Alisya dan rakan-rakanya turut terkejut termasuk Auliyah. Amarah hilang serta merta diganti dengan tangisan kecil.
"Kita orang buat majlis belah perempuan sahaja, boleh datang ke Dewan Suri Kayangan pada 9 malam okay. Terima kasih"
Anaqi menarik hujung lengan blouseku berwarna kuning turun menuju ke belakang pentas. Aku mengikuti sahaja langkahnya.
"Seronok bagitahu satu sekolah?"soalku sedikit tidak puas hati dengan tindakan Anaqi. Anaqi kembali tersenyum senget memandangku.
"Kau sukakan sebenarnya?" Sengaja Anaqi mahu melihat gadis pujaannya marah seperti itu.
"Suka kepala otak awak!"balasku sedikit tinggi nadanya.
"Aip, jaga bahasa tu Rara. Bakal suami Rara juga tu"sampuk along sedang menyandar di dinding. Airil, Izzan, Riz dan angah pun ada juga di situ.
Aku dan Anaqi menoleh ke arah mereka. Aku mencebik sambil membebel.
"Bakal suami ke suami ke Rara kesah apa? Suka hati je bagi tahu semua orang. Pelajar sekolah pula tu. Tu lagi-lagi classmate awak yang jenis otak tertinggal tu. Percayalah sekejap lagi dia serang saya. Awak jangan nak halang saya eh kalau dia yang mula cakap bukan-bukan pasal saya" Aku menjeling tajam wajah Anaqi yang tiada perasaan itu.
"Eh Zafran!"
Kami memandang gerangan sapaan ceria dari arah kiri. Alisya dan rakan-rakannya.
"Ha bagus. Sorang mengeletis dengan Abang Zafran kita tanpa rasa malu. Sorang lagi sibuk nak perhatian dekat Abang Zemir kita. Yang sorang lagi tak lepas-lepas pandang aku macam aku ni sebiji burger spicy chicken mcdeluxe... Rasa hot and spicy gitu"omelku sendirian di hadapan Anaqi yng masih merenung wajahku. Rakan Alisya yang bernama Erine itulah yang cuba untuk menarik perhatian angahku dengan menciut-cuit lengan kekar angahnya yang mula berotot.
Anaqi tersenyum lucu melihat aku mengomel tidak puas hati dengan bibir munggil bak merah delima itu.
"Awak senyum-senyum apa? Lempang karang"marahku tetapi pada Anaqi, aku sedang marah manja.
"Asal nak kena kahwin dengan dia Izzat?" Suara Auliyah membuatkan suasana menjadi tegang. Semua memerhati Auliyah yang sedang mendekati aku dan Anaqi. Lebih tepat mendekati bakal suamiku.
'Nasib kau tak ada El. Kalau tak, aku ajak kau buka gelanggang WWE sekarang juga haih'getusku di hati
"Kenapa diam? Jawablah. Ke perempuan tu dah bunting anak sesiapa? Lepastu dia suruh you tanggung jawab?" Terkedu semua mendengar tuduhan Auliyah.
Aku tersenyum sinis dalam diam. 'Nampaknya aku tak perlu susah-susah untuk keluarkan perangai sebenar Alisya dan kawan-kawannya. Thankyou Auliyah'ujarku dalam hati
Anaqi dan rakan-rakanya termasuk Riz pelik apabila aku mendiamkan diri sahaja.
"You...jawablah"kata Auliyah manja lalu menggerakkan jari telunjuknya pada dada bidang Anaqi. Aku membutangkan mata tanda tidak percaya.
Aku menarik tubuh Auliyah menjauhi Anaqi walaupun Anaqi sikit pun tidak tergoda tapi tak akanlah nak tunggu bakal suami dia tergoda baru nak bertindak.
"Kau ni ada maruah tak sebenarnya? Murah sangat jadi perempuan kenapa? Ke dah tak ada nilai dah kau sebagai perempuan Islam. Aku tekankan eh perempuan Islam"
marahku kepada Auliyah yang masih beriak selamba
"Tak payah nak ceramahlah"balas Auliyah malas
"Habis tu kau nak aku buat apa?"soalku lagi. Ni kalau ada El ni dah lama Auliyah tersepit celah kerusi. Tidur jelah kau dengan kerusi tu nanti.
"Aku nak ganti tempat kau sebagai pengantin perempuan nanti"jawab Auliyah tenang. Aku di sebelahnya sudah mendidih panas.
"Aku bukan nak kecewakan kau tapi kau tahu tak yang Anaqi tak ada perasaan langsung kat kau?"tanyaku lembut.
Auliyah terdiam lalu mendekatkan diri ke arah Anaqi dan memeluk erat tubuh itu. Anaqi tersentak pantas merungkai kasar pelukan Auliyah sehingga Auliyah jatuh terlentang.
Dirah dan dua rakannya baru muncul untuk memanggil Aara terkejut melihat seorang perempuan di lantai.
"Kenapa ni?"tanya Dirah teragak-agak apabila perasan wajah bengis sepupu kesayangannya.
Auliyah bangun laju mencekik leherku dan melepaskan geram.
"Sebab kau Izzat dah tak layan aku lagi tau !"jeritnya dengan mengeratkan lagi pegangan dileherku. Aku menendang perut Auliyah dan tubuhku melorot ke bawah serta tidak sedarkan diri.
Along dan angah menuju ke arahku begitu juga Riz. Mereka di situ tergamam melihat perkara tadi. Kejadian tadi begitu pantas.
"Kau dah kenapa?!"jerkah Anaqi. Marah dengan tindakan Auliyah. Ternaik bahu semua di situ termasuk Dirah. Dirah baru pertama kali melihat sepupunya betul-betul marah sangat menyeramkan.
"You nak pergi mana Zaf?"tanya Alisya manja. Hatinya panas melihat aku yang berada dalam dukungan Zafran.
"Kau diam! Pergi uruskan kawan tak guna kau tu kalau nak kawan kau hidup lagi" Zafran, Zemir dan Riz terus melangkah ke arah kereta dan menujuku hospital. Alisya tersentak lalu teringat dengan pesanan Izzat sebelum ini.
"Aku tak nak korang sesuka hati je sentuh Aara Elina termasuk kau Alisya dengan kawan-kawannya sekali. Kalau aku dapat tahu kau buat juga, jangan tanya kalau sisi Iqi muncul balik"
Alisya pantas menarik kawan-kawannya termasuk Auliyah pergi dari situ.
Anaqi meraup wajah kesal. Kalau dia tidak memberitahu tentang perkahwinannya tidak lama lagi pasti perkara ini takkan terjadi. Dirah dan dua rakanya mendekati Izzat.
"Sabar ya Izzat"kata Dirah cuba menenangkan rasa serba salah Izzat. Dirah mula memanggil sepupunya nama sahaja kerana Hairul melarangnya menggunakan panggilan 'abang'.
"Mana yang lain?"tanya Anaqi baru sedar hanya Dirah dan rakan-rakan Dirah sahaja di sini.
"Abang-abang Aara bawa Aara pergi hospital. Airil dan Izzan cari cikgu minta kebenaran untuk Aara balik awal" Izzat mengangguk faham lalu melangkah pergi tanpa kata.
******************************
Malam sudah tiba. Ya ! Saya masih lagi berada dalam wad. Gembirakan? Sangat. Tapi okaylah ditemani mama.
Bam!
"Ops maaf Akak Aara"ucap Rayyan sambil menekup mulutnya dan mata dibulatkan. Tersenyum manis aku melihat kedatangan Rayyan.
"Mama... Ayyan nak duduk situ boleh"pinta Rayyan lalu menunjuk ruang di hadapanku
"Mana boleh. Akak Aara awak nak rehatlah"pujuk mama. Aku yang mendengar permintaan Rayyan terus bersuara.
"Tak apalah mama. Lagipun Rara rindulah budak kecik ni" Rayyan memuncungkan bibir mendengar gelaranku terhadapnya.
"Ayyan dah besarlah"rungut Rayyan tidak puas hati. Aku dan mama hanya menghamburkan tawa. Memang tidak boleh menafikan wajah Rayyan dan perangainya comel.
Mama mengangkat tubuh kecil Rayyan dan diletakkan atas katil. Rayyan memelukku erat. Aku membalas pelukannya.
"Akak Aara. Ayyan nak tanya sikit boleh?" Kami merungkaikan pelukan masing-masing. Mama menggelengkan kepala melihat keakraban kami berdua.
"Abang Izzat tu tak pandai jaga akak eh?"katanya perlahan seperti berbisik tetapi dengan dengan suasana yang sunyi ini membuatkan mama pun mendengar pertanyaan dari anak bongsunya.
"Kenapa Rayyan tanya macam tu?" Aku mengerut kening memandang Rayyan sedang duduk bersila di hadapanku.
"Ayyan rasakan abang Izzat tak sayang akak Aara pun"katanya bersungguh-sunggu cuba menyebut huruf z tanpa mengeluarkan air liur supaya tidak merecik pada wajah kakak kesayangannya ini.
"Yelah...kenapa?"soalku lagi. Rayyan mula berdiri di atas katil sambil memegang tanganku. Dicium dan diusap dengan penuh kasih sayang. Mata mama terbeliak melihat perbuatan Rayyan. Mana dia belajar ni?!
"Akak asyik masuk hospital je. Sakit. Mesti abang Izzat tak jaga Akak Aara betul-betul"katanya sambil tersengih
"So..." Aku mengangkat kening apabila Rayyan sengaja berhentikan kata-katanya membuatkan aku tertanya.
"Let me love you Akak Aara, biar Ayyan jelah kahwin dengan akak" Rayyan naik diribaku lalu memeluk leherku yang dibaluti tudung sarung menggunakan sebelah tangan. Kepalanya direbah ke bahuku. Tangan yang bebas diusap belakang badanku seolah-olah menyalurkan kekuatan.
Aku dan mama sudah gelak terbahak-bahak melihat tindakan romantik si Rayyan.
"Amboi gatalnya Ayyan"
Kami bertiga menoleh ke arah pintu. Enam jejaka mendekati kami dengan tangan dimasukkan ke kocek. Rayyan teruja melihat tindakan mereka berlima.
"Fuyoo... Nampak macholah abang-abang semua ni. Macam mana tadi? Macam ni?"kata Rayyan ceria siap mengulang kembali tindakan mereka tetapi disebabkan kocek seluar tidurnya jadi Rayyan masukkan tangannya ke dalam kocek bajunya. Muka dikerutkan seperti kawal wajah tanpa senyum.
"Wah hebatlah abang! Dah lah kacak, bergaya tapi satu je tak ada"kata Rayyan mendatar. Aku dan mama memerhati sahaja mereka bertujuh.
"Apa dia?"jawab Riz, Izzan dan Zemir serentak. Along dan Anaqi hanya mendiamkan diri.
"Cermin mata hitam"balas Rayyan ringkas. Mereka bertiga memandang sesama sendiri serentak mengeluarkan cermin mata hitam masing-masing dan dipakai. Rayyan melihat tiga jejaka yang sudah memakai cermin mata hitam lalu menepuk tangan berkali-kali.
"Barulah macam bodyguard antarabangsa" Tercengang mereka bertiga apabila disamakan dengan 'bodyguard'. Rayyan tak tahu ke mereka bertiga lagi kacak dari 'bodyguard' tu.
Aku dan mama melepaskan tawa. Begitu juga Along dan Anaqi. Terhibur dengan gelagat mereka berempat.
******************************
Di pagi yang indah ini, aku dan Anaqi melihat persiapan majlis sanding kami.
"Wah cantiknya, saya tak sangka akan jadi secantik ni"komenku ceria. Anaqi tersenyum pendek melihat aku kembali ceria. Alhamdulillah Aara baru lepas keluar dari wad dan meminta Anaqi singgah ke sini sebentar.
"Ni baru lima puluh peratus. Nanti dah sampai harinya kau tengoklah aku punya suprisenya"balas Anaqi sedikit panjang
Aku laju mengangguk kerana seratus peratus persiapan kahwinnya diurus oleh Anaqi. Tak sabar !
"Dah lah jom. Nanti mama bising pula bawa orang baru baik sakit keluar jalan-jalan"kata Anaqi lagi. Aku kembali muram lalu melangkah ke arah kereta Anaqi. Anaqi menggelengkan kepala tetapi mendiamkan diri sahaja. Makin dilayan makin menjadi-jadi nanti !
BERSAMBUNG...
Share this novel