Bab 21

Horror & Thriller Completed 25385

Ajid diam. Memang benar kata-kata Saiful tadi. Mereka tak buat apa-apa salah.

“Tapi malam tadi tu, bunyi benda jatuh tu... apa ke bendanya tu?” Ajid tak puas hati lagi.

“Mungkin buah kelapa kering ke jatuh atas bumbung tu!” Saiful berkata untuk menyedapkan hati.

“Hmm... mungkin juga.” Ajid turut mengiakan kata Saiful. Dia pun perasan memang ada pokok kelapa di belakang rumah yang agak condong. Mungkin juga buah kelapa kering yang jatuh atas bumbung.

“Kau ada kelas tak?” Saiful menoleh. Kopi panas diteguk perlahan.

“Hihihi... kelas aku petang je. Aku saja ikut kau pagi ni. Aku takut la tinggal sorang-sorang kat rumah tu.” Ajid tersengih.

“Laa... habis tu, kau nak buat apa pagi ni?” Saiful jeling jam di pergelangan tangan. Baru lapan setengah pagi.

“Alah... aku lepak aje lah kat library ke.”

“What ever!” Saiful senyum. Dia meneguk lagi kopi panas.

“Pul... aku ingat kita cuba cari rumah lain nak?” usul Ajid.

Tersembur kopi dari mulut Saiful. “Rumah lain?”

Ajid mengangguk.

“Kau gila ke?” Aku dah penat cari tahu tak. Dah! Kita duduk aje di rumah tu.” Saiful menghabiskan kopi panas dalam gelas.

“Kalau rumah tu betul-betul berhantu, macam mana?” Ajid pandang Saiful tidak berkelip.

“Kau ni fikir yang bukan-bukan. Benda tu tak kacau kita pun. Setakat usik dengan bunyi dan karipap tu, aku rasa tak ada apalah!” Saiful mula bangun. Dia sangkut beg sandangnya di bahu kanan.

“Kau nak ke mana?” Ajid turut bangun.

“Kelas la! Kelas aku pukul sembilan nanti. Itu kelas Prof Rashid yang garang tu! Kalau aku lambat nanti, mahunya dia suruh aku berdiri di depan kelas tu sampai habis kelas! Tak nak aku!” Saiful sengih.

“Ya lah. Lupa pula kau ambil subjek tutorial fizik. Aku pulak, kelas tutorial tu petang ni baru ada.” Ajid turut sengih.

“Habis tu, kau nak lepak kat mana?” Sekali lagi Saiful bertanya.

“Alah... tahulah aku nak buat apa nanti.” Ajid mengemaskan beg sandangnya di bahu kiri.

“Kalau macam tu, aku pergi kelas dulu. Jumpa tengah hari karang!” Saiful bergegas ke kelas tutorial yang terletak tidak jauh dari medan selera.

Ajid pula masih berfikir hendak lepak di mana. Dia segera ke perpustakaan sementara menunggu kelasnya pukul dua petang nanti. Sampai di perpustakaan, Ajid mengambil tempat duduk di tingkat satu di bahagian buku rujukan kejuruteraan mekanikal. Dia mula mencari buku rujukan di situ dan mula menelaah. Sudah hampir satu jam dia menelaah. Sesekali Ajid membetulkan leher dan mengurut perlahan bila terasa lenguh.

“Ajid... psst... Ajid.”

Ajid berpaling. Tiada sesiapa. Dia menyambung semula membaca. Sekali lagi namanya dipanggil. Kali ini jelas suara memanggil namanya datang dari sebelah kirinya. Dia menoleh.

“Laa... kau ke Zaki? Kurus semangat aku.” Ajid mengurut dada.

Zaki melambai ke arahnya yang sedang tercegat di tepi rak buku. Ajid bangun dan menapak perlahan ke arah Zaki.

“Kau nak apa?” Ajid berdiri di sebelah Zaki.
“Macam mana rumah tu? Okey ke?” Zaki terus bertanya.

Ajid memandang Zaki tidak berkelip. Soalan Zaki macam ada sesuatu yang tidak kena. Dia mengusap dagu perlahan.

“Weh! Jawablah... okey ke tak?” desak Zaki.

“Kenapa kau nak tahu sangat ni?”

“Tak ada lah... aku saja tanya.” Zaki tersengih. Dia sebenarnya teruja nak tahu apa yang berlaku dalam rumah itu. Selepas menolong mereka dulu, dia seperti teringat-ingat apa yang dia nampak di rumah itu. Dia tidak akan menceritakan hal itu kepada Ajid selagi Ajid tidak memberitahunya keadaan di rumah itu.

“Kau tak ada kelas ke pagi ni?” Zaki mengubah topik.

“Kalau dah lepak kat sini, tak ada lah.” Ajid tersengih. Dia kemudian mengajak Zaki duduk sekali menelaah di meja. Zaki menolak. Dia terpaksa ke kelas. Ajid hanya melihat Zaki berlalu pergi dari situ.

Dahinya berkerut melihat tingkah laku Zaki yang agak pelik. Tiba-tiba bertanya pasal keadaan rumah sewa. Niatnya tadi ingin mengajak Zaki tinggal bersama di rumah itu tapi terpaksa dilupakan bila melihat riak Zaki yang sudah lain macam.

“Hmm... apa yang Zaki nak tanya sebenarnya?” Ajid menggaru kepala. Dia menyambung semula menelaah.

PETANG selepas kelas, Saiful menunggu Ajid di medan tempat letak motosikal. Dia yang habis kelas awal terpaksa tunggu Ajid kerana Ajid tiada kenderaan.

“Pul!”

Saiful berpaling. Azhar melambai ke arahnya sambil tersenyum.

“Macam mana rumah sewa kau? Okey tak? Aku dengar rumah tu besar, lengkap dengan perabot! Bolehlah aku datang lepak hujung minggu!” Azhar tersengih. Termengah-mengah Azhar berlari ke arah Saiful.

...bersambung
Bab akan datang:
Adakah mereka akan mempelawa Azhar dan menceritakan kejadian pelik di dalam rumah itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience