Bab 44

Horror & Thriller Completed 25385

Saiful mula bertanya kepada jururawat yang kebetulan lalu di situ.

“Nurse! Mana kawan saya Ajid?”

“Awak ni Saiful ke?”

Saiful mengangguk.

Jururawat itu segera menunjukkan katil Ajid. Mereka berdua perlu memakai pakaian hospital apabila masuk ke wad di mana Ajid ditempatkan.

“Pul! Kenapa dengan Ajid?” Azhar masih terpinga-pinga.

“Har... orang yang berbalut penuh tulah Ajid. Dia kemalangan masa melarikan diri dari perempuan cantik tu malam tadi. Kata nurse, Ajid dilanggar sebuah lori yang tidak sempat brek bila Ajid tiba-tiba melintas jalan di simpang pertama ke jalan besar. Pemandu lori tu yang bawa Ajid ke sini.” Saiful mula bercerita tentang panggilan yang diterima pagi tadi.

“Ajid kemalangan? Tapi... aku ada kat situ waktu tu. Kat simpang yang kau jumpa aku tu!” Azhar mula bingung. Bingung memikirkan bagaimana Ajid boleh kemalangan di situ.

“Entahlah! Kau ada kat simpang tu lama jugak kan?” Saiful mula pandang Azhar yang kelihatan bingung dengan kejadian yang menimpa Ajid.

Saiful dan Azhar masing-masing terdiam. Azhar mula mengingati kembali saat dia berlari ke arah simpang jalan itu. Seingatnya dia tidak nampak kelibat Ajid sehinggalah Saiful tiba di situ.

Mereka mula merapati Ajid yang masih bernafas. Ajid kelihatan begitu lemah dalam keadaan begitu tetapi masih boleh bercakap walaupun tersekat-sekat. Saiful tidak dapat menahan sebak sebaik mendengar cerita dari Ajid yang cuba memberitahu sesuatu kepada mereka walaupun dalam keadaan sakit begitu.

“Har... aku keluar dulu. Aku tak sanggup melihat Ajid macam tu.” Saiful mula beredar dari situ.

Azhar pula hanya mengikut langkah Saiful meninggalkan Ajid di situ. Dia melihat Saiful mengesat air mata dengan hujung jari. Perasaan sebak mula menular di hati. Betapa Saiful begitu sayangkan Ajid. Dia tahu Saiful sudah lama berkawan dengan Ajid. Seingatnya Saiful pernah beritahunya dulu, Ajid adalah rakan sekolah dan sama-sama melanjutkan pelajaran ke universiti.

“Har... aku call keluarga Ajid sekejap.” Saiful mula mendail nombor keluarga Ajid yang sudah dianggap seperti keluarga sendiri.
Saiful mula duduk di kerusi di tempat menunggu. Azhar pula minta diri untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan luka di lututnya. Hampir terlena Saiful di situ bila terasa bahunya disentuh seseorang.

“Pul! Mana Ajid?”

Saiful genyeh mata. Ibu Ajid sudah tercegat di situ bersama ahli keluarga yang lain. Mereka kelihatan cemas. Saiful segera menunjukkan katil Ajid ditemani seorang jururawat yang menjaga wad itu. Dia membiarkan keluarga Ajid di situ. Dari cermin luar, dia dapat melihat ibu Ajid meraung-raung sambil memeluk Ajid. Keluarga Ajid yang lain juga turut menangis. Saiful mula panik.

“Nurse! Kenapa mereka menangis sampai macam tu sekali? Ajid tak apa-apa kan?” Saiful mula bertanya kepada seorang jururawat yang keluar dari pintu wad.

“Ajid tu kawan encik ke?”

Saiful angguk.

“Kawan encik baru saja meninggal sekejap tadi.”

Saiful terus terduduk mendengar kata-kata jururawat itu. Bagaikan tidak percaya, baru sebentar tadi dia dan Azhar sempat berbual dengan Ajid walaupun payah Ajid mengeluarkan setiap patah perkataan. Dan sekelip mata Ajid telah pergi. Pergi buat selama-lamanya. Dia bersandar di dinding sambil meraup muka. Dalam hatinya dia dapat merasakan kepedihan hati ibu Ajid yang mengharapkan anaknya berjaya menamatkan pelajaran di universiti.
Ibu Ajid sudah dianggap seperti ibu sendiri. Segala kenangan bersama Ajid mula berputar di kotak fikirannya. Walaupun Ajid penakut, Ajid tetap seorang kawan yang disukainya. Ajid rajin menolongnya semasa mereka sama-sama belajar. Susah senang bersama.Tanpa sedar, air mata Saiful mula tumpah. Kini Ajid sudah tiada.

“Pul... kenapa ni?”

Azhar mula mendongak ke arah Azhar. Kaki Azhar sudah berbalut kemas dan disapu ubat. Perlahan Saiful bangun.

“Har... Ajid dah tak ada.” Saiful tunduk sambil mengesat air mata.
Azhar terdiam. Tidak mampu berkata-kata saat ini. ALLAH lebih sayangkan Ajid. Dia cuba tenteramkan Saiful yang masih sugul. Dia jeling pula melalui cermin besar, kelihatan keluarga Ajid sudah tiba. Jururawat pula mula membuka semua wayar yang bersambung ke tubuh Ajid. Kain putih yang menyelimuti Ajid ditarik hingga menutupi muka.

DUA HARI berlalu. Saiful masih termenung. Dia masih memikirkan kejadian di rumah bercat hijau itu. Tidak sangka selama hampir dua minggu mereka menginap di rumah itu, kejadian yang menimpa Ajid sungguh tidak diduga olehnya. Ingin saja dia memaki hamun tuan rumah bercat hijau itu tetapi nasi sudah menjadi bubur. Ajid sudah pergi untuk selamanya. ALLAH telah menjemput Ajid ke sana terlebih dulu.

“Pul, apa yang kau fikir?”
Azhar menepuk bahu Saiful yang termenung dari tadi.

“Aku nak jumpa tuan rumah tu lah, Har.

...bersambung
Bab akan datang:
Mengapa tiba-tiba Ajid meninggal dunia? Apakah tragedi yang menimpa Ajid malam itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience