Malam menjelang tiba , aku masih lagi mengulang kaji sedikit sebanyak untuk peperiksaan pada hari esok. Nota telah diringkaskan , catat yang penting sahaja.
Aku tersenyum teringat kejadian petang tadi.
•Flashback•
Anaqi berhentikan kerana di perkarangan rumahnya.Aku memandang Anaqi. Lama.
"Kenapa awak bawa saya ke sini?"tanyaku hairan
"Ayyan dan mama rindu kau , asyik sebut je nama kau"sampuk Izzan terus keluar dari kereta
"Nanti aku hantar kau balik rumah maksu okay, jom"
Aku dan Anaqi keluar dari kereta menuju ke pintu rumah.
"Kak Aara!"
Rayyan berlari lalu memelukku kuat. Mama pula tersenyum manis melihat kehadiranku.
"Mama sihat?" Aku menyalam tangan dan melagakan pipi kiri dan kanan pada mama.
"Sihat alhamdulillah, jom masuk mama ada masak makanan kegemaran Rara" Bersinar mataku memandang wajah tua mama yang lagi kelihatan awet muda.
Aku dan mama segera mengatur langkah ke dapur. Aku terkejut melihat tiga lauk kegemaranku terpampang di anak mataku.
Ikan siakap tiga rasa. Ayam paprik. Cendawan butang masak sos lada hitam.
Mama menghulurkan aku sebuah pinggan pantas aku mengambilnya. Nasi dicedok dan diletakkan di atas pinggan. Begitu juga yang lain.
Aku makan dengan penuh selera. Selesai sahaja aku makan , aku mengangkat kepala apabila terasa diperhatikan. Tergelak kecil Anaqi melihat sos lada hitam berada di tepi bibirku. Anaqi mengambil tisu menghulurkan ke arahku.
"Kenapa?"balasku bingung
"Sos blackpaper tu ada dekat tepi bibir kau"tegur Anaqi
Fikiranku mengeluarkan idea yang bernas lalu aku bersuara.
"Lapkan please"pintaku manja dengan mulutku sedikit comot membuatkan aku kelihatan umur sebaya Rayyan.
"Malas. Kau ada tangankan? Ke dah potong?"jawab Anaqi dingin. Wajahku mula muram.
Tiba-tiba Anaqi bangun mengambil tisu basah dan sekali lap sahaja sos lada hitam berada di tisu itu. Anaqi mengambil pinggannya menuju ke singki dengan beriak selamba.
Ehem!
"Sedapnya mama masak"pujiku ikhlas untuk menutup malu. Tergeleng mereka bertiga kecuali Rayyan.
•End Flashback•
Aku mengerling jam dinding.
11:30pm
Aku mengemas buku dan bersedia untuk lena.
Selamat malam semua!
******************************
Tok! Tok! Tok!
"Rara bangun mandi sekarang dah pukul 6!!"
Aku yang sedang diulit lena terus tersedar dengan jeritan itu.
"Iya Rara mandi sekarang!"sahutku mamai. Aku bangun dari perbaringan berjalan ke bilik air.
Setelah 30 minit bersiap , aku keluar dari bilik menuju ke dapur.
"Morning maksuku cantik lagi menawan"sapaku ceria
"Eh morning juga paksu"sambungku apabila baru perasan dengan kelibat paksuku , Norman namanya.
Mereka memberikan senyum sahaja sebagai balasan.Kami mulakan bersarapan.
******************************
"Aara!"
Aku menoleh ke kiri melihat gerangan lama. Terpegun dengan penampilan Hairul Haris yang baru. Kemas bertali leher, baju tidak renyuk tetapi rambut masih sama ala-ala bad boy gitew!
"Woi!"jerit Hairul sambil menggoyangkan beg sekolahku. Aku tersentak. 'Alamak lama sangat ke aku tenung anak teruna orang ni?'bisikku dalam hati.
"Ha nak apa?"soalku memandang wajah Hairul
"Nanti kau cakapkan dekat Dirah, aku nak jumpa dia masa rehat"kata Hairul lalu tangan dimasukkan ke kocek seluar
"Malas"jawabku pantas dan membuka langkah untuk pergi tapi terhenti apabila Hairul memegang beg sekolahku.
"Tolonglah. Kalau tak aku suruh kawan-kawan aku kacau kau"ugut Hairul
"Kau ingat aku takut?"balasku belagak berani
"Asal kau tak nak bagitahu dia terus?"sambungku hairan
"Aku nak suprisekan dia dengan penampilan aku sekarang"jawab Hairul yakin
"Kiranya akulah perempuan pertama nampak kau berpakaian macam ni?"tanyaku teruja.
"Tak, my mum"kata Hairul tersengih malu
"Oh nanti kalau aku ingat aku bagitahu dia okay bye"
Aku terus melangkah laju tanpa ssmpat Hairul menahanku lagi.
******************************
Aku masuk ke kelas dan disambut dengan tolakan kuat sehingga belakang badanku terhentak ke pintu hampir sahaja aku jatuh terlentang tapi tidak kerana Anaqi sempat memeluk pinggangku.
Anaqi menegakkan badanku kembali sebelum melepaskan pelukannya lalu dipandang tajam Dirah dan rakan-rakannya.
Aku masih lagi terkejut dengan tolakan Dirah hanya mendiamkan diri. Nasib baik kaki aku tak terseliuh lagi.
"Kau ni kan semua jantan kau nak! Anaqi kau nak! Hairul pun kau nak!"bentak Dirah tiba-tiba
Aku bingung dengan kata-kata Dirah terhadaku.
"Ha?"jawabku masih blur membuatkan Dirah makin marah
"Entah-entah dara pun dah tak ada"
Pang!
Aku membuntangkan mata memandang tindakan El yang baru sahaja muncul. Aku melihat Anaqi mengengamkan buku lima menahan tangannya daripada naik tangan ke arah sepupu kesayangannya. Terima kasih untuk El kerana sudah menampar Dirah , eheks !
"Mulut kau ni memang nak kena lumur dengan lada boh kan?!"kata El kuat
Anaqi berdehem kuat untuk menarik perhatian pelajar di kelas 5 Akaun yang sudah berkumpul melihat pertelingkahan El dan Dirah. Semua memandang ke arah Anaqi termasuk aku.
"Masuk kelas duduk tempat masing-masing, peperiksaan akan mula sebentar lagi"kata Anaqi dingin. Itulah niatnya untuk ke sini kerana Cikgu Maira menyuruh Anaqi singgah ke kelas 5 Akaun untuk memberi pesanan Cikgu Maira iaitu bersiap sedia sebelum peperiksaan dimulakan. Anaqi terkejut melihatku keluar dari kelas secara berundur.
Semua pelajar masuk dan duduk di tempat masing-masing.
"Lantak kaulah Hairul, aku malas nak bagitahu. Belum aku cakap apa-apa sudah dituduh bukan-bukan haihh"gumamku perlahan
******************************
Kring!
Semua pelajar menuju ke kantin. Aku memandang El dan bersuara
"Belikan air mineral sejuk je tau, makanan tak payah"
Aku mengatur langkah ke tempat duduk biasa manakala El beratur untuk membeli minuman.
"Rara"
Aku menoleh gerangan. Aku melihat wajah mendung dan sembab Riz. Aku menarik tangannya supaya duduk di sebelahku.
Riz terus memeluk pinggangku dan membenamkan wajahnya di atas bahuku. Aku mendengar tangisan kecil daripada Riz.
"Ummi tak bangun pun, dah 4 hari aku tunggu" Aku mengusap belakang badan Riz. Sebak.
"Ya tahu. Kita doakan yang terbaik untuk ummi supaya ummi cepat sedar okay"pujukku lembut lalu merungkaikan pelukan Riz.
"Faris mana?"soalku apabila melihat Riz kembali tenang.
"Dekat library"balas Riz ringkas.
El datang bersama air mineral sejuk dan diletakkan atas meja.
"Hai Riz"sapa El ceria
Riz hanya membalas senyuman hambar kepada El sebagai balasan
"Aku gerak dulu, nak pergi library"kata Riz sempat lagi minum air mineralku sehingga habis sebelum berlalu pergi. Aku dan El tidak berkelip memandang botol air mineral itu.
"Tiga kali teguk je dah habis? Air aku pula tu ? Terima kasih pun tak ada"omelku sendirian
BERSAMBUNG...
Share this novel