Chapter 35

Romance Series 14668

"Aara"
"Baby Aaraku sayang"

"Aara Elina!" Badanku ditolak jatuh ke bawah.

"Aww!"jeritku masih mamai lalu membuka mata memandang sekeliling. Bilik ?

"Bukan kali terakhir aku tertidur dalam kereta Anaqi ke?"bisikku perlahan. Anaqi panggil aku baby? Sayang? Betul-betul ke mimpi eh?

Maksu yang melihat aku mengerut kening dengan bibir bergerak mengungkapkan sesuatu yang tidak pasti.

"Ya Allah, Aara Elina pergi mandi ! Solat asar pun kau belum kan?!" Aku pantas berdiri mengambil tuala merah jambu  dan berlalu ke bilik air tetapi sempat dikerling jam dinding itu.

5:00pm

Setelah selesai membersihkan diri dan menunaikan solat asar, aku kembali termenung.

"Aku ni dah mimpi dari mana sebenarnya?"
soalku pada diri sendiri bingung

"Barulah wangi adik along, along yang angkat Rara keluar dari kereta Izzat"

Aku pantas menoleh ke arah suara itu. Along?! Aku berlari ke arah along dan memeluk erat tubuh itu. Sebak kian terasa. Huwa saya memerlukan kasih sayang !

Along mengerut kening apabila merasakan kemeja biru cairnya itu basah di bahagian dadamya. Aara nangis?

"Rara rindu along hiks semua busy hiks tak ingat kat Rara pun"

Along membalas pelukanku sama erat memberikan kekuatan untukku supaya bertahan selagi mampu.

"Rara...along dan angah minta maaf sebab tak masa untuk Rara. Uruskan syarikat ni tak mudah tau lagipun bukan dalam bidang kami berdua nak. Tapi kalau bukan kami berdua siapa lagi nak uruskan? Riz dan Rara kan masih sekolah"pujuk along apabila mendengar tangisanku semakin kuat. 'Benar apa kata Rara, dulu kami sangat rapat sebelum aku dan Zemir mengambil alih tugas arwah daddy'getus along di hati.

"Dah janganlah nangis nanti demam lagi. Nak ke duduk wad lagi?"soal along lembut lalu menolak bahuku ke belakang untul melihat wajah sembabku. Air mataku masih mengalir deras.

"Nak ke duduk wad lagi?"soal along lagi. Aku menggeleng perlahan. Tangan along naik mengesat air mataku lalu melabuhkan bibir hangatnya pada dahiku.

"Sorry okay? Pakai tudung, Izzat dengan yang lain ada kat bawah"arah along sambil mengusap belakang badanku. Tersedu-sedu aku menahan tangisan yang masih belum puas dilepaskan.

Along bergerak ke almari tudung mengambil tudung sarung hitam lalu disarung ke kepalaku setelah perasan keadaanku lemah.

"Rara dah janganlah nangis, okay malam ni along tidur dengan Rara okay"pujuk along risau. Aku mengangguk perlahan.

Along mengelap air mataku di pipi sebelum baju kemejanya dilepaskan kerana basah. Hanya berpakaian tshirt hitam dan seluar slek lelaki berwarna kelabu sahaja ditubuhnya. Kemeja yang basah disangkut menggunakan penyangkut baju di almariku dan digantungkan sebelah ampaian tualaku.

Along menarik tanganku keluar dari bilik menuju ke ruang tamu.

******************************
Tiba sahaja aku di ruang tamu , kakiku berasa lembik tapi sempat disambut oleh along. Along menyandarkan tubuhku pada badan sasa Riz. Aku hanya menutup mata menahan rasa sakit kepala. Anaqi dan yang lain turut terkejut melihat keadaanku lemah tidak bermaya.

"Kenapa dengan Aara ni Zafran?"tanya maksu cemas. Tadi elok je.

"Rara nangis sebab along dengan angah tak ada masa untuk dia" balas along perlahan

Pap!

"Aduh sakitlah maksu"adu manja along. Takut juga dengan mak rimau maksu ni.

"Ha tu lah aku dah suruh datang sini tengok dia banyak alasan kau bagi. Ha korang pun sama Riz dan Zemir ni. Aku dah pesan, jangan abaikan Rara. Dia nampak je kuat tapi dalaman dia lemah. Kau buat lagi silap hari bulan adik kau masuk kubur tau" Tersentak mereka yang berada di situ mendengar bebelan maksuku , Doktor Alana.

"Kau lupa ke adik kau ni ada sakit tekanan darah rendah? Kau ada nampak dia banyak meragam ke pasal sakit dia semata-mata nak tarik perhatian orang? Tak ada kan? Gedik, manja mengada semua tu memang perangai asli dia dari kecikkan? Korang bertiga pun tahu"marah maksu

"Nasib baik member Zafran tiga ketul ni layankan saja perangai Rara. Takkan nak harapkan member kau je ? Kau abang kandung dia kan ? Jangan dah tak ada nanti baru nak menyesal"
sambung bebel maksu. Doktor Alana memang suka bebel guna perkataan kasarnya, senang nak sedarkan orang hati batu ni. Marah ni ha marah ni nampak tak? Haha

Riz memeluk pinggangku dan menarik kepalaku ke bahunya. Aku naik ke atas ribanya dan membenamkan wajah di bahu Riz. Itu sahaja cara untuk aku mengurangkan pening. Dulu along dan angah sekarang entah kenapa aku mahu bermanja dengan Riz pula.

Riz yang faham dengan tindakanku hanya menepuk belakang badanku supaya tidur sebentar untuk menghilangkan sakit kepala.

Lima jejaka memandang simpati pada susuk tubuh kecilku yang lemah dalam pelukan Riz .

Wajah ceria Aara muncul satu persatu dalam memori fikiran mereka . Sebak . Maksu sudah meminta diri ke dapur untuk membuatkan air kepada mereka berenam.

Along meraup wajah lalu termenung memandang sisi wajahku yang sudah terlena.

'Pandai Rara menutup kesedihan dan kelemahan Rara pada along, sampai along sendiri terlupa tentang penyakit Rara yang sudah lama tak muncul kini datang lagi, I'm sorry'

Jatuh air mata jantan daripada Zafran Zaqeel tanpa mereka sedari.

******************************

Aku mengangkat kepala lalu mencelikkan mata memandang along dan rakan-rakanya. Aku baru tersedar yang aku masih lagi duduk diriba Riz.

Riz perasan aku sudah bangun dari lena. Riz mengerling jam tangannya.

5:15pm

Riz mengeluh lega melihat aku sudah tidak lemah lagi cuma wajah pucatku masih lagi kelihatan.

Aku bergerak ke tempat sebelum Riz yang masih kosong. Semua memandang ke arahku.

"Apa tengok-tengok ? Nak penampar?"tegurku dengan suara baru bangun tidur

Tergelak penghuni di ruang tamu termasuk maksu. Gembira melihat perangaiku kembali seperti biasa.

Ehem!

Semua menoleh ke arah along. Along pula memandangku. Dah kenapa?

"Bulan depan along dan angah kena duduk Jepun untuk sebulan. Pekerja kat sana telefon along waktu Rara tertidur tadi"kata along mendatar tapi lebih berhati-hati

Air mataku mula bergenang.

"Riz kena jaga ummi mulai esok, ummi baru je sedar pagi tadi sebelum aku pergi sekolah ada doktor telefon aku"kata Riz sedikit sebanyak rasa serba salah juga

Setitis

Dua titis

Tiga titis

"Kenapa semua orang macam nak jauhkan diri dari Rara? Maksu dan paksu pula kena transfer Kelantan "tanyaku dengan suara bergetar halus sambil mengesat air mata

"Aara dengar dulu okay"pujuk angah

"Mama, papa, along, angah, maksu dan Izzat dah berbincang masa Rara tidur dekat bilik. Tarikh yang Rara bertunang tu akan jadi tarikh nikah dan malam sanding Rara. Lagipun semua dah diurus awal-awal lagikan? Rara setuju?"

Terkelu lidah aku mendengarnya. Air mata pun turut terhenti.

Apa...nikah? Tak salah dengar ke ni?

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience