Chapter 5

Romance Series 14668

Setelah sebulan berlalu daripada peristiwa bermalam di rumah Anaqi , aku dan Anaqi masih tidak bertegur. Hubungan aku dan Anaqi masih lagi kelihatan 'stranger'.

Mesti readers tertanya-tanyakan..takda apa-apa yang berlaku ke ketika Aara bermalam kat sana selama 4 hari ? Haa ye lepas hari ke lima Aara terus balik rumah , mummy dengan daddy sudah pulang ke rumah selepas singgah ke rumah Anaqi untuk memberi ole-oleh dari Jepun . Untuk pengetahuan readers , mummy Aara dengan mummy Anaqi berkawan baik dari sekolah rendah tau . Friendship goals gitew !

Ha nak tahukan ? Meh author cerita

Hari kedua aku menetapkan diri di rumah Anaqi.Aku pulang ke rumah Anaqi hanya berjalan kaki sahaja kerana rumah anaqi dekat dengan kawasan sekolah,dalam 10minit sampai lah.

Aku terus menuju ke dapur untuk menyejukkan tekak.Susuk tubuh mama Anaqi menyapa pandanganku lalu menegurnya

"Assalamualaikum mama...mama buat apa tu?"tanyaku sambil membuka peti sejuk lalu membawa keluar botol kaca yang diisi air sejuk

Malu? Mama kata malu letak dekat rumah sana dulu , buat je macam rumah sendiri.

"Waalaikummussalam...mama tengah goreng popia untuk kita bersantai kejap lagi...balik jalan kaki ke?" Tanya mama Anaqi pula

"Haah...wah ada yogurt !" Terjerit kecil aku dan mata bersinar memandang ke arah yogurt tersebut

Mama Anaqi mengerling yogurt yang hanya tinggal satu di dalam peti ais kecil lalu memandang Aara

"Amiklah...tu Izzat punya , takpa nanti mama belikan baru untuk dia"ujar mama Anaqi

Aku tersentak apabila kemunculan Anaqi secara tiba-tiba di dapur lalu menundukkan kepala

Anaqi membuka peti ais kecil yang berada di kabinet dapur , peti ais kecil hanya untuk mengisi yogurtnya sahaja.

"Mana yogurt Izzat ma...bukan ada lagi satu ke?"tanya Anaqi berasa hairan

"Mama bagi Aara...nanti mama belikan yang baru ya"pujuk mama kepada Anaqi.Mama dia tahu anak dia memang sukakan yogurt.

Anaqi terdiam dan mengerling Aara sebentar lalu memberikan jelingan maut pada Aara terus mengangkat kaki dari situ

Aara terkebil-kebil memandang Anaqi yang hampir hilang dari pandangan

Err pasal yogurt je pun alahai...hari berikut nya , setiap kali aku balik terus mengurungkan diri di bilik tetamu.Kalau ada Mama dengan Rayyan baru aku munculkan diri.

Crush bagi jelingan maut siapa je tak seram !

Okay mari kita teruskan cerita yang terhenti

"Aara...tolong saya panggilkan Izzat Anaqi...kelas 6 Emerald...cakap dekat dia , jumpa saya kat bilik guru sekarang ya...terima kasih"kata Cikgu Maira yang tiba-tiba muncul di sebelahku

Aku tersentak lalu menjatuhkan kepala dua kali terus angkat kaki menuju ke blok tingkatan 6

TOK!TOK!TOK!

"Assalamualaikum cikgu...maaf ganggu,Cikgu Maira nak jumpa Izzat Anaqi dekat bilik guru sekarang"kataku lalu memandang ke arah Anaqi yang turut membalas pandanganku dingin

Gulp! Mummy help me...Aara rasa monster kat depan Aara ni nak makan Aara kejap lagi !!

"Baik lah awak boleh pergi"kata cikgu yang mengajar di kelas 6 Emerald

Mulut ditutup rapat antara kami tanpa perbualan.

"Awak masih marahkan saya pasal yogurt tu ke?"tanyaku dengan mengerling sedikit ke wajah tanpa senyuman itu. Yaa siapa lagi nak mulakan perbualan kalau bukan Aara Elina ..

"Siapa cakap aku marah kau pasal yogurt tu ?"jawabnya pantas lalu memandang tajam ke arahku serentak kakinya terhenti

"Habis tu !!!"kataku separuh menjerit lalu menghentikan langkahnya kemudian membalas pandangan tajam Anaqi

"Apa? Ingat padangan awak tu buat saya takut ke?!"kataku sambil mencekak pinggang

Pandangan dingin ke arahku kian terasa lalu aku tersengih

"Bagitahu lah saya...saya mana faham dengan pandangan dingin awak macam monster kelaparan tu"bidasku lalu menyilangkan tangan ke dada , mataku masih memandang matanya

Lama.Tiba-tiba muncul idea nakal di fikiranku. Aku mengeyit mata ke arahnya dan tersenyum manja

Muka terkejut Anaqi mula dipamerkan . Aku menahan diri daripada ketawa apabila Anaqi mula melarikan pandangan dengan merah dimukanya turut kelihatan.

Anaqi berdehem lalu meneruskan perjalanannya menuju ke bilik guru. Aara dengan pantas mengejar Anaqi yang sudah jauh. Laju-laju nak ke mana bang ? Bilik guru tu tak lari lah..

Tanpa Aara sedari , Anaqi tersenyum manis lalu pantas dikawal dengan wajah bekunya

'nakal !'kata Anaqi dalam hati

******************************
Aku kembali ke kelas sebaik sahaja memastikan crush selamat sampai di meja Cikgu Maira

Gilakan tindakan Aara? Sampai Cikgu Maira pun sempat mengusik mereka berdua

"Weh...perkhemahan tahunan untuk tingkatan 4,5 dan 6 diawalkan supaya tak mengganggu kelas tambahan untuk SPM dengan STPM nanti..kau nak join tak"ujar El panjang apabila perasan kehadiranku disebelahnya

"Tak"jawabku sepatah. Tiba-tiba aku berasa berdebar sebaik sahaja El menyebut 'perkhemahan'

"Tapi cikgu pilih orang tertentu je dan orang tu termasuk aku dan kau"katanya dengan penuh teruja sambil menepuk tangan beberapa kali

"Ohh bila?"tanyaku mendatar tapi dalam hati hanya tuhan yang tahu..

"Minggu depan !"jawab El ringkas

What ! Enam hari lagi!

******************************
Aku terus keluar dan melangkah masuk ke bilik sebaik sahaja kereta along diparking di halaman depan rumah . Aku bertapa di bilik dari balik sekolah hingga waktu makan malam tiba.

"Mana Rara?"tanya daddyku selepas melabuhkan punggung di kerusi .

"Tak tahu lah daddy dari balik sekolah tadi tak nampak batang hidung dia"jawab angah sambil mengangkat kedua bahunya

Along mendiamkan diri dan memutuskan untuk naik ke atas menuju ke arah bilik Aara Elina

Daddy dan Angah melihat susuk tubuh Zafran yang kian hilang dari pandang lalu mereka memandang sesama sendiri. Angah mengangkat kedua bahunya lagi tanda tidak tahu apa yang berada dalam fikiran abang kembarnya.

Mummy terkebil-kebil apabila menoleh ke arah suaminya dan Zemir yang saling memandang sesama sendiri namun kelibat Zafran juga sudah tidak kelihatan.

Mummy meneruskan kerjanya yang terhenti iaitu menghidangkan lauk-pauk yang siap dimasak di atas meja makan

******************************
Aku menekup muka di bantal dengan posisi baring secara meniarap lalu menghamburkan tangisan lagi dan lagi .

Tok! Tok! Tok!

"Rara...along masuk eh?"tanpa sempat aku menjawab , bunyi seseorang membuka pintu menyapa telingaku

Aku mendiamkan diri apabila along menempatkan dirinya di birai katilku lalu menepuk perlahan belakang badan ku dua kali

"Heyy..adik kenapa ni?"tanya along lalu menarik aku dalam pelukannya apabila perasan mata sembabku dan mukaku dipenuhi dengan basahan air mata

Zafran akan hilang dingin nya sebaik sahaja melihat air mata daripada orang yang dia sayang

"Rara takut" ucapku pendek

Along mengeratkan lagi pelukannya sambil mengusap belakang badanku sebaik sahaja mendengar tangisanku semakin kuat .

"Cuba bagitahu along...kenapa?"pujuk along lalu meleraikan pelukan dan membuka baju tshirtnya

Baju tersebut dipegang lalu mengesat basahan air mata di mukaku selepas tangisan ku sudah tidak kedengaran

Aku memandang along sebelum mukaku terasa bahang.

"Eh tadi lepas nangis tak merah pon...kenapa pandang along je merah?"tanya along sedikit cemas

"Kenapa along buka buka baju ? Saja nak tunjuk coklat cadbury along eh?"aku terus menjeling along

"Bila masa along bawa coklat cadbury pula ni?"wajah blur pada muka along dipamerkan

Along kalau tak dingin memang otak terus jadi 3 suku eh?!

Aku membuat muka menyampah lalu menunjuk coklat cadbury yang berada di perut along.

"Amboi along dah penat pujuk terus balas muka beruk dia ya...."bidas alongku

"Kalau tak ikhlas tak payah pujuk"cantasku laju lalu menjeling along

"Okay whatever...jangan nak lari topik Rara...kenapa nangis tadi? Sampai berkurung dari petang sampai malam...kenapa?"tanya along dengan nada lembut

"Rara terpilih untuk pergi perkhemahan tahunan sekolah"kataku perlahan dan air mata mula bertakung

"Hey Rara...listen here...along dan angah pun terpilih juga,Rara jangan lah risau...kami sendiri akan jaga Rara kat sana InsyaAllah" Kata-kata along hanya dibiarkan berlalu olehku

Yes!Aara ada peristiwa hitam yang berlaku padanya tahun lepas dan seminggu selepas peristiwa tersebut , Aara hanya mengurungkan diri dalam biliknya tanpa makan dan minum. Mujur along dan angah terdetik untuk berjumpa dengan Aara dan menendang pintu bilik Aara apabila tiada sahutan daripada Aara.Aara terbaring lemah di lantai yang beralaskan karpet tidak sedarkan diri. Nasib baik lepas peristiwa itu , cuti sekolah penggal kedua bermula.

******************************
Aku dan along menurun ke bawah menuju ke arah dapur setelah memastikan along siap menukar baju

Yela..baju dah basah dengan air mata aku kahkahkah

"Ingatkan taknak makan tadi...ye lah duduk kat bilik kan boleh kenyang...."perli angah

Aku mendiamkan diri dan along kembali bersuara untuk membaca doa makan .

Suasana di meia makan hanya ditemani bunyi pinggan berlaga dengan sudu sahaja

Selepas makan , aku terus melangkah ke atas menuju ke bilik tidurku semula.

******************************
"Asal dengan Rara tu Zaf?"kata angah kepada along dengan rasa hairan

"Trauma"jawab along sepatah cukup untuk angah faham

"Aku dengar Izzat kata yang sekolah kita akan bergabung dengan sekolah lama Aara...."kata angah

"Aara tahu tak?"tambah angah lagi

"Err...tak tahu kot...tadi takda pulak dia cakap yang dia takut sebab tu...dia cakap dengan aku yang dia takut sebab dia terpilih dalam perkhemahan tu je"ujar along panjang

Angah menjatuhkan kepala beberapa kali . Along dan angah mendiamkan diri sambil memikirkan keselamatan adik kesayangannya di sana nanti.

BERSAMBUNG...

Jangan lupa vote and komen ⭐ untuk unlock next chapter esok ♡ Thank you (◍•ᴗ•◍)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience