Bab 47

Horror & Thriller Completed 25385

Perempuan itu dilihat sudah masuk ke dalam kereta dan kereta itu meluncur laju hilang di celah kesibukan jalan. Perlahan Saiful buka sampul surat yang diberi perempuan tadi. Ada beberapa keping wang kertas seratus di dalamnya.

Selesai solat Jumaat, Saiful mula ke kubur. Di situ dia mula berzikir dan bersedekah al Fatihah kepada arwah Ajid. Lama dia berteleku di kubur Ajid. Tanpa sedar sekali lagi air matanya menitis.

Usai berdoa, Saiful mula kembali ke kampus semula. Tiba di dataran fakultinya, matanya tertancap pada satu iklan di papan kenyataan di situ.

‘RUMAH UNTUK DISEWA. TIADA DEPOSIT. SEWA HANYA RM100 SEBULAN. BERMINAT SILA HUBUNGI...’

Saiful mula mendail nombor yang tertera. Sebaik suara di hujung talian bersuara, Saiful terus bertanya di mana letaknya rumah sewa itu. Dia terus terdiam.

“Siapa agaknya yang letak iklan ni kat sini?” Dia mengamati setiap perkataan dalam iklan tersebut. Kini baru dia teringat, iklan yang sama yang diberi oleh Azhar dulu. Wajahnya mula pucat.
Kini rumah bercat hijau itu akan berpenghuni lagi.

-tamat-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience