Sebaik sahaja along dan angah keluar , aku menyuruh El kunci pintu.
"Weh sebelum kau makan...aku nak bersihkan luka kau kat bibir tu dulu"beritahu El sambil memegang kapas dan Botol larutan untuk bersihkan luka.
"Apa yang jadi tadi?"tanya El tangan masih lincah membersihkan luka di tepi bibirku
"Dirah serang aku masa rehat" jawabku selamba
"Ouh Dirah.What !!! Dirah serang kau ?!"
jerit El seperti baru bangun daripada mimpi
"Bisinglah kau ni.Pekak telinga aku"aku menjeling El yang sedang tersengih-sengih memandangku
"Kau lambat kenapa ?"tanyaku hairan
"Aku beli makanan dulu sebab aku malas nak makan kat kantin ramai orang ah"jawab El
Suasana menjadi sepi tanpa perbuatan.
"Err Aara...."panggilnya meleret
"Apa?!"marahku . Orang tengah makan sebuk ajak berbual
"Uish garang"El tersengih memandangku sambil menggarukan kepala
"Harini mak aku tak boleh hantar kau...
sebab mak aku tak amik harini"kata El perlahan
"Ohh tak pe...habis tu kau balik siapa amik kalini?tanyaku kepada El
"Naik ayah aku.Ayah aku garang sikit...aku tak berani nak minta izin dia pasal nak tumpangkan kau ni hehe"aku hanya mengangguk faham.
KRING !!
"Kau nak masuk kelas tak ni ?"tanya El . Matanya memandang wajahku.
"Tak.Aku pening kepalalah...lagi satu malas nak hadap Dirah and the geng tu"muka menyampah dipamerkan kepada El
El tergelak kecil melihat muka burukku.
"Iyelah"jawab El pasrah dengan perangaiku
******************************
"Lengan adik kau okay?"tanya Izzat kepada Zafran dan Zemir
"Okaylah...lengan Rara tu macam terkena air panas...nak cakap tertumpah tu macam tak sebab kawasan melecurnya boleh tahan besar juga"
along mengerut kening seperti memikirkan sesuatu
"Pipi Rara merah tadi dengan hujung bibir Rara pun macam berdarah sikit...macam baru lepas kena tampar"tambah angah
"Dirah tampar Aara lah tu lepastu Aara tolaklah Dirah...Dirah tu je yang over tergedik-gedik dengan si Izzat ni.Menyampah aku"ucap Izzan sempat mengutuk sepupu sendiri
"Aku rasa pun macam tu.Cukuplah korang bertiga dah tuduh Aara bukan-bukan...takkan dah jadi macam ni still nak butakan mata pekakkan telinga lagi?"ujar Airil dingin
"Kau nak tunggu dia dah tak ada macam peristiwa Inara tu baru nak sedar ke?" Zafran , Zemir dan Izzat tersentak apabila Airil menyebut nama Inara.
Pasal peristiwa Inara ni ialah Inara adik kepada Airil dan kesayangan kepada mereka berlima tapi disebabkan satu harini Inara difitnah . Itu yang membuatkan hubungan Inarah dengan mereka menjadi dingin dan sampailah satu harini Inarah terlibat dengan kes langgar lari dan pelakunya sudah ditanggap. Bila disoal siasat , rupanya disebabkan dendam seseorang dan orang yang sudah ditangkap itu orang yang sama menfitnah Inarah.Inarah meninggal di tempat kejadian.
"Korang dengar tak apa aku cakap ni ?"tanya Airil kepada mereka bertiga yang diam dari tadi
"Dengar"jawab mereka bertiga serentak
Izzan hanya menyambung buat kerja sekolah. 'no more homework at home'gumam Izzan di hati
******************************
KRING !!
Aku memicit kepala. Pening.Aku turun daripada katil dan melangkah keluar menuju ke kelasku.
TOK !
TOK !
TOK !
"Eh Aara awak okay tak ni ? Muka awak pucat sangat ni"tanya Cikgu Maira risau apabila memandang muka pucatku
"Okay cikgu...tak payahlah risau"balasku perlahan
Cikgu Maira mengangguk kemudian keluar dari kelas.
"Kau okay tak ni ? Lemah semacam je aku tengok"komen Faris dengan menggalas beg sekolah di belakang
"Okaylah"jawabku sepatah
El keluar terlebih dahulu kerana ayahnya sudah sampai.El sempat meminta Faris untuk menemani aku di kelas .
"Jom"ajak Faris setelah melihat aku menggalas beg. Aku menjatuhkan kepala sekali.
"Kau balik naik apa ni ?"tanya Faris sebaik sahaja tiba di hadapan pagar sekolah
"Aku"sampuk suara garau dari belakang. Betul- betul berada di belakangku.
Aku dan Faris memusing belakang dan aku terundur ke belakang sebanyak 3 kali kerana sedar kedudukan Anaqi begitu rapat denganku
Aku hanya menjeling Anaqi.
"Kau naik dia eh?"tanya Faris meminta kepastian
"Tak...aku naik grab"balasku perlahan
"Aku gerak dulu tau...bye"kata Faris kemudian melangkah ke tempat letak motor
Aku mengeluarkan telefon pintar dan belum sempat aku menempah grab , telefonku dirampas oleh Anaqi
"Kau nak telefon ni...kau ikut aku"aku hanya mendiamkan diri dan abaikan sahaja telefonku yang berada di tangan Anaqi
"Jangan sampai aku heret kau ke kereta aku Aara"
katanya mula dingin
Aku dah kecut perut namun aku masih mengabaikan kata-katanya
Tiba-tiba Anaqi memegang pergelangan tanganku dan membawaku ke arah keretanya.
Langkah kami terhenti apabila Dirah berada di hadapan kami.
"Hai abang Izzat...terima kasih angkat Dirah tadi"ucap Dirah sambil mengerling ke arahku
"Abang balik dulu ya Dirah.Take care"balas Anaqi sebelum menarik tanganku untuk ikutnya.
"Telefon saya"pintaku sambil menghulurkan tangan kepada Anaqi.
Anaqi memberikan telefonku dan mula menghidupkan enjin kereta.Aku membuka pintu kereta Anaqi untuk keluar tetapi sempat dihalang oleh Anaqi yang memegang pergelangan tanganku.
"Masuk.Tutup pintu tu balik"katanya dingin . Matanya memandang tajam ke arah wajahku
Aku cuba merentap tanganku dari pegangan Anaqi.Anaqi mengeratkan lagi pegangannya.
"Tutup Aara"katanya dingin lagi
Kesabaran Anaqi semakin nipis lalu menarik pintu di sebelahku untuk ditutup. Aku terkedu dengan tindakan berani Anaqi. Anaqi memusingkan badannya ke arahku dan menarik tali pinggang keledar dan
KLIK !
Aku menolak kasar Anaqi sehingga Anaqi tersedar dengan kedudukan itu. Anaqi meraup kasar mukanya sambil mulut terkumat-kamit beristighfar.
"Sorry"katanya perlahan menyapa di telingaku
Aku hanya memandang ke keluar tingkap.Sakit hatiku masih tidak hilang lagi.
******************************
Setelah sampai di halaman rumah , Anaqi matikan enjin kereta membuat aku mengerut kening
"Awak nak singgah ke?"tanyaku perlahan kerana sakit kepalaku masih ada
"Haah.Yang lain pun ada kat dalam"beritahu Anaqi
Aku menganggukkan kepala sekali terus keluar dari kereta.Aku memberi salam sebelum kaki melangkah masuk.
"Rara...mummy dengan daddy balik lambat tau harini sebab ada dinner kat luar"kata along apabila melihat kelibatku
"K"balasku sepatah tanpa memandang along dan angah yang sedang memandangku.
Aku melangkah naik ke atas dan mengunci pintu bilik lalu aku baringkan diri di atas katil.
Along dan angah mengeluh dalam diam melihat sikap dinginku . Terasa hati pun ya.
Izzan dan Airil perasan riak wajah mendung kembar seiras itu terus menegur.
"Sabar je lah...cuba amik hati dia lagi
nanti"kata Izzan . Kesian melihat rakannya itu
"Betul.Bagi dia masa untuk sejuk dulu...dia masih rasa sakit hati tu dengan korang"kata Airil pula
"Jom buat sambung buat homework"sampuk Izzat setelah mengambil tempat di sebelah Izzan
"Aku dah siap!!"jerit riang Izzan memandang mereka. Mereka hanya menjeling ke arah Izzan.
******************************
Selepas mandi aku hanya bersinglet dan berseluar panjang sahaja. Aku mengambil tempat di atas katil untuk menukar pembalut yang sudah basah.
TOK !
TOK !
TOK !
"Rara buka pintu kejap"pinta angah
Aku membuka pintu dan mengangkat kening sambil memandang angah yang terpacak di hadapan pintu
"Makan turun bawah...aku ada belikan KFC untuk kau"kata angah sempah mengerling ke arah kawasan melecur yang tidak ditutup
"Zaf ! Tukarkan balutan Rara ni cepat !"jerit angah dari atas
Aku membesarkan mata memandang angah
"Kau ni kenapa?!bila masa aku minta dia
tukarkan ?!"marahku
"Tak apa boleh along tengokkan melecur tu makin baik or makin parah"sampuk along setelah melihat aku sedang memarahi angah
"Ish...aku boleh buat sendiri lah"kataku kasar sambil menutup pintu. Pertama kali aku beraku kau dengan along , sebelum ni hanya dengan angah sahaja
"Watch your mouth Rara...Rara sedar tak tengah cakap dengan siapa sekarang ni"balas along sempat menahan pintu daripada tertutup. Along menolak perlahan sampai aku ke bekalang akibat tolakan itu. Perlahan bagi along kuat bagi aku ish.
"Zemir kau tunggu bawah dengan diorang...nanti aku dengan Rara turun"beritahu along kepada angah
Angah hanya menjatuhkan kepala sekali dan sempat aku perasan yang angah mengerling ke arahku. Aku berikan jelingan maut kepada angah.
Along menarikku ke birai katil dan melabuhkan punggung di situ.
"Macam mana boleh jadi macam ni"tanya along bagi memecahkan suasana sunyi
Aku mendiamkan diri memandang telefon pintar.
"Along tengah cakap dengan Rara ni" kata along perlahan sambil mengambil telefonku dan masuk ke dalam kocek seluarnya
"Along rindulah nak dengar suara Rara"tambah along lalu menarikku ke dalam pelukannya setelah siap menukar balutan.
Aku mula rasa sebak tapi buang perasaan itu jauh-jauh.'Selagi kes Hana and the geng tak selesai selagi itu aku tak kan rapat dengan along dan angah. Tambah pula dengan kes Dirah tu ish menyampahnya'getusku dalam hati
Aku merungkaikan pelukan namun along mengeratkan lagi pelukan.
"5 minit Rara"kata along dengan suara bergetar.
Setelah 5 minit , along melepaskan pelukan dan membuang kapas yang sudah digunakan tadi ke dalam tong sampah.Along mengambil kardigen berwarna biru pekat dan tudung sarung berwarna hitam lalu menghulurkan kepadaku.
Aku sambut hulurannya. Along menarikku keluar dari bilik setelah memastikan pakaian ku menutup aurat.
"Hai Aara"sapa Izzan apabila melihat kelibatku bersama along
"Hai"balasku dengan perlahan lalu memberikan senyuman hambar kepada Izzan
"Kau sihat tak ni ? Bibir kau pucat je aku tengok"kata-kata Izzan menyebabkan yang lain memandang tajam ke arahnya termasuklah Anaqi
"Kau usya bibir adik aku ke dari tadi"kata Zemir mula dingin
"Err"Izzan hilang kata-kata untuk membalas setelah mendengar suara dingin Zemir
"Dah lah jom lah makan...kalau nak sambung gaduh Rara masuk bilik dulu"balasku dingin
Semua terdiam memandang aku. Aku mengambil ayam goreng KFC dua dengan cheese wedges 1 kotak berserta air pepsi 1 cawan di dalam plastik hadapan along dan angah lalu meletakkan ke arah meja di kawasanku. Aku mula menjamu selera mengabaikan pandangan mereka kepadaku
'Makanan along dan angah juga perlu kongsi dengan Rara tapi makanan Rara , just for me only. Say no to kongsi kongsi' konsep Rara bila dapat KFC
Along dan angah tersenyum melihat makanan yang diambil olehku. 'Perangai masih tak berubah,suka ambil makanan orang'gumam kembar seiras itu serentak.Rakan mereka yang terdengar hanya tersenyum hambar memandang sayu kepada Zafran dan Zemir.
BERSAMBUNG...
Nak bagi abang Aara menyesal or maafkan je lah? Follow me to unlock next chapter bye !
Share this novel