Bab 7

Horror & Thriller Completed 25385

Ajid dan Saiful sempat memerhati dari dekat sekitar kawasan laman. Kemas dan menarik. Lelaki tua itu pula mula membuka kuni pintu utama rumah itu. Pantas lelaki itu menguak pintu utama. Kreekk…

Saiful dan Ajid hanya senyum bila lelaki tua itu senyum sebaik sahaja pintu dibuka. Sebaik pintu terbuka, terlopong Saiful dan Ajid melihat sekitar dalam rumah bercat hijau itu.

“Wah! Pul! Besarnya! Semua ada!” Ajid sudah teruja.

“Yalah...” Saiful turut memerhati setiap sudut rumah itu yang begitu kemas dan lengkap dengan perabot.

Lelaki tua itu menunjukkan sekitar dalam rumah. Saiful dan Ajid memerhati sekitar ruang tamu dan dapur. Cukup luas. Lengkap dengan perabot. Bilik pula ada empat dengan satu bilik kecil dekat dapur. Tiga bilik lagi di tingkat atas.

“Macam mana?” Lelaki tua itu bertanya sebaik sahaja sesi jelajah sekitar dalam rumah itu selesai.

Belum sempat Saiful bersuara, Ajid segera mengangguk sambil senyum.

“Berapa sewa? Deposit berapa?” Saiful menggaru kepala. Dalam hatinya mengagak rumah sebesar itu yang lengkap dengan perabot tentu sewanya mahal.

“Tak mahal, dua ratus saja sebulan. Boleh masuk bank terus!” Lelaki tua itu senyum lagi.

“Huih! Murah tu! Boleh sangatlah pak cik! Kami setuju!” Ajid segera menjawab bila mendengar sewa hanya dua ratus ringgit saja.

“Kalau macam tu, duit untuk sewa bulan ni anak masukkan dalam akaun ni.” Lelaki tua itu menghulur sekeping kertas yang sudah tercatat nombor akaun seseorang.

“Err... deposit macam mana pak cik?” Saiful ambil kertas yang dihulur pak cik tua tadi.

“Deposit hanya lima puluh ringgit sahaja.” Pak cik tua itu senyum lagi.

“Bayar sekarang ke?” Ajid pula mencelah.

Lelaki tua itu mengangguk.

Ajid dan Saiful mula menghulurkan dua puluh lima ringgit seorang kepada pak cik tua itu.

Lelaki tua itu menghulur pula segugus kunci kepada Saiful.

“Kalau ada apa-apa kerosakan, telefon nombor ni.” Sekeping kertas dihulur kepada Saiful.

Saiful hanya mengangguk. Ajid turut intai nama dan nombor telefon yang tertera di atas kerta sekeping itu.

“Apa-apa hal nanti, call saja nombor yang pak cik beri tadi.” Lelaki tua itu mula menapak ke pintu rumah.

“Oh ya! Jangan bawa banyak barang sangat. Dalam rumah ni dah ada semuanya. Nanti senang kalau nak pindah semula,” pesan lelaki tua itu sebelum dia berlalu pergi keluar dari rumah bercat hijau itu.

Saiful tak sempat mengucapkan terima kasih. Lelaki tua itu kelihatan tergesa-gesa meninggalkan tempat itu. Mungkin ada hal penting. Teka Saiful sendiri.

“Pul, kenapa pak cik tu cakap macam tu?” Ajid mendekati Saiful yang berada di tepi pintu rumah.

“Cakap apa?”
“Tadi dia cakap, jangan bawa banyak barang sebab kalau nak pindah semula senang.” Ajid garu kepala yang tidak gatal.

“Alah... kan rumah ni sudah lengkap semuanya. Buat apa kita nak bawa barang banyak. Kita bawa pakaian dan buku-buku kita aje la. Kalau ada barang lain pun, mungkin laptop tu. Meja belajar dan almari pakaian semuanya sudah tersedia dalam rumah ni. Kau sendiri tengok tadi kan?” Saiful sengih.

Ajid angguk-anguuk tapi masih keliru dengan kata-kata lelaki tua tadi.
“Dah, sekarang ni kita dah ada kunci rumah ni. Kita nak pindah bila?” Saiful senyum lebar. Kunci rumah sudah berada di tangan.

“Ikutlah. Aku ikut aje.” Ajid turut senyum.

“Apa kata, malam ni kita pindah? Kita minta tolong Zaki sebab dia ada kereta. Nak minta tolong Azhar tu, dia sibuk sekarang ni. Macam mana?” usul Saiful.

“Hmm... malam ni... boleh juga.” Ajid mengangguk lagi.

Saiful mula menghubungi Shahrul. Mereka mula beredar dari situ. Jam sudah hampir maghrib. Usai solat maghrib, Saiful dan Ajid balik ke rumah masing-masing untuk mengemas barang. Pukul sembilan nanti mereka sudah berjanji akan berjumpa di kampus semula.

Sampai di rumah, Saiful mula berkemas barang-barangnya. Tidak banyak, hanya satu beg pakaian dan sekotak buku rujukan. Komputer riba pula sudah dimasukkan ke dalam beg sandangnya.

“Pul, nak pindah ke?” Sharif menegur adiknya.

“Ya bang. Pul dah dapat rumah sewa. Pul ingat malam ni juga nak pindah.” Saiful masih mengemas.

“Malam ni? Tak boleh ke tunggu esok? Malam-malam macam ni nak pindah, tak elok.” Sharif masih tercegat di muka pintu bilik saiful.

“Ajid pun nak pindah malam ni. Tak apa... kita orang ada member yang ada kereta. Senang sikit nak angkut barang ni.” Saiful senyum.

“Boleh bawa ke semua barang tu? Nak abang hantarkan?” Sharif menawarkan diri.

“Takpe bang. Sikit aje barang ni. Muat ni atas motor tu.”

Sharif angguk. Dia menolong Saiful mengangkat semua barang ke atas motosikal. Saiful mula bersalam dengan abangnya.

...bersambung
Bab akan datang:
Apa sebenarnya yang dimaksudkan pak cik itu? Ada sesuatukah dirumah yang lama tidak berpenghuni itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience