Bab 2

Horror & Thriller Completed 25385

Di kampus, Saiful bergegas masuk ke kelas selepas meletakkan motosikal di hadapan dewan kuliah satu. Kelas pukul sembilan itu wajib dihadiri oleh semua pelajar. Kelas wajib yang memberikan markah tambahan untuk peperiksaan. Jadi hendak tak hendak dia kena hadir juga dalam kelas Profesor Maznah itu.

Matanya melilau mencari kelibat Ajid. Kelas yang mempunyai hanya tiga puluh pelajar itu tidak susah untuknya mencari susuk tubuh Ajid yang kurus tinggi.

“Mana Ajid ni? Takkan terlepas bas lagi?” Saiful terjenguk-jenguk ke seluruh dewan kulaih. Memang Ajid selalu datang lambat ke kelas. Ajid juga tinggal dengan kakaknya di Kajang. Memang jauh dari kampus. Kadang-kadang subuh lagi Ajid kena tunggu bas untuk ke kampus. Kalau terlepas bas,, alamatnya dia kena ‘tuang’ kelas sebab pensyarah akan menutup dan mengunci pintu dewan kuliah ataupun pintu bilik tutorial tepat pada masanya.

“Haih... habislah aku kalau Ajid tak datang. Aku dah janji dengan dia nak cari rumah sewa lepas kelas nanti.” Sekali lagi Saiful panjangkan lehernya mencari kelibat Ajid.

Pensyarah sudah mula memasuki dewan kuliah melalui pintu hadapan. Saiful sudah gelisah. Sekali lagi dia mengintai kelibat Ajid.
“Huh! Sampai pun!” Saiful senyum sebaik melihat Ajid tercungap-cungap berlari masuk melalui pintu belakang. Nasib baik pensyarah tidak perasan Ajid tadi. Jelas dia mendengar pensyarah mula melaung menyuruh seseorang menutup semua pintu dewan kuliah.

“Weh! Kau terrtinggal bas lagi ke?” Saiful segera menyapa Ajdi yang mula melabuhkan punggung sebelahnya.

“Nyaris aku tertinggal bas tadi. Aku bangun lambat hari ni. Subuh aku pukul tujuh pagi beb!” Ajid mengelap peluh yang menitik. Sebaik turun dari bas tadi, dia berlari sekuat hati ke arah dewan kuliah. Alang-alang dah sampai di kampus, dia kena hadir kuliah Profesor Maznah itu. Sebelum semua pintu ditutup, dia perlu sampai dulu.

“Nasib baik Prof Maznah tu tak nampak kau tadi. Kau langkah masuk aje tadi, terus dia arahkan semua pintu ditutup kau tahu?” Saiful sengih.

Kelas Profesor Maznah sudah pun bermula. Semua pelajar mula menumpukan perhatian pada kuliah.

Habis kelas tadi, Saiful dan Ajid terus ke perpustakaan mencari bahan rujukan. Itulah yang selalu dilakukan setiap kali habis kuliah. Kalau tidak bergegas ke perpustakaan, buku rujukan akan terlepas ke tangan pelajar lain. Tambah lagi kalau buku rujukan itu dari bahagian ‘red spot’. Berebut!

Selesai meminjam buku, mereka berdua mula melangkah ke medan selera. Dari pagi lagi mereka tidak mengisi perut. Saiful mula mencari meja kosong sementara menunggu Ajid membeli makanan.

“Kau beli apa untuk aku?” Saiful sengih.

“Apa lagi? Nasi lemak seringgit dan kopi o panas la!” Ajid turut sengih.

Mereka berdua mula menikmati sarapan bersama.

“Pul! Jadi ke kita nak cari rumah sewa?” Ajid mula teringat hari itu Saiful mengajaknya mencari rumah sewa.

“Jadi! Lepas kelas Prof Rashid nanti, kita ronda-ronda cari rumah sewa.” Saiful kunyah nasi lemak dengan lahap. Perutnya dari tadi berbunyi.

“Boleh. Kau ada bawa helmet lebih tak? Karang tak pasal-pasal aku kena pakai bekas ais krim macam malam tu lagi!” Ajid sengih lagi. Teringat masa mereka berdua menghadiri study group pada waktu malam dulu, Saiful terlupa bawa topi keledar lebih. Terpaksalah sarung bekas plastik ais krim! Punyalah haru masa tu! Nasib baik polis tidak ada. Kalau tidak memang sah-sah kena saman!

Saiful ketawa terbahak-bahak.

“Woih! Yang kau ketawa macam nak pecah perut ni kenapa?” Ajid luku kepala Saiful.

“Kelakar kau masa tu! Serius beb!” Saiful masih ketawakan Ajid.

“Sudahlah tu! Sekarang ni jangan pulak nak ulang tayang benda tu sekali lagi!” Ajid menjeling Saiful yang masih mengetawakannya.

“Okey okey! Don’t worry my friend! Aku ada bawa lah!” Saiful mula sengih.

Mereka berdua menghabiskan nasi lemak dan kopi o panas yang masih bersisa.

Usai kelas Profesor Rashid, Saiful dan Ajid mula membonceng motosikal menuju ke buah kawasan perumahan tidak jauh dari kampus. Tiba di simpang, mereka berdua mula meninjau dari satu rumah ke satu rumah.

“Pul! Tu ada satu rumah untuk disewa. Kau tak nak ke?” Ajid tuding ke arah satu rumah yang tertera satu kertas besar di pintu pagar ‘UNTUK DISEWA’

“Mana?” Saiful memperlahankan motosikalnya.

“Tu!” Ajid tuding lagi ke arah rumah itu.

“Hmm... okey juga tu.” Saiful berhentikan motosikalnya dan mula mendail nombor yang tertera di situ.

“Ada tak?” Ajid mula bertanya Saiful setelah beberapa kali mendail nombor itu.

“Tak ada jawapan la.” Saiful mengeluh.

“Haih... payah juga nak cari rumah sewa ni. Masa kita tak nak, berlambak rumah kosong. Masa kita beria nak, satu pun tak ada.” Ajid turut mengeluh.

...bersambung
Bab akan datang:
Dimanakah rumah sewa yang akan dicari oleh mereka lagi?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience