Chapter 20

Romance Series 14668

"Aku akan buat kau sengsara seumur hidup Aara Elina,kau memang tak guna!!"

Aku bangun secara mendadak dengan dada merombak kasar.Peluh menitik di dahi aku kesat.

"astaghfirullah al- azim"terkuma-kamit mulutku istighfar bagi menenangkan hati . Jam dinding aku kerling sebentar .

5:59am

Aku melangkah ke tandas untuk mandi dan bersiap sebelum ke sekolah setelah seminggu dua hari cuti . Along dan angah tidak lagi bersekolah mulai harini.

Aku sudah siap dengan pakaian sekolah dan tudung dua lapis . Aku duduk di birai katil , mudah untuk aku memakai stokin. Aku teringat mimpi ngeri tadi di mana tiga susuk tubuh perempuan yang samar-samar menikam perutku berkali-kali secara serentak.

"Aara Elina!"jerit Riz kuat sambil menyandarkan diri di hadapan pintu yang sudah terbuka oleh Riz sendiri.

Aku tersentak pantas menoleh ke arah pintu lalu mengangkat kening.

"Pahal?"sapaku dingin dengan menyilangkan tangan ke dada

"Handsome tak aku?"tanya Riz.Senyuman manis diukir pada bibir Riz memandangku .

"Dah aku cantik mestilah kau handsome...dah lah malas aku nak layan perangai tiga suku kau" jawabku yakin

Aku bangun dari birai katil mengambil beg sekolahku menuju ke arah pintu dan menolak Riz kuat hingga terbelakang langkah Riz hampir sahaja terlentang , Aku menutup pintu perlahan.
Wajah terkejut Riz dengan tindakanku hanya dipandang sekilas sebelum meneruskan langkah ke dapur.

Kesah apa aku haha

"Morning mummy dadd-"kata-kataku dihentikan apabila tersedar bahawa pemergian mereka kelmarin.Senyuman pahit diukir lalu melabuhkan punggung di meja makan .

Aku menarik nafas dalam-dalam dan lepas perlahan-lahan . Air liur ditelan menahan sebak . 'Kau boleh Aara , ikhlaskan pemergian mereka'
gumamku sendiri.

Mama Anaqi yang perasan kelibatku terus disapa.

"Morning Rara.Riz mana?"tanya mama Anaqi , tangan masih ligat menyediakan sarapan.

"Tak tahu"balasku ringkas . Tadi dia ada dengan aku lepas tu dia hilang macam tu je tak tahu pergi mana.

Enam susuk tubuh jejaka melangkah masuk dapur , suasana yang sepi tadi sudah menjadi riuh rendah. Abang Irsyad tidur di rumah rakan sekerjanya kalau cuti baru balik sini .Rayyan ? Tidur lagi haha

"Aara.Nanti teman Riz-"laju aku memotong kata-kata along

"Tak naklah.Dia dah besarkan ? Daftarlah sendiri"rungutku dan menyuapkan roti dalam mulutku.

"Aara Elina"panggil along tanda amaran dengan memandangku tajam.Muka terus dicemberutkan, tanda mood nak makan dah ish !

"K"jawabku ringkas.Pendek.Tapi cukup dingin.
Terdiam semua penghuni di situ. Aku bangun serentak kembarku bangun sekali.

"Rara pergi dulu"izin tu terus menyalam mama Anaqi , along dan angah . Begitu juga Riz.

"Pergi dulu ya semua.Riz akan merindui kamu semua.Muah"kata Riz sambil melayangkan kiss pada semua orang di situ.

"Woi ! Cepatlah !"marahku kuat memandang Riz yang sibuk terkinja-kinja sedang melayangkan kiss. Eeuw !

"Sabar my little twin"Riz mengambil kasut dan menyarung pada kakinya pantas mengikuti langkahku dari belakang. Aku menjelingnya.
'Suka hati je nak panggil aku little lah Eli lah ish'rungut dalam hati.

Sebelum ada yang tanya , aku jawab dulu . Aku pergi asing tak saing dengan Anaqi dan Izzan pun.

******************************

Tok ! Tok ! Tok !

"Sorry cikgu.Saya lambat"kataku penuh serba salah . Ini semua salah Riz , nampak 7E terus nak singgah . Amboi dia ingat kita sekarang ni tengah jalan-jalan beli barang ke ! Hadei , parah betul ada kembar yang perangai macam ni .

"Lama saya tak nampak awak.Dah sihat dah?Takziah ya atas pemergian orang tua awak"
tanya Cikgu Maira apabila perasan badanku makin susut .

"Sihat alhamdulillah.Terima kasih"balasku dengan senyuman kelat diberikan terus mengambil tempat di sebelah El yang dari tadi memasang telinga dengan perbualanku dengan Cikgu Maira .

"Erm cikgu.Yang kat depan tu belajar baru tau"
kataku sambil tersengih , macam mana aku boleh lupa kau Riz hahaha

"Okay kalau macam tu , awak kenalkan diri awak"pinta Cikgu Maira kepada Riz

Riz mempamerkan wajah beku tambah dengan pandangan tajam pada semua rakan sekelasku seperti pertama kali aku bertemu Riz malam itu.

"Aariz"itu sahaja yang keluar dari mulutnya membuat rakan kelasku termasuk aku dan Cikgu Mairah terdiam . Bukan sebab ringkas atau apa cuma suaranya sebiji dengan suara along kalau dingin . Takutnya!

"Err...awak boleh duduk sebelah-"Riz mencantas kata-kata cikgu itu

"Aara.Saya nak duduk sebelah Aara"suara garaunya menyapa di telinga Cikgu Maira . Cikgu Maira mengiakan sahaja kepada pemuda itu.

Badan Riz sama dengan badan Along dan angah.Tegap,bahu yang luas dan mempunyai dada yang terbentuk cantik. Tinggi? Sama macam diorang juga . Aku je yang masih 162cm. Sedih!

"Baik mari kita teruskan pembelajaran kita"

******************************

Kring!!

Semua rakan kelasku berpusu-pusu keluar dari kelas . Boleh tahanlah aku tengok diorang ni macam zombie kelaparan mencari otak . Menakutkan!

"El kau gerak dulu.Ajak si Riz ni sekali...jangan risau dia tak makan orang"pintaku dengan menyelitkan pesanan. El sudah tahu kerana El perasan wajahku dengan wajah pelajar baru sama , sebiji okay ! Tak tipu hm . Cuma rakan kelasku dan Cikgu-cikgu tak dapat cam kerana tidak pernah melihat aku membuka spek.

Terangguk El seperti belatuk membalas sebagai jawapan. Aku menepuk kuat bahu Riz yang sedang menyiapkan kerja sekolah Cikgu Maira. Halah ! Halah ! Rajinnya .

"Pergi kantin ikut El.Aku nak pergi tandas sekejap"kataku terus melangkah keluar dari kelas menuju ke tandas perempuan yang betul-betul berada di sebelah kelasnya.

Setelah selesai aku melangkah ke kantin . Tiba-tiba langkahku terhenti apabila seseorang menarikku kuat dari arah kiri . Aku memandang gerangan tergamam . Okay ini tak kelakar.

"We meet again"

Buk!

Hujung bibirku berdarah dan lembab sedikit . Tudungku ditarik kasar , terdongak aku memandang Hana yang sedang tersengih sinis.
Sofeya dan Nadia memegang lenganku menghalang untuk aku membalas serangan pada Hana.

"Aku benci kau dengan kembar kau , cukup itu sahaja kau perlu tahu untuk masa sekarang. I'll back okay jangan risau.Jangan berani nak mengadu pada orang sekeliling kau okay.Aku tak suka tengok musuh aku jadi pengecut libatkan orang yang tak ada kaitan...rasa tak best"

Buk!

Aku jatuh terduduk dan memandang sahaja pemergian mereka bertiga . Aku bangun perlahan lalu tangan berpaut pada dinding menahan daripada jatuh.

"Kau ke aku pengecut haa! Anak haiwan betul! Kau ingat aku ni suka sangat ke jadi musuh kepada bakal pesakit mental ni"bebelku geram. Nasib baik , Mummy dan daddy tak pernah ajak anak daranya mencarut .

Aku menutup mata sambil melepaskan nafas geram.'Penatlah aku nak hadap kau Hana'getusku dalam hati.Aku menuju ke tandas semula untuk membersihkan luka di hujung bibirku.

Aku memandang hujung bibirku di pantulan cermin . Terang dan jelas lebam di situ.

"Apa yang korang tak puas hati sebenarnya ni?"
tanyaku perlahan. Tangan mula memicit kepala.
'peninglah! Hujung bibir lebam ni nak sorok kat mana?'gumamku sendiri

"Aara"

Aku menoleh terkejut melihat El tanpa sempat berbuat apa.El turut terkejut melihat hujung bibirku lebam , warna ungu kebiruan.

"Apa jadi kat kau ni ? Kau gaduh ke?"tanya El cemas tapi suara diperlahankan.

"Hana datang tadi"jawabku selamba. Terkelu lidah El mendengar nama itu seakan-akan nama yang mendatangkan perkara buruk pada sahabatnya .'Yes ! Tepat sekali , geng girly'ujarnya dalam hati

"Asal kau tak ajak aku?"Pertanyaan El membuat aku mengerut kening , dia ingat ni Mobile Legend ke nak ajak-ajak ?

"Ajak apa?"tanyaku kembali , bingung dengan sahabatnya sorang ini.

"Ajak aku belasah diorang sekalilah...baru dia tahu siapa kita"balas El semangat . Aku tergelak melihat wajah keyakinan El itu.

"Terbalik tu.Biar kau tahu siapa diorang...silap hari bulan kau pun tinggalkan aku.You know what I mean right?"tanyaku mendatar .
'4 starlight , mummy daddy lepasni siapa ? Takut jika tak mampu terima takdir...Ya Allah apa kau fikir ni Aara...astaghfirullah al- azim'kataku dalam hati.

"Sorry"jawab El perlahan mula rasa serba salah . Wajahnya turut mendung tidak seperti tadi , semangat.

Aku memeluk El menyalurkan kekuatannya dan dia turut melakukan hal yang sama.

"El! Rara! Lambat lagi ke? Macam perempuanlah korang ni ish"rungut Riz kuat sambil memanggil dua gadis itu .

Aku memandang El lalu kening diangkat , pelukan sudah dirungkai selepas mendengar suara Riz di luar

"Dia suruh aku cari kau tadi"kata El tersengih membalas pandanganku

Aku terus keluar sempat aku menjerit memanggil Riz yang sedang menunduk memandang
kasutnya.Bosan sangat tu haha

"Riz...jom!"langkahku sengaja dilajukan mengelak daripada Riz memandang wajahnya dan

Buk!

"Auch!"adu sakit , aku mengerut kening menahan sakit . Jatuh terduduk kali kedua pula tu hm. Aku menunduk ke bawah je seolah-olah menunggu putera datang bawa cinderella pergi jauh dari semua keperitan ini . Ceh !

"Aara!"
"Rara!"

Jerit El dan Riz serentak melihat susuk tubuhku jatuh terduduk terus berlari ke arahku.

Anaqi mencangkung kepalanya ke depan sedikit mengerling wajahku . 'Lah Aara ke'bisiknya dalam hati

"Sorry...aku tak perasan tadi"katanya sambil mengusap belakang lehernya. Anaqi mengerut kening hairan lalu tangannya memegang belakang tudungku mendongak ke atas supaya dia dapat melihat wajahku. Tergamam Anaqi melihat hujung bibirku lebam.

"Siapa buat?"tanya Anaqi dingin membantu aku bangun . Aku masih diam dan menunduk memandang kasut . Err macam Riz pula aku ni...

"Kenapa Izzat?"tanya Riz memandang wajah tegang Anaqi hairan , muka Aara Elina dah tak cantik ke ?

"Look at your twin face"arah Anaqi yang sedang menahan amarah .

Riz mendongakkan wajahku terus wajah Riz bertukar dingin. Tanpa senyuman memandangku tajam. El yang disisi Riz berubah pucat takut disoal siasat.Aku yang melihat wajah Riz dan Anaqi terus kecut pecut. Belum lagi along dan angah , taknak balik rumahlah macam ni!!

Dalam diam Anaqi dan Riz mengepal tangannya menahan amarah yang bakal meletus.
'No one can touch my lover'getus mereka serentak dalam hati.

Aik lover? Anaqi tak nak confess ke dekat Aara erm?

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience