Chapter 19

Romance Series 14668

Ting tong ~

Ting tong ~

Aku mula terasa seram sejuk. Dah lah gelap .

Tok !
Tok !

Pintu bilikku diketuk.

"Rara...okay tak ?"tanya along risau

Aku mendengar suara along terus membuka pintu pantas memeluk along. Along mengusap belakang badanku apabila merasa gigilan kecil pada tubuhku.

"Jom duduk depan dengan yang lain"along terus membawaku ke ruang tamu . Nasib baik aku dah pakai tudung siap-siap.

"Kenapa lampu semua terpadam ma? Kipas aircond tak padam pula"kata Izzan berasa hairan

"Itu yang mama pelik"balas mama Anaqi ringkas.

Pap !

Lampu dinyalakan semula.

Kami yang berada di ruang tamu memandang sesama sendiri.

"Hello everybody ! Assalamualaikum ! suka tak my prank ?"

Kami memandang gerangan dengan terkejut. Lagi-lagi aku , bila melihat gerangan suara garau itu berwajah sama seperti aku.Salamnya kami jawab dalam hati.

"Where my twin...Aara Elina?"

Aku mengeratkan pelukan pada along apabila figura lelaki itu memandangku tajam.

"Woi jangan takutkan kembar kaulah gila.Datang macam perompak...tak diundang pula tu...tak malu ke ? kau ingat ni rumah mak bapak kau"
omel angah kuat.

Tersengih figura lelaki itu mendengar omelan abang keduanya. Aish rindunya !

"I'm sorry okay semua kerana mengganggu waktu tidur korang"ucapnya dengan menundukkan badan sedikit.

Rayyan yang mendengar kekecohan itu pantas membuka mata memandang figura lelaki tu. Terbeliak matanya lalu memandang kakak cantik dan wajah figura lelaki itu.

"Wah muka kakak cantik sama dengan abang tu lah"jerit teruja Rayyan sambil menepuk tangan . Kagum !

Yang lain hanya menggelengkan kepala.

"Kamu tidur dalam bilik Aara dulu okay...kamu kata kamu kembar Si Aara kan"usik daddy pada figura lelaki yang baru membuat kecoh di rumahnya.

"Tak nak ! "jeritku kuat tapi tiada niat langsung untuk biadab dengan papa Anaqi.

Tergelak papa Anaqi mendengar jeritan kuatku.

"Papa guraulah.Zafran tidur dengan adik bongsu kamu ni.Papa tengok dia macam tak nak berenggang dah dengan kamu"putus papa Anaqi

"Saya pon bongsu juga"sampuk figura lelaki itu.

"Kau tu abang kembar si Rara tak payah nak rasa bongsu sangat"omel angah menyampah dengan kembar si Rara yang sudah 15 tahun tak jumpa . Hanya mengikut perkembangan daripada media sosial sahaja.

Mulut figura lelaki itu mencebik .

"Kamu tidur dengan Izzat ya.Dah pergi masuk bilik masing-masing.Esok kita bincang"pesan papa Anaqi kepada figura lelaki yang dikenali sebagai kembar Aara.

Semua mengangkat kaki daripada situ menuju ke bilik tidur.

******************************

Di pagi yang cerah membuatkan aku berasa tenang walaupun masih terkesan dengan pemergian orang tuaku.

"Morning mama.Nak Rara tolong?"tanyaku dengan suara serak

Mama Anaqi menyuruh aku bahasakan diri sebagai Rara sahaja kerana sudah dianggap sebagai anak sendiri.

"Tak apalah dah siap dah...tinggal hidang je"tolak mama Anaqi lembut.

Mama Anaqi mengambil mangkuk untuk diisi dengan nasi goreng dan meletakkan pinggan di setiap meja yang ada kerusi.

"Morning aunty !"sapa suara garau dan mengambil tempat di sebelahku sambil tangan merangkul bahuku.Badanku mula mengeras namun cepat dikawal seperti biasa.

'Kang ada yang kena tengking sekejap lagi haihh sabar Aara'getusnya dalam hati

"Morning.Panggil mama je lah"balas mama Anaqi . Tersenyum melihat keceriaan figura lelaki itu.

Semua sudah berada di meja makan sedang sarapan .

"Jom kita sembang kat depan"pinta papa Anaqi .

Semua di dalan rumah itu mengambil cuti 1 hari kecuali Abang Irsyad.

"Ha kamu nama apa?"Papa Anaqi mulakan soal siasat.

"Aariz Elvin.Panggil Riz je papa"jawab Riz mesra

Yang lain menganggukkan kepala . Aku mendiamkan diri di sebelah along. Aku masih tidak percaya aku ada kembar dan dirahsiakan oleh keluaga sendiri.Kecewa.

"Selama ni Riz duduk mana ? Sampai papa dan mama yang kawan baik dengan arwah mummy dan daddy kamu pun tak tahu tentang kewujudan kamu"kata papa sedikit kecewa.

Aariz Elvin dipisahkan dengan kembar seirasnya iaitu Aara Elina pada umur mereka 2 tahun dan dibesarkan oleh kakak kepada daddynya, Raihana di Jepun kerana ketika itu Raihana sukar untuk mendapatkan zuriat. Alhamdulillah , lepas setahun menjaga Riz , Raihana dikurniakan seorang anak perempuan bernama Hana Zafira .

Ya , kiranya geng girly ni muda setahunlah dari Aara. Pelik sangat ke kalau junior seperti diorang boleh buat 4starlight takut . Mestilah geng girly kan boleh disamakan dengan pesakit mental . Sangat bahaya.Haa terkejutkan ? Aara tak tahu lagi tau so jangan bagitahu dia *wink*

Tersenyum kelat Riz mendengar perkataan 'arwah' . Itulah tujuannya ke sini untuk menceriakan kembali adik beradiknya dan itu juga janjinya kepada mummy dan daddy sehari sebelum mereka pulang ke Malaysia di mana hari  kerana ada anak mereka yang menetap di sana.

Aku melihat along dan angah hanya beriak biasa.Cukup membuat aku seperti tidak berguna dalam keluarga ni.

"Nanti kamu pulang sana ke?"tanya mama Anaqi

"Riz ingat nak tinggal kat Malaysia terus"
jawabnya sambil memandang mama Anaqi

"Satu sekolah dengan Aara lah.Sebab along dan angah kena belajar untuk uruskan syarikat daddy.Kau tahukan apa yang berlaku pada kembar kau sebelum ni "ujar Along mendatar.

Ye ! Riz tahu semua pasal Aara , lagi-lagi bila Aara masuk hospital dan kerap nangis cukup membuat dia rasa serba salah kerana tiada disamping kembarnya.

"Rara masuk bilik dulu...pening kepala"terus melangkah pergi daripada situ.

Along dan angah begitu juga dengan Izzat dan Izzan senyum senget diukir pada bibir.

"Dah ready ke nak hadap perangai manja kembar kau?"tanya Izzan selamba.Melihat Aara yang selalu melekat pada kedua-dua rakannya pun sudah tahu level manja Aara iaitu level 10 kuasa dua

Riz menjeling tajam mereka .

Kurang asam betul , bukan nak tolong aku !

Yang lain melepaskan tawa melihat gelagat mereka seperti sudah lama kenal . Rayyan di situ turut gelak . Terkekeh-kekeh melepaskan gelakan.

Macam faham je Rayyan ni haha

******************************

Aku yang sudah berada dalam bilik terus membaringkan tubuh . Aku menarik nafas dalam-dalam dan hembus secara perlahan-lahan .

Mummy daddy meninggal dunia kemudian seorang lelaki yang tiba-tiba muncul mengaku sebagai kembar dia ? What the hell ?!

Aku menutup muka menggunakan bantal kesayanganku berbentuk kucing.

Tok !
Tok !

Aku biarkan sahaja ketukan itu. Malas nak hadap semua orang , lepas ni kejutan apa pulak? Haihh

"Aara Elina"

Aku mula mengiring ke kanan iaitu membelakangi figura tu .Benci.Kesal.Kecewa. Ish semua ada lah !

Klak !

Air liur ditelan. Ish suka hati je nak kunci-kunci pintu.

"Eli janganlah macam ni"

Aku mengerut kening . Sesedap sup ayam je dia nak panggil aku Eli . Hello ! Kau siapa ?!

"Eli...."panggilnya meleret

Aku menjulingkan mata ke atas . 'Jangan cakap perangai dia macam angah , annoying !'getus di hati.

Tiba-tiba aku merasa ada tangan yang melingkari pinggangku.Aku terkejut terus bangun lalu menampar kuat pipinya.

Pang !

Air mataku bergenang dan mata memandang wajah Riz. Rasa bersalah sebab tertampar kembar sendiri.Kecewa memang kecewa tapi tak dapat menafikan yang orang di hadapannya tetap kembarnya sendiri.

"Sorry"kataku sepatah dengan suara bergetar

Riz hanya beriak biasa sebab dia tahu aku tak sengaja walaupun pipi ni sakitlah juga ditampar. Riz memang sudah mengenali perangaiku cuma belum kesempatan untuk hadap secara bersemuka seperti ini.

Riz yang melihat mataku sudah berkaca terus menarik dalam pelukannya.Aku membiarkan perbuatannya terus melepaskan tangisan.

"Kenapa nangis ni?Macam kau pula yang kena tampar"tegurnya lembut sambil menyelitkan rambutku di belakang telinga.

Cantik ! Sama macam aku , kacak !

Riz menepuk belakangku supaya aku tenang dan tepukannya berhenti apabila tangisanku sudah hilang cuma tersedu-sedu sahaja.Riz mengerut kening melihat aku terkebil-kebil memandang dadanya. Tak nak marah aku ke ?

"Eli...."panggilnya lembut

"Ish Rara lah !"marahku namun mata tidak memandang pun kembarnya

"Yelah-yelah.Rara pun Rara lah"Riz mengalah dan menolak bahuku sedikit untuk melihat wajahku.

"Tak nak marah aku ke?"tanya Riz sambil mengelap air mataku yang masih ada di pipi.

"Memang nak aku marah ke?"balasku dingin tapi tangan Riz yang sedang mengelap air mataku hanya dibiarkan.

Tersengih Riz apabila mendengar suara dinginku.

"Nak aku belanja KFC tak ?"saja Riz pancing dengan makanan itu untuk menguji maklumat yang dia dapat daripada along dan angah sebelum ni benar ataupun tidak.

Mataku terus bersinar memandang Riz . Kecewa , sedih , rasa serba salah semua lesap.

"Nak !"jeritku ceria

"Okay pergi siap cantik-cantik...aku tunggu kat luar"ujar Riz terus melangkah keluar dan menutup pintu.

Aku tersenyum suka . Yeay ! KFC , I'm coming !

******************************

Aku makan dengan penuh selera dan pandangan Riz yang dari tadi hanya memerhati sambil memeluk tubuh diabaikan sahaja.

"So...aku dengar kau baru keluar dari wad"

Uhuk !
Uhuk !
Uhuk !

Riz pantas memberikan aku air mineral kepadaku.Aku menghela nafas lega lalu menjeling tajam ke arah Riz.

Orang nak makan tiba-tiba ajak borak , terkejut tahu tak?! Ish

Riz menayangkan wajah bingung memandang wajah cemberutku.

"Aku ada buat salah ke?"tanya Riz tanpa rasa serba salah

"Makan tak elok bercakap"jawabku ringkas dan menyambung aktiviti yang terhenti tadi.

Terdiam Riz mendengar kata-kataku . 'Boleh tahan si Rara ni ya , pandai mummy daddy didik anak dara mereka sorang ni'bisiknya perlahan.

Aku memeluk tubuh memandang lama Riz yang sedang makan . Aku dah habis makan dah , alhamdulillah kenyang !

"Aku tahu aku handsome tapi tak payahlah tenung lama macam tu , muka aku sama je macam muka kau yang kau sibuk berangan kat depan cermin sebelum pergi sekolah"perli Riz

Bezanya aku pakai spek , Riz tak pakai pun

Aku mencebik lalu mata memandang ke arah lain . Menyampah !

"So...lepasni kau nak apa-apa lagi tak ? "tanya Riz mendatar

Aku menggeleng sebagai balasan . Belanja makan dah cukup untuk buat Aara Elina happy .

"Okay kalau macam tu teman aku beli barang sekolah jom"terus Riz menarik tanganku keluar dari situ tanpa menunggu jawapan dari mulutku.

******************************
Aku melangkah masuk ke dalam rumah selepas memberi salam dan kaki melangkah ke arah sofa . Penat teman di Riz ni , itu tak kena ini tak kena. Cerewet macam perempuan !

"Banyaknya barang"tegur Anaqi apabila melihat tujuh plastik beg dalam peganganku.

"Riz punya bukan saya punya"pantas aku menjawab .

"Macam mana ?"tanya Anaqi tiba-tiba

Aku mengangkat kening tanda tak faham sambil memandang mata Anaqi.

"Dah boleh terima Riz tu?"tanya Anaqi lagi dengan lebih berhati-hati

Aku mengeluh dalam diam. Sebenarnya , aku masih tak percaya dengan semua ni.

"Entahlah" balasku pendek untuk soalan Anaqi tadi.

"Kau dah okay ?"tanya Anaqi lagi . Banyak tanya pula kalini namun aku layankan sahaja.

"Okay je"Senyum hambar diukir pada bibir merah jambuku.

"Kakak cantik !!"

Aku menoleh setelah sapaan Rayyan menyapa di telingaku.

"Hai Rayyan"Aku mengangkatnya duduk di pehaku.

"Kakak cantik dah sihat ke?"tanya Rayyan dengan mata bulatnya memandang wajahku

"Mestilah dah...kan Rayyan dah bagi akak panadol malam tadi"balasku lembut dan mencubit pipi Rayyan perlahan.

Comel !

Dalam diam , Anaqi senang hati melihat caraku melayani kerenah Rayyan.

"Kakak cantik suka dengan abang Ayyan tak?"
Terkejut aku mendengar pertanyaan dari Rayyan . Begitu juga Anaqi .

"Abang mana satu?"tanyaku kembali sambil membetulkan lilitan tudungku bimbang auratnya dilihat oleh Anaqi. Crush tak crush ya  , kita sebagai perempuan Islam mesti tahu yang menutup aurat itu adalah wajib . Sekian hahaha.

"Abang ni lah , abang Isat"balas Rayyan bersungguh-sungguh dia menunjuk susuk tubuh Izzat Anaqi yang sedang memerhatikan kami berbual. Anaqi masih mempamerkan wajah bekunya padahal hati tak boleh bawa bincang dah , macam baru lepas berlari satu stadium bola.

"Ohh.Kalau abang yang ni ermm"aku mengetuk dagu tanda memikir jawapan sesuai dan aku sudah jumpa jawapannya.

Jantung Anaqi berdegup kencang menunggu ayat yang keluar dari mulutku.

"Mestilah suka.Bukan suka je...sayang cinta rin-"
balasan selambaku dipotong oleh Riz yang baru sahaja tiba di ruang tamu.

Terkelu lidah Anaqi mendengar balasanku walaupun tak habis.'Selamba habis minah ni'kata Anaqi dalam hati.

"Amboi.Suka sayang cinta rindu eh"usik Riz yang baru sahaja tiba di ruang tamu dan tidsk sengaja mendengar perbualan kami berdua.

"Haah kenapa ? Ada masalah?"bidasku dingin

Terkebil-kebil mata Rayyan melihat Riz yang mengangkatnya dari pangkuanku dan di letak atas riba lelaki itu.

"Uish garang.Dinda jangan marah-marah.Takut nanti lekas tua"kata Riz diselitkan nyanyian

"Kanda setia orangnya...takkan pernah mendua"
sampuk anaqi dalam nyanyian Riz lalu mengeyit mata ke arahku dengan wajah bekunya

Pipiku terasa bahang pantas mengalihkan pandangan. Apakah ?

"Setuju ! Setuju !" jerit Riz kuat tiba-tiba sambil memandang gelagat kami berdua

"Kau dah kenapa?"tanyaku hairan , otak dia tertinggal dengan shopping Mall ke ?

"Izzat lamar kau guna isyarat mata tadikan ? Tak kan kau tak faham lagi ! Aku tahu aku tahu"
kata-kata Riz membuat aku dan Anaqi tercengang.

Sah ! Otak dia tertinggal ni .

"Rayyan.Abang Izzat awak nak kahwin dengan kakak ni tak lama lagi"terang Riz selamba kepada Rayyan yang terkebil-kebil daripada tadi tanda tak faham sepatah apa pun.

"Wah...betul ke?!"Rayyan memandang wajahku tanda tak percaya dan gembira.

"Mama ! Abang Isat nak kahwin dengan kakak cantik !"jerit Rayyan kuat sambil berlari menuju ke dapur mencari kelibat mamanya

Aku memandang tajam Riz yang berada di sisiku lalu menarik kuat rambut messynya . Geram !

Pandangan Anaqi seakan tidak percaya dengan perbuatanku hanya diabaikan sahaja.

Lepaskan geram itu penting guys !

BERSAMBUNG...

jangan risau lepasni tak ada kembar dah hahaha , done three chapter for today

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience