Bab 3

Horror & Thriller Completed 25385

Hari itu mereka pulang dengan perasaan hampa. Saiful menghantar Ajid ke perhentian bas dan dia terus memecut laju ke rumah abangnya di Petaling Jaya.

Malam itu, Saiful masih termenung di atas katil. Memikirkan hal rumah sewa. Dia bingkas bangun dan mula membuka komputer riba.

“Baik aku tanya Mr. Google. Mana tahu ada rumah kosong untuk disewa.” Saiful mula mencari rumah sewa di internet. Sudah banyak laman sesawang dilayari tetapi tidak satu pun yang ada rumah sewa yang berdekatan.

“Hmm... di Mudah.my pun semuanya jauh-jauh. Haih...” Saiful menopang dagu.

“Pul cari apa?”

Saiful berpaling. Abangnya sudah berdiri di belakangnya.

“Err... abang. Pul ingat nak cari rumah sewa.” Saiful sengih.

“Rumah sewa? Kenapa?” Sharif tarik kerusi satu lagi dan duduk di sebelah Saiful.

“Abang tak kerja ke malam ni?” Saiful ubah topik lain. Dia jeling jam. Hampir sembilan malam. Selalunya abangnya sudah ke tempat kerja masa macam ini.

“Oh... tak. Hari ni ada kawan abang yang ganti. Minggu depan baharu abang mula kerja malam semula.” Sharif senyum.

“Oh…” Saiful angguk-angguk. Lega.

“Ni, kenapa nak pindah?” Sharif bertanya lagi.

“Tak ada. Kawan Pul yang ajak. Ramai yang duduk jauh dari kampus. Selalu datang lambat ke kelas. Jadi kami ingat nak cari rumah dekat sikit dengan kampus tu. Abang kenal Ajid?” Saiful pandang muka abangnya yang sudah berkerut. Dia sengaja beri alasan macam itu.
Gila nak beritahu tentang dia tinggal berdua waktu malam dengan kakak ipar sendiri! Sudahlah Kak Salina suka sangat jenguk bilik aku!
“Ajid? Hmm... Ajid anak Pak Seman tu ke?” Sharif senyum.

Saiful angguk. “Dia pun duduk jauh dari kampus. Dia tinggal dengan kakak dia kat Kajang. Jauh tu bang nak ulang alik ke Shah Alam.”
Saiful kembali menatap skrin komputer.

“Hmm... memang juah tu. Memang patut cari rumah sewa dekat-dekat sikit. Err... dah cari ke belum?”

“Tengah cari ni. Masih tak jumpa.” Saiful melepaskan keluhan sebentar.

“Hmm… memang susah nak cari rumah sewa sekarang ni. Tambah lagi kalau dekat dengan kampus. Berebut dengan orang kerja lagi.”
Sharif turut mengiakan kata-kata Saiful.

“Abang masuk tidur dulu, penat ni.” Sharif minta diri.

Saiful hanya mengangguk. Dia menyambung melihat laman sesawang di komputer ribanya. Dia perlu dapatkan juga rumah sewa secepat mungkin. Esok dia kena cari lagi rumah sewa tu. Masa semakin suntuk.

Saiful menapak ke ruang dapur. Terasa haus tekak bila lama mengadap skrin komputer riba. Dia capai mug dan mula menuang air kosong dari peti sejuk.

“Pul belum tidur lagi?”

Tersembur air kosong dari mulut Saiful. Salina dilihat sudah tercegat di muka pintu menuju ke ruang dapur. Seksi dengan baju tidur yang agak jarang. Dia menelan liur.

“Be... belum kak..” Saiful tunduk. Adoi... apa hal pula dia ke dapur malam-malam ni..

“Hmm… akak rasa haus pula malam ni. Ada lagi tak air sejuk dalam fridge tu?” Salina menapak mendekati Saiful.

“Err... ada. Abang Sharif dah tidur ke kak?” Saiful ubah topic.
“Dah... lepas mandi tadi, dia terus tidur.” Salina berkata sugul. Matanya melirik pada Saiful.

“Oh... saya masuk tidur dulu kak.” Cepat-cepat Saiful melangkah ke biliknya semula. Duduk berdua di dapur malam-malam macam itu, buatnya abang Sharif terjaga dari tidur nanti, tentu dia ingat yang bukan-bukan nanti. Baik aku blah awal!

Seawal lapan pagi, Saiful sudah ke kampus. Sempat dia melihat iklan di papan kenyataan di dataran fakultinya. Tiada iklan untuk rumah sewa. Dia kecewa lagi. Mengomel sendiri. Bila dia tak mahu sewa, bersepah iklan rumah untuk disewa dipaparkan di situ! Dia mengomel lagi.

Saiful melangkah pula ke medan selera yang terletak tidak jauh dari fakulti Sains. Malam tadi dia hanya makan roti sahaja. Bangun pagi tadi, perutnya rancak berbunyi. Macam-macam lagu!

“Hmm… kalau makan nasi lemak dua bungkus ni kenyang juga ni.” Saiful ambil dua bungkus nasi lemak dan dua biji kuih lepat pisang. Segelas teh tarik turut dibeli.

Dia mula mencari meja kosong. Beg sandang diletakkan di kerusi sebelah. Bungkusan nasi lemak segera dibuka. Sudah banyak kali perutnya berbunyi! Dengan lahap, Saiful mengunyah nasi lemak. Tidak sampai sepuluh minit, licin nasi lemak dua bungkus. Dia mula teguk teh tarik perlahan-lahan.

“Pul!”

Saiful berpaling. Azhar sedang melambai ke arahnya sambil berlari anak. Di tangannya ada beberapa buku rujukan. Hmm... mungkin baru balik dari perpustakaan agaknya.

“Kau dari mana?” Saiful mula bertanya.

“Aku dari library tadi! Ni aku nak bagi kau!” Azhar menghulurkan sekeping kertas sebesar A4 kepada Saiful.

...bersambung
Bab akan datang:
Apa yang tercatat pada sehelai keping kertas itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience