Chapter 8

Romance Series 14668

Kami berkumpul di dewan tertutup yang terletak di sebelah kantin Kasturi setelah selesai makan tengah hari .

"okay semua dah makan kan?"kata abang asy ceria

"Dahhh!"jawab semua pelajar

"Okay...akak dah asingkan nama korang mengikut lima kumpulan dan dalam satu kumpulan ada 9 orang sahaja"ujar kak Ira

"Jadi...buka telinga besar-besar...bila nama korang disebut sila berkumpul dan duduk dalam bulatan mengikut kumpulan masing-masing di bahagian hadapan Kak Yana...cari tempat yang kosong lah ya"tambah Kak Ira

Kak Yana mengangkat tangan kanan lalu menunjukkan kawasan lapang yang berada di hadapan nya

Semua pelajar mengangguk faham.

"Kumpulan pertama...Hana , Airil Iskandar , Faris Adnan , Izzat anaqi Isya , Helmi, Muiz , Bella dan Aara Elina"kata kak Ira dengan lantang sekali

Faris Adnan ialah figura lelaki berkemeja jingga yang menegur pipi merah aku di hari pertama sekolah.Ingakan ? Mestilah ingat...

Hana,Sofeya dan Nadia ialah nama-nama musuh aku.Mereka itu lah geng girly nya.Yang pernah aku tampar tahun lepas.

"Kumpulan 2...Zafran Zaqeel,Zafuan Zemir,
Alisya,Auliyah , Zaidi , Hakim, Nadia , Erine dan Sofeya..boleh buat bulatan di sebelah kumpulan satu"kata abang Aiman pula

Lima orang gadis yang serang aku sebelum ni pula ialah Alisya,Auliya,Syakirah,Bella dan Erine.So take noted , I hate them too !

"Kumpulan ketiga...Syakirah, Bella , Suria,Sofeya,
Naufal,Daniel,Hilman,Izzan dan Aisyah Elmaira"
kata abang Ash sambil memegang senarai nama pelajar

Naufal , Daniel dan Hilman merupakan pelajar SMK Melati.Mereka juga kawan rapatku ketika berada di sana dan hubungan kita orang mula renggang selepas pemergian 3 sahabatku itu.

"Kumpulan 4....dan kumpulan 5...."Abang Aiman mula meniup wisel apabila suasana sudah menjadi riuh rendah

"Kami akan berikan anda masa untuk berbincang pasal aktiviti malam kebudayaan pada esok malam...kenapa bincang harini ? Sebab esok pagi &tengah hari kita ada aktiviti lain..boleh?"ujar Abang Aiman panjang

"Boleh"jawab semua pelajar serentak

******************************

Dalam hati seorang Izzan sudah membara , rupanya abang kembarnya sahaja mahu mengenakannya. Cis ! Penipu..

"Awak okay tak ni?"tanya El sambil melambaikan tangan di hadapan muka Izzan yang cemberut seperti sedang geram dengan seseorang.

"Haa apa kau cakap tadi?"Izzan terkejut

El tergelak kecil memandang wajah bingung Izzan.

"Tak ada apa lah"El putuskan untuk tidak bertanya lagi , malas mahu ulang balik hahaha.

"Alo...."Izzan mula muncungkan mulut untuk menarik perhatian El tetapi hanya lah sia-sia. El buat tak nampak sahaja.

"Gedik"kata Naufal sambil menggulingkan mata ke atas.

Mereka meneruskan perbincangan yang terhenti akibat mendengar perbualan El dan Izzan.

******************************

"Kita nyanyi je lah nak?"cadang Faris Adnan . Mata memandang semua ahli kumpulannya.

"Setuju !" Aku menyokong cadangan Faris , rakan sekelasku . Aku rindu nak menyanyi di atas pentas itu. 'Mungkin ini dapat lepaskan rindu aku pada mereka bertiga 'bisikku dalam hati.

Tempat perkhemahan sekolah baruku adalah sama dengan tempat perkhemahan sekolah lamaku tahun lepas. Aku pun kurang faham dengan fikiran guru SMK Melati , kenapa mereka mahu bergabung dengan sekolah barunya...

Yang lain hanya mendiamkan diri termasuk Izzat Anaqi.

"Come on guys...kenapa senyap je?Anaqi , kau setuju tak ?"tanyaku mendatar. 'Jaga tingkah laku kau Aara , jangan gedik sangat nanti Anaqi tak suka'kataku dalam hati apabila mengetahui dapat satu kumpulan dengan crush.

"Aku okay je...siapa yang nak nyanyi?"mata Anaqi memandang ahli kumpulannya yang lain

"Izzat dengan Aara nyanyi , yang lain termasuk aku main alat muzik...lagipun yang ada dalam kumpulan ni banyak kelebihan dalam bidang muzik kan?"cadang Muiz.

"Airil kau boleh?"Airil hanya menjatuhkan kepala dua kali.

"Yeayy!"jeritku perlahan sambil menepuk tangan beberapa kali.

"Kita orang ?"kata Hana dan Bella serentak

"Duduk diam sudah"jawab muiz selamba.

"Tak sabar nya !!!"jeritku perlahan. Excited !

Yang lain menggelengkan kepala sahaja . Muiz , Helmi dan Isya tergelak kecil melihat gelagatku . Mereka juga tahu aku ni salah seorang ahli daripada 4starlight .Hana dan Bella hanya merungut dan meluat dengan perangaiku.

******************************
Tengah malam sudah tiba , aktiviti night walk akan bermula selepas ketua kumpulan mengambil kehadiran . Ahli kumpulan sama dengan kumpulan malam kebudayaan nanti .

Pelajar akan dilepaskan sorang demi sorang oleh Abang Aiman dan Abang Asy ke dalam hutan setiap 5 minit seorang.Pelajar akan berjalan seorang diri mengikut laluan yang ditetapkan.
Tujuannya adalah untuk meningkatkan keyakinan dan keberanian dalam diri.

Fasi yang lain mula mainkan peranan iaitu mengganggu pelajar yang melewati kawasannya.

"Bah!" Sergah seseorang yang memakai topeng muka joker.

"Allahumma salli 'ala muhammadin wa'ala ali muhammad" sekali nafaz sahaja Zemir sebut sambil mengurut dadanya akibat terlalu terkejut.Zemir meneruskan langkahnya yang terhenti tadi. Zemir hanya menayangkan wajah selamba ketika diganggu oleh hantu jadian.
Semua gangguan fasi sudah dilepasi . Zemir terus menarik nafas lega apabila melihat susuk tubuh kak Ira dan Kak Yana dan beberapa orang pelajar sedang mengambil air yang telah disediakan untuk minum.

Tiba giliranku , aku melangkah dengan berhati-hati . Jantung tidak berhenti mengepam laju seperti sedang tatap mata crush . 'Cehh ! Takut-takut sempat lagi fikirkan crush..Aiyo Aara fokus!'gumamku di hati

"Hihihihihihi"

Bulu romaku berdiri ! Aku melajukan langkah dan mengabaikan segala setan jadian tersebut.

Tiba-tiba ada seseorang menolakku ke kiri hampir sahaja aku tersungkur.Aku cuba berfikiran positif dan meneruskan langkah.Aku menarik nafas terlebih dahulu dan lepas secara perlahan-lahan.Mataku mula memandang sekililing .Gelap.Tiada sebarang lampu.Sesat.

"Along...angah...Rara takut"aku duduk memeluk lutut sambil bersandar di dahan pokok.Aku membenamkan muka .Badanku menggigil hebat.Persekitaran yang dingin telah menambah kegigilan pada tubuhku.

Mataku menjadi berat akibat terlalu banyak menangis dan aku tertidur.

******************************
Aktiviti night walk berakhir pada jam 2:45am. Namun kelibat Aara Elina masih tidak kelihatan membuatkan Anaqi tidak sedap hati . Anaqi melangkah menuju ke Abang Aiman.

"Bang , ahli kumpulan saya lagi sorang...Aara Elina tak balik lagi"kata Anaqi

"Ada sesiapa nampak Aara Elina?"Zafran dan Zemeri tersentak apabila nama adik mereka disebut.

Suana menjadi bising apabila perasan tentang kehilangan Aara Elina

"Semua pelajar diminta mandi terlebih dahulu sebelum tidur , esok pagi lepas subuh kita akan cari Aara sama-sama"pesan Kak Ira

Semua pun beredar.

"Aku minta maaf...tak dapat jaga adik kau dengan elok"kata Izzat dengan penuh rasa bersalah memandang Zafran dan Zemir sebaik sahaja memasuki khemah untuk tidur.

Zafran dan Zemir memandang sesama sendiri kemudian membalas pandangan sahabatnya yang muka seperti kehilangan bini.
Mendung.

"Tak ada apa lah...dah tidur esok kita cari sama-sama" kata kembar seiras serentak menepuk bahu Izzat dua kali supaya bertenang .

"Betul-betul ! Jangan risaulah InsyaAllah Aara dalam keadaan elok kat situ. fikir positif je okay"kata Izzan lalu merebahkan badan dan tertidur..Begitu juga dengan Zafran dan Zemir.

"Suka Aara eh?"tanya Airil tiba-tiba dengan wajah serius memandang rakannya itu.

Pap !

Airil berjaya menangkap beg bajunya yang dibaling oleh Izzat lalu mengangkat sebelah kening kepada Izzat.

"Mengarut..tidurlah"Izzat membaringkan diri secara mengiring ke kanan iaitu membelakangkan Airil yang dari tadi merenung tingkah lakunya.

Airil tersenyum senget melihat Izzat seperti mahu mengelak daripada menjawab soalannya itu.

BERSAMBUNG...

Thankyou support(◕ᴗ◕✿)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience