Special Chapter [4]

Romance Series 14668

Selepas menjamu selera kami berkumpul di ruang tamu. Abang Irsyad turut ada bersama kami ketika itu.

"Baby...."bisikku di telinga Anaqi supaya tidak menganggu perbualan along dengan yang lain. Anaqi leka mengusap lenganku dari tepi sambil mendengar perbualan papanya dengan abang-abangku dan abang Irsyad itu tersentak lalu membalas pandanganku.

"Attention" jawabku perlahan. Kedua-dua tanganku bermain sesama sendiri. Anaqi mula memeluk pinggangku tetapi masih menghiraukan balasanku sebentar tadi. Aku mendiamkan diri sahaja memandang kosong ke arah televisyen yang memaparkan drama Rindu Awak Separuh Nyawa. Begitu juga mama dan Rayyan.

"Ish Ayyan geram betullah dengan Huda tu. Abang Izzat jangan nak duakan akak Aara eh? Kalau Ayyan dapat tahu, siap abang huh"kata Rayyan tiba-tiba. Tangannya menumbuk-numbuk bantal kecil di atas pehanya itu. Kata-kata Rayyan telah memberhentikan perbualan mereka bertujuh. Mama menggelengkan kepala melihat telatah Rayyan setiap kali menonton drama. Aku hampir terlelap kembali segar apabila Rayyan menyebut namaku.

"Huh?" Aku memandang Rayyan bingung. Rayyan panggil aku ke tadi?

"Ngantuk ke Rara?"tegur angah mendatar. Aku hanya menggelengkan kepala tetapi semua di situ sudah masak dengan perangaiku termasuk papa dan abang Irsyad.

"Izzat pergilah bawa Rara ti--" Aku pantas memotong kata-kata angah.

"Tapi Rara tak habis lagi nak lepaskan rindu dengan abang-abang Raralah" protesku perlahan sambil menahan ngantuk. Tersenyum mereka mendengar jawapanku. Rayyan kembali menumpukan perhatian kepada drama yang dipaparkan di televisyen itu.

Papa dan Abang Irsyad memberi isyarat supaya membawaku ke bilik. Anaqi mengangguk faham dengan selambanya dia mencempungku lantas aku memeluk lehernya. Kepala diletakkan pada bahu Anaqi. Sekali pejam sahaja aku sudah terlena.

Krek~

Anaqi membuka pintu dan menutup kembali pintu menggunakan sikunya. Tubuhku diletakkan di atas katil kemudian Anaqi merebahkan diri di sebelahku.

Anaqi menepuk pipiku perlahan dan kembali bersuara.

"Sayang. Sayang ada kerja sekolah tak ni?" Aku menggelengkan kepala tanpa mencelikkan mata. Anaqi mengucup bibirku sekilas membuatkan aku membuka mata.

"Awak jangan nak goda saya eh? Saya ngantuk ni"omelku sambil menolak dada bidang Anaqi seperti mahu menindihku. Tergelak Anaqi mendengar kata-kataku.

"Eee perasannya. Mana ada aku goda kau. Lainlah kalau kau sendiri tergoda dengan ciu--"

Buk!

"Aduh! Sakitlah sayang!" Aku kelam kabut bangun duduk bersila menghadap Anaqi yang mengerang kesakitan itu.

"Mana sakit?" Aku melihat wajah Anaqi berubah tersengih. Sinis sekali. Aku memicingkan mata lalu menjelingnya. 'Orang baling bantal je dah mengaduh sakit belum lagi baling Rayyan dekat encik suami ni huh'keluhku dalam diam. Eh maksudnya baling teady bear Rayyanlah huhu..

"Tipu je hehe. Dah tidur" Anaqi merebahkan badan semula sebelum menarik aku baring dalam pelukannya. Anaqi mendodoikan seperti anak kecil dengan membacakan selawat di tepi telingaku sehingga aku terlelap.

******************************
Aku memegang perut apabila perutku mula memulas. Aku mencelikkan mata kemudian jam di dinding dikerling dengan bantuan cahaya dari lampu meja sahaja.

2:30am

Aku bangun berjalan keluar menuju ke dapur. Lampu dapur dibuka. Aku mengambil tempat di kerusi ruang makan lalu menyandarkan badan di kerusi. Tangan masih memegang perut. Sakit.

Along yang baru sahaja turun tangga mengerut kening apabila lampu dapur sudah terbuka. Kaki melangkah ke dapur.

"Rara buat apa kat sini? Tak tidur ke?"

Terangkat bahuku mendengar suara along secara tiba-tiba.Aku memandangnya.

"Eh Rara ingat along dah balik"kataku tanpa menjawab pertanyaan along. Sakit perut yang masih ada aku hiraukan. Along melabuhkan punggung di sebelahku.

"Mama suruh tidur sini. Lagipun tak ada siapapun kat rumah. Ummi dah balik Jepun dengan Hana" Nama perempuan itu sengaja diperlahankan oleh along. Aku mengangguk faham. Tanganku mula meramas perut menahan kesakitan

"Rara sakit perut?" Along bangun mengambil minyak angin di atas kabinet dapur sebelah peti ais itu. Tanganku yang bebeas ditarik menuju ke ruang tamu.

Along duduk di sofa panjang kemudian menepuk pehanya. Aku merebahkan kepalaku di situ sambil memejam mata. Ngantuk tapi sakit perut.

Along menyingkapkan bajuku sedikit lalu menuangkan titisan minyak angin di tapak tangannya sebelum menyapu ke permukaan perutku. Setelah 10 minit berlalu, along berhenti mengurut perutku apabila mendengar dengkuran kecil daripada adik kesayangannya itu.

Minyak angin ditutup dan diletakkan di atas meja kecil di hadapannya. Baju adiknya dibetulkan. Along mencium kedua pipi tembamku. Tersenyum kecil along apabila menyedari bahawa adiknya sudah bahagia dan selalu tersenyum seperti dahulu. Pipi yang semakin berisi itu menandakan adiknya betul-betul bahagia dengan kehidupannya sekarang.

"Zafran ? Kau tak tidur la--" Terhenti kata-kata Anaqi selepas melihat susuk tubuhku yang sedang lena berbantalkan peha Zafran itu. Zafran menoleh ke arah gerangan.

"Oh kau rupanya Izzat. Tadi bangun nak pergi dapur minum air lepastu nampak Rara pegang-pegang perut, aku rasa Rara sakit perut ah. Dia ada makan apa-apa yang pedas ke harini?" tanya Zafran hairan. Izzat memberikan senyuman senget sahaja.

"Macam kau tak kenal adik kau yang degil ni" Izzat tahupun disebabkan El yang meninggalkan mesej bahawa Aara makan samyang dua pinggan. Along sudah dapat menangkap balasan daripada Izzat hanya mengelengkan kepala.

"Kau bawalah Rara masuk bilik. Bawa sekali minyak angin tu. Aku nak minum air ni" Anaqi mengangguk lalu mengambil minyak angin dan mendukungku seperti koala. Bilik tidur dituju manakala Zafran melangkah ke dapur semula.

******************************
Keesokan harinya, Aku dan Anaqi pergi ke sekolah seperti biasa. Alhamdulillah sakit perutku sudah pulih. Yang paling penting, sebelum pergi ke sekolah aku dapat bebelan ringkas dari abang-abangku dan encik suami. Ringkas ke? Kalau dah ramai-ramai bukan ringkas lagi namanya betul tak?

"Along dah cakapkan, jangan makan pedas-pedas lagi. Degillah kau ni"

"Itulah kau. Kecik-kecik tak nak makan pedas, tengok sekarang kau dah tak boleh makan pedas dah. Memang padanlah muka kau hahaha"

"Kau sebagai adik kembar aku nikan, kenalah tunjuk contoh yang baik" Tiber!

"Aku tahulah kau suka warna pink tapi samyang kau makan tu bukan mee dia warna pink pun. Lepasni jangan beli lagi" Ngeh~

Aku menongkat dagu menunggu kehadiran Anaqi. El dan yang lain pergi ke perpustakaan mahu mengulang kaji kerana Peperiksaan percubaan SPM akan tiba.

"Eh sorang je?" Aku memandang gerangan lalu menjelingnya. Nampak macam ada orang lain ke kat sini halah halah.

"Aku korek juga biji mata budak ni kang buat" kata Airil geram  dengan isteri sahabatnya itu sebelum mengambil tempat di hadapanku.

"Anaqi mana?" soalku dengan wajah mendung apabila bayangan suamiku tidak kelihatan. Airil menggaru kepala bingung cara mahu menjelaskannya. Bukan dia tidak tahu yang aku dan Anaqi bagaikan kembar siam. Asyik mahu melekat sahaja.

"Dia tak dapat teman kau rehat harini. Pengetua nak jumpa dia tadi"

"Hm. Izzan mana?" Airil hanya menunjukkan ke arah tempat membeli makanan.

"Semalam aku terjumpa Nadia dan Sofeya" Airil kembali bersuara setelah mendapat idea untuk dibualkan.

"Okay pastu?" Tak ada benda lain ke nak bual? Kenapa diorang? Haih.

"Diorang jumpa Hana buat kali terakhir" Aku mengerut kening memandang Airil.

"Macam mana kau tahu? Kau ada sekali ke kat situ?" Airil mengangguk sebagai jawapan.

"Hana diam je time tu. Muka dia pun macam tak ada perasaan. Stress sangat kot. Kesian aku tengok dia" Tanpa Airil perasaan, kata-katanya membuat aku terasa hati. Aku memberikan senyuman kelat kepada Airil.

'Salah aku ke?'

******************************
Kring~

Bunyi loceng menandakan waktu balik.

"Aara aku keluar dulu eh? Ayah aku amik awal harini" Aku mengangguk faham. Dirah dan kedua-dua rakannya datang ke mejaku.

"Kau okay tak ni? Senyap je lepas rehat tadi. Ada apa-apa jadi ke kat kantin?" soal Dirah risau melihat mukaku pucat seperti mayat hidup.

"Aku pening sikitlah. Kau geraklah dulu. Nanti kalau nampak Anaqi suruh dia tunggu sekejap sebab aku nak singgah tandas lepasni" Dirah menjatuhkan kepala dua kali sebelum mengangkat kaki bersama Dilah dan Dhia.

Selepas sahaja mereka beredar, aku meletakkan kepala di atas meja beralaskan kedua-dua lenganku. Berkerut mukaku menahan kesakitan di kepala.

"Sayang"

Aku mengangkat kepala apabila mendengar suara garau Anaqi. Anaqi memandang risau kepadaku. Airil dan Izzan juga berada di sebelah Anaqi.

"Kata nak pergi tandas?" Anaqi mendekatiku dan menolongku masukkan buku teks dan alat tulis ke dalam beg merah jambuku.

"Err... Saya nak pergilah ni tapi duduk sekejap hehe penat belajar kot" Sengaja aku memberi alasan kerana tidak mahu Anaqi mengetahui bahawa aku sedang sakit kepala.

"Aku tahu kau tipu sayang. Kenapa ni? Sakit kepala?" tanya Anaqi lembut sambil mendongakkan daguku supaya memandangnya. Aku mengangguk serentak air mataku mengalir deras.

"Sa--kit hiks" Anaqi memelukku sehingga wajahku tersembam pada perut berotot Anaqi.

"Kau dukung jelah Aara tu. Biar aku bawa beg dia" kata Izzan menawarkan diri. Kesian melihat kakak iparnya itu. Anaqi mengangguk lantas mencempungku. Kaki melangkah keluar dari kelas 5 Akaun dan menuju ke keretanya. Nasib baik ramai pelajar yang sudah pulang.

"Woi Airil! Kau angkat ya. Gerak lu pape pape makan aiskrim" Izzan terus melarikan diri. Airil menggulingkan mata ke atas tanda menyampah sebelum mengeluh perlahan.

"Aara oh Aara. Kenapa beg kau warna pink? Jatuh maruah aku bawa beg kau ni haih nasib baiklah kau ni aku anggap adik aku kalau tak, aku buang je beg ni kat tong sampah tau" bebel Airil sambil menggalas beg Aara.

"Kau pun satu Izzan. Konon biar aku bawa beg dia. Kau ke aku yang bawa sekarang ni"rungut Airil lalu mengatur langkah keluar kelas.

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience