Chapter 30

Romance Series 14668

Aku mengetuk meja menggunakan jari sementara menunggu El membeli makanan.

"Aara Elina!"

Aku melihat gerangan yang memanggilku seperti mahu mengeluarkan anak tekak.Aariz Elvin dan Faris Adnan.

"Kau tahu tak kat kelas dah kecoh bila tahu Riz ni kembar seiras kau"ujar Faris sedikit teruja. Ada lah penampakan makcik-makcik bawang sikit.

"Termasuk kau kan?"balasku pantas.Faris tersengih lalu mengangguk.

"Kau tak bagitahu aku pun"mulut Faris dimuncungkan tanda tidak puas hati

Aku menjelingnya menyampah.

Ehem !

Aku memandang Riz malas sambil mengangkat kening.

"Tinggalkan aku dengan Aara sekejap boleh ?"
pinta Riz kepada Faris

"Iyelah"balas Faris pasrah. Kebetulan El yang baru muncul sudah ditarik ke meja sebelah untuk memberi ruang kepada aku dan Riz.

"Nak apa?"kataku dingin tanpa memandang Riz disebelah

"Tolong aku perangkap Hana"pinta Riz senafas.

Aku terkebil-kebil memandang Riz sambil mencari anak mata Riz. Aku ke Riz yang demam sekarang ni?

"Aku minta maaf kalau semalam aku buat kau sakit hati, along dan angah pun sama" Terdiam aku seketika apabila Riz mula membangkitkan hal semalam.

Melihat aku masih mendiamkan diri, Riz bercerita sedikit sebanyak tentang rancangan mereka.

"Harini atau esok Ummi akan datang Malaysia"

"Ummi?" Aku mengerut dahi hairan

"Mak Hana" Wajah aku berubah keruh mendengar gelaran itu.

"Then?"kataku sudah tidak berminat mahu mendengarnya

"Ummi akan bantu kita juga untuk perangkap Hana"ujar Riz teruja

"Oh really? Lepasni Hana anggap aku pula hasut mak dia suruh sumbat Hana masuk lokap? Like that huh?"balasku sinis membuatkan Riz tersentak dengan kesalahfahaman aku.

"Hana tak masuk lokaplah nanti dia kena hantar dekat pusat pemulihan akhlak je" Riz membetulkan tanggapanku.

"Tolong kitaorang eh?"sambung Riz

"Malas"jawabku dingin. Nanti apa lagi aku kena tuduh dengan si Hana tu.

Aku mengambil makanan yang sempat diletak oleh El tadi. Aku makan tanpa menghiraukan Riz yang sudah merenungku tidak puas hati.

"Wah nilah kembar seiras yang tengah popular harini tu?"

Aku dan Riz memandang gerangan. Dirah dan rakan-rakannya.Aku menyambung aktiviti makanku. Masa aku kelaparanlah orang nak ganggu haih.

"Kenapa pandang aku macam tu? Aku tahu aku cantik" Tersedak aku mendengar teguran Dirah dengan pandangan Riz yang tidak berkelip memandang Dirah.

Uhuk! Uhuk!

Aku menyuakan straw ke dalam mulutku lalu menyedut minuman itu.

"Aku rasa kau salah ni" Tergelak sinis aku teringat kata-kata Dirah sebentar tadi.

"Dia membesar kat Jepun tau. Kau rasa kau layak ke nak dibandingkan dengan kawan perempuan Riz kat sana?"

Dirah mengetap bibir lalu mengambil air mineral El di meja sebelah dan disimbahkan air ke arah wajahku.

"Woi !" Terdiam semua penghuni di kantin. Anaqi dan rakan-rakanya yang baru sahaja muncul di kantin untuk buat rondaan terus memandang ke arah jeritan itu.

"Pahal kau simbah air kat muka Aara?! Air aku pula tu"marah El kuat

"Membazir tu amalan syaitan kau tahu tak?! Ke kau baru je register masuk geng Syaitonirojim tu ?!"sambung El

Aku masih terkejut dengan simbahan Dirah hanya mendiamkan diri. Tanpa aku sedari aku bibirku bergeletar teruk. Air mineral sejuk weh !

Bam!

"Aku tanya kau ni Dirah ! Aara tak ganggu kau asal kau terhegeh-hegeh nak ganggu dia ?!"

"Ha kau berdua. Korang tak ada otak ke nak fikir benda baik untuk korang buat masa rehat ni?! Ni tak pergi ikut je bontot minah ni kenapa?!"

Terbuntang mata Izzan melihat bidadarinya mengamuk seperti monster. 'Garang, I like it' getus Izzan dalam hati.

Merah muka Dirah menahan malu. Begitu juga dengan rakan-rakannya.

Pandanganku mula kabur dan rebah tidak sedarkan diri.Nasib baik Riz sempat menyambut tubuhku. Riz memandang tajam Dirah.

"Aku pandang kau sebab aku tahu kau berkomplot dengan Hana. Aku saran jauhkan diri daripada Hana kalau kau taknak ikut dia masuk lokap"kata Riz dingin cuba untuk takutkan Dirah.

Anaqi dan rakan-rakannya memandang Dirah tanda tidak percaya . El cuba menahan amarahnya daripada naik tangan pada Dirah. Kang mati anak orang.

El sudah menganggap Aara sebagai keluarganya sendiri. Aara yang selalu ajar dia jadi kuat jangan biarkan orang buli dia . Tak putus-putus memberi semangat pada El. Sebab itulah El masuk campur bila ada kena mengena pasal Aara. Dia tahu walaupun Aara suruh dia jangan jadi seorang yang lemah tetapi Aara sendiri lemah dan selalu mengeluarkan tangisan.

"El ikut aku"

El mengikuti Riz yang sedang mencempungku menuju ke bilik  rawatan. Riz sempat memberi isyarat pada Anaqi menyuruh selesaikan kes si Dirah ni. Anaqi mengangguk faham.

******************************

Riz masih merenung wajah pucatku yang masih tidak sedarkan diri.

"I'm sorry"ucap Riz perlahan lalu merebahkan kepala di birai katil dan tanganku digengam erat. El sudah masuk ke kelas setelah kedengaran bunyi loceng menandakan waktu rehat telah tamat.

Ting! Ting! Ting!

Pengumaman untuk semua pelajar SMK Damansara bahawa koko pada harini dibatalkan .Semua pelajar akan pulang pada jam 1:30 petang termasuk pelajar tingkatan 5 dan 6, Terima kasih.

Riz mengerling jam tangannya.

1:29pm

Kring !

Riz bangun daripada duduk cuba menggerakkan tubuhku sedikit. Aku mengerut kening sebelum mencelikkan mata. Wajah gembira Riz menyapa pandanganku.

"Baju siapa ni?"soalku sambil memandang tshirt hitam ditubuhku. Bau maskulin kuat pada pakaian itu.

"Baju aku"jawab Riz selamba. Aku membuntangkan mata memandang Riz lalu bersuara.

"Kau ke tukarkan baju ni?"tanyaku teragak-agak melihat Riz tersengih nakal macam badboy sejati.

"Kau rasa?"kata Riz sengaja mengusik adik kembarnya

"Argh pervert ! Riz pre-"jeritanku terhenti apabila Riz bertindak untuk menutup mulutku. Pembetulan ! Bukan mulut sahaja tetapi dengan hidung sekali.

"Aku main-main jelah...El yang tukar ish kau ni"lalu melepaskan kasar tekupannya. Aku menjeling tajam ke arah Riz . Sakit tahu tak ?! Kasar betul.

"Dah cepat pakai tudung. Taknak balik ke?"tegur Riz apabila melihatku tidak habis-habis memberikan jelingan kepadanya.

"Lepastu?"kataku sudah siap memakai tudung merah jambuku. Nasib baik sudah kering.

"Pergi kelas amik beg then ikut aku" Aku pandang Riz dari atas hingga ke bawah tanda tidak puas hati.

"Kau siapa nak arah aku?"sambil memeluk tubuh dan masih tidak bergerak.

"Aku abang kau"

"Abang atas kertas je"pintasku laju

"Otak hang! Kau tahu daripada mana ayat ni?

"Drama"balasku selamba

"Itu isteri atau suami je memandai kau tukar jadi abang kenapa ? Baik kau gerak sekarang sebelum...."kata Riz sengaja dihentikan membuatkan aku tertanya-tanya. Senyum sinis diukir pada bibir Riz.

"Apa?"

"Aku suruh along datang sini bawa kau balik. Macam mana mau?" Keningnya diangkat berkali. Aku mengecilkan mata melihat permainan Riz yang masih acah-acah badboy itu.

"Cepat my little twin !"jerkah Riz tiba-tiba. Tanganku ditarik lembut keluar dari bilik rawatan.

"Ish terkejutlah!"rungutku kuat. Muka dicemberutkan tetapi masih akur dengan abang kembarnya yang memberikan layanan seperti tuan puteri. Kasut disarungkan pada kedua-dua kakiku sebelum merangkul bahuku dan mula melangkah ke kelas untuk mengambil beg.

"Eh aku baru nak hantar beg korang"ucap El apabila  melihat kelibat kami berdua.

"El. Harini dia balik dengan aku okay, kau jangan risau"ujar Riz membuatkan mulutku semakin muncung tanda protes.

El mengangguk faham lalu mendekatiku dan berbisik

"Hati-hati, jangan buat kembar kau marah. Dia marah sangat menyeramkan"

El melambaikan tangan sebelum keluar dari kelas. Aku memandang semula Riz yang sedang mengemaskan buku-bukuku masuk ke dalam beg.

"Dah jom" Ternaik bahuku apabila suara Riz betul-betul berada di sebelah kananku.

"Kau menung apa? Jom"kata Riz lembut sebelum memegang pergelangan tanganku dan berjalan keluar dari kelas.

******************************

Aku mengerut kening ke arah Riz apabila kami berhenti di hadapan kereta Anaqi.

"Weh sorry lambat"

Aku dan Riz menoleh ke belakang.Anaqi dan rakan-rakannya.

"Nak pergi mana?"

"Pejabat Zafran"balas Anaqi ringkas lalu memberikan isyarat kepada Riz menyuruh aku masuk terlebih dahulu. Riz membuka pintu penumpang hadapan sebelum menolak aku masuk ke dalam dan ditutup semula.

"Ish suka hati je tolak tarik aku kesana kesini"
rungutku dalam kereta.

Mereka berempat berempat masuk ke dalam kereta selepas selesai membincangkan satu perkara tanpa pengetahuanku.

"Kalini nak pergi sana buat apa?"tanyaku memecahkan kesunyian

"Diam tutup mulut"tegur Airil dingin. Aku mencebik tidak puas hati. Tiba-tiba lagu kegemaran aku muncul di siaran radio. Mulut sudah gatal untuk bernyanyi. Kucu kuca - Lia Aziz.

Kerlip, ah, bintang nun jauh di sana
Sudah pastinya kufikirkan dirimu
Deru angin bertiupan berlagu
Ingin kusampaikan rinduan di hati

Badan ditegakkan memandang Anaqi yang sedang memandu dan sambung bernyanyi

Lagu cinta ini untuk kamu
Sambil kutenung bulan menghiasi malam
Dan tercipta bibit kata indah
Dan kulagukan rasaku

Jari mula dipetik. Badan bergerak ikut rentak lagu.

Kucu-kuca, kucu-kuca
Serentak dengan nadaku
Bersama jari-jemariku
Menyeru, menari bersama diriku

Riz sudah menepuk dahi melihat adik kembarnya tidak reti duduk diam manakala Izzan dan Airil sudah membuat wajah pasrah apabila aku membuat konsert dalam kereta.

Namamu kurahsiakan
Dan telah terpatri di hatiku
Kucu-kuca, kucu-kuca
(Oops, alamak)

Ternganga mereka berempat melihat kegedikanku di akhir lirik.

'Ya Allah ni ke perangai bakal menantu mama?'getus Izzan di hati

'Apakah ini huh'keluh Airil meraup wajah. Stress !

"Aku jatuh cinta"sambung nyanyiku diakhir dengan kenyitan mata ke arah Anaqi yang sedang mengerlingku sekilas.

Terbuntang mata Riz melihat kenakalan adik kembarnya lalu menarik tubuhku supaya bersandar dan memakaikan tali pinggang.

"Kau cabut, aku bagitahu along kau gatal menggeletis dengan Izzat" ugut Riz memandangku tajam. Aku pantas menyebut 'okay' tanpa mengeluarkan suara sambil membuat simbol okay. Aku mendiamkan diri memandang keluar tingkap.

Tergeleng kepala mereka berempat melihat karenahku.

BERSAMBUNG...

Share this novel

Shima Pian
2021-06-29 09:42:13 

sbb best sangat cerita nie serta saya jd xsabar nak tahu perjalanan kisah ni dan kesudahannya....memang best....mula baca pun dah boleh buat nak baca sentiasa....seperti xpuas baca...teruskan usaha semoga berjaya didalam bidang penulisan...

Shima Pian
2021-06-29 09:28:03 

maaf *novel

Shima Pian
2021-06-29 09:27:41 

maaf tanya...ada niat dihati tak untuk buat ovel atau


NovelPlus Premium

The best ads free experience