Chapter 36

Romance Series 14668

Keesokkan harinya, aku pergi ke sekolah seperti biasa. Aku melangkah masuk ke kelas.

"Aara"

Aku memandang Dirah dan rakannya hairan. Tak ada lah dia panggil lembut je kalini tidak seperti selalu. Kena sampuk dengan jin mana ni?

"Aku dengan kawan-kawan aku nak minta maaf dari awal kita kenal hinggalah aku tolak kau semalam." Aku mengerut kening pelik semacam je minah ni.

"Kau ada terhantuk dekat dinding mana-mana ke semalam? Sebab tu perangai kau mereng sebelah?"

Pap!

"Aduh!" Aku mengusap lenganku yang ditampar Dirah.

"Aku tahu aku banyak salah kat kau tapi sekarang aku dah tak nak bermusuh dah dengan kau" Aku terdiam mendengar kata-kata Dirah.

"Terima kasih"ucap Dirah tiba-tiba

"Terima kasih sebab kau sedarkan aku, aku jujur yang aku cemburu tengok kau dengan tunang aku"kata Dirah sambil menahan malu.

Aku membuntangkan mata tidak percaya.

"Izzat aku sayang dia sebagai abang je, mungkin aku sakit hati bila kau macam nak jauhkan aku dengan dia" Tersenyum kelat diukir pada bibir Dirah.

"Woi!"

Terangkat bahu aku dan Dirah. Begitu juga dengan rakan-rakannya Dirah.

"Kau buat apa kat sini?!"marah El kepada Dirah dan rakan-rakannya.

"Aku dan cakap kan jang"kata-kata El berhenti kerana aku menekup mulutnya.

"Diorang datang sini nak minta maaf bukan nak ajak gaduh. Kau ada nampak ke macam dia nak buka gelanggang WWE kat sini? Ada?"tanyaku mendatar

Kepala El menggeleng perlahan lalu tersengih malu.

"Sowy hakak-hakak diva"ucap El selamba

Dirah dan rakan-rakanya hanya menggulingkan mata. Menyampah dengan gelaran itu walaupun itulah kenyataannya.

"Duduk tempat masing-masing, peperiksaan bahasa Inggeris kertas 1 akan dimulakan sebentar lagi"

Dirah dan dua rakannya kembali ke tempat duduk mereka.

"Goodluck bebeh" Aku mempamerkan wajah meluat. Entah  kenapa rasa macam nak tampar je mulut El bila dia sebut perkataan itu.

Cikgu maira meletakkan kertas soalan di setiap meja pelajar.

"Pelajar boleh menjawab sekarang"

*********************************
Kring!

"Letakkan pen semua, masa menjawab sudah tamat" Cikgu Maira mula mengutip kertas soalan.

"Awak semua boleh rehat" Aku dan rakan sekelasku yang lain mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Maira sebelum keluar kelas untuk rehat.

"Eh Hairul?" Terkejut aku apabila perasan susuk tubuh Hairul sedang bersandar di dinding luar kelas 5 Akaun.

"Ha keluar pun kau. Izzat tunggu kau dekat library"beritahu Hairul sambil kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar.

"Kenapa pula?" Semalam tak ada pula nak cakap apa-apa hm.

"Pergi jelah mana aku tahu"jawab Hairul mendatar

"Okay. Err...nak tanya ni. Mana kawan kau dua orang tu?"

"Iqram dan Fakhrul biasalah hisap rokok belakang blok, asal tanya pasal diorang? Berkenan?" Hairul mula serkap jarang terhadapku.

Mataku membuntang mendengar ujaran Hairul.

"Mati hidup balik pun tak nak okay, minta dijauhkan dengan orang berperangai macam kawan kau tu. Ingatkan tak kacau perempuan, rupanya bila tak ada kau gatal nak mam"kutukku selamba depan Hairul

Hairul tergelak mendengar kutukanku kepada sahabat seperjuangannya.

"Aku tahulah, Satu kelas kita orang kecoh. Mana taknya Izzat bagi amaran satu kelas jangan ada yang berani sentuh kau"beritahu Hairul lagi

Entah kenapa aku rasa dalam perut ada rama-rama manakal hati berubah menjadi berbunga-bunga mendengar kata-kata Hairul.

"Dia cakap macam mana?"soalku ingin tahu. El di sebelah mendiamkan diri sahaja tetapi masih lagi memasangkan telinga mendengar perbualan kami berdua.

Hairul berdehem membetulkan suaranya.

"Aku tak nak korang sesuka hati je sentuh Aara Elina termasuk kau Alisya dengan kawan-kawannya sekali. Kalau aku dapat tahu kau buat juga, jangan tanya kalau sisi Iqi muncul balik"ujar Hairul mengulangi kata-kata dingin Anaqi

"Iqi?" Pertanyaanku membuatkan Hairul terdiam. 'Alamak terlepas pula'getus Hairul di hati

Melihat Hairul mendiamkan diri membuatkan aku faham.

"Haris, jom pergi kantin"ajak Dirah manja membuatkan Hairul tersenyum lalu membawa Dirah pergi dari situ.

"Aara kau nak pergi librarykan? Aku tak ikut tau, aku laparlah hehe" Aku menjatuhkan kepala dua kali sebelum melangkah ke arah perpustakaan.

******************************

Aku membuka kasut lalu menolak pintu perpustakaan dan masuk ke dalam. Mataku mencari susuk tubuh Anaqi. Aku melihat susuk tubuh lelaki membelakangi aku pantas laki melangkah ke situ.

"Ada apa nak saya?"soalku setelab memastikan itu Anaqi.

Anaqi mengusap dada bidangnya . Terkejut agaknya apabila aku bersuara tiba-tiba.

"Salam mana sayang?"tegur Anaqi siap ditekankan lagi nadanya menyebut 'sayang'

Tersengih malu aku memandang Anaqi.

"Assalamualaikum"kataku perlahan. Anaqi menjawab salam lalu memandang tepat pada anak mata hazelku.

"Kau okaykan kalau kita nikah muda?"tanya Anaqi perlahan

"Okay je tapi saya harap awak boleh tahan dengan perangai saya yang selebihnya saya cakap lepas awak sah jadi husband saya hehe"
balasku sedikit malu. Mukaku masih berbahang.

"Saya nak tanya awak sesuatu" Izinku melihat Anaqi tidak berdingin dengannya membuat aku menghela nafas lega.

"Tanyalah" balas Anaqi ringkas

"Apa sisi Iqi yang awak maksudkan?"

Tubuh Anaqi mengeras mendengar nama yang keluar dari mulutku. Anaqi mengeluh kasar.

"Kalau aku cakap aku ada split personality kau percaya?" Sengaja ditanya soalan begitu kepadaku mahu menguji

Aku menggelengkan kepala tanda tidak percaya. Kau bayangkan Anaqi dah dingin kalau Iqi tu pula seorang yang lemah lembut. Fuh seram muka dah nampak kacak suara garau melambang seorang lelaki sejati. Badan tak ada lah berketul-ketul sampai nak meletup tapi cukup untuk menunjukkan itu badan sasanya. Tiba-tiba lembut ?! Tak ke haru jadiny HAHAHA

Anaqi tergelak kecil melihat mukaku berkerut seolah-olah menggelikan sesuatu. Malangnya Anaqi dapat tangkap dengan apa yang difikirkan bakal isterinya.

"Aku gurau jelah . Jatuh maruah aku sebagai headprefect dingin kau bayangkan macam tu"diselangi tawanya yang masih tersisa

"Hehe. Habis tu?"tanyaku sambil menggarukan kepala.

"Itu nama masa silam aku. Aku tak suka nama tu disebabkan nama tu aku jadi playboy. Suka mainkan hati perempuan, aku melawan cakap mama papa dengan Abang Irsyad, suka gaduh pukul orang sana sini disebabkan benda kecik je" Anaqi memberikan senyuman kelat ke arahku.

"Padahal aku baru umur 13 tahun. Dah tunjuk hero huh aku tak tahu kenapa aku boleh jadi macam tu dulu. Aku rasa puas dapat pukul orang sana sini sedangkan diorang tak ada salah pun"

"Itulah sisi seorang Iqi, kenapa Iqi ? Sebab aku sedar perangai aku buruk. Jadi aku tak naklah guna nama family aku bagi. Sampailah tingkatan 3, abang-abang kau...Izzan dan Airil beranikan diri tegur aku untuk dijadikan aku sebagai kawan. Diorang yang ubahkan perangai aku. Dua tahun hubungan aku dengan adik kembar aku menjadi renggang. Dulu perangai Izzan dingin sampailah aku tingkatan 3 tu baru aku tahu perangai aku yang sebenar. Izzan pun sama, masa tingkatan 1 dan 2 tu dia berusaha menjadi dingin, cuba tahan rasa bila melihat perangai aku berubah"

"Dan Izzan kembali dengan perangai selamba dan ceria selalu apabila melihat aku sudah berubah seperti dulu lagi, tak playboy, tak naik tangan pada lelaki mahupun perempuan. Semua perempuan yang aku mainkan aku dah minta maaf. Alhamdulillah diorang tiada simpan dendam. Aku mulakan perangai dingin aku dari tingkatan 3, perempuan semua takut nak dekat dengan aku. Sehinggalah aku dapat pegang jawatan ketua pengawas tahun ni dan aku jumpa budak pendek depan aku ni yang selamba je panggil aku baju berwarna maroon" Kami melepaskan tawa secara perlahan.

"Jadi kau masih terima aku?"tanya Anaqi tiba-tiba

"Mestilah terima. Susah tau saya nak jadi seseorang yang bertakhta di hati awak"kataku selamba

Anaqi menggulingkan mata ke atas tanda menyampah dengan kata-kata manisku. Dalam diam Anaqi tersenyum lega melihat aku terima masa silamnya.

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience