Chapter 7

Romance Series 14668

Pelajar SMK Damansara yang terpilih untuk mengikuti perkhemahan sedang berkumpul di dewan terbuka. Mereka dibekalkan roti dan air mineral sebagai sarapan sementara menunggu bas tiba.

"Weh...kau okay tak ni ?"kata El apabila melihat tubuh kecilku bergetar perlahan sambil mengetap bibir dan kedua mataku ditutup rapat

Aku tersentak pantas aku cuba menenangkan diri untuk lupakan tragedi yang berlaku tahun lepas namun tidak berjaya

"Panggil abang aku"kataku perlahan masih cuba untuk mengawal gigilan di tubuhku.El terus berlalu ke arah bahagian lelaki berkumpul.

Aku cuba lagi untuk menghilangkan gigilan tubuhku tetapi gagal malah itu membuatkan getaran tu semakin kuat seperti orang kesejukkan walaupun suhu ketika itu biasa sahaja.

******************************
"Err...siapa nama abang Aara eh?"El mula menghentikan langkah apabila menyedari yang dia tidak tahu nama-nama abang Aara. 'Aara bila bercerita tentang mereka akan bahasakan mereka sebagai along dan angah je'kata El dalam hati.

Mata El memandang sekelilingnya setelah berada di tempat bahagian lelaki berkumpul .Mata El terhenti di sekumpulan lelaki yang sedang berbual rancak dan kakinya mula melangkah ke arah mereka.

"Err...Assalamualaikum"ucap El pendek

Zafran,Zemir,Izzat,Izzan dan Airil terus memandang ke arah gerangan yang memberikan salam sebentar tadi.Mereka menjawab salam serentak dengan nada perlahan.

"Aara needs both of you now"kataku sedikit cemas lalu memandang ke arah kedua-dua abang Aara.

Zafran dan Zemir terus mengikuti langkah El.Yang lain turut mengikut mereka dari melakang setelah dapat isyarat daripada Zafran .

Zafran terus berlari ke arahku yang sedang menangis teresak-esak sambil menggigil teruk terus dicempung membawa ke kantin yang tiada seorang pun pelajar .Yang ada hanya pekerja kantin sahaja.

Pelajar lain hanya memerhati sahaja aku dicempung Zafran.Tanpa aku sedari , sekumpulan pelajar perempuan memandang Aara dengan penuh amarah kerana berjaya menarik perhatian Zafran and the geng .
Status Zafran dan Zemir sebagai abang kandungku dirahsiakan.

Zemir pula telah memaklumkan kepada Cikgu Atiqah bahawa kami bertujuh berada di kantin.Cikgu Atiqah mengangguk faham. Cikgu Atikah salah satu guru yang terlibat sepanjang tempoh perkhemahan itu dijalankan iaitu 3 hari 2 malam.

Yang lain sudah berada di kantin termasuk El .Zemir melajukan langkah ke kantin dengan berwajah risau kerana termasuk ini sudah kali ketiga adiknya menggigil seperti ini selepas peristiwa hitam itu berlaku.

Yang pertama , apabila Mummynya terlepas kata tentang peristiwa hitam ketika kami bersarapan di dapur terus Aara melangkah naik ke bilik sampai ke petang Aara masih lagi tidak kelihatan. Zafran dan Zemir sudah tidak sedap hati lalu membuka pintu Aara yang tidak dikunci dan terkejut melihat keadaan Aara yang sedang memeluk lutut di atas katil sambil mengetap bibir menahan diri daripada menangis dan menggigil kuat.Zemir melontarkan kata-kata semangat untuk Aara supaya bertenang . Zafran memeluk Aara sambil mengusap belakang adik perempuannya lalu memberikan selawat ditepi telinga adiknya sehingga Aara tertidur di dalam pelukannya.Yang kedua ,Aara hanya menangis apabila teringat kejadian itu hingga menyebabkan Aara demam panas.

"Rara okay?"tanya angah sebaik sahaja melabuhkan punggung di sisiku

"Rara tak dapat tolong kawan-kawan Rara"kataku perlahan sambil mata ditutup rapat . Ayat ini lah setiap kali keluar dari mulut Aara ketika Aara menggigil mahupun menangis.Terkilan.

Along mengeratkan lagi pelukannya apabila tubuh adiknya kembali menggigil.Zemir membiarkan Aara dalam pelukan Zafran dan berharap bahawa adiknya dapat tenang semula.

Yang lain hanya diam dan memerhatikan 3 beradik itu.

******************************

Zafran dan yang lain memilih tempat duduk di belakang manakala aku dan El memilih tempat duduk di bahagian tengah.Semua pelajar di dalam bas hanya membuat kerja masing-masing. Ada yang sudah diulit mimpi , ada juga sedang makan makanan ringan dan banyak lagi.

El mengerling ke arah aku yang sedang menikmati pandangan di luar tingkap.El mahu bertanya tentang tadi tetapi masa tidak sesuai apabila melihat aku seolah-olah termenung jauh memikirkan sesuatu .El membuat keputusan untuk tidur . Yelah tak ada apa yang perlu dibuat lagi.

******************************
Kami berkumpul di dalam surau sementara menunggu kehadiran pelajar SMK Melati .

Tiba-tiba lima orang gadis muncul di hadapan aku dan El.Aku dan El memandang sesama sendiri kemudian memandang semula ke arah lima gadis itu.

"Err...kenapa ya?"kata El dengan berani . Aku hanya mendiamkan diri.

"Seronok dapat tarik perhatian orang?"
tanya Alisya sambil memandang sinis ke arahku

Aku memandang Alisya lama lalu teringat sesuatu . Dan...

"Haa ! Kau yang duk usya-usya halkum Zafran dan Zemir haritu kan?!Kenapa teringin nak ada halkum eh...sorrylah orang yang ada halkum ni tak pakai bedak tebal-tebal macam korang ni"kataku lalu memberikan senyuman sinis .
Soalannya aku abaikan sahaja.El hanya mampu menahan tawanya daripada terlepas. 'kenapa banyak-banyak benda yang ada dalam dunia ni , topik halkum jugak kau nak keluarkan Aara'kata El dalam hati.

Along dan angah pergi ke arah Aara dan El apabila perasan dengan kehadiran rakan kelasnya seperti hendak bergaduh.

"Eh Alisya , you buat apa kat sini dengan Rara?"Aku hanya mendiamkan diri apabila kemunculan along dan angah secara tiba-tiba

"Budak ni kurang ajar lah you , I ajak dia berborak je...terus dia hina I tau tadi...tak hormat I langsung"adu Alisya sambil berpeluk tubuh

"Ajak borak ke ajak gaduh?" balasku tenang

"Shut up Rara!"along memandang tajam ke arah aku. Aku membuat muka selamba . Aku tak salah kot buat apa nak takut

"Korang tahukan perangai I macam mana...tapi tak perlulah hina I...I pun ada hati dan perasaan juga"sampuk Alisya dengan berwajah sedih

"Sejak bila Rara yang kita orang kenal
pandai hina orang pula ni?"ucap angah sambil mengangkat sebelah kening ke arahku . Wah nak ajak berperang ke angah ni ?

"Ohh really ? korang berdua nak cakap yang korang lagi kenal Alisya daripada kenal Rara sepenuhnya lah ni?Emm maybe the answer is yes right?"Along dan angah tersentak dengan kata-kataku dan hanya memandang Aara dan El yang melangkah keluar untuk memakai kasut setelah mendengar arahan daripada Abang Aiman iaitu orang yang bertugas sepanjang perkhemahan ini berlangsung . Nak gurau kasar sangatkan , haa mari !

******************************
"Assalamualaikum semua !!"kata Abang Aiman kepada pelajar SMK Damansara dan SMK Melati yang baru sahaja tiba

Semua pelajar di situ menjawab salam lalu memberikan tumpuan kepada Abang Aiman.

"Okay...harini abang akan kenalkan beberapa kawan abang bermula dari kiri"sambil jarinya menunjuk ke arah seorang wanita yang bertudung bawal berwarna hijau muda

"Selamat pagi semua ! Nama saya Syahirah...
boleh panggil Kak Ira"ucap Kak Ira

"Kak Ira dah ada boyfriend ?"kata seorang pelajar lelaki dari SMK Melati

"Saya dah ada suami...tu Abang Aiman awak tu suami saya lah"mengaku Kak Ira

Merah muka Abang Aiman apabila isterinya berani mengaku di hadapan semua pelajar.

"Cehhhh !!!"kata semua pelajar serentak

"Okay..mari kita teruskan"kata Abang Aiman yang sedang mengelap peluh.

"Hai.nama saya Asyraf boleh panggil Abang Asy "
kata Abang Asy

"Nama saya Yana...panggil Kak Yana" Yana senyum manis selepas perkenalkan nama.

"Okay...sekarang ni saya nak korang tentukan sendiri siapa yang akan satu khemah dengan korang dalam masa 5 minit. Satu khemah perlu ada lima orang...lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan lah.."kata Abang Aiman tegas

Selepas 5 minit berlalu , Kak Ira dan Kak Yana menunjukkan tapak perkhemahan bahagian perempuan manakala Abang Aiman dan Abang Asy tunjuk bahagian lelaki .

Pelajar diberi masa 1 jam untuk misi mengemas bahagian dalam khemah dan menyusun barang-barang keperluan di dalam khemah sebelum makan tengah hari tiba.

******************************
Aku , El ,Sya, Ainin dan Eliza keluar sebaik sahaja selesai menyusun barang peribadi kami . Tiga orang itu ialah pelajar tingkatan 4 dari SMK Melati.

Semua pelajar melangkah ke arah Kantin Kasturi untuk makan tengah hari sebelum melakukan aktiviti seterusnya.

Kami mula menyuap mihun goreng ke dalam mulut selepas membaca doa makan yang diketuai oleh Izzat Anaqi.

******************************

"Weh...lepasni aktiviti apa ehh"tanya Izzan . Matanya memandang ke arah Izzat Anaqi yang sedang mengunyah makanan.

"Aktiviti kebudayaan tu lah...bincang kejap lagi...malam dah kene siap-siap untuk persembahan...kau dah ready?"jawab Izzat lalu tersenyum sinis memandang kembar seirasnya itu . Izzan akan berasa gementar sehingga semua rakan-rakannya dikacau untuk menghilangkan rasa gementar dalam dirinya.

"Ehh...ini Izzan Aysar lah...sentiasa bersiap sedia"ucap Izzan angkuh

"Iyelah tu...."kata Airil lalu air di hadapannya diminum

"Kau tak percaya aku ke Airil? Sampai hati.."wajah sedih Izzan dipamerkan ke arah Airil.

"Jangan buat muka macam tu..sebab aku tak boleh bezakan mana satu ikan yang aku tunjuk kat kau haritu mana satu Izzan member aku" muka serius Airil memandang Izzan .

Izzan menjeling menyampah kepada Airil. Zemir ketawa terbahak-bahak mendengar kata-kata Airil. Zafran dan Izzat hanya beriak biasa.

BERSAMBUNG...

Thankyou support (◕ᴗ◕✿)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience