Ending

Romance Series 14668

Petang sudah bertukar malam, Anaqi meninggalkan mesej menyuruh aku bersiap untuk makan di luar. Aku memandang jam dinding. Kelibat Anaqi masih lagi tidak kelihatan. Dari petang hingga malam Anaqi hanya menghabiskan masanya di luar sahaja.

9:15pm

Pin ! Pin !

"Ma. Pa. Rara pergi dulu" Mama mengangguk tanda faham. Aku menyalam tangan mama dan papa yang berada di sofa ruang tamu. Rayyan sudah tertidur dalam pangkuan mama.

Aku melangkah keluar dari rumah menuju ke kereta. Aku melabuhkan punggung sebaik sahaja pintu kereta dibuka. Pintu kereta ditutup semula lalu memandang tajam Anaqi.

Anaqi meneruskan perjalanan menghiraukan tatapan tajam dari isterinya.

"Ish awak pergi mana ha? Busy je harini"kataku sedikit sebak

Anaqi mendiamkan diri sahaja. Air mataku jatuh serentak Anaqi pantas menghapusnya. Tergamam aku dengan tindakannya. Macam mana dia tahu aku nak nangis?

"Diam. Ikut je okay"pujuknya lembut.

Setelah 30 minit sampai juga destinasi kami.

Mataku ditutup dengan kain hitam. Anaqi memegang erat tanganku dan dibawaku ke satu tempat. Tiba-tiba Anaqi melepaskan tanganku kasar dan kain hitam dileraikan.

Aku membuka mata memandang sekelilingku. Gelap.

Pap!

"Memenangkan hatiku bukanlah"

Aku memandang ke arah nyanyian tersebut. Anaqi bernyanyi sambil memetik gitar dengan posisi duduk di sebuah kerusi. Lagu bukti - Virgoun.

Satu hal yang mudah
Kau berhasil membuat
Ku tak bisa hidup tanpamu

Aku menekup mulut tidak percaya. Anaqi nyanyi ? Aish cair dengan suara mahal dia tu...

Menjaga cinta itu bukanlah
Satu hal yang mudah
Namun sedetik pun tak pernah kau
Berpaling dariku

Anaqi memberikan senyuman manis sehingga lesung pipit yang tidak pernah aku ketahui itu muncul. Terkesima aku melihat lesung pipitnya. Comel macam Rayyan!

Beruntungnya aku
Dimiliki kamu

Kamu adalah bukti
Dari cantiknya paras dan hati
Kau jadi harmoni saat kubernyanyi
Tentang terang dan gelapnya hidup ini

Memori pertemuan pertama kami berdua mula terimbau kembali.

•Flashback•

"Awak baju warna maroon , tunggu sekejap !" Jeritku lalu kaki terus menghampiri figura lelaki itu

Automatik kaki terhenti ketika mendengar seorang gadis menjerit kepada seseorang yang dimaksudkan dirinya

"What do you want girl ?" Jawab figura lelaki dengan begitu dingin dan tajam mata itu memandang mataku .

Aku terdiam setelah mendengar suara tersebut . ' Uish suara dia tidak boleh nak dingin lagi ke ? Haa mata tu , aku cucuk dengan lidi sate baru tahu ' kata Aara dalam hati .

PAK !!

Aku tersentak . Tiba - tiba terasa sakit bahagian dahi . Guess what? Yup dahinya dijentik oleh figura dihadapannya itu .

" Aauuu ! Sakit tahu tak ?!!! " Kataku sambil suara bergetar perlahan dan muka merah padam kerana menahan dirinya dari terkeluar air mata . Maklum lah aku anak manja mummy okay hm .

"I'm asking you girl , what do you want sampai terjerit jerit panggil aku ?" Kening sebelah diangkat dengan muka tanpa senyuman

"Ohh ya pasal tu , saya nak tanya , pejabat kat mana ya?" Hilang terus mood mahu menangis digantikan dengan wajah tersengih memandang figura lelaki di depan .

"Only that ? Follow me" jawab figura lelaki itu lalu angkat kaki daripada situ

Terkebil - kebil mata aku memandang susuk tubuh lelaki yang semakin jauh darinya . Seperti baru sedar dari realiti langkah terus laju mengikuti figura lelaki tu.

•End Flashback•

Kaulah bentuk terindah
Dari baiknya Tuhan padaku
Waktu tak mengusaikan cantikmu
Kau wanita terhebat bagiku
Tolong kamu camkan itu

Meruntuhkan egoku bukanlah
Satu hal yang mudah
Dengan kasih lembut kau pecahkan
Kerasnya hatiku

•Flashback•

"Haah...wah ada yogurt !" Terjerit kecil aku dan mata bersinar memandang ke arah yogurt tersebut

Mama Anaqi mengerling yogurt yang hanya tinggal satu di dalam peti ais kecil lalu memandang Aara

"Amiklah...tu Izzat punya , takpa nanti mama belikan baru untuk dia"ujar mama Anaqi

Aku tersentak apabila kemunculan Anaqi secara tiba-tiba di dapur lalu menundukkan kepala

Anaqi membuka peti ais kecil yang berada di kabinet dapur , peti ais kecil hanya untuk mengisi yogurtnya sahaja.

"Mana yogurt Izzat ma...bukan ada lagi satu ke?"tanya Anaqi berasa hairan

"Mama bagi Aara...nanti mama belikan yang baru ya"pujuk mama kepada Anaqi.Mama dia tahu anak dia memang sukakan yogurt.

Anaqi terdiam dan mengerling Aara sebentar lalu memberikan jelingan maut pada Aara terus mengangkat kaki dari situ

Aara terkebil-kebil memandang Anaqi yang hampir hilang dari pandangan

•End Flashback•

Beruntungnya aku
Dimiliki kamu

•Flashback•

"Awak masih marahkan saya pasal yogurt tu ke?"
tanyaku dengan mengerling sedikit ke wajah tanpa senyuman itu. Yaa siapa lagi nak mulakan perbualan kalau bukan Aara Elina ..

"Siapa cakap aku marah kau pasal yogurt tu ?"
jawabnya pantas lalu memandang tajam ke arahku serentak kakinya terhenti

"Habis tu !"kataku separuh menjerit lalu menghentikan langkahnya kemudian membalas pandangan tajam Anaqi

"Apa? Ingat padangan awak tu buat saya takut ke?!"kataku sambil mencekak pinggang

Pandangan dingin ke arahku kian terasa lalu aku tersengih

"Bagitahu lah saya...saya mana faham dengan pandangan dingin awak macam monster kelaparan tu"bidasku lalu menyilangkan tangan ke dada , mataku masih memandang matanya

Lama.Tiba-tiba muncul idea nakal di fikiranku. Aku mengeyit mata ke arahnya dan tersenyum manja

Muka terkejut Anaqi mula dipamerkan . Aku menahan diri daripada ketawa apabila Anaqi mula melarikan pandangan dengan merah dimukanya turut kelihatan.

Anaqi berdehem lalu meneruskan perjalanannya menuju ke bilik guru. Aara dengan pantas mengejar Anaqi yang sudah jauh.

•End Flashback•

Kamu adalah bukti
Dari cantiknya paras dan hati
Kau jadi harmoni saat kubernyanyi
Tentang terang dan gelapnya hidup ini

•Flashback•

"Aara" panggil Anaqi

"Ye"sahutku memandang Anaqi yang berada di tepi katilku

"Get well soon !"ucap Anaqi lalu memberikanku senyuman manis kepadaku

"Thanks.Er saya nak tanya satu soalan pada awak tapi awak kena jawab jujurlah"aku mengigit bawah bibir dan memikirkan semula untuk bertanya ataupun diamkan sahaja

"Apa dia? Janganlah gigit bibir tu berdarah nanti"tegur Anaqi lembut

"Kalau ada sesuatu buruk berlaku pada saya...awak tetap percayakan saya tak?"terkelu lidah Anaqi mendengar soalan yang keluar dari mulutku

"Emm tak apalah"jawabku sedikit kecewa sebab aku tak yakin keluarga aku akan percayakan aku jika ada bukti walaupun bukti itu palsu . Aku mengeluh dalam diam.

"Jangan risau.Aku percayakan kau.Kalau perkara buruk berlaku depan mata aku sekalipun aku akan cari bukti untuk tunjukkan yang kau tak salah"balas Anaqi

"Dah jangan fikir lagi.Aku tahu ramai cuba jatuhkan kau.I'll stay beside you promise"
sambung Anaqi cuba meyakinkan aku

"Saya harap awak tepati janji awak"suaraku mula bergetar dan air mataku mula mengalirkan laju

"Hey.Janganlah nangis.Aku sentiasa ada dengan kau.Itu janji aku.Aku minta maaf sebelum ni tuduh kau sekarang aku dah kenal siapa kau dan orang sekeliling kau.Aku tahu ramai dengki dengan kau...walau apapun terjadi aku cuba untuk percayakan kau okay"pujuk Anaqi lembut lalu mengambil tisu dan mengelap air mataku di pipi

•End Flashback•

Kaulah bentuk terindah
Dari baiknya Tuhan padaku
Waktu tak mengusaikan cantikmu
Kau wanita terhebat bagiku
Tolong kamu camkan itu

Anaqi mula bangun melangkah ke arahku perlahan-lahan.

Kamu adalah bukti
Dari cantiknya paras dan hati
Kau jadi harmoni saat kubernyanyi
Tentang terang dan gelapnya hidup ini

Tiba sahaja di hadapanku, Anaqi bernyanyi tanpa memetik gitar.

Kaulah bentuk terindah
Dari baiknya Tuhan padaku
Waktu tak mengusaikan cantikmu
Kau wanita terhebat bagiku
Tolong kamu camkan itu
Tolong kamu camkan itu

Kedua tangannya menekup pipi kiri dan kananku. Merenung tepat pada anak mata hazelku.

"Happy birthday sayang" Cukup membuat aku terkedu. 'Er...harini birthday aku eh?'gumamku di hati.

"Happy birthday Rara !" Aku pantas memandang belakang . Semua orang yang aku sayang ada.

Along, angah dan Riz mendekatiku dan memelukku serentak. Air mataku laju mengalir teresak-esak. Terharu !

Abang-abangku merungkaikan pelukan memberi ruang kepada rakan perempuanku. Dirah dan kedua rakannya. Alisya dan tiga rakannya termasuk El mula memeluk antara satu sama lain.

"Happy birthday Aara! Tanpa kehadiran kau, kita bertujuh takkan menjadi sebuah persahabatan sekarang"ucap Dirah dan Alisya. Yang lain hanya mengangguk tanda setuju.

"Happy birthday pretty ! Aku doakan kau  ceria selalu dan yang paling penting sihat. Jangan asyik sakit je haha"ucap El  diselangi tawanya

" Last-last we love you!"kata mereka berenam serentak

Ehem!

"Boys time pula!"rungut Naufal, Daniel dan Hilman dengan nada kuat.

Naufal , Daniel dan Hilman merupakan pelajar SMK Melati.Mereka juga kawan rapatku ketika berada di sana dan hubungan kita orang mula renggang selepas pemergian 3 sahabatku itu.

El dan yang lain bergerak ke tepi untuk memberi tiga jejaka itu ruang.

"Happy birthday Aara ! Aku bahagia kalau tengok kau bahagia. Apa-apa pun kalau ada masalah cari je aku, aku boleh dengar masalah kau tapi dengar jelah. Masalah kaukan ? Selesailah sendiri"ucap Naufal selamba membuat aku tergelak kecil

"Selamat hari lahir Aara! Aku tak ada hadiah nak bagi tapi aku tahu kehadiran kita orang buat kau happy. Betul tak? Betullah tu tak payah jawab pun aku tahu"ucap Hilman tanpa memberi ruang untuk aku menjawabnya. Aku menjeling Hilman tanda amaran. Aku tahu dia tak nak dengar suara aku. Halah nanti rindu baru tahu...

"Aku tak ada benda pun nak cakap selain happy birthday Aara haha. Erm aku harap kau berjaya di dunia dan di akhirat. Kawan-kawan kau selalu ada untuk kau okay, ada masalah jangan pendam tau. Tu jelah"ucap Daniel sambil tangan dimasukkan ke kocek seluar  memandangku tanpa riak.

"Senyumlah untuk aku please"pintaku comel. Daniel memberikan senyuman manisnya pantas dikawal wajah tanpa riak kembali. Aku tersengih melihat senyuman mahal Daniel.

Ehem!

"Korang makan dulu okay"ujar Anaqi lalu  menarik tanganku menuju pintu kecil di hujung dinding.

Sebaik sahaja aku masuk, aku memandang teady bear yang besar daripada tubuhku membuatkan aku teruja.

"Wah besarnya teady bear!!"jeritku riang. Teady bear besar itu diambil lalu dipeluk bagai tidak mahu lepas.

"Kita dinner kat situ tau"kata Anaqi dengan tangan menunjuk sebuah meja makan dan dua kerusi yang berada di hujung hadapanku. Aku mengangguk laju.

"Aku perasan yang kau save number contact aku headprefectkan?"tanya Anaqi berdiri di sebelahku. 'Alamak! Aku  lupa nak tukar'getusku di hati

Aku tersengih memandang Anaqi yang daripada tadi merenung wajah ceriaku.

"Disebabkan itu...malam ni aku bagi kau nickname pula"kata Anaqi sambil memandang anak mata isteri kesayangannya.

"Apa tu?"tanyaku membalas pandangan Anaqi masih merenung tingkah lakuku yang sedang mengemaskan pelukan Cik bearnya.

"Gadis pujaan head prefect"Anaqi mengelus lembut pipiku dengan penuh kasih sayang.

"Wah! Kalau macam tu...cuba awak sambung ayat saya ni. Saya Aara Elina-"kataku sengaja dihentikan dan mengangkat kening ke arah Anaqi tanda aku mencabarnya untuk menyambung kata-kataku.

"Hanya untuk Izzat Anaqi"balas kami serentak lalu melepaskan tawa kecil.Tidak menyangka jawapan kami boleh sama.

"Kalau awak dah habis sekolah nanti? Saya bukan gadis pujaan head prefect lagi"mulutku dimuncungkan tanda protes.

"Kalau macam tu gadis pujaan Izzat Anaqi lah, simplekan?"soal Anaqi lalu merangkul bahuku.

"Cik teady kau tu letak sini dulu, kita pergi makan. Tinggalkan readers kat sini juga sebab story kita dah tamat kat sini" Aku mengangguk tanda akur

"Bye korang!"kataku dan encik suami serentak

- T A M A T -

Last²! Korang paling suka watak siapa? THANKYOU YANG FOLLOW CERITA NI DARI AWAL SAMPAI AKHIR. RASA DIHARGAI SANGAT. ADA MASA KITA JUMPA LAGI, ASSALAMUALAIKUM :)

Share this novel

Shima Pian
2021-07-01 22:14:39 

teruskan dgn cerita yg lain plak.... Semoga maju jaya dalam apa jua yg dilakukan

Shima Pian
2021-07-01 22:13:46 

wah....dah tamat....yg penting best sangat....tahniah....


NovelPlus Premium

The best ads free experience