Chapter 15

Romance Series 14668

KRING !!

Bunyi loceng menandakan jam 5:40am. Aku mengurut kepala yang terasa berdenyut-denyut.Pening.Air mata sudah bertakung akibat denyutan di kepala.

"Pening...."kataku sendirian.Aku memang jenis yang tak tahan sakit.Nampak jarum pun tak boleh hehe.

Aku mula menangis teresak-esak.Tewas.Akhirnya aku tertidur dengan mata sembabku.

"Morning mummy daddy"ucap kembar seiras itu serentak

"Morning"balas mummy dan daddy

"Mana Rara along...angah?"tanya mumny sambil mengerut kening

"Err...tak tahulah...ingatkan Rara dah turun tadi"angah mengangguk tanda setuju dengan kata-kata along.

"Tolong tengok Rara kat atas kejap boleh tak ?"
pinta mummy kepada anak-anak terunanya

Mereka menganggukkan kepala lalu mengangkat punggung dari situ

"Rara dengan sayang dah okay ?"kata daddy memandang isterinya yang sedang menyapu nutella pada permukaan roti.

"Alhamdulillah.Elok je dia layan sayang sekarang"tersenyum hambar mummy dan daddy apabila teringat hubungan mereka dengan anak daranya semakin renggang.

Tok !
Tok !

"Rara !"
"Rara.Bukak pintu ni kejap"

Along dan angah memandang sesama sendiri dengan wajah yang kurang senang.

"Kita turun dulu minta kunci bilik Rara"kata along cuba menenangkan hati mereka yang gementar

"Mummy ! Daddy !"jerit kembar seiras itu serentak setelah kaki sudah berpijak pada lantai dapur

"Rara tak buka pun pintu.long risaulah...along nak minta kunci bilik Rara boleh ?"tanya along dengan muka cemas

Daddy dan mummy tersentak lalu melangkah ke bilik mereka  untuk mengambil kunci bilik Rara.Si kembar pula melangkah ke bilik Rara sementara menunggu kedua orang tuanya mengambil kunci.

"Nah along"sapa mummy setelah tiba di pintu bilik tidur Rara.

Krek ~

Mereka melihat bilikku hanya bercahaya dengan bantuan lampu tidur di tepi meja katil.

"Rara"kejut mummyku lembut lalu melabuhkan punggung di birai katil. Yang lain berdiri hanya memerhati dengan debaran di dada apabila melihat wajah pucat dan mata sembabku.

"Ya Allah.Panasnya badan Rara"mummy mula cemas selepas menyentuh dahi dan juga leherku.

Aku tahu mereka berada di dalam bilik tidurku hanya diamkan diri .Tak larat nak buka mata .

"Sa...kit"

Kawasan melecurku turut rasa berdenyut

"Pe...ning"

Kepala mula terasa berat lalu aku tidak sedarkan diri.

Along mengambil tudung hitam dan kardigen coklat di sarung ke tubuhku.

"Kita bawa Rara pergi hospital"ujar along lalu mencempung tubuh lemahku turun ke bawah menuju ke keretanya diekori daddynya.

"Kita pergi asing ya along"pina daddy yang sedah menghidupkan ejin kereta. Along hanya menjatuhkan kepala.

Mummy yang masih berada di bilikku mengambil beg untuk mengisi beberapa helai pakaianku berserta bantal kesayanganku lalu turun ke bawah. Angah pula mengambil beg duit berwarna pink yang berada di atas meja belajar lalu membukanya untuk memastikan kad pengenalanku ada. Selepas itu angah menutup lampu lalu mengunci pintu bilikku dan turun ke bawah menuju ke kereta along.

Aara kalau sakit paling lama pun seminggulah kena tahan :)

******************************

"Kau call Cikgu Atiqah bagitahu kita datang lambat sikit"pinta along yang sedang fokus memandu.

"Okay...."Telefon angah dikeluarkan lalu mendailkan nombor guru kelasnya.

Tut tut ~
Tut tut~

"Assalamualaikum Cikgu"sapa angah di corong telefon

"Waalaikummussalam...kenapa awak berdua tak datang lagi ya?" Balas Cikgu Atiqah

"Err...maaf cikgu kami berdua datang lambat ada emergency yang tak dapat dielakkan"ucap angah perlahan

"Ohh okay...take care"kata Cikgu Atiqah. Guru kelas along dan angah memang caring gitew !

"Okay cikgu...terima kasih"lalu mematikan panggilan setelah menerima balasan daripada Cikgu Atiqah

Suasana di kereta menjadi sepi .

"Sa...kit"suara serakku memecahkan suasana sepi itu

"Jap lagi sampai Rara...tahan okay"pinta angah

Air mataku mula mengalir apabila terasa lenganku kembali berdenyut.

Along menghentikan kereta sebaik tiba di kawasan hospital dan mendapat parking.

Along mencempungku lalu dibawa masuk ke dalam untuk proses pendaftaran wad . Begitu juga dengan angah.

Setelah selesai , kami menunggu kehadiran doktor Alana iaitu doktor khas untuk Aara. Doktor Alana ialah adik kepada mummy Aara.

"Yang lain boleh tunggu luar sekejap...bagi saya check Rara"pinta Doktor Alana

Doktor Alana mengerut kening melihat balutan di lengangku seolah-olah membengkak. Doktor Alana mula merawat lenganku dan membuka balutan di kaki selepas melihat luka-luka kakiku sudah sembut.Doktor Alana memeriksa suhu badanku dibantu oleh dua jururawat.

38.5°C

Doktor Alana mengatur langkah ke luar apabila selesai tugasnya. Doktor Alana tersenyum hambar memandang keluarga kakaknya.

"Setahu Ana...suhu Rara akan meningkat kalau dia terlalu banyak fikir"kata-kata Doktor Alana terhenti di situ seolah-olah memberi ruang bagi keluarga di hadapannya itu untuk menjelaskan.

"Ada pertengkaran yang berlaku beberapa hari yang lalu"jelas along dengan senyuman kelat.

Doktor Alana mengangguk tanda faham.

"Jangan bagi dia stress lah ya kalau boleh...Ana pergi dulu"lalu melangkah pergi dari situ

Along dan yang lain melangkah masuk ke wad Aara .

"Daddy pergi dulu...ada meeting tak dapat dielakkan"kata daddy dan memberikan ciuman di dahiku

"Mummy singgah butik mummy kejap nak amik barang kerja mummy nanti mummy datang balik dalam pukul 10 pagi nanti"kata mummy dengan memberikan ciuman di pipi kiriku

"Along dengan angah nak pergi sekolah ni.Harap Rara baca nota yang kami tinggalkan ni"kata along lalu mengusap pipiku dan mencium pipi kananku.

"Sleep well adik.Jangan nangis lagi ya"ucap angah perlahan sebelum mencium kelopak mataku . Mereka terus melangkah keluar menuju ke kereta.

******************************

Aku mencelikkan mata terasa sakit di tanganku terus melihat. Jarum ?

Huh !

Aku mengeluh lalu memandang sekeliling . Hospital. Mataku terhenti pada nota yang berada di atas meja dan tangan mengambil nota tersebut.

To my baby sister Rara,

Along dan angah sentiasa sayang Rara...sorry kami pernah tuduh Rara sebelum ni...jangan sakit-sakit lagi okay...nanti balik sekolah kami berdua datang bawa makanan favourite Rara dan ajak crush Rara sekali okay...jangan nakal-nakal

Your lovely boyfriends
Zaf&Emir?

Aku tersenyum malu membaca nota kedua abangku.

Aish along dengan angah ni kalau tak usik aku memang tak sah , eeee cepuk kang !  Malu!

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience