Chapter 28

Romance Series 14668

Hana tersenyum sinis melihat Rayyan petah berkata-kata itu.

'Aku dah buat sampai sini tak kan nak undur pula kan?'getus hati Hana

Irsyad hanya mendiamkan diri memerhati tindak-tanduk si Hana tanpa Hana sedari.

"Maaf aunty.Saya nak tidur dekat mana ya?"tanya Hana sopan.

"Kamu tidur di bilik tetamu ya. Izzan tolong tunjukkan bilik tu ya"balas mama Anaqi lembut.
Dalam hati sudah menyumpah serana si Hana ni. Mama dan papa bangun menuju ke bilik mereka.

Izzan mengangguk lalu menonong saja berjalan ke arah bilik tetamu.Hana melajukan langkah melihat Izzan sudah semakin jauh.

"Aku rasa serba salah dengan Rara" Air mata Riz laju mengalir rasa sakit sama seperti perasaanku sekarang.

"Sabar Riz aku faham perasaan kau. Memang itu tujuan kita untuk perangkap Hana. Kumpul semua bukti yang dia pernah buat
sebelum-sebelum ni. Sikit je lagi"pujuk Izzat cuba mengingatkan Riz tentang matlamat rancangan mereka.

Iya rancangan dengan Abang Irsyad tu tak berhenti di hospital itu sahaja.

•Flashback•

Anaqi sempat mengambil surat di kocekku sebelum aku keluar dari kereta menuju ke stesen minyak , Caltex.

Anaqi membaca surat tersebut lalu memberikan surat itu kepada Izzan di belakang untuk menangkap gambar dan menghantar kepada Zafran. Airil menyandarkan badannya memandang kelakuan si Izzan lagak seperti Detective Conan.

Selesai sahaja menghantar gambar , surat dikembalikan kepada Anaqi setelah melihat kelibatku keluar dari Caltex menuju ke kereta Anaqi semula.

Pintu kereta dibuka lalu aku melabuhkan punggung di tempat penumpang hadapan sambil membuka jajan yang dibelinya.

"Tutuplah pintu tu dulu"tegur Anaqi membuatkan aku tersengih dan menutup pintu kereta.

Anaqi pantas memasukkan semula surat di kocek baju sekolahku seperti asal dan meneruskan perjalanannya ke Syarikat ZZ Holding.

Aku bernyanyi kecil mengikuti lagu yang dimainkan di radio kereta Anaqi.Ikutkan nak beli minuman sahaja tetapi nampak makanan pula itu yang terbeli sekali, perempuan mana yang tak gembira kan ?

•End Flashback•

Krek~

Rayyan memandang tajam siapa yang berani buka pintu bilik tetamu ini. Izzan dan Hana.

"Ayyan keluar jom. Biar dia berehat kat bilik ni"
pintu Izzan menarik Rayyan keluar.Rayyan mencemberutkan mukanya dan memijak kaki Hana pantas berlari keluar tetapi sempat berkata...

"Sebok je Kak Hana ni!"

Izzan yang masih terkejut dengan perbuatan adik bongsunya dan cuba menahan diri dari melepaskan tawa di depan Hana dengan berdehem.

Hana mengangkat kening memandang Izzan sambil mengusap jari kaki kelinkingnya. Rayyan memijak betul-betul hujung isi dekat jari tu. Berbisa weh !

"Kau rehatlah. Nak apa-apa kita orang ada dekat ruang tamu je" Kata Izzan sebelum melangkah pergi

*****

"Sorry aku terpaksa awalkan rancangan kita"
ucap Irsyad meminta maaf.

•Flashback•

"Sejak along dan angah dah kerja kat sini.
Langsung tak ada masa untuk Rarakan?"kataku sedikit emosi.Air mata sudah bergenang.Sudahlah aku tengah datang bulan , abang-abang aku pula layan macam ni. Huwa ! Nak nangis.

Tergamam mereka berempat melihat air mataku sudah mengalir laju.Angah di sebelah menarikku ke dalam pelukan.Teresak-esak aku menangis.
Along meraup wajah kasar dan keluh kesal dilepaskan.

Aku merungkaikan pelukan angah dan meminta izin ke tandas.Aku terus keluar dari pejabat along.Aku mahu menggunakan tandas pekerja sahaja.

Selepas 15 minit , Zafran mula rasa resah menunggu kehadiranku tidak muncul-muncul. Tiba-tiba nada dering telefon Zafran mula dimainkan. Cuba Bahagia - Dato Sri Aliff Syukri

Cobalah mengerti perasaanku ~
Ku ingin dirimu mengerti aku ~

Terbuntang mata mereka mendengar lagu yang ditetapkan oleh Zafran.Izzan menekup mulut menahan tawanya daripada terlepas. Zemir hanya beriak biasa. Sudah biasa dengar....

Nama Riz sudah tertera pada skrin telefon pintar milik Zafran pantas diangkat.

"Aku rasa Hana ada dekat toilet lah dengan Rara"

Ting!

Mesej laju dibuka.

Abang Irsyad
Mulakan rancangan kita sekarang. Kawan aku dari jauh dah dengar suara Aara marah-marah.

"Kita mulakan rancangan kita sekarang Riz"kata Zafran setelah diam beberapa minit

"Kau gila ke? Aku baru nak rapat dengan Rara kot. Tak kan nak berjauh-" Along memintas sahaja kata-kata Riz tanpa rasa serba salah

"Buat sekarang. Kita orang on the way ke sana"

Tut..

"Argh aku benci kau along huh"keluh Riz terlalu berat untuk membuat adik kembarnya marah. Kalau marah je tak apa tapi mesti ada tangisannya sekali. Itu yang membuatkan dia lemah.

•End Flashback•

"Tak apa. Lagipun mangsa dah ada depan matakan"balas Airil membuatkan tiga beradik memandangnya tajam

"Apa? Nak tunggu Hana bertindak baru nak mula? Memang masuk kubur dululah si adik baru kesayangan aku tu"kata Airil selamba. Tangan disilang ke dada bidangnya.

"Adik baru kesayangan kau?"tanya tiga beradik serentak hairan termasuk Izzan dan Izzat tetapi lebih memilih untuk diam sahaja.

"Yelah. Kaukan selalu sakitkan hati adik kau tu, tak sayanglah kan? Biar je air mata adik kau keluar. Kalau isi guna bekas makanan yang corak bunga-bunga mama Izzat punya tu pun boleh penuh tau" kata Airil tidak berhenti di situ.

"So biar aku jadi abang dia pula sudah pasti tiada tangisan sengsara yang keluar dari mata dia, trust me" sambung Airil yakin. Siap menjeling lagi tiga beradik itu.

Ehem!

Semua memandang gerangan yang berdehem. Izzat Anaqi.

"Aku ni bakal tunang dia tau. Kau tak payah nak jadi abang dia sangatlah" Tanpa Izzat sedari dia telah merungut tidak puas hati dengan si Airil.

Mereka di situ sudah memandang Izzat semacam.

"Cemburu eh?"soal mereka berenam serentak

"Apa cemburu-cemburu ni, Kak Aara tak ada korang boleh happy pula ehh ?!" marah Rayyan yang tiba-tiba muncul di ruang tamu.

Terdiam mereka bertujuh memandang sesama sendiri.

******************************

"Semua dah tak sayang Rara maksu"luahku sambil teresak-esak menangis dalam pelukan maksunya , Doktor Alana.

"Dah jangan nangis okay...pergi rehat kat bilik. Lupakan semua"ujar maksunya risau bila aku dari dalam kereta hinggalah sudah tiba di ruang tamu rumahnya tidak berhenti-henti menangis.

Aku merungkaikan pelukan lalu menuju ke bilik kesayanganku. Selain di rumah mummy dan daddy, rumah maksu dan paksu juga bilikku dicat berwarna merah jambu.

"Apa yang ada fikiran abang-abang Rara ni... Nak sangat adik dia masuk hospital balik ke apa" Kesal maksunya dengan tindakan anak teruna kepada arwah kakaknya. Sebak turut ada apabila melihat aku yang semakin lemah seperti tiada kekuatan untuk meneruskan langkah.

Buk!

"Rara"

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience