Petang mula bertukar malam. Aku kembali ke katil selepas menunaikan solat isyak.
Mummy dan daddy sudah pulang ke rumah untuk mengemas pakaian setelah mendapat panggilan dari client Jepun dan diminta untuk ke sana.
Along dan angah sudah tertidur di sofa dalam keadaan duduk. El dan yang lain sudah pulang ke rumah lepas waktu asar.
Aku teringat kata-kata El petang tadi
•Flashback•
Selepas aku habis berborak dengan Anaqi , aku meneruskan makan KFC.. nyum !
"Aara"panggil El mula mengambil tempat Anaqi. Anaqi? Dah gerak duduk sebelah Izzan.
Aku menoleh lalu mengangkat kening.
"Kau ada masalah eh?"tanya El lembut
"Aku dengar perbualan kau dengan Izzat tadi" kenapa El panggil Izzat? Aara dah warning El jangan panggil crush dia Anaqi hahaha
Aku terdiam mendengar kata-kata El dan memandang wajah sahabat baruku.
"Kau...akan percayakan aku walau apa yang jadi sekalipun?"tanyaku teragak-agak kepada El
"Mestilah.Cukuplah pasal Dirah dengan Alisya tu buat aku tahu yang ramai tak suka kau bahagia.
Mesti ada yang cuba jatuhkan kau...ha lagi sorang tu kawan tak guna em kawan ke tak tak itu musibat namanya.Hana and the geng tu ish geram aku"ujar El panjang
Aku tergelak melihat wajah El yang sudah cemberut sambil menumbuk-numbuk bantal kesayanganku.
•End Flashback•
'Betul kata kau El...ramai cuba jatuhkan aku'aku tersenyum pahit lalu merenung abang-abangku.
Rindu tapi takut untuk rapatkan balik hubungan ni, takut dikecewakan lagi sakit daripada sebelum ni
Air mata mula bertakung
Setitis
Dua titis
Tiga titis
Air mata mula mengalir laju . Takut untuk hadap benda akan datang.
"Hey Rara kenapa nangis...sakit ke?"sapa along perlahan. Tangannya mengelap air mataku.
"Along janji akan beri kepercayaan pada Rara sepenuhnya?walaupun ada bukti menunjukkan yang Rara salah?"tanyaku perlahan
"Iya...along janji"jawab along tanpa teragak-agak
"Angah pun"sampuk angah mula mendekati aku dan along
"Mummy kata mata Rara sempat pagi tadi...Rara nangis lagi eh? Apa yang mengganggu fikiran Rara ni?"tanya along lalu menyelitkan rambutku ke belakang telinga
Aku hanya mendiamkan diri dan menundukkan kepala . Along memegang kedua-dua pipiku lalu mendongakkan wajahku supaya memandangnya.
Along dan angah melihat wajah adik kesayangannya yang muram. Benar apa kata maksu tiada lagi Rara yang dulu. Kenyataan itu membuatkan mereka berasa bersalah dengan apa yang jadi sebelum ini.
"Tadi Hana datang" aku mula bersuara dan menangis lagi
Aku melihat along dan angah mula mengetap bibir menahan amarah .
"Along nak keluar kejap beli makanan untuk tengah malam nant..tengokkan Rara sekejap" Along terus melangkah keluar meninggalkan aku yang teresak-esak menangis.
Angah mengambil tempat di birai katil lalu membawaku dalam dakapannya. Tangannya bergerak ke belakang tubuhkan mengusap bagi menenangkan aku.
Tiba-tiba aku sukar untuk bernafas . Angah kelam kabut menghulurkan alat bantuan oksigen kepadaku yang masih dalam dakapannya.
Keadaan menjadi tenang bila aku terlelap. Angah membaringkan tubuhku namun alat bantuan oksigen tidak ditanggalkan.
******************************
Along hanya berdiri di luar wad adiknya dengan memegang plastik yang berisi tiga roti perisa jagung tiga air kotak kecil soya. Along turut gementar mendengar kata-kata Rara . Hana sangat bahaya lagi-lagi dia pernah melihat Hana menekup bantal pada muka Alia tanpa belas kasihan.
Krek~
Angah memandang alongnya dengan perasaan risau.
"Aku takut"air mata angah mula bergenang
Along menarik adik kembarnya ke sofa and melabuhkan punggung di situ.
"Jangan risau.Kita akan minta bantuan Abang Irsyad"ujar along sedikit bergetar suaranya. Kembar seiras itu mula memeluk sesama sendiri untuk menyalurkan kekuatan pada kembarnya.
Mereka juga berasa tidak sedap hati seperti yang Rara rasa dari pagi tadi.Mummy dan daddy mereka tidak tahu kejadian ini kerana terlalu sibuk bekerja. Along sebagai anak sulung cuba bantu menyelesaikan masalah ini.
Along mengeluarkan telefon pintarnya untuk mesej pada abang Irsyad.
Abang Irsyad
Me
Salam esok abang free tak?
Abang Irsyad
Waalaikummussalam , free je sebab esok abang cuti
Me
Esok Zaf dengan Zemir nak jumpa abang dekat Cafe Private Pelangi jam 3:00pm
Abang Irsyad
Okay
Along matikan telefon apabila selesai buat temu janji dengan Abang Irsyad.Angah dan along mula bangun mencari tempat selesa untuk tidur.
******************************
Keesokan harinya mereka bertemu di tempat yang dikatakan Zafran.Sahabat mereka juga berada di situ.
"Assalamualaikum...sorry lambat"sapa Irsyad
Mereka menjawab salam serentak.
"Ha ada apa nak jumpa ni?"tanya Irsyad sebaik sahaja meletakkan punggung di kerusi .
"Order air dulu bang"tegur Izzat melihat abangnya seperti tidak sabar untuk mengetahuinya.
Tersengih Irsyad memandang mereka lalu memesan air fresh oren kepada pekerja di situ.
"Abang boleh suruh member abang buat rondaan di kawasan Hospital Melur , kawasan SMK Damansara dan kawasan rumah Zaf tak"pinta Zafran lurus tak ada belok - belok
Tercengang Irsyad mendengarnya.
"Cuba cerita dulu apa yang berlaku ?"jawab Irsyad tenang lalu merekodkan perbualan mereka.
Along mula bercerita dari A hingga Z kepada Irsyad yang sudah menganggap sebagai abangnya.Yang lain hanya diam dan mendengar cerita daripada Zafran.
"Nanti datanglah balai buat report okay.Nanti baru kawan-kawan abang boleh buat rondaan"
jelas Irsyad berhati-hati apabila melihat wajah serabut Zaf dan Zemir. Rakaman dimatikan lalu disimpan.
"Ha kau.Tengok-tengoklah sekali buah hati kau tu"usik Irsyad memandang Izzat
"Ishh...kau ni diamlah"marah Izzat
Yang lain melepaskan tawa melihat muka Izzat sudah merah padam.
Di manakah wajah beku tanpa perasaan si Izzat Anaqi ni eheks
******************************
"Hey bitch , kita jumpa lagi"
Aku yang baru keluar dari tandas terus memandang tajam Hana dan rakan-rakanya. Senyum sinis mereka melihatku sambil memeluk tubuh.
"Seriously Hana ? Kau rindu aku lagi ? Kita baru jumpa semalamkan?"balasku tenang
"Haah rindu kau sampai teringin nak tengok mayat kau sekarang ni"katanya dengan senyum mengerikan lalu mencekik leherku .
Aku terkejut lalu menampar pipi Hana berulang kali sehingga tangan Hana yang berada leherku terlepas. Sofeya dan Nadia mendekati aku lalu menumbuk pipiku serentak sehingga kepalaku terhantuk kuat pada dinding.Pandanganku mula kelam dan rebah .
Geng girly tersenyum puas melihat musuhnya tidak sedarkan diri terus mengatur langkah keluar dari wadku .
******************************
"Weh.Lepasni kitaorang kena jaga Rara...korang nak ikut?"tanya Zafran pada mereka
"Boleh juga"semua mengangguk tanda setuju termasuk abang Irsyad
Mereka mula bergerak ke kenderaan masing-masing menuju ke Hospital Melur.
Hati Zafran dan Zemir berdetak kuat apabila melihat maksunya berlari masuk ke dalam wad Rara.
"Maaf.Doktor sedang melakukan pemeriksaan"
tegur jururawat dengan tindakan Zafran dan Zemir yang sedang menolak pintu wad.
Zafran dan Zemir meraup wajah kasar menyesal tinggalkan Rara walaupun sekejap. Yang lain turut terkejut dengan apa yang berlaku sebentar tadi namun didiamkan sahaja.
"Zafran...Zemir"panggil Doktor Alana
Zafran dan Zemir mengangkat kepala memandang maksunya . Begitu juga yang lain.
"Nasib baik kepala Rara hanya luka kecil sahaja dan tidak berlaku pendarahan cuma berlaku gegaran sedikit di bahagian kepala.Sekiranya berlaku lagi risiko Rara akan mengalami koma dan hilang ingatan itu tinggi...tolong sentiasa ada dengan Rara okay"ujar Doktor Alanan memandang wajah-wajah di situ termasuk anak buahnya sendiri.
Mereka mengangguk serentak . Mereka melangkah masuk setelah Doktor Alanan hilang dari pandangan.
Krek~
Aku menoleh ke arah pintu terkejut melihat kehadian enam jejaka itu. Muka pucat tidak bermaya jelas kelihatan di wajahku.
"Rara kenapa boleh jadi macam ni ?"tanya along yang sudah melabuhkan punggung di birai katil.
"Hana"jawabku ringkas lalu memandang ke luar tingkap
Terkedu mereka berenam mendengar nama yang keluar dari mulutku.
Tak sangka Hana bertindak secepat ini.
Along mengerling ke Irsyad supaya mulakan rancangan yang sudah dibincangkan oleh mereka di cafe tadi. Irsyad mengangguk faham.
"Rara takut"kataku lalu menghembuskan nafas dengan kasar. Baru tahu sifat sebenar lawannya yang selamani hanya tahu menggedik sahaja. Rupanya , tak berperikemanusiaan langsung ! Kejam ! Umur baru 17 tahun. Haishh seram.
"Jangan risau kitaorang ada"pujuk Anaqi apabila melihat badanku menggigil kecil.
'Nak peluk tak boleh, pujuk dengan kata-kata jelah mampu'getus Anaqi di hati.
BERSAMBUNG...
Agak-agak apa lagi yang Hana akan buat pada Aara ?
Share this novel