Bab 26

Horror & Thriller Completed 25385

“Laa… kan projek yang lecturer suruh buat minggu lepas. Semua bahan tu kan ada dengan kau!” Azhar memandang Saiful yang masih termangu-mangu.

“Aduh! Aku tertinggal kat rumah lah Har!” Saiful tepuk dahi. Pagi tadi dia terkocoh-kocoh keluar dengan Ajid. Padahal malam tadi dia sudah siap letak semua bahan termasuk slaid atas meja belajar di bilik.

“Adoi! Habis tu macam mana ni?” Azhar mula garu kepala. Dia memandang Prof. Madya Zulkifli yang masih menunggu giliran mereka untuk sesi pembentangan projek.

“Err... tak pa..aku ada soft copy.” Saiful tersenyum. Teringat dia ada bawa komputer riba bersama.

Sebaik habis sesi pembentangan, Azhar mengajak Saiful ke medan selera. Dia ingin bertanyakan sesuatu. Sejak tadi dia melihat Saiful asyik mengelamun. Dia mula berasa pelik dengan sikap Saiful yang mengelamun panjang sebentar tadi. Tidak pernah Saiful bersikap begitu sebelum ini.

“Pul... kau kenapa? Ada masalah ke?”Azhar renung Saiful.

“Hah? Err... tak ada apa... aku cuma pelik sikit” Saiful mula berkerut kening.

“Pelik? Apa yang pelik?” Azhar mula penasaran.

“Ada sorang mak cik ni... dia jual karipap... tapi yang peliknya dia bagi free aje kat aku dan Ajid. Orang lain yang ada kat restoran tu tak pula dia bagi atau jual ke, karipap dalam bakul mak cik tu tak luak pun!” Saiful mula bercerita perihal mak cik penjual karipap misteri itu.

“Laa... aku ingat apa lah tadi. Pasal karipap pun kau fikir macam nak jawab exam! Hahaha! Apa yang peliknya, mungkin lepas dia bagi free kat kau... dia pergi la jual kat orang lain pulak kat luar tu!” Azhar masih ketawa.

Saiful tidak mengendahkan kata-kata Azhar. Dia tidak boleh cerita lebih dari itu, yang karipap itu sendiri sudah cukup misteri baginya. Cerita misteri yang lain itu tidak boleh sekali-kali bocor ke telinga Azhar. Bimbang Azhar akan membatalkan niatnya untuk berpindah ke rumah bercat hijau itu.

“Jadi ke kau nak pindah rumah aku hujung minggu ni?” Saiful terus tukar topik perbualan.

“Jadilah! Hari Ahad ni aku pindah.” Azhar sengih. Tidak sabar dia berpindah ke rumah bercat hijau itu yang selalu disebut oleh Saiful.

Dari cerita Saiful dan Ajid, dia sudah teruja untuk menghuni rumah itu. Rumah yang dia tinggal sekarang ini agak padat. Rumah dua tingkat dengan tiga bilik tidur dan dihuni oleh sepuluh orang! Bayangkan! Dah macam sardin!

DUA HARI berlalu, Saiful dan Ajid mula lega. Sepanjang dua hari itu, tiada lagi karipap ajaib muncul bawah tudung saji kerana sudah dua hari juga mereka tidak ke restoran di hujung taman. Kelibat di cermin tingkap juga tidak kelihatan. Namun benda pelik lain pula berlaku dalam rumah itu. Susun atur perabot dalam rumah itu mula bertukar. Kerusi kecil di sebelah meja kecil tepi tangga sudah beralih tempat. Kali ini dilihat kerusi itu sudah berada di tepi pintu bilik kecil yang berkunci. Pasu bunga di atas meja kecil itu juga selalu berubah. Masa mula-mula menjejak kaki ke rumah itu, Saiful perasan meja kecil di tepi tangga ada sebuah pasu bunga kosong di atasnya. Kini pasu itu sudah berada di atas meja sofa pula. Malah ada sejambak bunga melur dalam pasu itu.

“Ajid, bila pula pasu tu ada bunga?” Saiful pandang ke arah pasu atas meja sofa.

“Tu lah... hari tu kan pasu tu kat atas meja sana tu!” Ajid tunjuk ke arah meja di tepi tangga.

“Kau ke yang letak bunga tu?” Saiful senyum memandang Ajid.
“Ish! Kau ni pun, mana ada! Aku nak buat apa dengan bunga! Aku jantan lah!” Ajid meluku kepala Saiful.

Saiful tergelak kecil. Mana tahu tiba-tiba Ajid berminat menghias rumah dengan bunga-bungaan. Dia pandang semula ke arah pasu itu. Jenuh memikirkan situasi itu. Di rumah itu hanya dia dan Ajid saja yang tinggal. Kalau dua-dua tidak mengalihkan pasu itu, siapa pula yang alih? Bingung lagi.

“Pul, kau agak la... rumah ni betul-betul berhantu tak?” Ajid mula rapat dengan Saiful.

“Ish kau ni! Celupar mulut kau tu!” Saiful menjarakkan sikit dari Ajid. Rimas apabila Ajid mula rapat ke tubuhnya.

“Habis tu, macam mana pasu ni ada kat sini? Karipap tu... macam mana boleh ada bawah tudung saji tiba-tiba aje?” Ajid masih pandang pasu.

Saiful hanya angkat bahu. Dia sendiri pun bingung. Kes karipap belum selesai, kes buai kecil di belakang rumah juga belum ada penyudahnya timbul pula kes pasu bunga yang sentiasa beralih tempat. Siap ada bunga bagai!

...bersambung
Bab akan datang:
Ada penghuni lainkah yang tinggal di rumah itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience