Special Chapter [1]

Romance Series 14668

Tiga bulan kemudian...

Tok! Tok! Tok!

"Akak Aara oh Akak Aara !"

Aku yang sedang bersantai membaca novel tersentak mendengar suara kuat dari Rayyan. Novel Suamiku Paling Sweet iaitu karya dari Anjell ditutup kuat. Aku melangkah laju ke arah pintu bilik lalu membukanya.

Krek~

"Akak Aara!"jerit Rayyan ceria melihat wajahku. Rindulah tu...

"Apahal?"balasku sengaja mengusiknya. Ikutkan hati mahu sahaja memeluk tubuh Rayyan yang semakin petah berkata itu.

"Ish Akak Aara ni happylah sikit jumpa Ayyan ni"rungut Rayyan sambil memuncungkan bibir tanda merajuk

"Ha muncung lagilah lagi. Biar Akak Aara gunting je mulut Rayyan tu tak payah bercakap terus" Tersebik-sebik wajah Rayyan mendengar ugutanku.

"Ayyan rindulah Akak Aara. Akak Aara selalu busy je dengan kerja sekolahlah, kelas tambahanlah . Akak Aara tak nak layan pun Ayyan kalau balik dari sekolah" Tersenyum aku mendengar kata-kata sayu Rayyan.

Kalau korang nak tahu, Rayyan umur 4 tahun macam ni dah layan drama tv3 dah. Tu yang petah bercakap tu. Ada sekali itu siap hafal dialog drama tu. Pening mahu layan perangai Rayyan sekarang.

"Ayyan dah tak cute ke? Sebab tu Akak Aara tak nak layan Ayyan lagi?"soalnya sedih betul melihat kakak kesayangannya semakin jauh dengannya. Rayyan mula nangis teresak-esak sambil mengenggam hujung baju bercorak mickey mouse itu.

"Alololo nak gurau sikit pun tak boleh" Aku mendukung Rayyan membawa ke katil bilik aku dan Anaqi.

"Ke akak Aara dah tak sayang Ayyan lagi eh ? Sebab dah ada abang Izzat tu"soalnya lagi sambil membenamkan wajah di bahuku dan memeluk erat leherku.

"Rayyan tak siap untuk rasa kehilangan, kehilangan seseorang yang kita anggap sebagai keluarga lagi sakit daripada putus cinta tau tak akak Aara" Aku mengangguk faham. Benar kata Rayyan dan aku pasti dia teringat dialog drama mana-mana lepas tu dia luahkan. Hebat !

"Sayang!" Laju Rayyan mengangkat kepala memandangku.Aku mengangkat kening berkali-kali sambil tersenyum senget. Rayyan menghamburkan tawa kecil lalu mengangguk.

"Jom kita sorok sekarang akak Aara"

Rayyan turun dari pangkuanku lalu menarikku ke bilik air dan kami menyembunyikan diri disebalik pintu itu.

Anaqi keluarkan telefon pintarnya dan mendailkan nombor telefonku apabila isteri kesayangannya tiada dalam bilik. Malangnya aku membawa telefon ke dalam bilik air.

Lihat oh lihat ~

Kucuba mendapat perhatianmu~

Rayyan menepuk dahi setelah mendengar bunyi nada dering dari telefon pintarku. Aku pantas perlahankan volume.

Anaqi dari luar sudah tersenyum sinis selepas mendengar nada dering isterinya berada di dalam bilik air. Dia tahu aku tidak akan bawa telefon sampai ke situ melainkan...menyorok daripadanya.

Muka Anaqi diseriuskan sambil melangkah ke bilik air. Pintu dibuka dan mata melihat di belakang pintu. Aku dan Rayyan tersengih malu. Kantoi!

Anaqi menarik tanganku dan tangan kecil Rayyan ke katil. Tubuh kami ditolak sehingga terbaring. Anaqi menggeletek pinggangku manakala Rayyan digeletek pada bahagian leher.

Kami berdua menghamburkan tawa sekuat yang mungkin.

"Oh nak main sorok-sorok eh, orang panggil buat tak dengar je"kata Anaqi mendatar .Tangannya masih lagi menggeletek tubuh kami.

Kami sudah kekurangan nafas dan secara tidak sengaja kami menendang tubuh sasa Anaqi sehingga Anaqi yang tidak bersedia jatuh tergolek ke lantai. Dari atas katil jatuh ke bawah ibarat mimpi terjun bangunan ya. Lemah jantung !

Buk!

Aku dan Rayyan memandang sesama sendiri sebelum memandang wajah Anaqi menahan kesakitan.

"Hahaha" Kami ketawakan Anaqi serentak

Orang badan sasa ni setakat jatuh katil je tak kan nak nangis kan? Jadi menghamburkan tawa sahajalah

******************************
Aku memeluk tubuh Anaqi yang masih lagi lena. Kepalaku direbahkan di atas dada bidangnya. Mataku dipejam semula. Ngantuk!

Anaqi mula sedar dengan pelukanku, tangan kanan diangkat lalu mengelus lembut rambut panjang isterinya. Itulah cara aku mengejut si suami setiap kali bangun pagi tetapi aku selalu sambung tidur balik haha...

"Bangun sayang. Nanti lambat headprefect kau marah kau aku tak tahu"ujar Anaqi tanda memberi amaran. Isteri tak isteri, lambat tetap kena marah dan didenda ya.

Aku bangun duduk bersila menghadap Anaqi yang dari tadi merenung wajahku. Mata masih dipejam rapat.

"Aku mandikan kau dululah eh?" Anaqi mencempungku lalu dibawa ke bilik air. Rungutan dari mulutku dihiraukan sahaja.Pintu bilik air dibuka dan ditutup semula.

"Tak naklah!"

"Izzat Anaqi!"

"Saya nak mandi sendiri!"

Maka aku memulakanlah serangan air kepada Anaqi tanda protes.

Bush!

"Sayang! Jangan main air! Nanti lambat pergi sekolahlah!"

Selepas 1 jam berlalu, Aku dan Anaqi keluar dari bilik air. Kami sudah bersiap dengan baju sekolah.

******************************
Setibanya di sekolah , Anaqi matikan enjin kereta. Aku menyalam tangan berurat Anaqi manakala Anaqi melabuhkan bibirnya pada seluruh wajahku. Untuk semangat belajar katanya!

Kami keluar dari kereta lalu berjalan mengikut laluan kelas masing-masing.

"Rara!"

Aku hanya meneruskan langkah tanpa menoleh belakang.

"My little twin!"

Aku masih menghiraukan jeritan Riz.

"Adikku yang cantik lagi menawan berhenti sekejap!"

Aku menghentikan langkahku. Kepala ditoleh ke belakang sambil mengangkat kening.

"Kau ni memang terdesak nak orang puji kau ke apa huh?"keluh Riz lalu mencari nafas. Penat kejar anak dara sorang ni. Aip anak dara ke? Lebih sesuai dengan gelaran isteri orang. Betul tak?

"Mungkin kot. Iyelah kau kan tak pernah puji aku lagi. Time birthday aku pun kau tonyoh krim kek kesayangan aku dekat muka akukan? Nasib baik Anaqi backup kau tau. Kalau tak dah lama kau rasa makan bubur setiap hari"ujarku selamba

"Birthday kau birthday aku juga, takkan kau happy aku tak boleh? Mana aci. Jadi aku buatlah macam tu untuk happykan hati sendiri"balas Riz sedikit sedih.

•Flashback•

Abang-abangku merungkaikan pelukan memberi ruang kepada rakan perempuanku. Dirah dan kedua rakannya. Alisya dan tiga rakannya termasuk El mula memeluk antara satu sama lain.

Selepas 10 minit berlalu , Anaqi mula bersuara.

Ehem!

"Korang makan dulu okay"ujar Anaqi lalu menarik tanganku menuju pintu kecil di hujung dinding.

Sebaik sahaja aku masuk, aku memandang teady bear yang besar daripada tubuhku membuatkan aku teruja.

"Wah besarnya teady bear!!"jeritku riang. Teady bear besar itu diambil lalu dipeluk bagai tidak mahu lepas.

"Kita dinner kat situ tau"kata Anaqi dengan tangan menunjuk sebuah meja makan dan dua kerusi yang berada di hujung hadapanku. Aku mengangguk laju.

Setelah selesai kami puas meluangkan masa bersama , kami keluar dari situ kembali ke tempat kawan-kawan kami berada.

Pap!

Aku mengerut kening apabila merasakan ada krim kek penuh pada wajahku sehingga menutup pandanganku. Lidah dikeluarkan untuk merasa krim itu. Rasa strawberry ! Nasib baik krim kek, kalau tahi burung? Setahun aku kemurungan. Iyeks !

Riz sudah melepaskan tawanya terbahak-bahak.

"Aariz Elvin !!!" Tempat itu sudah bergema, aku menjerit kau rasa telinga diorang rosak tak agak-agak?

"Diam sayang. Nak tercabut telinga aku, kau jerit macam tu"tegur Anaqi sambil menutup mulutku. Aku menolak tangan besar Anaqi lalu memeluk tubuh dan muka dicemberutkan. Badan dipusing ke arah bertentangan dengan Anaqi. Merajuk!

"Sayang baguslah dia letak krim kek strawberry tu kan jadi manis je muka kau"pujuk Anaqi bergerak menghadapku.

"Sebelum ni tak manislah? Tak lawa? Awak ni sama macam lelaki lain. Mula-mula je sweet. Konon makan tak kenyang mandi tak basah tidur tak lena tanpa awak di sisi. Kepala ota--" Anaqi pantas menutup mulutku kembali.

"Diam. Bebel je tau" Aku membuat muka tanda tidak puas hati. Riz sudah menghembus nafas lega melihat aku telah lupa amarahku kepadanya.

•End Flashback•

"Alolo sian kembar saya ni ya"pujukku lalu tangan diangkat dan mengusap perlahan rambut messy Riz. Kacaknya awak! Muka pun macam muka saya haihh.

Riz tersengih malu apabila menerima usapan pada rambutnya.

"Mengadalah kau! Aku hempuk kau sekejap lagi baru tahu. Dah jom masuk kelas"

Aku melangkah laju meninggalkan Riz yang masih tersengih sendirian itu.

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience