengan muncungkan bibir.Tersenyum senget Airil melihat gelagatku seperti arwah adik kandungnya , Inarah.
'Aku harap kau masih ada kat sini Inarah, huh'kata Airil perlahan hanya dirinya sahaja mendengar sambil menahan sebak.
******************************
Anaqi dan Izzan menunggu kehadiranku aku bersama Airil yang masih lagi tidak kelihatan.
"Weh sorry lambat.Aara jalan macam siput"sapa Airil memandang rakannya.Aku di sebelah hanya menunjukkan protes dengan menghentakkan kaki beberapa kali menyuruh Airil melepaskan pegangan di beg sekolahku tapi Airil buat tak tahu sahaja.
"Dah jom"Airil menolak kuat tubuhku masuk ke tempat duduk sebelah pemandu.Nasib baik aku dapat menyeimbangkan diri kalau tak , habis bibirku melekat dekat stereng kereta si Anaqi.
Anaqi memulakan perjalanan pulang ke rumah dengan bacaan doa naik kenderaan.Aku kembali bersuara setelah habis membaca doa.
"Saya bagitahu along awak tolak saya"marahku tanpa memandang Airil yang sudah tersenyum sinis tanda tak kesah. Huh ingat aku tak nampaklah tu....
"Tak nak bagitahu ke pasal surat tadi?"tanya Anaqi tiba-tiba membuatkan aku terdiam.
Suasana penuh dengan gurauan berubah menjadi serius.
BERSAMBUNG...
Share this novel