Bab 46

Horror & Thriller Completed 25385

“Perempuan tua tu sebenarnya sudah gila. Dulu dia orang gaji mak cik. Dia rapat dengan anak perempuan mak cik. Dari kecil dia jaga anak mak cik. Anak mak cik pula suka karipap yang dibuat mak cik tu. Disebabkan mak cik tu tak dapat terima kenyataan yang anak mak cik dah bunuh diri, dia mula berubah sikap. Bercakap seorang diri. Sekejap menangis, sekejap ketawa. Lama-lama dia dimasukkan ke wad gila. Entahlah, mungkin dia sudah keluar dari wad tu.”

“Tapi macam mana karipap tu ada di bawah tudung saji tu?” Saiful masih tidak faham.

“Mungkin mak cik tu yang letak kat situ. Setahu mak cik, orang gaji mak cik tu dulu ada kunci pendua rumah tu. Dulu dia memang pegang semua kunci rumah tu.”

Saiful mula faham. Dia menjeling Azhar di sebelah.

“Bilik berkunci yang ada selempang merah tu, bilik apa mak cik?”
Azhar mula bertanya. Dari tadi dia hanya mendengar cerita perempuan itu.

“Oh... bilik tulah tempat anak mak cik meninggal. Dia gantung diri dalam bilik itu dan kat bilik itu juga dia selalu bermain dengan orang gaji mak cik dulu tu. Bilik tu sebenarnya bilik mak cik yang jual karipap tu.”

Azhar mengangguk-angguk.

“Bagaimana pula buai kecil di belakang rumah tu?” Saiful melontarkan soalan yang dari tadi dipendamkan.

“Err... kenapa dengan buai tu? Korang usik ke?” Perempuan tu sedikit terkejut.

Saiful dan Azhar saling berpandangan. Mata mereka beralih pula kepada perempuan di depan mereka.

“Kawan saya yang meninggal tu, sebelum tu dia ada duduk di atas buai kecil tu. Menurutnya hari pertama kami berpindah, dia merayau di belakang rumah. Dia cuba tarik buai tu yang sudah agak reput. Katanya nak ganti dengan yang baharu. Lepas tu, buai tu patah dua tapi keesokan harinay buai tu elok semula. Pernah kawan saya tu nampak seorang budak kecil pegang anak patung di rumah tu.
Selepas itulah, kami diganggu perempuan cantik tu sehinggalah malam kawan saya melarikan diri dari jelmaan perempuan tu. Dan keesokannya dia meninggal. Sebelum dia menghembus nafasnya, dia sempat beritahu kami. Malam itu sewaktu dia berlari keluar rumah, dia menuju ke arah simpang jalan. Dia pandang ke belakang. Dia nampak dengan jelas hantu tu kejar dia sambil menghulur tangan hendak cekik. Kawan saya lari tak cukup kaki. Dia menjerit kuat bila terasa badannya dihentam kuat. Malam itu juga dia dilanggar lori.” Saiful mula bercerita apa yang telah diceritakan oleh Ajid masa di hospital.

“Ooo... maafkan mak cik. Semoga rohnya dicucuri rahmat ALLAH. Sebenarnya buai tu tempat kesukaan anak mak cik bermain dulu masa dia kecil dulu. Dia selalu bermain di situ sambil bercakap dengan anak patung. Dia memang pantang jika ada orang usik buai tu. Mungkin sebab itulah jelmaan anak mak cik tu kejar kawan kamu. Maafkan mak cik. Sudah puas mak cik panggil ustaz membuat solat hajat dan ‘membersihkan’ rumah tu. Tapi nampaknya roh anak mak cik masih merayau dalam rumah tu.”

Saiful terkedu mendengar kata-kata perempuan tua itu. Dia juga tidak sangka, Ajid telah mengusik buai itu pada hari pertama mereka berpindah lagi sehingga buai itu patah dua.

“Err... satu lagi mak cik. Masa papan buai tu patah, saya ada nampak ada satu nama tertulis di buai tu, Mira Ed. Itu ke nama anak perempuan mak cik?” saiful mula teringat nama yang terttulis di atas apapn buai itu.

Perempuan itu mula tunduk. Ada air mata menitis ke pipi. Dia mengesat perlahan dengan tisu.

“Benar... itu nama anak perempuan mak cik. Nama penuh dia Mira Edora. Anak mak cik sendiri yang tulis nama tu kat buai tu.” Perempuan itu berterus terang.

“Maafkan mak cik sekali lagi. Ambillah ni dan bagi kepada keluarga kawan anak tu.” Perempuan itu menghulurkan sekeping sampul surat kepada Saiful. Dia minta diri untuk beredar tetapi sebelum dia beredar, dia merenung semula Azhar yang duduk di sebelah Saiful.

“Maaf... rupa anak ni tak ubah macam rupa kekasih anak perempuan mak cik.” Perempuan itu senyum. Dia terus pergi menaiki sebuah kereta mewah.

Azhar terkedu. Jadi maknanya selama ini perempuan cantik yang pakai baju pengantin tu menganggap dia adalah kekasih hatinya? Dan tulisan atas bonet depan keretanya itu mungkin perempuan itu juga yang tulis kat situ! Dan yang paling nyata, perempuan cantik itu siap bagi amaran pada Azie tentang aku ni adalah hak dia seorang! Tak syak lagi!

Saiful turut terdiam mendengar kata-kata perempuan tadi. Dia memandang Azhar yang sudah pucat mukanya.

...bersambung
Bab akan datang:
Adakah mereka akan berpindah setelah mengetahui segala rahsia yang terjadi di dalam rumah itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience