Bab 14

Horror & Thriller Completed 25385

“Kau ni macam budak kecik lah Ajid. Buai ni aku rasa untuk budak kecik je ni tapi sayang dah patah.” Saiful ambil serpihan kayu warna coklat tua itu dan diperhatikan seketika. Ada satu nama tertulis di situ.

“Kau tengok apa?” Ajid sudah bangun. Dia mendekati Saiful yang berkerut kening melihat papan buai yang sudah patah itu.

“Ada nama kat sini rupanya... tapi sebab dah patah, aku hanya boleh baca separuh saja.” Saiful masih memerhati papan buai yang patah itu.

“Apa yang ditulis kat situ?”Ajid turut jenguk.

“Ni... tengok ni. Mira Ed saja...” Saiful tunjuk pada nama yang terukir pada kau papan buai itu.

“Mira Ed?” Ajid garu kepala.

“Kau rasa ada lagi ke nama kat belakang tu? Maksud aku... Ed tu... Edi ke, Edin ke...” Ajid meneka.

“Entah! Cuba tengok kat papan buai yang satu lagi tu!” Saiful tuding ke arah papan buai yang masih melekat pada tali buai.

“Hmm... tak ada lah.” Ajid belek-belek padanan papan buai yang patah itu.

“Dah! Jom kita masuk rumah. Dah nak tengah hari ni. Dah makin panas ni.” Saiful mendongak ke langit. Sinaran matahari semakin terik memancar. Papan buai yang patah itu diletak atas pangkin.

Mereka berdua mula melangkah ke dalam rumah. Selepas mandi dan solat zuhur, mereka berdua keluar lagi ke restoran tadi untuk makan tengah hari.

“Kau nak makan apa Pul?” Ajid jenguk lauk.

“Hmm… aku apa-apa pun boleh.” Saiful mengambil ikan goreng berlada dan sedikit sayur lemak bersama sambal belacan.
Ajid pula mengambil ayam masak merah dan sayur kangkung bersama sambal belacan.

Mereka berdua mula mencari meja kosong. Seorang pelayan mula datang megambil pesanan air minuman.

“Pul, sedap juga masakan tengah hari di restoran ni. Untung juga tinggal di kawsan ni. Dekat dengan restoran, ada kedai runcit dan kedai baiki motosikal tu pun ada tu ha!” Ajid muncungkan mulut ke arah sebuah kedai membaiki motosikal.

“Betul tu. Kira okeylah rumah sewa kita kat sini.” Saiful turut senyum. Mengiakan kata Ajid.

Mereka berdua begitu berselera menikmati makanan tengah hari. Berpeluh bila makan sambal belacan yang cukup pedas tapi cukup menaikkan selera. Sedap!

“Kak! Kira ni!” Saiful melambai kepada seorang gadis yang agak berumur yang memakai apron. Sebelum makanan habis dimakan, elok dia panggil kakak itu dulu. Mana tahu nanti kena bayar lebih pula. Sudahlah pelajar macam mereka memang kena berjimat cermat.
Gadis itu datang sambil tersenyum. Di tangannya ada sebatang pen dan buku kecil. Laju tangannya menulis sambil mata memandang pinggan di atas meja. Seketika kemudian, sekeping kertas kecil diselit di tepi pinggan Saiful.

“Err... adik ni orang baru ke kat sini?” Gadis itu bertanya.

“Ya kak! Kenapa?” Saiful pandang gadis itu sambil tersenyum.

“Hmm... tinggal kat mana? Maksud akak sewa rumah ke?” Gadis itu senyum lagi.

Saiful angguk. Ajid hanya memerhati perbualan Saiful dengan gadis itu.

“Sewa kat mana?”

“Rumah kat hujung taman... rumah cat hijau tu!” Saiful sengih.

Gadis itu tiba-tiba berubah riak. Senyumannya semakin tawar. Ada riak takut di wajahnya. Dia itu segera beredar dari situ. Saiful dan Ajid mula merasa hairan. Saiful jeling meja sebelah. Seorang lelaki agak berumur juga tidak berkelip memandang ke arah mereka.

“Psss… Pul, kau perasan tak.. pak cik tu tengok kita semacam aje.” Ajid berbisik ke telinga Saiful.

Saiful mengangguk. Dia juga bingung melihat orang di restoran itu memandang mereka dengan wajah pelik, curiga.

Mereka berdua cepat-cepat menghabiskan nasi dalam pinggan dan membayar di kaunter. Sebelum beredar, Saiful sempat bertanya kepada juruwang, seorang gadis yang lebih muda dari gadis tadi. Manis dengan lesung pipit di kanan pipi. Kulit pula putih kemerahan.

“Ehem!” Ajid cuit lengan Saiful yang asyik melihat gadis di kaunter itu.

“Err... tumpang tanya, pasar basah kat mana ye?” Saiful senyum.

“Jauh bang! Tapi kalau setakat nak beli ikan dan sayur tu, kedai runcit kawasan ni pun ada jual!” Gadis bertudung ala Najwa Latif itu menguntum senyum.

Saiful turut senyum. Dia panggil aku abang? Dia sengih sendiri. Ajid turut memandang gadis itu. Memang cantik. Ada lesung pipit sebelah kanan pipi apabila tersenyum. Mereka berdua terus berlalu pergi.

Saiful dan Ajid mula berjalan ke arah kedai runcit yang dimaksudkan oleh gadis tadi. Ada dua buah kedai runcit yang menjual barang basah. Mereka mula membeli sayur, ikan dan juga barang lain untuk dimasak. Hidup sebagai pelajar, kalau hari-hari asyik makan di kedai, boleh habis duit belanja!

...bersambung
Bab akan datang:
Siapakah Mira Ed? Adakah nama penghuni sebelum ini di rumah sewa itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience