Bab 24

Horror & Thriller Completed 25385

Ajid menggeliat. Dia buka mata. “Ada apa Pul?”

“Bangunlah! Tengok tu!” Saiful menuding ke arah buai di belaakng rumah.

Ajid bangun malas. Dia menggeliat lagi. Membetulakan pinggangnya. Dia kemudian menoleh ke arah belakang rumah.

“Apa? Tak ada apa pun?” Ajid terjenguk-jenguk melihat keadaan di sekitar belakang.

“Cuba kau tengok buai kecil tu!” saiful tuding lagi ke arah buai kecil itu.

Ajid berpisat-pisat melihat buai kecil yang sedang berayun sendiri. “Apa yang pelik?”

Saiful berpaling ke arah Ajid. Biar betul Ajid ni! Apa yang pelik? Dah terang dan jelas buai tu elok aje! Tak ada kesan patah apa pun!

“Kau tengok betul-betul! Buai tu semalam kan patah sebab kau duduk atas tu! Tapi sekarang ni kau tengok!” Sekali lagi Saiful menduing tepat ke arah buai itu.

“Eh! Macam mana buai tu elok aje, Pul?” Ajdi menggenyeh mata berkali-kali. Jelas dia melihat papan buai itu elok bercantum semula dan terbuai-buai ditiup angin.

“Hah! Sekarang kau dah nampak?” Saiful luku kepala Ajid.
Ajid menelan liur.

“Pelik aku... tadi tiba-tiba angin bertiup kuat. Angin tu datang dari sana. Lepas tu la aku nampak buai tu berayun-ayun kuat. Lagi pelik buai tu elok aje.” Saiful mula menjelaskan apa yang berlaku tadi.

“Pul... pukul berapa sekarang ni?” Ajid cuit lengan Saiful.

“Eh, dah hampir maghrib lah! Jom masuk rumah!” Saiful bergegas menyarung selipar jepunnya dan melangkah laju ke arah anjung rumah.

Ajid turut melompat turut dari pangkin itu dan membuntuti Saiful ke anjung rumah. Mereka terus menutup pintu dan semua tingkap. Langsir turut ditutup penuh.

MALAM itu, selepas menunaikan solat maghrib, Saiful dan Ajid melepak di ruang tamu. Mereka mula menonton tv. Dari satu channel ke satu channel. Jam di dinding sudah hampir sepuluh malam. Sekali lagi suara tv dipasang kuat. Bergema satu rumah. Malam itu bunyi suara cengkerik begitu kuat sekali. Disusuli bunyi lolongan anjing yang bersahut-sahutan di luar rumah. Sayup-sayup kedengaran.
Saiful hanya memandang plastik merah yang mengandungi karipap yang diberi perempuan tua tadi semasa mereka makan di restoran.Tidak berani dia makan atau letak bawah saji lagi.

“Pul... mana anjing tu datang?” Ajid semakin dekat dengan Saiful.

“Entah! Sebelum ni tak ada pun dengar anjing menyalak.” Saiful turut merasa pelik.

“Pul... pasal petang tadi tu. Kau rasa betul ke?” Ajid teringat kejadian petang tadi.

“Entahlah... aku pun pelik. Buai tu kan sudah patah! Macam mana boleh bercantum balik?” saiful garu kepala.

“Entah-entah orang sini yang baiki buai tu tak?” Ajid menelan liur.
“Hish! Apa faedahnya mereka nak baiki buai tu? Gila ke apa? Itu namanya tak ada kerja cari kerja!” Saiful meluku kepalaAjid.

Ajid terdiam. Dia masih memikirkan kejadian tadi. Takkan silap mata kut? Jelas dia melihat buai itu elok aje tadi. Elok seperti sebelum sediakala. Sebelum patah! Matanya mula melihat sekitar runag tamu. Sunyi. Bunyi salakan anjing masih bersahut-sahutan kedengaran di hujung kawasan taman perumahan itu. Setahunya, kawasan perumahan itu tidak ada bangsa lain yang tinggal di situ. Semuanaya orang Melayu. Dari mana datangnya anjing tu? Takkan anjing liar!

“Kau fikir apa?” Saiful cuit lengan Ajid yang semakin rapat dengannya.

“Tak ada... tu bunyi anjing menyalak tu. Mana datang anjing tu?” Ajid semakin rapat dengan Saiful.

“Entah... malam ni aje aku dengar.” Saiful masih menonton cerita lawak di kaca tv. Sengaja dia buka cerita lawak macam tu. Hilang sedikit rasa takut. Tambah malam macam ni yang sudah terasa lain. Meremang bulu roma.

“Malam ni malam jumaat kan?” Ajid memandang Saiful yang sudah ketawa melihat lawak dalam cerita di kaca tv.

“Weh! Aku tanya ni! Malam ni malam jumaat kan?” Ajid cuit lengan Saiful.

“Ha’ah... kenapa?” Saiful masih ketawa. Lucu melihat gelagat pelawak itu.

“Patutlah anjing tu asyik melalak aje dari tadi!”

“Ah... tak ada apalah. Biasalah anjing melalak!” Saiful sengih. Dia menjeling Ajid yang sudah semakin rapat dengannya.

Ajid memandang lagi sekitar ruang tamu. Liar dia melihat setiap genap ruang di dalam rumah itu. Gulp! Membuntang melihat kelibat seorang budak kecil memegang anak patung berdiri di tepi pintu bilik berkunci itu. Wajah budak kecil itu seakan marah kepadanya.

“Pul! Pul! Tengok tu!” Cepat saja Ajid menarik tangan Saiful ke arah budak kecil tadi.

“Apa?”

“Tu! Ada budak kecil berdiri di situ!” Ajid menuding lagi ke arah pintu bilik bawah yang sentiasa berkunci.

“Mana?” saiful panjangkan lehernya melihat ke arah pintu bilik itu.
Ajid menggaru kepala.

...bersambung
Bab akan datang:
Siapa pula budak kecil yang mereka lihat itu? Mengapa tiba-tiba ada kelibatnya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience