Chapter 6

Romance Series 14668

Keesokan harinya , aku dan abang-abangku pergi ke sekolah seperti biasa.Zafran dan Zemir melangkah masuk ke kelas 6 Emerald lalu melabuhkan panggungnya ke kerusi

"Weh betul ke Sekolah Melati gabung dengan kita masa perkhemahan nanti ?"tanya along ke arah Izzat

"Haah..aku dah check dah senarai nama sekolah diorang.Dalam 20 orang macam tu je"jawab Izzat

"10 lelaki 10 perempuan"tambah Izzat lagi

"Sempat lagi tak kalau nak gugur nama dalam senarai nama sekolah kita yang join perkhemahan ni?"tanya Zemir

Izzat dapat melihat raut wajah kembar seiras ini seperti ada masalah.

"Asal nak gugurkan pulak?kau bukan selalunya suka ke kalau ada perkhemahan ni?" haa ye lah memang soalan dijawab dengan soalan ya , mantap..

"Bukan kita orang tapi Aara"sampuk Zafran bagi pihak Zemir

"Asal pulak...dia takut eh?"pandangan sinis ditujukan ke arah Zafran dan Zemir tanda mengejek adik kepada kembar seiras itu

"Haah"pantas Zafran dengan Zemir menjawab

"Haa?"kata Izzat mula binggung . Diorang ni betul-betul ke main-main?

Zafran dan Zemir mula berpandangan sesama sendiri lalu mengeluh kasar dan memandang semula ke arah Izzat yang sudah mengangkat kening meminta penjelasan.

"Aara ada trauma disebabkan peristiwa yang berlaku pada hari terakhir perkhemahan tahun lepas"kata Zafran mula bercerita

"Sekolah lama Aara...sekolah yang akan gabung dengan sekolah kita masa perkhemahan nanti"kata Zemir pula

"Peristiwa apa tu? sampai Aara boleh trauma"kata Izzat dengan perasaan ingin tahu

"Macam ni...."balas mereka serentak

- Perkhemahan tahun lepas -

"Hei guys...nama saya Aina "kata Aina lalu tersenyum manis

"Nama saya Aqilah"lalu mengeyit mata

"Nama saya? Ha teka lah?"kata seseorang sambil mengangkat kening berkali-kali

"Woi jangan buang masa lah...3 minit dah berlalu"marahku. Marah-marah manja je guys !

"Eish ye lah...my name is angel my number phone is zero one one-"katanya gurau lagi

"Angel kepala hangguk kau"sampuk kami bertiga

"Relax la guys...marah sangat ni kenapa?"ujarnya lagi

"My name is Alia...you can me Lia but if I'm married and had a baby...you can't call me MamaLia okay i hate it !"tambah Alia lagi dengan bersungguh-sungguh

Kami bertiga hanya menayangkan muka menyampah.
"I'm Aara...Aara Elina"kataku ringkas lalu memandang kamera telefon Aina

"We're 4 starlight...will sing a song I like you so much,you'll know it form Ysabelle Cuevas...enjoy !!"kata kami berempat serentak lalu Aina mula memetikkan gitar

I like your eyes, you look away when you pretend not to care - Aina

I like the dimples on the corners of the smile that you wear - Aara

I like you more, the world may know but don't be scared, 'Cause I'm falling deeper, baby, be prepared - Aqilah

I like your shirt, I like your fingers, love the way that you smell, to be your favorite jacket, just so I could always be near - Aina dan Aara

I loved you for so long, sometimes it's hard to bear, but after all this time, I hope you wait and see - Aqilah dan Alia

Love you every minute, every second - Aara

Love you everywhere and any moment - Alia

Always and forever I know I can't quit - Aqila

you 'Cause, baby, you're the one, I don't know how - Aina

I love you 'til the last of snow disappears
Love you 'til a rainy day becomes clear
Never knew a love like this, now I can't let go
I'm in love with you, and now you know
-kami berempat

"I like the way you try so -" Aqilah meneruskan nyanyiannya sebelum mulutnya ditekup oleh Alia

Aina terus mematikan rakaman di kamera telefonya.

"Sikit-sikit dah lah , readers bukan boleh dengar pun suara katak kau tu"kata Alia mengangkat punggung untuk melarikan diri .

"Alia !!!!"jerit Aqilah kuat menyebabkan pelajar - pelajar yang berada di tapak perkhemahan memandang ke arah Aqilah

Aqilah yang perasan lalu membalas pandangan mereka dengan tajam

"Apa pandang-pandang?! tak pernah tengok orang menjerit?"kata Aqilah lalu menjeling mereka terus kaki melangkah pergi . Sambung kejar Alia mungkin ?

Aku dan Aina memandang sesama sendiri lalu melepaskan tawanya apabila melihat gelagat mereka seperti budak 3 tahun.

Kami mengemas barang untuk pulang ke sekolah sebentar lagi. Aina menghulurkan telefon pintarnya ke arahku.

"Kau pegangkan telefon aku...nanti sampai sekolah bagi aku,by the way password telefon aku tarikh grup whatsApp 4 starlight ditubuhkan " aku berasa pelik dengan tindakan nya , sebab Aina memang tidak suka apabila orang menyentuh barang peribadinya namun aku menganggukkan kepala sahaja

Semua pelajar bangun lalu beratur memanjang untuk menaiki bas setelah memastikan bas sekolah kami sudah tiba

Setelah 1 jam perjalanan tanpa henti lalu seorang guru meminta pemandu bas untuk berhentikan di masjid berdekatan dan kebetulan ada kedai runcit dalam 10 langkah dari masjid. Tak jauh mana pon

Aara turun dari bas untuk pergi ke masjid untuk mencari tandas je sebenarnya manakala Aina dan Aqilah mahu pergi ke kedai runcit.Alia ? Dah pergi dulu dah serang kedai runcit tu hahaha

Tiba-tiba aku terdengar bunyi dentuman yang kuat dari arah jalan raya yang berada di depan kedai runcit . Aku melajukan langkah lalu melihat dua susuk tubuh yang terbaring dengan dilumuri darah . Kereta yang langgar mereka terbabas di tepi bus stop yang berada di hadapan kedai runci. Tak faham ? Kedai runcit ?jalan raya ?bas stop ha gitew..

Aku terkedu dan air mata mengalir laju .Mataku terus mencari susuk tubuh Alia pula dan terhenti di tepi jalan iaitu di hadapan kedai runcit apabila mendengar seseorang mengamuk . Aku mendengar Alia memarahi geng girly dengan kuat. Geng girly ni selalu cari pasal dengan kita orang...

"Kau buat apa ni ?!"tengking Alia sambil air mata laju seakan terkilan

"Kau nak jadi pembunuh ke haa tolak orang ke jalan raya !"mata merahnya tidak dihiraukan.Wajah Alia semakin pucat lalu rebah tidak menyedarkan diri. Alia tidak boleh terlalu terkejut mahupun stress kerana Alia mempunyai penyakit lemah jantung .

Aku terkejut dengan kata-kata Alia lalu menampar 3 orang gadis yang menayang muka tidak bersalah

Pang !!
Pang !!
Pang !!

"You deserve it "kataku dingin

Aku terus memapah Alia dengan bantuan Cikgu Safiyyah dan membawa masuk ke dalam kereta cikgu menuju ke hospital berdekatan.

Kematian Aqilah dengan Aina telah menjadi kes polis . Pemandu kereta yang melanggar mereka berdua juga didapati bersalah kerana memandu dalam keadaan mabuk dan positif dadah. Yup!Aqilah dan Aina telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Aku termenung di ruang menunggu dengan mata sembab . Along dan Angah yang berada di sisiku turut memujukku dengan kata-kata semangat. Ye lah aku dah berkawan dengan mereka dari tingkatan 1 lagi , tiba-tiba hilang dua orang kawan untuk selama-lamanya.Hanya tinggal Alia sahaja aku ada .

Geng girly ? Entah lah diorang kene ikut akak polis tu . Aku tak tahu malas nak ambil tahu. Sakit hati aku pada diorang tak hilang lagi. Hanya Alia dan Geng girly sahaja tahu perkara sebenar .

"Siapa keluarga Alia Natasha??"tanya seorang doktor perempuan sambil memandang aku dan keluargaku serta ibu Alia.Alia anak tunggal yaa dan mempunyai ibu sahaja , ayahnya telah meninggal dunia 3 tahun yang lalu akibat sakit jantung.

"Saya ibu kepada Alia Natasya"kata ibu Alia lalu melangkah ke arah doktor.

Doktor perempuan itu tersenyum hambar selepas membuka penutup mukanya.

"Maaf...Allah lebih sayangkan dia"kata doktor itu , cukup membuat aku dan ibu Alia mengalirkan air mata laju yang disangka kering tadi.

"Sabar kak...Allah lebih sayangkan dia"kata mummyku sambil memeluk ibu Alia yang mahu rebah akibat tidak bersedia dengan kenyataan yang baru didengari nya sebentar tadi.

Yes!Hari terakhir perkhemahan yang sepatutnya gembira buatku setelah puas meluangkan masa bersama mereka akhirnya menjadi hari yang paling duka.

Tiga minggu dah berlalu di mana aku kehilangan 3 sahabat sekali gus dalam satu hari dan Alhamdulillah aku dan keluarga-keluarga arwah menerima dengan hati yang terbuka dengan pemergian 3 sahabat itu . Hubungan aku dengan mereka masih lagi sama kerana mereka tahu aku tidak berada bersama anak mereka ketika kejadian itu berlaku yang sudah diceritakan oleh Cikgu Mirah

Sejak dari hal itu , aku menjadi seorang yang pendiam dan tidak lagi bergurau senda dengan keluarga kerana balik sekolah aku terus mengurungkan diri dan munculkan diri ketika waktu sarapan dan makan malam sahaja.

Along dan angah selalu berborak kosong dengan aku di bilik tidurku untuk memastikan keadaanku.Selepas kejadian aku tidak sedarkan diri dua hari di hospital akibat mengurungkan diri di dalam bilik tanpa makan dan minum selama seminggu , mummy menyuruh anak-anak teruna nya selalu menjenguk bilikku dan memastikan aku makan dan minum secukupnya untuk mengelakkan perkara itu berulang lagi.

Dan Aara akan menggigil setiap kali mendengar perkataan perkhemahan kerana tragedi dua sahabatnya dilumuri darah dan seorang lagi sahabatnya meninggal dunia akibat terlalu terkejut mula terbayang di fikiran.Betapa terkilan nya Aara tidak dapat membantu 3 sahabatnya itu.

"And aku dapat tahu tiga minah tu masih sekolah situ lagi and perangai diorang lagi teruk daripada sebelum ni "sampuk Zemir

"Tak ada apa lah...nanti aku dengan yang lain tengok-tengokkan dia sekali...korang janganlah risau"Izzat menawarkan diri

Izzan terkejut dengan kata-kata abang kembarnya.'wah lain macam kau Zat'kata Izzan dalam hati

******************************

"Rara dah kemas barang untuk pergi camp?"tanya angah yang tiba-tiba muncul di depan pintu bilik Aara

"Ish terkejut la...belum"jawabku mendatar

"Angah nak bagitahu Rara sesuatu tapi janji jangan melenting eh?"tanya angah dengan berhati-hati

"Sejak bila pandai minta izin ni ? Selalu main reda je...."bidasku lalu mengerling wajah angah

"Ish biar lah...cepat janji"pantas menghulurkan jari kelingkingnya ke arahku

"Tak nak janji...tengok lah macam mana..."kataku sambil menolak jauh tangan kasar abang Emir yang berada betul-betul di hapadan mukaku

"Okay sebelum tu aku nak kau tarik nafas dalam-dalam..hembuskan secara perlahan-lahan"
gurau angah serentak dengan itu bila angah menghembuskan nafasnya tiba-tiba

Pot~

"Eeeeee serabai la kau"marahku lalu menutup hidung . Acah-acah busuk lah padahal tak ada bau pun

Angah melepaskan tawanya sampai terbatuk-batuk

Uhuk ! Uhuk ! Uhuk !

"Eh jangan mati dulu...nanti siapa nak teman aku pergi kedai lepasni"kataku sambil pura-pura cemas

Angah berikan jelingan ke arahku tanda meluat dengan kata-kata seorang Aara Elina

"Sekolah kita akan bergabung dengan sekolah lama kau and...tiga minah yang kau tak suka tu join sekali"kata angah dengan sekali nafas sahaja

"What !!"jeritku kuat menyebabkan angah yang berada di sebelahnya menutup telinga

"Jangan jerit la gila"marah angahku

"Macam mana dia boleh sekolah situ lagi?tak kan polis lepaskan diorang macam tu je ?! "Kataku sedikit emosional

"Lek lek...mana lah aku tahu aku kan cuma seketul Zemir"gurau angahku

"Kau keluar sekarang !!!"kataku dingin

Angah terus lari keluar dari bilikku sempat aku dengar dia berkata

"Jangan buat benda bukan-bukan ya Rara"pesan angah kepadaku

BANG !

Ternaik bahu Zafran setelah mendengar hempasan pintu bilik Aara dan memandang adik kembarnya berwajah pucat yang baru muncul di ruang tamu lalu terangkat sebelah keningnya

"Kau buat apa pula dengan Rara kali ni ?"kata Zafran dingin

"Err...aku bagitahu pasal sekolah kita gabung dengan sekolah lama Rara dan tiga minah tu join sekali"kata Zemir dengan selamba sebaik sahaja melabuhkan punggungnya sebelah Zafran

"Aduh ! aduh-"belum sempat Zemir menghabiskan kata-kata, Zafran memotong kata-katanya

"Kau bodoh ke ?"kata Zafran lalu memandang tajam ke arah Zemir . Tangan Zafran masih menarik telinga Zemir

"Woi lepaslah nanti telinga aku tercabut , dah aku tak dapat dengar lagi sebelah"kata Zemir sambil menepuk-nepuk tangan Zafran. Zafran melepaskan telinga Zemir lalu berkata

"Lain kali bodoh tu simpan sikit untuk anak-anak kau"kata Zafran lalu mengangkat punggung menuju ke dapur .

"Aku pandai lah...buktinya aku dapat 90 markah dalam ujian pertama subjek addmath masa kita tingkatan 4 dulu...markah aku lebih daripada markah kau tau!"jerit Zemir

"Lebih satu pun nak kecoh"gumam Zafran

Macam mana Si kembar ni boleh ingat markah Addmath diorang ? Mestilah ingat first time exam addmath tetiba dapat markah wow macam tu mestilah ingat hahaha

******************************

"If you dare to touch a person that I love again, don't be surprised if I torture your mentally until you get into a mental hospital" aku smirk lalu sambung menyiapkan kerja sekolah di bilik selepas makan malam bersama keluarganya di luar.

Setelah 1 jam berlalu , aku menutup buku dan membawa diri ke dapur untuk minum

Aku melangkah ke arah peti ais dan mengangkat keluar botol kaca air sejuk lalu .

"Rara...are you okay" tanya mummy lembut yang baru sahaja masuk ke dapur

"Rara okay je...why mummy?"tanyaku berasa hairan

"Angah ada cerita yang Rara hempas pintu petang tadi...pucat tau muka angah masa cerita dekat mummy"tergelak aku mendengar kata-kata mummy

"Rara okay je...mengadalah angah tu"kataku mendatar

"Rara bukan orang yang suka simpan dendamkan?"tanya mummy tiba-tiba

"Mestilah tak...tapi kalau dia cari pasal lagi...Rara tak kan duduk diam mummy...Rara akan balas triple daripada apa yang pernah dia buat kat Rara"jawabku dan memberikan senyuman manis kepada mummy

"Kau jangan macam-macam Rara"sampuk angah selepas terdengar perbualan aku dan mummy

"Sebuk je"jawabku kemudian menjeling angah sambil mengambil garfu yang berada berdekatan dengan Aara lalu mengacukan ke arah angah

"Mummy tengok Rara..."adu angah kepada mummy dan menyembunyikan diri di belakang mummy

"Mengada...tak payah jadi lelaki lah kau"kataku selamba lalu mencubit lengan angah kuat

"Awww! Sakitlah Rara !!!!"jeritnya kuat

Mummy hanya menggelengkan kepalanya terus melangkah keluar dari dapur untuk masuk tidur .

"Angah ku sayang~"kataku lembut tiba-tiba

"Aaaaaa...Zafran help me"jerit angah memanggil along

"Rara stop it...you looks so creppy"sampuk along dingin yang baru muncul di ruang dapur

"Fine !"balasku ringkas lalu menghamburkan tawa apabila angah kelihatan pucat seperti kekurangan darah

Aku terus berlalu melangkah naik ke atas untuk tidur.

Zafran tergelak kecil apabila melihat adik kembarnya menghembuskan nafas lega dengan pemergian Aara

"Kau gelak apa?!"marah Zemir

"Okay okay...aku tak gelakkan kau"ucap Zafran lalu meletakkan kepala Zemir di celah ketiaknya

"Meh aku hantar kau ke bilik ya" zemir kelihatan pasrah apabila diheret oleh abang kembarnya sendiri dengan kepalanya masih dicelah ketiak Zafran .

Setelah sampai di bilik Zemir baru Zafran melepaskan kepalanya. Zafran menolah kasar Zemir masuk ke dalam bilik itu.

"Dah pergi tidur...esok lambat aku tinggal"kata Zafran sambil tangan di masukkan di kocek seluar

"Okay baby...goodnight muahh"ucap Zemir lalu memberi flying kiss kepada Zafran dan terus menutup pintu.

Zafran malas nak layan perangai adik kembarnya yang senget tu hanya beriak biasa dan masuk ke bilik tidurnya.

BERSAMBUNG...

Jangan lupa vote and komen⭐ To unlock next chapter Thankyou(◍•ᴗ•◍)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience