Bab 9

Horror & Thriller Completed 25385

Pulang dari restoran tadi, mereka berdua masih belum mengantuk. Jadi, mereka melepak di ruang tamu sambil menonton cerita di kaca tv.

“Pul, rumah ni semuanya lengkap.Televisyen pun disediakan oleh tuan rumah.” Ajid sengih. Dia melihat sekali lagi sekitar ruang tamu dan dapur. Semuanya sudah tersedia. Mereka hanya bawa pakaian saja ke situ. Almari, peti sejuk, tv, mesin basuh, kerusi meja semua sudah tersedia.

Saiful turut senyum. Matanya masih menala ke kaca tv. Cerita lakonan Nicholas Cage cukup menarik perhatiannya.

“Hmm... kau dahaga tak?” Saiful menoleh ke arah Ajid yang masih mengadap tv.

Ajid berpaling. “ Dahaga juga. Kau nak buat air ke?” Ajid senyum kambing.

Saiful faham sangat senyuman Ajid. Dia bingkas bangun dan menuju ke ruang dapur. Seketika kemudian dia kembali ke ruang tamu bersma dua mug jus oren yang diambil dari peti sejuk.

“Nah!” Saiful hulur kepada Ajid dan melabuhkan punggung semula di sofa.

“Terima kasih daun keladi.” Senyum Ajid semakin lebar. Dia meneguk perlahan jus oren yang dihulurkan oleh Saiful tadi.

“Bila kau tukar cerita kartun ni? Dah habis ke cerita Ghost Rider tadi?” Saiful jeling Ajid.

“Alah, bosanlah cerita tu. Aku dah tengok berkali-kali. Kartun ni lagi best!” Ajid ketawa melihat gelagat Spongebob yang menyakat kawan-kawannya.

Saiful menggeleng. Alasan!

“Ajid, kau perasan tak?” Saiful pandang Ajid.

Ajid masih leka menonton kartun. Sesekali dia ketawa terbahak-bahak dengan kisah lucu dari watak Spongebob.

“Ajid! Kau dengar tak?” Saiful mula geram bila Ajid tidak menghiraukan pertanyaannya tadi.

“Apa kau tanya tadi?” Ajid mula berpaling.

“Kau perasan tak mak cik jual karipap tadi tu? Dia pandang kita semacam aje.” Saiful teringat semula perempuan tua yang memberi mereka karipap percuma semasa di restoran tadi.

“Hmm… yalah. Eh! Mana karipap tu? Bila kau sebut karipap tu... terasa lapar pulak! Mana?” Ajid pandang Saiful sambil angkat kening seperti penyanyi Ziana Zain.

“Ada kat dapur! Aku letak bawah saji tadi!” Saiful muncungkan mulutnya ke arah dapur.

“Laa... kenapa tak ambil karipap sekali tadi masa kau pergi ambil air tu?”

“Kau tak cakap nak makan karipap! Buat apa aku nak ambil!” Saiful meluku kepala Ajid.

“Hehehe... aku ambil.” Ajid bingkas bangun.

Ajid segera menuju ke dapur sambil bersiul kecil. Dia terus memetik suis di kiri dinding dapur. Sebaik lampu terpasang, Ajid segera ke meja makan. Tudung saji dibuka perlahan. Ada lima biji karipap di dalam pinggan yang masih belum terusik. Dia segera mengambil pinggan berisi karipap itu dan membawanya ke ruang tamu semula.

Saiful hanya memandang Ajid yang begitu lahap makan karipap makcik tadi. Dia geleng. Ajid seperti kemaruk makan karipap padahal sebelum ini dia bukanlah peminat kuih sangat. Dia jeling Ajid yang begitu beria mengunyah karipap.

“Pul! Kau tak nak rasa ke?” Ajid mula pandang Saiful bila hanya tinggal sebiji karipap dalam pinggan.

“Err... sedap ke?” Saiful mula terliur.

“Nah! Rasalah! Sedap! Inti kentang dengan daging!” Ajid hulur kepada Saiful.

Saiful mula makan. Dia mengunyah perlahan.

“Hmm... sedap jugak karipap makcik ni!”

Ajid senyum. “ Esok kita beli nak?”

Saiful hanya angguk. Entah jumpa entah tidak dengan mak cik jual karipap itu lagi. Dia berkira esok lepas kelas, dia akan singgah lagi di restoran tadi. Mana tahu dapat berjumpa semula dengan mak cik jual karipap.

Mereka berdua mula masuk ke bilik masing-masing bila terasa mula mengantuk. Ajid sudah berkali-kali menguap. Jam di dinding sudah menunjukkan ke angka dua belas setengah malam.

Di bilik, Saiful masih memandang siling. Matanya masih segar. Puas dia pejam tapi tidak boleh lelap. Dia tekapkan telinga dekat dinding sebelah. Ajid sudah tidur agaknya bila mendengar dengkuran kuat Ajid. Sekejap badannya dipusing ke kiri, sekejap ke kanan. Aduh!! Bila aku nak tidur ni!!

Saiful mula bangun dan duduk di meja belajar. Komputer riba dibuka, broadband Maxis dipasang. Dia mula melayari laman fac. Sesekali dia ketawa mengekek bila membaca status teman-teman alam mayanya. Pasal kucing mati pun nak menangis! Adoii!! Dia tepuk dahi sendiri.

“Hmm... sedap jugak karipap mak cik tadi.” Tiba-tiba Saiful teringat keenakan karipap yang dimakan tadi. Patutlah Ajid begitu beria makan karipap percuma tadi.

“Alah... benda percuma tentulah sedap!” Saiful tersengih.

Dia segera ke dapur bila tekaknya mula terasa haus. Sempat dia buka pintu bilik Ajid sebelum menapak ke dapur. Ajid sudah terbongkang tidak sedarkan diri. Kenyang sangatlah tu agaknya. Fikir Saiful sendiri sambil tersenyum. Dia menutup semula pintu bilik Ajid dan mula menapak ke dapur, menuruni anak tangga.

...bersambung
Bab akan datang:
Siapakah mak cik yang baik hati memberi karipap itu? Adakah penduduk di kawasan itu juga?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience