Chapter 24

Romance Series 14668

Aku memandang Anaqi tidak berkelip tanda tidak percaya.Betul ke apa aku dengar ni?

"Kalau kau setuju...mama dan papa nak merisik kau malam ni.Sebab itulah paksu dan maksu kau ada sekali kat sini."Anaqi bersuara lagi apabila melihat aku seperti bingung dengan situasi ini.

Author ingatkan lagi...Doktor Alana merupakan adik kepada arwah mummy Aara Elina.

"So...bagi jawapan kat dalam okay"

Aku masih duduk terkebil-kebil mataku memandang El yang mendekati aku setelah Anaqi masuk ke dalam semula.

"Kita tak ada masa nak layan rasa keliru kau sekarang ni.Kau suka Anaqi tak?" Aku menjatuhkan kepala sekali.

"Sayang dan cintakan Anaqi tak?"tanya El lagi.
Aku menganggukkan kepala dua kali.

El menarik aku masuk ke dalam dan dudukkan aku disebelah maksuku.Majlis merisik aku pun diteruskan.

"Ha Rara.Macam mana ? Dah berpunya ke belum?Mama nak risik Rara jadi menantu mama ni"Aku tersenyum malu.Entah kenapa aku rasa terkejut sampai tak boleh keluarkan suara.

"Rara single lagilah mama"jawabku perlahan tanda terima dengan risikan mama Anaqi.Semua mata yang memandang berasa lega dan tersenyum melihat pipiku kemerahan.Cuma seorang sahaja memandangku meluat.Author yakin readers tahu.

"Alhamdulillah"jawab semua keluarga Anaqi serentak dan cincin telah disarung pada jari manis tangan kiriku oleh mama Anaqi.

"Mari ke dapur semula ada jamuan kecil-kecilan"kata Ayah Dirah setelah kami sekeluarga selesai membincangkan tarikh untuk masuk meminangku.Kami semua bangun bergerak ke ruang dapur.

Aku dah dicop sebagai menantu kepada mama Anaqi okay...jangan ada yang niat nak rampas aku tau hm.

******************************
Kami tiba sahaja di rumah , semua melangkah masuk ke bilik masing-masing untung berehat.

Aku menepuk pipiku perlahan sambil tersenyum bahagia.Aku tidak puas hati lalu mencubit tangan kiriku kuat sehingga kulit tanganku kemerahan.

"Aww! Okay betul tak mimpi"gumamku perlahan.Tangan kanan mula mengusap bekas dicubitnya itu.Boleh tahan sakitlah juga hehe.

Tiba-tiba aku mendapat idea untuk menulis hari kebahagiaanku ini di dalam buku Encik Diari.Aku panggil buku kesayanganku itu ialah Encik Diari sebab kulit buku di hadapanya ada gambar seorang lelaki berhoodie kuning.So aku panggillah dengan gelaran 'encik'.Buku ni aku beli masa teman Riz cari barang sekolah tu.

10mac2020,11:30pm.

Encik diari ,
Harini aku Aara Elina berasa happy sangat.Encik diari tahu tak...tadi crush aku bagitahu yang dia suka,sayang dan cintakan aku hahaha and then mama Anaqi merisik aku.Tarikh tunang pun dah bincang tadi iaitu penghujung bulan tiga,masa cuti sekolah nanti.Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kami.Itu sahaja untuk malam ni.Bye Encik Diari !

Author dah tukar tarikh tau untuk chapter semalam tu.

Aku menutup buku dan diletakkan di bawah pakaian tidurku di dalam almari lalu kedua-dua mataku dipejam tanda sudah bersedia untuk lena.Penat weh! Kerja sekolah pun aku tak buat.

Tok ! Tok ! Tok !

"Kak Aara ! Ayyan want to sleep with you now !"
jerit Rayyan. Amboi mentang-mentang Riz ajar dia bahasa Inggeris masa perjalanan pulang ke rumah tadi , terus nak speaking.

Aku mendiamkan diri sahaja memandang pintu.Pintu aku tidak kunci sebab aku tahu Rayyan akan serang aku dengan jeritannya.

Krek~

"Hai Kak Aara"tersengih Rayyan apabila perasan mataku memandang Rayyan tajam.

"Tutup pintu lepastu kunci"arahku perlahan kerana ngantuk mula menguasai diri.

Klak !

Rayyan memanjat katil dan merebahkan diri di sebelahku pantas tangan kecil itu memeluk pinggangku dengan Cik Teadynya berada di tengah antara kami berdua seperti biasa.

Kami terlena dan masuk di alam mimpi.

Tok ! Tok !

"Rara"panggil Zemir mendatar di hadapan pintu bilikku.

"Dah tidur kot"kata Izzan memandang wajah Zemir yang agak cemas.Mata sembab akibat menangis tadi.

•Flashback•

"Rara tolong bertahan...jangan tinggalkan aku"
Zemi mula menangis meratapi pemergian adik kesayangannya.Zafran di sebelah mengusap belakang badan Zemir sambil menahan air matanya daripada mengalir.

Izzan yang melihat Zemir menangis teresak-esak dengan mata tertutup menyebut nama Aara berulang kali membuatkan kerutan di dahi dihasilkan.

Izzan menepuk pipi Zemir dari perlahan sehingga kuat , tidak sakit tapi cukup untuk menyedarkan Zemir.

Pap !

Zemir bangun mendadak menoleh kiri dan kanan.Matanya terhenti pada Izzan yang memandangnya bingung dengan tindakannya sebentar tadi.

Zemir meraup muka dengan kasar dan mengesat air mata yang sudah membasah pada kedua-dua pipinya.

"Kau okay tak ni?"soal Izzan memandang Zemir sudah kembali tenang.

"Aku nak tengok Rara"kata Zemir tanpa membalas pertanyaan Izzan lalu mengatur langkah keluar dari bilik dan menuju ke bilik tidur adik perempuannya.

•End Flashback•

"Weh dah lah tu.Aara okaylah kat dalam...tengah tidur tu.Janganlah ganggu dia.Esokkan dia nak sekolah"pujuk Izzan.Mula kasihan dengan keadaan bakal abang iparnya eheks.

"Aku nak tidur dengan Zafranlah"pinta Zemir manja.Izzan yang sudah masak dengan perangai si Zemir hanya menganggukkan kepala setuju dengan permintaan rakan baiknya itu.Mereka berdua menuju ke arah bilik Izzat.

Krek~

"Along...."panggil meleret lalu memeluk Zafran yang sedang tidur di sebelah Izzat.Izzan membuka lampu bilik supaya dapat melihat mereka dengan jelas.

Zafran mengerut kening dan mencelikkan matanya memandang gerangan yang memeluknya. Zemir?

"Aku mimpi Rara kena tikam banyak kali kat perut"mengadu Zemir diselangi dengan tangisan.
Izzat turut tersedar mendengar tangisan Zemir itu.Izzan melabuhkan di kerusi belajar abang kembarnya laju memandang Zemir.

"Kenapa Zafran?"tanya Izzat.Niat mahu marah terbantut apabila mendengar tangisan Zemir.

"Dia mimpi Rara kena tikam banyak kali kat perut"

Terkelu lidah Izzat untuk bicara.Izzan juga terkejut mendengar kata-kata Zafran kali kedua. Tidak sedap hati mula hadir dalam mereka.

"Tak ada apalah...dah tidur"sampuk Izzan menafikan mimpi buruk Zemir lalu memadam lampu bilik.Mereka kembali terlena.Izzan tidur di sofa.Yang lain tidur atas katil.

******************************
"Kak Aara"panggil Rayyan perlahan sambil menepuk pipiku.

"Kak Aara"Tangisan Rayyan sudah kedengaran membuatkan aku tersedar dari tidur.Aku duduk bersila dan badan disandar pada kepala katil.Aku mengangkat Rayyan duduk di pangkuanku.

"Kenapa nangis?"tanyaku lembut.Tangan membetulkan rambut panjangku yang agak tidak terurus.Aku membuka telefon melihat jam kerana jam dinding tidak kelihatan kerana bilik masih gelap.

3:00am

"Tadi Ayyan nampak ada orang buka pintu.Ayyan takut"Aku mengerut kening hairan.Bukan Rayyan sudah kunci pintu ke?

Aku bangun mendukung Rayyan kerana dia tidak mahu melepaskan pelukannya di leherku.
Badannya juga menghasilkan gigilan kecil.
Langkahku menuju ke arah pintu.

Benar kata Rayyan , pintu bilikku tidak ditutup rapat sedangkan sudah dikunci oleh Rayyan depan mataku sendiri.Aku mengunci pintu semula dan membaringkan diri ke katil sambil menepuk punggung Rayyan supaya kembali lena.

Aku termenung seketika memikirkan hal tadi.Macam mana pintu tak tutup rapat pula ni?Mata terhenti di cincin yang tersarung di jari manis belah tangan kiriku lalu senyum manis diukirkan pada bibirku.

"Semoga jodoh aku tak lari haha"Mata ditutup dan terlena semula.

Orang tengah bahagia , diri dalam bahaya pun tak sedar dan tak kesah ')

******************************

"Morning semua"sapaku riang sebaik sahaja tiba di meja makan.

"Ewah gembiranya dia"tegur mama Anaqi dengan senyuman manis memandangku

Tersengih aku membalas pandangan mama Anaqi.Tanganku mula mengambil roti yang disapu jem strawberi.Belum sempat roti itu masuk ke dalam mulutku , aku mendengar Rayyan menjerit sambil menangis teresak-esak memanggil namaku

"Kak Aara! Kenapa tinggalkan Ayyan"Semua penghuni di dapur memandang Rayyan menangis mencari susuk tubuhku.

"Mangadanya dengan Kak Aara dia tu sampai Izzat dah tak pandang dah"kata Zemir menyakat si Rayyan.Anaqi beriak biasa sahaja.

"Ish biarlah"Rayyan menjeling Zemir.Air mata dibiarkan sahaja supaya Kak Aara boleh lapkan pipinya yang basah.Aku mengambil tisu lalu mengesat air mata si Rayyan.

Kami mula bersarapan setelah pertelingkahan mereka berdua selesai.

"Mama...semalamkan bilik Kak Aara ada orang masuk tapi Kak Aara tak percaya pun apa yang Ayyan cakap"adu Rayyan pada mamanya.Semua memandang ke arahku minta penjelasan. Ha sudah! Izinkan aku salotip mulut si Rayyan boleh tak?

"Rara tak tahulah mama tapi bila Rara periksa pintu bilik memang macam ada orang buka.Rara tengok pintu bilik Rara tak tutup rapat.Sedangkan Rayyan sendiri dah kunci pintu tu depan mata Rara sendiri"ujarku panjang memandang mama.Wajah along,angah,Izzat dan Anaqi terus berubah pucat teringat mimpi si Zemir.

"Tak apalah nanti mama suruh Irsyad tengokkan CCTV...kebetulan Irsyad cuti seminggu.Harini baru pulang ke rumah"Aku hanya menganggukkan kepala mendengar kata-kata mama Anaqi.Begitu juga yang lain.

******************************
"Aara!"

Langkahku mahu ke kelas terhenti apabila mendengar seseorang memanggil namaku.Aku menoleh ke belakang.Haris?

"Yes?"soalku sebaik sahaja Haris berada di hadapanku.

"Be careful.Dirah tak kan tinggal diam sebab kau rampas Izzat dari dia"pesan Haris dengan wajah serius.

"Rampas?Diorang sepupu je pun bukan ada hubungan special pun.Dia tak layak nak anggap aku perampas"jawabku tenang.

"Lagi pun dia dah ada tunangkan?Jagalah tunang dia jangan sibuk pasal Anaqi"sambungku sedikit bengang.Semalam senyum manis depan orang ramai , rupanya palsu je? Heh Dirahkan begitulah orangnya.

"Kita orang tunang sebab aturan keluarga bukan suka sama suka"kata Haris sambil memandang sekeliling.

"Tak ada mulut ke nak tolak?tak ada suara? Atau lagi tepat korang bisu?"Aku mengerut kening melihat tindakan Haris tidak habis-habis memandang kiri dan kanan.

"Asal kau tak bagitahu yang Zafran dengan Zemir tu abang kau?"tanya Haris sedikit tinggi nadanya.Marah ke?

"Suka hati akulah"balasku selamba dan kakiku meneruskan langkah yang terhenti meninggalkan Haris yang sedang geram dengan jawapanku.

Aku menuju ke tempat dudukku lalu menongkat dagu menunggu kehadiran El.

"Kau jangan nak happy sangat eh bila mama Anaqi merisik kau semalam"pesan Dirah memandangku tajam.

"Aku ada senyum ke tadi? Nampak sangatku rama-rama terbang dekat sekeliling aku?Sampai dia dengki sangat tengok aku happy ?"gumamku perlahan tapi Dirah dan dua rakannya turut mendengarnya.

"Tak payah acah tak faham maksud akulah"
berang Dirah mula bangun melangkah ke tempat dudukku.

"Dah ada tunang jaga baik-baik nanti tunang lari kang susah.Haris tak dapat...Anaqi pun tak dapat.Jadilah kau anak dara sampai ke tua"
balasku tenang memandang Dirah yang sudah merah wajahnya menahan amarah dengan kata-kataku.

"Kau ni memangkan!"jerit Dirah kuat sehingga semua yang berada di kelasku memandang ke arah kami berempat.

Dirah mengangkat tangan untuk memberikan penampar kepadaku terhenti apabila seseorang memegang kuat pergelangan si Dirah menyebabkan Dirah mengaduh kesakitan. Yes! My Crazy Friend , Aisyah Elmaira.

"Sakitlah!Lepaslah nerd!"El menampar pipi Dirah perlahan cukup membuat Dirah berhenti meronta macam orang gila.

"Aku nerd tapi aku bijak.Kau? Acah diva...perasan cantik padahal biasa je aku tengok"kata El selamba

Sasaran penampar Dirah mula bertukar ke arah El menggunakan tangan yang bebas.

Pang !

Semua terkedu melihat tindakan Dirah menampar El.Mereka semua tahu El kalau mengamuk sangat bahaya pantas melangkah keluar dari kelas kecuali kami berlima.

Buk !

Aku tergamam melihat El menumbuk rahang Dirah kuat menyebabkan Dirah jatuh terduduk.
Kedua rakan Dirah membawa Dirah jauh dari El sebelum makin teruk El membelasah si Dirah.

"El sudah!"jerkah Faris membuatkan El tersentak.
El meraup wajah.Kesal dengan tindakannya sendiri.Aku juga terkejut menerima jerkahan dari Faris yang memenuhi satu kelas.Riz di sebelahnya menutup telinga Faris.

"Bingit weh"kata Riz.Tangannya masih menutup telinga Faris

"Kau yang bingit apahal telinga aku yang kau tutup?"soal Faris memandang tajam ke arah Riz.

"Oh salah telinga pula"kata Riz membuatkan Faris menjelingnya.

Aku memandang Dirah sekilas dan kembali memandang El.

"Korang pergi bawa Dirah ke bilik sakit"pesanku tanpa memandang kedua rakan Dirah.Padan mukalah siapa suruh cari pasal memang kenalah.Tak dari aku , dari El.Maklumlah kamikan sehati sejiwa.

Semua rakan kelasku masuk semula dan duduk di tempat masing-masing termasuk aku dan El setelah kedua rakan Dirah melangkah keluar membawa Dirah ke bilik sakit.Keadaan kembali tenang dan kebetulan Cikgu Syafiqah baru masuk ke kelas.

"Assalamualaikum semua"ucap Cikgu Syafiqah berdiri di hadapan kelas.

"Waalaikummussalam Cikgu"jawab kami serentak.

"Modul yang cikgu bagi dah siap?"

Krik~
Krik~

Semua pelajar diam termasuk aku. Macam mana aku boleh terlupa nak siapkan?!

"Tak apalah...muka jangan pucat sangat.Saya tahu awak semua belum siap.Harini kita bincang sama-sama okay"kata Cikgu Syafiqah membuatkan kami melepaskan nafas lega.

Selepas satu jam membincang dan menyiapkan soalan di dalam modul matematik itu , kami serentak melepaskan pen yang berada di tangan. Lenguh menulis jalan kerja tanpa henti.

"Modul boleh hantar sekarang"arah Cikgu Syafiqah sambil menggelengkan kepala melihat gelagat kami sekelas.Seorang meletakkan kepala di meja , seorang mengibas-ngibas jarinya dan yang lain hanya bersandar pada kerusi dengan mengurut jari masing-masing.

"Minggu depan dah peperiksaan awal tahun.Dah ready ke belum?"tanya Cikgu Syafiqah memandang satu persatu wajah anak muridnya.

"Dah"
"Belum"
"On the way cikgu...tapi sekarang lampu isyarat masih merah lagi "

Tergelak kecil Cikgu Syafiqah mendengar jawapan selamba seorang pelajar iaitu Aariz Elvin.

Kring!

Bunyi loceng menandakan waktu rehat telah tiba.Kami memberikan ucapan terima kasih sebelum Cikgu Syafiqah keluar dari kelas.

"Rara.Aku duduk dekat library tau dengan Faris"
Aku menjatuhkan kepala tanda faham.Aku dan El melangkah keluar dari kelas menuju ke kantin.

"Aara!"

Aku dan El memberhentikan langkah kami lalu menoleh ke kiri.Haris lagi?

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience