Bab 12

Horror & Thriller Completed 25385

“Ish! Mana ada! Mak cik ni kan bongkok! Mak cik jual karipap tu elok aje.” Saiful mula teringat makcik jual karipap yang berbaju kurung lusuh. Badannya masih tegap. Siap bawa bakul berisi karipap lagi!

Ajid angguk. “Hmm... ya tak ya jugak..”

Saiful dan Ajid cepat-cepat habiskan makanan di pinggan. Selesai membayar, mereka terus pulang ke rumah semula.

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, sekali lagi jiran-jiran melihat mereka berdua dengan pandangan pelik. Tiada senyum diukir di bibir.
“Pul… cuba kau tengok tu.” Ajid muncungkan mulutnya kearah jiran-jiran mereka yang asyik memerhati ke arah mereka berdua.

“Alah... biarlah mereka tu. Mereka ada mata dan telinga. Bukan luak pun.” Saiful terus menunggang motosikalnya menuju ke rumah bercat hijau itu.

Tiba di rumah, Ajid segera membuka pintu pagar. Motosikal Saiful mula memasuki pekarangan rumah. Laman yang luas cukup untuk dua buah kereta diparkir di situ. Saiful letak motosikalnya di tepi pangkin di bawah pokok manggis.

Mereka berehat sebentar di pangkin. Terasa kenyang selepas bersarapan di restoran di hujung taman tadi. Saiful dongak. Pokok manggis mula berbunga. Tak lama lagi akan berbuah. Dia lihat pula pokok rambutan. Sudah ada buah berwarna hijau. Dia senyum. Memang rezeki tinggal di rumah ini. Dia senyum lagi.

“Hoi! Apa yang kau senyum sorang-sorang tu?” Ajid tepuk bahu Saiful.

“Ni... aku tengok pokok-pokok ni dah mula nak berbuah... bolehlah kita makan nanti. Hihihi...” Saiful gelak kecil.

Ajid turut sengih.

“Ya lah… rezeki kita ni Pul. Kau tengok buah rambutan tu! Lebat gila! Sekejap lagi masak lah tu. Tak sabar aku nak makan buah tu!” Ajid menelan liur berkali-kali.

“Kan aku dah cakap. Dahlah rumah ni besar, lengkap dengan perabot. Laman pula luas. Di kelilingi pula pokok buah-buahan. Untung tu beb!” Saiful baring di pangkin dengan kedua lengannya dilapik bawah kepala. Mata menala ke arah pokok manggis. Nampaknya pokok manggis pun sudah berbunga. Tunggu masa sahaja untuk mengeluarkan buah. Saiful senyum lebar. Bukan murah buah manggis kat pasar. Sekilo pun sudah lima atau enam ringgit. Itupun berat dengan kulit sahaja!

“Kau mengelamun apa?” Ajid turut barinng di sebelah Saiful. Lagak sama dengan Saiful.

“Ni ha.. .pokok ni. Tak lama lagi berbuah la tu. Aku suka makan manggis ni.” Saiful senyum lagi. Mata masih melekat pada pokok manggis.

“Oh… itu ke? Aku ingatkan kau mengelamun pasal makwe tadi.” Ajid sengih. Sempat berpaling kea rah Saiful.

“Sebut pasal makwe ni kan, aku tak tahu la nak cakap. Aku rasa aku ni bertepuk sebelah tangan aje.” Saiful mula mengeluh.

“Kenapa?”

“Aku rasa aje la sebab makwe aku tu macam acuh tak acuh aje bila aku tanya soal hati. Dia macam nak mengelak dari aku.” Suara Saiful sudah lemah.

“Alah... perempuan ni ramai la bro! Kau pilih aje mana yang berkenan. Kat kampus kita tu, berlambak! Kau nak yang macam mana? Kurus? Gemuk? Cantik? Hodoh? Yang sedang-sedang pun ada! Pilih saja!” Ajid ketawa.

Saiful luku kepala Ajid. “ Kua ingat perempuan ni macam ikan kat pasar tu ke?”

“Aku bagi cadangan saja. Tu la! Aku dah pesan kat kau. Jangan terlibat dalam soal cinta ni. Esok-esok pelajaran kau entah ke mana! Aku tak suka benda ni semua. Menyemakkan otak saja! Dahlah otak aku ni dah semak dengan kuliah dan segala mak nenek nota lagi yang tak pernah habis.” Ajid mula seirus.

Saiful hanya diam. Kata-kata Ajid tadi cuba dihadam. Betul juga kata Ajid.

“Assalamualaikum!”

Saiful dan Ajid berpaling ke arah suara yang memberi salam tadi. Seorang lelaki yang agak berumur, mungkin dalam lingkugan empat puluhan sudah tercegat di luar pagar. Lelaki itu dilihat sedang terjenguk-jenguk di depan pintu pagar yang tertutup. Saiful senyum melihat tingkah lelaki itu yang hanya memakai baju pagoda dan berkain pelikat. Agaknya lelaki itu tinggal tidak jauh dari situ.
Saiful bingkas bangun. Dia segera mendekati lelaki itu. Ajid hanya memerhati dari tempat pangkin.

“Waalaikumussalam pak cik?” Saiful senyum.

Lelaki itu menghulurkan tangan untuk bersalam. Saiful mengajak lelaki itu masuk ke laman dan sama-sama menuju ke pangkin. Sekali lagi lelaki itu diperhatikan. Hanya berselipar jepun yang sudah agak lusuh.

“Kamu berdua ni baru pindah sini ke?” Lelaki itu memerhati sekitar laman. Matanya melilau melihat sekitar rumah, sekali sekala dia menelan liur. Dia mengilas kain pelikat yang dipakai yang hampir terlondeh.

“Baru je pak cik, baru semalam. Kenapa pak cik?” Saiful berbahasa sopan.

“Err... tak ada apa... cuma pelik sikit.” Lelaki itu masih memerhati sekitar rumah.

...bersambung
Bab akan datang:
Apa yang kelihatan pelik seperti yang dikatakan lelaki itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience