Chapter 4

Romance Series 14668

Pin ! Pin !

Aku mengangkat punggung dan menuju ke arahnya , setelah memastikan kehadiran kereta abamgku.

Lelaki di sebelah hanya terkebil-kebil memandang langkahku dan kembali bersuara apabila melihat figura yang dikenalinya

"Zafran dengan Zemir ke tu?"katanya dengan ragu-ragu. Risaunya takut salah orang..

Aku menyambung baca novel di dalam kereta sebaik sahaja meletakkan punggungku di tempat duduk belakang.

"Ye saya , awak siapa ya?"kata Zaf dan Zemir serentak dengan tingkap kereta dibuka

"Tak payah nak sopan sangat la guna awak saya...gelilah dengar"kata lelaki itu dengan membuat mimik muka seolah-olah jijik dengan kata-kata Zaf dan Zemir

"Ni aku lah...Irsyad abang sulung kepada kembar member kau tu"tambah Irsyad

Irsyad berumur 24tahun dan mesra dipanggil gelaran abang walaupun tak tua mana pun.

Novel yang aku baca ditutup perlahan dan cuba untuk beri tumpuan pada perbualan mereka

"Lah...Abang Irsyad rupanya"kata along seperti baru sahaja pulih daripada hilang ingatan

"Abang datang sini sebab nak amik Izzat dengan Izzan ke ni?"tanya angah berasa hairan dengan kehadiran Abang Irsyad di sekolah

"Haah...sebab lepas ni nak ajak diorang ke mini market untuk beli barang dapur"Zaf dan Zemir mengangguk tanda faham

"Eh jemputlah datang rumah malam ni,mama dengan papa ada buat majlis kesyukuran sempena kepulangan mereka daripada umrah...ha ajak orang belakang tu sekali ya" sambung Irsyad

Aku tersengih memandang Abang Irsyad.Mungkin dia perasan yang aku daripada tadi curi-curi dengar perbualan mereka.

Malu!!

"Ye lah nanti kita orang datang...kita orang gerak dulu lah ye...assalamualaikum"ucap along yang duduk ni tempat pemandu dan meneruskan perjalanan untuk pulang ke rumah

Irsyad menjawab salam sebaik sahaja hilang kelibat kereta Zaf .

"Amboi rancak berborak...ingatkan dah tak nak balik dah"sergah Izzat dan Izzan serentak apabila berada di hadapan abang sulung mereka

"Haa , sebelum balik kita singgah mini market dulu ya"kata Irsyad sambil melangkah ke arah kereta yang diparking di tepi pagar sekolah.

"Dah agak dah...ni kalau datang amik ni mesti ada apa-apa ni"bidas Izzat lalu tersenyum sinis pada abang sulungnya

"Aku tak kesah...yang penting kau kena belanja aku tiga jenis aiskrim Cremeria berlainan perisa fullstop"pinta Izzan dengan ceria

'macam kanak-kanak ribena betul'kata Izzat dalam hati.

******************************
Aku masuk ke bilik lalu merebahkan diri di atas katil . Penatnyaaaa!

Aku bangun semula dan melangkah ke arah almari baju , mencari baju kurung yang sesuai untuk dipakai malam nanti

Haa jumpa!

Baju kurung tersebut aku gantungkan di belakang pintu .

Tempat seterusnya adalah bilik air . Mandi !

Selepas mandi , aku menyiapkan kerja sekolah.nasib baik harini ada satu je kerja sekolah.Sebenarnya ada tiga tapi lagi dua aku dah siapkan masa kat kelas sebab ada cikgu yang tak hadir.

Yeay dah siap!

Jam dinding dikerling . Baru pukul tiga petang , sempat lagi tak aku tidur sementara tunggu azan asar?okay sempat !

Mata dilelapkan lalu tertidur..

******************************
Aku menunaikan solat fardhu isyak terlebih dahulu sebelum bersiap untuk pergi ke Majlis Kesyukuran mama dan dan papa Anaqi.

Setelah selesai bersiap , aku melihat pakaianku dipantulan cermin buat kali terakhir sebelum melangkah turun ke bawah.

Erm okay la ni kan ? Tak terang sangat warna.

Okay let's go !

Aku turun ke bawah , aku melihat kedua-dua abangku yang berbaju melayu coklat muda .
Wow hensem !

Along dan angah perasan dengan kehadiranku lalu mengangkat punggung dari sofa lalu kami melangkah keluar menuju ke arah kereta dan memulakan perjalanan.

******************************
Along memberi salam sebaik sahaja kami berada di depan pintu yang sudah terbuka luas.

Izzat menjawab salam dan mengajak kami masuk.

Wah ! Hensem nya crush berbaju melayu !

Para tetamu telah berkumpul.

Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah..

Tahlil ringkas dibuat sebelum menjamu selera bagi para tetamu

******************************
Aku mula menjamu selera seorang diri di dapur kerana tempat makan lelaki di halaman depan rumah Anaqi manakala perempuan di dapur sahaja kerana perempuan tidak lah ramai mana.

"Eh sorang je ?"seorang wanita yang berusia seperti mummyku menegurku

Aku tersentak lalu memandangnya sambil tersenyum manis

"Haah aunty , sebab abang-abang saya makan dekat luar"kataku

"Tak payah lah beraunty-aunty , panggil mama je"katanya sambil mengambil tempat di sebelahku

"Baik mama"balasku pendek. Rasa awkward la pula hm

kami berborak kosong sebelum mama meminta diri ke ruang tamu untuk melayan tetamu yang semakin berkurang . Aku bangun lalu membuang pinggan polisterin ke dalam plastik hitam dan melangkah ke arah singki untuk membasuh tangan.

Tiba-tiba aku merasa ada tangan yang menarik baju kurungku.Aku terus memandang ke bawah lalu keningku diangkat

"Basuhkan tangan kita"katanya lalu menayangkan kedua-dua tangan kecil nya ke arah ku

Comelnya!

Aku mengangkatnya lalu kakinya mengepit ke pinggangku lalu tangan kecil itu diambil dan dibasuhkan tangan kecil itu dengan sabun yang disediakan.

Setelah selesai , aku memusingkan kepala paip bagi menghentikan air mengalir lalu memandang budak kecil dalam usia 4 tahun mungkin.Budak kecil itu turut membalas pandangan ku tanpa senyuman

Amboi ! Hakak dah tolong , terima kasih tak ada ,senyuman pun tak ada juga ke?

"Adik ni siapa?"lalu menuju ke kerusi dapur dan melabuhkan punggung di situ.Budak kecil yang berada dalam dukunganku hanya diam dan memerhati tindakanku.

Terkebil-kebil mata kecilnya memandangku seolah-olah menganalisis wajahku..

"Rayyan"jawabnya perlahan dan menundukkan kepala

Wait ! Asal muka merah ni ?

"Kenapa muka Rayyan merah?sakit ke?"kataku cemas. 'Haihhh anak orang ni...kau jangan macam macam Aara'bebelku dalam hati.

"Kita malu dengan akak"kata Rayyan lagi perlahan dan masih menundukkan muka.

Aik tadi tarik-tarik baju anak dara orang tak malu?

"Akak nak tak jadi kakak kita?kita ada abang je"kata Rayyan lagi sambil memandang ke arahku dengan mata berair.

Lah nangis pulak..

"Rayyan tahu nama abang Rayyan tak?"tanyaku mengambil tisu lalu mengelap air mata yang mengalir di pipi gebunya

"Tahu ! nama along Irsad nadiem, nama angah pula Isat Anaqi dengan Isan apa ntah lupa lah"jawabnya bersungguh-sungguh dan berakhirnya dengan tersengih

Wah ada lesung pipit !

"Izzan Aysar?"tanyaku lagi . Lah adik crush sendiri rupanya hehe

"Haa betul lah tu..tapi macam mana akak boleh tahu nama abang kita?"tanya Rayyan sambil memicingkan matanya ke arahku

Wah ! Matamu melemahkanku~

Comel !!

"Akak kawan diorang lah...mestilah akak tahu" balasku. Em Anaqi? Kita kawan ke stranger ya?

Terangguk-angguk kepala Rayyan tanda mengerti lalu memeluk leherku.

"Jom kita cari abang Isat nak?"kata Rayyan dengan teruja

Jam dinding dikerling sebentar lalu menjatuhkan kepala beberapa kali

Dah pukul 10:30 guys , patutla mata Aara dah ngantuk hm

******************************
Zafran,Zemir,Izzat,Izzan,Airil dan Irsyad duduk di satu meja bulat sedang berbual rancak

"Eh adik kau mana ? Selalu asyik berkepit je dekat kau"tanya Zemir kepada Izzat yang tengah makan kuih-muih yang terhidang di atas meja

"Ntah tadi kata nak basuh tangan kat dalam...
lepastu dah tak nampak muka dah"jawabnya
sebaik sahaja selesai mengunyah. Seolah-olah tidak kesah dengan keberadaan adiknya sekarang

"Baru aku nak kacau dia"kata Zemir lalu memuncungkan bibir

"Eee jangan buat macam tu gila..geli aku !" kata Zafran dan Izzat serentak dengan gaya-gaya sekali

Yang lain hanya ketawa apabila melihat Zemir makin memuncungkan bibirnya

"Along..angah"panggilku lembut lalu memandang Zafran dan Zemir

Semua yang berada di meja itu turut memandang ke arahku.

"Eh Rayyan ?"kata Anaqi dengan penuh tanda tanya

"Haah,tadi dia minta basuhkan tangan dia"jawabku ringkas

Anaqi menganggukkan kepala lalu mengerling Rayyan yang sudah tidur dalam dukunganku

"Sini bagi Rayyan kat aku , dia dah lah berat"sambil menghulurkan tangan ke arah Rayyan

Rayyan menguatkan pelukkan dileherku tanda tidak mahu

"Tak nak lah...Ayyan nak dengan akak ni...emm malam ni akak tidur sini eh ? Dengan Rayyan?"kata Rayyan tapi matanya masih tutup

"Eh kau jangan nak mengadalah Ayyan"marah Izzan

Wah Izzan marah...ingatkan tahu menggatal je

"Ala biarlah!!"jerit Rayyan pantas lalu membuka mata memandang abangnya

Nasib baik tetamu da tak ramai . Rayyan kau jangan macam-macam

Yang lain hanya memerhati sahaja pertengkaran antara Izzan dan adik bongsunya

"Kenapa ni?"kata mama Anaqi yang baru sahaja muncul setelah mendengar anak bongsu nya menjerit

"Abang ngah tu !"kata Rayyan sambil mata berair

"Ni ha ma...mengada nak ajak anak dara orang tidur bilik dia...tak malu"ejek Izzan kepada adiknya

"Kamu berdua ni ada-ada je lah...ha ni mama lupa nak bagitahu kamu bertiga yang mama dah minta izin mummy kamu untuk tidur kat sini satu hari"kata mama Anaqi

"Lagipun mummy dengan daddy kamu bukan ada kat sana pon...bahayalah"tambah mama Anaqi

"Err tapi saya dengan abang-abang saya tak bawak baju sekolah untuk esok...beg sekolah lagi"kataku dengan berhati-hati

"Ala singgah la rumah kamu kejap ambil barang-barang kamu...untuk beberapa hari kat sini sampai mummy daddy kamu pulang"pujuk mama Anaqi

Ha sudah...beberapa hari tu berapa hari ye mama ?

Gulp! Rumah crush pulak tu

Haishh suka !

Aku dan abang-abangku hanya menerima sahaja sebab malas nak panjangkan cerita

******************************
Jam menunjukkan tepat pada 12 tengah malam. Yaa semua yang bersepah di ruang dapur dan di halaman depan rumah telah dikemas . Penat ! Barang-barang keperluan pun sudah diambil dari rumah..

Sekarang..aku merebahkan diri di atas katil. Aku tidur di bilik tetamu.

Rayyan? Dia tidur dengan mama dia lah kot...sebab mama kata dia mana ada bilik sendiri hahaha

Aku melelapkan mata seketika dan mencelikkan semula mataku apabila pintu bilik yang ditempatku terbuka

Rayyan menutup pintu lalu berjalan ke arahku dengan kepala memandang lantai

"Nak tidur sini boleh ?"katanya perlahan sambil menunjuk tempat kosong disebelahku

"Boleh...ni mama tahu tak?"tanyaku lalu memberikan pandangan redup padanya

Kesian pulak...

"Mama dan papa dah tidur hiks Rayyan je belum tidur lagi hiks Rayyan tak boleh nak tidur kalau tak ada yang dodoikan hiks"katanya sambil memandangku dengan muka merah akibat menangis teresak-esak

Nangis macam kena tinggal tunang je Rayyan ni haihh

"Sini...macam mana nak dodoikan Rayyan ni ?akak taktahu"kataku sambil menarik tangan kecilnya ke arahku

Sebaik sahaja Rayyan baring di sebelahku atas katil , aku lapkan air matanya menggunakan tisu
yang berada dalam beg tanganku

"Kalau mama dia akan tepuk bontot Rayyan macam ni"balasnya sambil menepuk punggung kecilnya itu

"Tapi kalau akak...Rayyan nak tepuk bontot dengan nyanyi boleh?"katanya perlahan sambil memandang ke arah anak mataku

"Ha ye lah...ye lah"kataku malas nak panjangkan cerita

I can show you the world
Shining, shimmering, splendid
Tell me, prince, now when did
You last let your heart decide?
I can open your eyes
Take you wonder by wonder
Over, sideways and under
On a magic carpet ride

A whole new world
A new fantastic point of view
No one to tell us, "No"
Or where to go
Or say we're only dreaming
A whole new world
A dazzling place I never knew
But when I'm way up here
It's crystal clear
That now I'm in a whole new world with you

Aku dan Rayyan melelapkan mata lalu tertidur. Good night semua !

BERSAMBUNG...

Jangan lupa vote and komen okay ⭐ Tunggu next chapter ! Thankyou (◍•ᴗ•◍)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience