Special Chapter [LAST]

Romance Series 14668

Aku memeluk lutut sambil merenung pemandangan di luar tingkap. Mata sembabku hanya dihiraukan.

Ting!

Mesej dibuka.

Alisya
Good well soon Aara. Sorry aku tak dapat lawat kau. Byk assignment nak kena siapkan

Okay thanks. Sokay aku faham

Telefon dimatikan semula.

Krek~

Anaqi memandang susuk tubuhku yang sedang termenung itu sebelum melabuhkan punggung di birai katil wadku.

"Sayang" Aku memandang gerangan serentak air mata jatuh kembali. Deras. Anaqi menarikku ke dalam pelukannya.

"Kenapa ni? Ada sakit dekat mana-mana ke?"soal Anaqi lembut terselit risau apabila isterinya mula teresak-esak.

"Daripada awal hiks kita jumpa hiks sampai sekarang hiks ada je saya hiks kena masuk hospital hiks" Muka sudah lencun dengan air mata sendiri.

"Mesti awak hiks penat hiks lepastu hiks bosan dengan saya" Anaqi memegang kedua-dua pipiku lalu mendongakkan wajahku memandangnya. Hati Anaqi terusik apabila melihat mata berkaca isterinya.

"Dengar ni. Aku kahwin dengan kau bukan sebab nak test best ke tak hidup dengan seorang gadis berkaca mata yang bernama Aara Elina ni" Anaqi mengusap perlahan pipi basahku.

"Tapi aku kahwin dengan kau sebab aku ikhlas sayang kau dan setuju untuk hidup susah senang dengan kau"sambung Anaqi jujur kemudian mengucup dahiku dan kedua-dua pipiku. Aku hanya mendiamkan diri sambil membalas pelukan Anaqi selepas tangisanku semakin reda.

Anaqi menepuk belakang badanku untuk menidurkanku diiringi selawat di telingaku. Fikirannya masih melayang dengan kata-kata doktor.

"Maafkan saya. Isteri encik perlu ditahan di hospital selama dua hari untuk saya pantau kesihatannya. Mengikut rekod kesihatan, Puan Aara mengalami tekanan darah rendah dari kecil lagi. Jadi biar dia berehat di sini selama dua hari. Harap encik setuju dengan cadangan saya" Anaqi hanya mengangguk faham tanda setuju.

Aku sudahpun terlena di dada bidang suami.

"Mummy"

"Daddy"

Anaqi mengerut kening memandangku yang baru sahaja terlena.

"Tunggu Rara tau" Aku mengalirkan air mata perlahan tanpa aku sedari. Anaqi melihat air mataku mula tersentak. Anaqi berzikir di telingaku

La Ilaha illallah

La Ilaha illallah

La Ilaha illallah
Muhammadur rasulullah

La Ilaha illallah

La Ilaha illallah

La Ilaha illallah
Muhammadur rasulullah

Anaqi membaringkan tubuh isterinya secara perlahan-lahan. Selimut ditarik untuk mengurangkan gigilan kecil yang terhasil pada tubuhku. Dahiku dikucup dengan penuh kasih sayang.

"Good night sayang. Sleep well"

Telefon pintar dikeluarkan lalu mendail nombor Zafran.

"Assalamualaikum Izzat" Zafran bersuara selepas mengangkat panggilan tersebut.

"Waalaikummussalam Zaf. Err macam mana aku nak cakap eh?" Izzat menggaru kepada bingung mahu menyusun ayat bagaimana. Lah tiba-tiba boleh jadi kurang bijak depan sahabatnya sendiri yang kini menjadi abang iparnya.

"Kenapa? Ada apa-apa jadi dekat Rara ke?" Zafran tahu Izzat tidak akan mengganggunya waktu malam sekiranya tiada hal penting. Lagi-lagi tentang adik kesayangannya itu, sangatlah penting.

"Aara kena tahan wad dua hari" Zafran menggenggam erat telefon pintarnya itu apabila mendengar kata-kata Izzat sebentar tadi.

"Tekanan darah dia sangat rendah tadi. Aku perasan pun sebab masa perjalanan pulang ke rumah tu Aara tak sedarkan diri. Terus aku bawa pergi hospital" sambung Izzat. Izzat memandang sayu melihat wajah pucatku.

"Esok kau pergi je sekolah tau. Biar aku dengan Zemir jaga Rara"

"Okay" Panggilan dimatikan. Anaqi melangkah ke sofa di sebelah katil isterinya. Tubuh direbahkan di situ. Mata ditutup dan lena.

******************************
Aku mula tersedar dari tidur. Telefon bimbit dihidupkan untuk mengetahui jam berapa sekarang.

9:00am

Mataku memandang sekeliling mencari susuk tubuh Anaqi tetapi tiada. Air mata mula bertakung. 'Mana baby ni?'getusku di hati.

Krek~

"Rara"

Aku menolah ke arah pintu serentak air mata jatuh. Along? Angah?

"Hey janganlah nangis. Along dan angah pergi kantin je beli makanan untuk budak manja sorang ni" Along mencubit pipi tembamku perlahan. Angah sudah melabuhkan punggung di birai katilku.

"Janganlah nangis. Ni yang aku tak suka kalaj kau sakit ni. Nangis je tahu. Pipi kau dah tembam macam tu, kau nangis lagi makin tembamlah pipi kau haish" bebel angah perlahan. Aku mengerut kening tidak faham.

"Hah?" Along menyilangkan tangan ke dada sambil mengangkat kening memandang Zemir tanda mencabarnya untuk meneruskan kata-katanya itu.

"Pipi kau yang serap air mata kau tu. Kalau kau nangis lagi makin bulatlah pipi kau. Aku tak mengaku kau adik aku lepasni"sambung angah selamba. Aku membuntangkan mata memandang angah.

Pak!

"Aduh! Sakitlah. Kau ni sakit-sakit pun sibuk nak lepuk aku" Aku menjeling tajam angah kemudian mengesat air mataku yang tersisa. Baru nak sedih tapi tak jadi pula haih.

"Korang belikan apa untuk breakfast Rara pagi ni?"soalku kembali ceria sempat mengerling plastik yang dipegang along.

"Makanan laju je perempuan ni. Nanti gemuk padan muka"gumam angah perlahan tetapi masih didengari aku dan along.

"Aku dengar tau" Tersengih angah laju mengambil plastik makanan itu.

"Tadaaa. Bubur untuk hang" Aku mencemberutkan muka. Along menggelengkan kepala mendengar usikan adik kembarnya.

"Tak adalah. Ni bubur 7E tau bukan bubur hospital yang tak sedap tu" Aku memberikan senyum hambar. Tak kesahlah bubur 7E ke bubur hotel 5 bintang ke itu tetap bubur okay. Lembik!

"Nak samyang"pintaku perlahan. Kedua-dua tanganku mula meramas sesama sendiri. Dapat aku rasakan renungan tajam dari kedua-dua abangku itu.

"Kau dah makan masa kat rumah Faris pun dah cukup Rara"balas along dingin. Aku mengigit bawah bibir menahan rasa gugup. Kantoilah geng!

"Zaf kau duduk kat sofa tu, biar aku je yang suap Rara" Aku pantas menggelengkan kepala. Tengok rupa bubur pun sudah tiada selera.

"Tak nak bubur. Rara tak ada seleralah. Rara nak tidur" Aku mengerut kening seperti ada sesuatu yang sedang melonjak keluar dari tekakku.

"Rara okay tak ni?"soal along risau. Angah turut merasakan hal yang sama seperti along.

Aku bangun melarikan diri ke bilik air.

Wluek!

Wluek!

Pili air dibuka. Air paip mengalir laju. Aku mengumur air di dalam mulutku dan dibuang. Pandanganku mula gelap.

"Rara!"

******************************
Tiga bulan lebih telah berlalu. Peristiwa di mana aku pengsan di bilik air wadku membuatkan Anaqi dan semua ahli keluargaku risau.

•Flashback•

"Rara!"

Pipi air ditutup lantas tubuhku dicempung dibawa ke katil. Butang untuk memanggil doktor ditekan.

Krek~

Doktor mula memeriksa keadaanku dengan bantuan seorang jururawat. Setelah beberapa minit, doktor dan jururawat keluar dari wadku menuju ke arah Zafran dan Zemir.

"Macam mana adik saya?" soal Zafran penuh dengan kerisauan.

"Adik encik okay, jangan buat dimarah atau paksa dia buat sesuatu yang dia tidak suka kerana apa yang saya dapati tekanan darahnya semakin merosot. Saya harap encik berdua dapat beri kerjasama" kata doktor diakhiri dengan senyuman lalu meminta diri dari situ. Begitu juga jururawat itu.Zafran dan Zemir mengangguk faham.

Zafran dan Zemir sudah memberitahu tentang kejadian tadi kepada mama dan yang lain.

•End Flashback•

Aku tersentak apabila ada tangan yang melingkari pinggang rampingku.

"Fikir apa tu sayang?" Aku mengeliat geli selepas mendengar suara Anaqi tepat pada telinga kananku.

"Fikir masa depan saya" Anaqi mengeratkan pelukannya dan kembali bersuara.

"Sayang fikir pasal baby pertama kita ke?" Aku terkejut dengan pertanyaan Anaqi. Niat mahu bergurau sahaja tadi haih.

"Esok sayang dah last jawab paper spm kan? Lepas ni kita bolehlah pergi honeymoon for making our babies okay" Aku pantas memandang anak mata Anaqi.

"Yes. Our babies. Mana tahu dapat kembar. Sayang kan ada kembar. Aku pun ada kembar. Kita tak tahukan perancangan Allah untuk kita macam mana" Anaqi tersengih nakal sambil mengangkat kedua keningnya berkali-kali.

Aku menepuk tangan Anaqi yang mula menimbul urat hijau itu.

"Ke situ pula awak ni. Sudahlah saya nak tidur ni. Dodoikan please" pintaku dengan membuat muka simpati memandang wajah suami tercinta itu.

"Nak upah dulu" Aku laju memberikan ciuman di dahi dan kedua pipi suamiku.

"Okay come" Anaqi mendepakan tangannya tanda sesi mendodoikanku akan bermula. Anaqi memelukku rehat lalu merebahkan tubuhku dengan beralaskan lengannya. Suara merdu Anaqi sedang zikir menyapa telingaku. Akhirnya aku terlena.

"Good night baby. I love you so much" Anaqi mengusap pipi tembamku kemudian mengucup bibirku perlahan. Pelukannya dieratkan dan tertidur bersama gadis pujaannya itu.

******************************
Keesokan harinya, aku dan Anaqi mula bersiap untuk pergi ke sekolah. Selepas 30 minit kami bersiap, kami turun ke bawah melangkah ke dapur.

"Morning Rara"

Langkahku terhenti apabila mendengar suara abang-abangku. Tapi yang hairannya, Nico pun ada.

"Korang buat apa kat sini?" Nico hanya memberikan senyuman manis kepadaku.

"Rara makan cepat. Nanti lambat pula" Aku mengambil tempat di sebelah Anaqi. Roti berinti telur dan mayonis dletakkan pada pinggan Anaqi manakala aku mengambil roti berinti nutella dua keping untuk diriku sendiri.

"Balik nanti naik kereta Nico tau. Dia yang akan amik kau nanti" Aku memandang Anaqi yang beriak bersahaja itu.

"Okay" jawabku ringkas. Suasana kembali sunyi tanpa perbualan kerana Rayyan masih tidur dalam bilik mama. Selalunya pagi akan kecoh dengan celoteh Rayyan itu.

Aku minum air coway dua gelas sebelum bangun menuju ke singki untuk membasuh tangan yang terkena nuttela itu.

Anaqi turut bangun lalu menyalami mama dan papa. Aku juga melakukan hal yang sama. Kami berdua berjalan keluar melangkah ke arah kereta Anaqi.

Anaqi menghidupkan enjin kereta sebaik sahaja kami berdua berada di dalam kereta. Anaqi memulakan perjalanan dengan membaca bismillah.

******************************
Selepas 6 jam berlalu, tibalah waktu balik. Di mana kelas 5 Akaun sudah tamat dan tiada lagi kertas spm untuk dijawab.

"Alhamdulillah habis juga semua paperkan?" Aku dan yang lain mengangguk dengan wajah ceria mendengar kata-kata El.

"Jumpa korang masa amik result nanti okay. Aku harap kita tak lost contact" kata Dhia. Dilah mengangguk mengiakan kata-kata Dhia.

"Aisyah Elmaira"

Aku dan yang lain memandang gerangan. Izzan Aysar.

"Tahniah korang sebab berjaya jawab semua paper yang korang amik" Aku dan yang lain janga memberikan senyuman ceria sebagai balasan.

Ehem!

"Aku nak cakap dengan kau ni El" El mengangkat kening memandang Izzan.

"Jujur aku ada perasaan suka dekat kau. Jadi boleh kita teruskan hubungan yang lebih serius?" Tergamam kami termasuk El mendengar luahan Izzan.

"Sorry Izzan.  Sebenarnya aku anggap kau crush aku je, tak lebih dari tu. Aku minta maaf"balas El penuh rasa serba salah. Tersenyum kelat Izzan apabila menerima tolakan dari El.

"Tak apa. Kau dah jawab jujur pun dah cukup. Aku gerak dulu" Aku memandang sayu susuk tubuh Izzan yang semakin hilang dari pandanganku.

'Sorry Izzan. Memang aku crush dekat kau tapi tak bermakna aku nak kau jadi teman hidup aku. You need someone better than me' getus El di hati.

Pin! Pin!

Aku menoleh kereta mewah itu. Cermin kereta diturunkan, wajah Nico menyapa anak mataku.

"Weh aku gerak dulu" El dan yang lain mengangguk membenarkan aku pulang terlebih dahulu.

Aku masuk ke dalam kereta lalu memandang Nico.

"Nak pergi mana?" soalku mendatar. Nico mengangkat bahu tanda tidak mahu menjawab. Aku menyandarkan badan dan terlelap akibat bersengkang mata sebelum ini.

Setelah 2 jam berlalu, aku kembali tersedar apabila mendengar seseorang membuka pintu kereta di bahagian pemandu.

"Anaqi? Mana Nico?" Terkebil-kebil aku memandang pakaian santai Anaqi. Nak pergi mana ni?

"Harini aku nak bawak sayang aku pergi honeymoon 3 hari 2 malam dekat maldives sementara aku dapat cuti 4 hari ni baik aku gunakan sebaik-baiknya tapi sebelum itu...."

Anaqi mengambil kedua-dua tanganku lalu dibawa ke bibirnya kemudian tanganku diletakkan di atas pehanya. Tanganku digengam erat.

"Lapan bulan dah kita hidup bersama. Aku cuma nak cakap I really really love you so much. Thank you for being present in my life. Aku harap kau dah bersedia untuk jadi ibu kepada bakal anak-anak kita nanti" Mukaku terasa bahang mendengar kata-kata Anaqi yang jarang diungkapkan itu.

"I will make your life happy until the end of my life. InsyaAllah"

E N D

Maaf andai ada kekurangan, thankyou yang baca daripada awal sampai akhir

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience