Bab 6

Horror & Thriller Completed 25385

“Mengumpat apa ke bendanya! Kita bukan buat benda tak elok pun. Tengok rumah aje! Lainlah kalau kita ni tergolong dalam golongan LGBT tu!” Ajid geram.

“LGBT?” Saiful berkerut kening.

“LGBT pun kau tak tahu?” Ajid turut berkerut kening.
Saiful geleng.

“LGBT tu maknanya Lesbian Gay Bisexual Transgender! Tu la! Asyik tengok buku aje!” Ajid tepuk bahu Saiful.

“Oh... hehehe.” Saiful sengih.

Ajid turut sengih.

“Aku normal bro! Nanti marah makwe aku! Kau tu jangan nak gatal masuk golongan tu! Menangis karang makwe aku kalau dia tengok kau nak mengurat aku!” usik Saiful.

“Gila kau! Aku jantan lah!” Ajid tumbuk bahu Saiful.

“Okeylah Ajid. Aku nak balik ni. Jumpa esok!” Saiful mula menghidupkan enjin motosikalnya dan mula meninggalkan Ajid sendirian di perhentian bas itu.

******

Sekali lagi Saiful dan Ajid menjejakkan kaki ke rumah bercat hijau itu. Semalam mereka sudah berjanji akan berjumpa dengan tuan rumah pukul lima petang. Motosikal diparkir di depan pintu pagar. Ajid dan Saiful menunggu di situ.

“Pul, betul ke tuan rumah nak datang? Dah nak pukul enam ni. Dah dekat sejam kita tunggu kat sini.” Ajid tengok jarum jam di pergelangan tangannya.

“Sabarlah... mungkin jalan sesak tu. Aku malas dah nak cari tempat lain. Kita tunggu jelah.” Saiful turut melihat jam di pergelangan tangannya. Memang sudah satu jam mereka berdua tunggu di situ. Hari semakin senja.

Nasib baik hari ini kelas hanya waktu pagi sahaja tadi. Bolehlah guna masa yang terluang itu mencari rumah sewa.

“Aku rasa tuan rumah tak datang la Pul. Hari pun dah makin gelap ni.”
Ajid mendongak. Awan cerah yang biru tadi sudah mula bertukar kelabu.

“Sekejap lagi tuan rumah akan sampai.” Saiful duduk pula atas motosikal. Helmet disangkut di atas cermin sisi.

“Haih… susah betul nak dapat rumah sewa ni.” Ajid duduk mencangkung tepi pintu pagar. Sesekali dia mengibas tubuhnya yang terasa panas dengan nota kecil yang diambil dari beg sandangnya.
“Orang kata sabar itu indah.” Saiful senyum.

“Banyaklah kau punya indah! Dah berpeluh aku kat sini!” Ajid lempar nota kecil ke arah Saiful.

Saiful sempat mengelak sambil ketawa terbahak-bahak. Dia suka mengusik Ajid. Sejak di sekolah dulu lagi dia suka mengusik Ajid.
Ajid mula bangun. Dia betulkan pinggangnya yang terasa lenguh. Matanya menala ke arah rumah bercat hijau itu sekali lagi. Meninjau sekitar kawasan depan rumah. Dia senyum. Rumah itu sungguh cantik. Dinding luar dicat warna hijau muda seakan warna hijau epal.
“Hmm... kalau rumah sendiri ni kan best!” Ajid sudah berangan.

Dia berpaling pula ke arah Saiful yang sedang memandang ke arah taman permainan kanak-kanak yang terletak betul-betul depan rumah itu. Hanya ada dua buah buai dan satu jongkang jongket. Rumput pula kelihatan panjang, seperti tidak berjaga.

“Pul! Kau tengok apa?” Ajid memanjangkan lehernya turut melihat padang di depan rumah itu yang agak tidak terurus.

“Tu! Aku tengah fikir ni. Kalau kita jadi sewa rumah ni, bolehlah petang-petang atau hujung minggu kita main bola kat padang tu.” Saiful sengih.

“Hmm... betul juga tu. Depan rumah ni aje kan?” Ajid turut sengih. Mengangguk-angguk. Turut mengiakan kata-kata Saiful tadi.
Saiful melihat jam di tangan. Sudah hampir enam setengah petang. Dia merenung ke arah jalan yang menghala ke jalan besar. Masih belum kelihatan kelibat tuan rumah.

“Tunggu ajelah... dah penat aku cari rumah.”

Saiful membebel sendiri bila sudah lebih sejam dia menunggu di depan pintu pagar rumah itu. Sesekali dia melihat Ajid yang begitu teruja dengan rumah itu. Nampak jelas di wajah Ajid, asyik senyum dari tadi. Seketika kemudian, muncul sebuah kereta menghala ke arah rumah itu. Kereta diberhentikan tepat di depan rumah itu hanya sebelah motosikal Saiful. Seorang lelaki yang agak berumur mula keluar dari perut kereta sambil tersenyum. Kemas dengan baju kemeja petak-petak, berseluar hitam dan memakai songkok. Lagak seperti orang dulu-dulu.

Saiful dan Ajid saling berpandangan.

“Pul, tu agaknya tuan rumah yang kita tunggu tu.” Ajid muncungkan mulutnya ke arah seorang lelaki yang keluar dari perut kereta tadi yang mula berhenti di depan rumah.

“Yalah tu agaknya. Dia senyum kat kita tu.” Saiful masih memandang lelaki itu.

Lelaki itu segera mendekati Saiful dan Ajid.

“Dah lama tunggu?” tegur lelaki itu.

Saiful dan Ajid seerentak mengangguk.

“Maafkan pak cik sebab lambat sampai. Jalan sesak teruk tadi.” Pak cik itu senyum.

“Tak apa.” Saiful senyum sumbing. Takkan nak marah pula.
Pintu pagar mula dibuka. Saiful dan Ajid mula mengikut lelaki tua itu masuk ke dalam kawasan rumah bercat hijau itu.

...bersambung
Bab akan datang:
Bagaimana keadaan rumah sewa yang akan didiami mereka nanti?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience