Chapter 22

Romance Series 14668

Aku termenung memandang ke luar tingkap kelas . Riz berada di sebelah Faris sedang berbual kosong sementara menunggu kehadiran Cikgu Syafiqah . Cikgu yang mengajar kami Matematik. El sudah keluar katanya Cikgu Mairah mahu berjumpa dengangnya.

"Guys! Cikgu Syafiqah cuti harini"

Semua rakan kelasku bersorak gembira mendengarnya tapi selepas Adam selaku ketua kelas 5 Akaun menyambung kata-katanya terus wajah mereka cemberut.

"Tapi Cikgu Syafiqah bagi satu modul untuk kita siapkan harini...esok cikgu nak tengok" kata Adam senafas sahaja lalu memberikan modul seorang demi seorang.

"Tunggu apa lagi? Buatlah sayang-sayang sekalian...tengok muka aku pun bukan boleh siap modul tu"tegur Adam sinis apabila perasan dengan pandangan rakan sekelasnya dari tadi tak putus-putus memandangnya.Mereka terus merungut.Ada juga yang pasrah dengan modul tebal itu.Aku tergelak kecil melihat melihat karenah mereka,lagi-lagi Riz yang sedang membebel kepada Faris Adnan. Faris hanya menadahkan telinga tanpa ada niat membuka suara untuk memotong kata-kata tidak puas hati si Riz itu.

Abe redho nyah~

"Weh.Kau nak masuk tak Talent SMK Damansara lepas kita habis ujian 1 nanti...nak tak?"tanya El sebaik sahaja melabuhkan punggung di sebelahku

"Kau nak?kau masuk sorang"jawabku mendatar tanpa memandang wajah El yang sudah mendung.

"Tapi aku dah lama nak masuk cuma aku tak ada keyakinan...yelah dulu aku nerd mana ada nak kawan dengan aku...kau sorang je yang sudi"
Mula dah El mengeluarkan drama sedihnya.Aku memekakkan telinga dengan memandang sekelilingku.

"Aara jomlah masuk...duet dengan aku"pujuk El sambil mencuit bahuku menggunakan jari telunjuknya.

"Ish yelah...kau uruskan semua aku malas"
balasku pantas menepis jari El .

"Aku dah uruskan semua...dah daftar tinggal bagitahu tajuk lagu je esok hehe"kata El lalu memberikan sengihan kepadaku.

Aku tercengang mendengarnya.'Kalaulah aku tak setuju tadi,nyanyilah kau sorang-sorang haihh pandai-pandai je pergi daftar dulu'rungutku di hati.

Kring!!

"Rara...aku nak singgah kelas Izzat sekejap.Bye !"

Aku mengerut kening melihat Riz yang tergesa-gesa keluar menuju ke blok tingkatan 6. 'Something fishy'gumamku perlahan.

"El jom ikut Riz senyap-senyap"Aku mulakan langkah setelah melihat El bersetuju dengan kata-kataku.Kami mengikuti langkah Riz yang semakin jauh dari kami. Kami memandang sesama sendiri apabila Riz menuju ke belakang blok.

"Buat apa dekat belakang blok tingkatan 6 tu?"
tanyaku hairan

"Entah-entah Riz dah jadi ahli geng budak nakal tu kot"balas El sambil menutup mulutnya tanda tidak percaya. Geng budak nakal ni terdiri daripada Hairul dan tiga rakan baiknya.
Kenakalannya bukanlah seperti suka mengacau gadis-gadis tapi hanya menghisap rokok di belakang sekolah pada waktu rehat dan mengusik barang-barang cikgu sehingga dipanggil pengetua sahaja.

Aku melajukan langkah menuju ke belakang blok tingkatan 6 itu. El tanpa suara pantas mengikut langkahku.

"Untuk pengetahuan korang.Hana tu sepupu kepada Rara dan dua lagi rakan Hana tulah yang rancang kehilangan kertas soalan peperiksaan tahun lepas dekat SMK Melati lepastu diorang
letakkan kertas soalan itu di dalam beg sekolah Rara...yang pengetua sekolah tu pun bengap pergi percaya kata-kata si Kina terus Rara kena buang dari sekolah tu sebabnya Rara sekolah sini"cerita Riz pada Anaqi dan rakan-rakannya.

"Kina tu siapa pula?"tanya Izzan bingung memandang Riz

"Adik kepada Sofeya"

Aku dan El yang tidak sengaja mendengarnya terus membuntangkan mata tanda tidak percaya.

"Zafran dan Zemir tahu?"tanya Airil dingin

"Tahu"

Hatiku retak mendengarnya lagi.'Patutlah family aku marah sangat bila aku tampar si Hana konon-konon sampai masuk ICU,perasaan aku ahli keluarga diorang sendiri diorang tidak kesah langsung'kataku dalam hati penuh dengan kekecewaan seperti mereka memijak-mijak hatiku tanpa belas kasihan.

Kadang aku tertanya , aku ni betul ke keluarga diorang ? Atau aku ni cuma anak angkat?

"Kenapa diorang tak puas hati sangat dengan Aara?"tanya Anaqi pula dengan serius

"Hana dulu selalu dimanjakan oleh mak dia iaitu orang yang jaga aku selama ni kat Jepun tu...
sehinggalah mak Hana dapat tahu yang Hana tu buat benda tak elok dekat sekolah sana dan mak Hana marahlah Hana tapi dia marah dengan membezakan perangai Rara dan perangai si Hana ni.Mak Hana menyuruh Hana duduk Malaysia dengan mak kepada ayah si Hana tu.Mak Hana pesan jangan balik selagi perangai Hana tak berubah ke arah kebaikan.Kalau Sofeya dengan Nadia tu aku tak tahu apa masalah diorang"cerita Riz bersungguh-sunguh

Riz kalau daftar nak masuk persatuan membawang kira luluslah ni kan haha

"Kejadian ni berlaku masa Hana umur 12 tahun"
sambung Riz lega dapat meluahkan apa yang dipendam hampir 5 tahun.

Aku terus menarik El beredar daripada situ.Air mataku yang mengalir laju aku mengesat kasar.El yang melihat air mataku terus merasa sebak.

"Kes cemburulah ni tak dapat kasih sayang? Padahal diri sendiri yang buat hal dulu"kata Airil sinis lalu menggelengkan kepala.

"Weh panaslah.Kau tak ada tempat lain ke nak pilih untuk aku cerita? Dekat belakang blok juga yang jadi pilihan kau"rungut Riz sambil mengibas baju. Panas.

Izzan tersengih mendengar rungutan Riz .

"Aku sebut je haritu tak tahu pula kau setuju"
balas Izzan tanpa rasa serba salah

Yang lain hanya menjeling tajam si Izzan.

Ada yang gigi berterabur sekejap lagi kang...

******************************

El menepuk bahuku kuat. Aku tersentak lalu memandang El tajam. El hanya beriak biasa , dia tahu sahabatnya masih terkejut dan kecewa dengan kata-kata Riz waktu rehat tadi.

"Cikgu tanya kau tu"tegur El geram

Aku menoleh depan melihat Cikgu Mairah sedang memandangku sambil mengangkat kening.

"Kerja sekolah yang saya bagi semalam dah siap?"tanya Cikgu Maira lembut.

"Err dah.Sekejap" Aku mencari buku tulis karanganku.'Eh mana pergi? Aku rasa aku dah letak dalam beg semalam'gumamku sendiri

"Lamanya cari?Kalau tak ada...awak tahukan kena buat apa?"balas Cikgu Maira lembut sahaja menahan amarahnya.

"Cari sepuluh sampah di sekitar blok"sampuk Dirah lalu menyilangkan tangan memandang jijik ke arahku

Aku mengetap bibir terus melangkah keluar sempat aku menarik rambut paras bahu Dirah dengan kuat sehingga Dirah menjerit kesakitan. Rakan kelasku melepaskan tawa melihat tindakanku termasuk El dan Riz.

"Puas hati aku ! Jangan bangunkan harimau yang sedang tidur.Cubalah buat hal lagi....buat setakat rambut kau tapi semua jari kau.Aku potong nipis-nipis bagi kawan baik kau tu makan"
omelku sendirian

Bukan aku tak tahu ni mesti Dirah dan dua rakannya itu yang menyorokkan buku tulis karanganku , memang kenalah dengan aku huh !

Piwit~

Aku mengerut kening apabila kedengaran bunyian siulan nakal dari mulut seseorang yang meminta digunting oleh tangan Aara Elina.

"Kenapa kau ada kat luar ni? Ponteng eh?"

Dia ke aku yang ponteng sekarang ni?

Aku mendiamkan diri memandang kuku.Nak sambung jalan tapi dihalang hm.

"Tak panas ke berjalan kat luar ni?"

"Haah panas lagi-lagi kalau korang ada...tepi
rimaslah!"marahku tanpa memandang wajah mereka

Kring!!

Aku mengatur langkah ke kelas semula selepas mendengar bunyian loceng sekolah menandakan waktu balik.Langkahku terhenti kerana kedua lenganku dipegang kemas oleh dua orang lelaki. Aku melihat wajah mereka berdua terus mengerutkan kening. 'Macam pernah jumpa tapi kat mana ehh?'bisikku di hati

"Nak pergi mana?"tanya salah seorang dari mereka

"Korang ni siapa eh ? Sesuka hati je pegang aku" balasku tanpa menjawab soalannya

"Kitaorang ni classmate kepada Zafran yang kau pernah serang kat kelas tulah...takkan dah lupa"
katanya meluat

"Kau tak penting buat apa aku nak ingat"jawabku selamba sambil memandang sekeliling.Mataku terhenti pada susuk tubuh Airil yang baru sahaja keluar dari kelas. Sekarang ni aku berada di antara blok tingkatan 5 dengan blok tingkatan 6.Di hadapanku adalah tangga.

"Airil !" jeritku terus mereka melepaskan lenganku

Haa tahu takut !

Aku berlari ke arah Airil setibanya aku di hadapan Airil, aku menghentikan larianku. Tercungap-cungap aku mencari nafas.Aku menoleh ke arah tangga melihat dua susuk tubuh yang mengganggu aku tadi telah tiada.

"Kau buat apa kat sini?"tanya Airil sambil mengerut kening hairan

"Err...."Aku mencari alasan yang bernas tapi tidak ditemui dalam fikiranku.Hadei mana otak aku ni...

"Tak payah nak menipu Aara...jujur jelah"sampuk Anaqi yang baru muncul di sebelah Airil.Izzan masih lagi berada di dalam menyiapkan kerja sekolahnya.Hanya mereka bertiga sahaja yang ada di dalam kelas itu.

Tersengih aku mendengar kata-kata Anaqi.
Alamak kantoi !

"Saya kena denda cari sepuluh sampah dekat sekitar blok lepastu ada dua orang lelaki tadi kacau saya.Dia pegang lengan saya lepastu saya nampak Airil.Saya jerit dan lari terus ke sini lepastu diorang hilang tak tahu pergi mana dan dua orang lelaki tu classmate korang"jelasku tanpa ada satu pun yang tertinggal

Airil dan Anaqi memandang sesama sendiri selepas mendengar peneranganku.

"Haa lagi satu.Ni semua sebab sepupu kesayangan awak tulah berani sorokkan buku saya.Nasib baik saya ni penyabar orangnya kalau tak awak jumpa batu nisan dia jelah nanti"sambungku boleh dikatakan mengadu dicampur dengan puji diri sendirilah

Terdiam Anaqi mendengar sambunganku. Dirah ke?

"Err.Salah sorang dari korang boleh tak teman saya pergi kelas untuk amik beg tak?"pintaku sedikit malu.Mataku terkebil-kebil memandang kasut mereka berdua.

Aku bukan apa , aku baru perasan dua orang lelaki tadi berada di tepi dinding bahagian tangga dan memberi pandangan sukar ditafsir kepadaku.

"Erm kalau tak nak teman tak apalah"jawabku kecewa.Aku dahlah takut nak gerak ke arah tangga tu huwaa !

"Tak apa biar aku teman"

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience