Bab 41

Horror & Thriller Completed 25385

“Err... dia ada kaki tak?” Saiful renung Azhar untuk mendapat kepastian.

“Err... hihi... aku tak perasan. Kenapa?” Azhar sengih sendiri.

Saiful mula syak perempuan itu bukan manusia. Malam tadi perempuan itu juga lenyap bagai ditelan angin. Angin dari tingkap berhembus kuat.

“Eh... kau pasti ke perempuan tu berjalan atau terbang?” Ajid tepuk bahu Azhar yang mula memandu semula.

Azhar hanya diam. Sebenarnya dia juga tidak pasti. Kejadian itu berlaku terlalu pantas. Mungkin ketika itu dia bagai dipukau.

“Tapi sebelum tu aku juga nampak perempuan tu tidur atas katil kau.
Alah... malam yang kau kata aku yang tidur atas katil kau tu. Masa aku sakit perut tu!” Azhar mengingatikan Saiful kembali kejadian dia sakit perut dan terjatuh dalam bilik air bawah.

“Siapa eik perempuan tu? Ajid pula bertanya.

“Entah! Tapi dia memang cantik!” Saiful tersengih.

“Guys, tadi aku bertengkar dengan makwe aku. Dia cemburu dengan seorang perempuan. Katanya perempuan tu cantik dan pakai baju putih macam baju pengantin. Perempuan tu siap bagi warning kat makwe aku tu. Aku syak... perempuan tu sama dengan perempuan yang kita nampak tu.” Azhar mula berterus terang.

“Bila awek kau jumpa perempuan tu?” Pantas Saiful berpaling ke arah Azhar yang sudah mula memandu semula.

“Malam tadi. Awek aku nak datang rumah sewa kita nak ambil nota yang aku pinjam tu. Masa tulah dia jumpa perempuan tu dekat simpang masuk ke kawasan taman perumahan kita tu.”

Saiful dan Ajid saling berpandangan. Sekarang ini dirasakan semua itu sudah jauh berjangkit sehingga melibatkan makwe Azhar pula.
Entah-entah esok-esok perempuan yang pakai baju pengantin itu cari pula Emi! Tak ke naya nanti!

“Har, ni tak boleh jadi ni. Kita kena siasat siapa perempuan tu.
Buatnya dia buat sesuatu kat awek kau nanti?” Saiful sudah gelisah.

“Yalah Har! Tengok pagi tadi tu, siap warning kat kau dengan tulisan atas bonet kereta ni.” Ajid turut mengiakan kata-kata Saiful.

Azhar hanya diam. Dia masih berfikir. Ligat otaknya berfikir mengenai perempuan berbaju pengantin itu. Setakat ini tiada benda yang tidak diingini berlaku. Setakat mengusik dengan jelaman seperti itu dia tidak kisah sangat. Selagi benda itu tidak mengganggu dan mengacau mereka belajar sudahlah.

Tiba di rumah, mereka bertiga mula berehat di ruang tamu. Azhar masih memikirkan perempuan yang dimaksudkan oleh Saiful tadi. Saiful pula mula berfikir perempuan yang dilihat oleh Azhar adakah sama dengan perempuan yang dilihat malam tadi. Ajid hanya memandang kedua kawannya yang masing-masing mula berkerut kening.

“Psss... malam ni macam mana? Aku takut la. Aku tidur bilik korang boleh tak?” Ajid mula berasa meremang bulu roma. Dia memandang sekeliling. Matanya tertancap pada pasu bunga yang sentiasa berubah kedudukan. Kali ini pasu bunga itu sudah berada di atas lantai dekat dengan bilik kecil yang ada kain selempang merah.

“Aku ingat kita tidur kat ruang tamu ajelah.” Saiful mula mengusulkan cadangan. Dia juga seperti Ajid, mula rasa tidak sedap hati hendak tidur di bilik sendiri.

Azhar turut setuju. Malam itu selesai solat isyak dan baca al-Quran beramai-ramai, mereka bertiga mula angkut bantal ke ruang tamu. Segala kerja rumah dan kertas kerja yang diberi oleh pensyarah juga diangkut dan dibuat di ruang tamu. Mereka berbual sambil menonton tv bila terasa bosan dengan nota kuliah.

“Siapa nak kopi o panas?” Azhar mula bangun sambil betulkan seluar tidur yang separas lutut.

“Aku!” Saiful dan Ajid menjawab serentak.

Azhar mula beredar ke dapur. Saiful dan Ajid menyambung kembali perbualan mereka sambil menonton tv. Saiful sengaja menonton cerita kartun bagi menghilangkan rasa tidak sedap hati. Sesekali mereka ketawa terbahak-bahak melihat aksi kartun.

“Pul! Azhar ni buat kopi o ke tanam kopi? Lama sangat dah ni.” Ajid memandang jam dinding. Sudah lebih setengah jam Azhar di dapur.
Saiful turut menjeling jam di dinding. Dia jeling pula ke arah dapur. Matanya beralih pada Ajid yang masih memandangnya sejak tadi.

Arghhhhhhh!!!!

Saiful dan Ajid terperanjat mendengar jeritan kuat dari dapur. Agak mereka tentu Azhar melihat sesuatu. Mereka berdua segera berlari ke arah dapur, ingin melihat apa yang telah berlaku kepada Azhar. Tiba di muka pintu dapur, mereka mula pucat. Saiful dan Ajid saling berpandangan. Pandangan mereka beralih pula pada sesuatu yang tercegat di tepi bakul sampah dekat dengan pintu belakang. Seorang perempuan cantik berbaju pengantin sedang merenung ke arah mereka berdua. Kelibat Azhar sudah tidak nampak. Pintu belakang pula terbuka luas. Angin kuat yang menerpa masuk begitu terasa.

...bersambung
Bab akan datang:
Apakah yang perempuan itu lakukan di situ? Mana Azhar?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience