Bab 30

Horror & Thriller Completed 25385

“Har... tak payahlah kita ambil tahu pasal bilik ni. Lagi pun kita dah ada bilik satu sorang.” Ajid pujuk Azhar yang masih berdegil ingin membuka bilik yang ada kain selempang warna merah itu.

“Yalah” Azhar mula melangkah ke ruang tamu semula bersama Ajid.

Saiful senyum. Azhar dilihat sudah mula duduk di sofa semula. Ajid hanya kenyit mata pada Saiful.

Mereka bertiga menyambung semula menonton. Masing-masing diam sekketika. Sesekali Saiful menjeling ke arah Azhar. Mana tahu Azhar sudah merajuk kerana tidak dia tidak benarkan bilik itu dibuka.

“Har, kau marah ke?”

“”Eh, tak ada lah! Aku hairan aje. Pleik bila bilik tu tak dibernarkan dibuka. Dahlah pelik dengan kain merah kiri kanan bilik tu. Nak kata langsir pintu, bukan.” Azhar tersengih.

Saiful lega. Nampaknya Azhar tidak ambil hati dengan kata-katanya tadi. Ajid turut tersenyum. Dia faham dengan senyuman Saiful tadi. Malam itu mereka menonton tv sehingga pukul sebelas malam. Kebetulan ada cerita menarik disiarkan pada malam itu.

Ajid mula menguap. Dia jeling Azhar dan Saiful yang begitu asyik menonton cerita di kaca tv.

“Pul, aku dah mengantuk la. Korang tak nak tidur ke?” Ajid masih menguap.

“Aku nak tengok cerita ni dulu. Dah nak habis dah pun.” Saiful menjawab tanpa menoleh ke arah Ajid yang sudah kuyu mata.

Azhar turut melihat Ajid yang sudah mula terlentuk di sofa. Mengantuk sangatlah tu agaknya. Selesai menonton saiful mula kejutkan Ajid yang sudah lena di sofa. Malam itu mereka tidur di bilik masing-masing setelah menunaikan solat isyak berjemaah. Saiful sempat membaca al-Quran untuk menghilangkan rasa tidak sedap hatinya.

DUNGGG!!!

Saiful terkejut. Sekali lagi bunyi kuat seperti benda jatuh terjadi. Dia amati sekali lagi bunyi itu kalau-kalau ia berbunyi sekali lagi. Senyap. Dia memandang jam di atas meja belajar. Hampir pukul satu pagi. Perlahan dia menapak ke bilik Ajid di sebelah biliknya. Pintu bilik Ajid diketuk berkali-kali.

“Ajid! Buka pintu ni!” Saiful mengetuk semakin kuat. Dia menjerit memanggil nama Ajid.

“Kau nak apa malam-malam buta ni?” Ajid membuka pintu sambil menguap. Kain pelekat yang dipakai ditarik sehingga ke bahu menampakkan seluar boxing bercorak kotak-kotak paras lutut.

“Kau dengar tak tadi?” Saiful bertanya pada Ajid yang masih mamai.

“Dengar apa?” Ajid masih menguap.

Saiful diam. Nyata hanya dia seorang yang dengar bunyi kuat tadi. Dia mengajak Ajid ke bilik Azhar pula. Diketuk berkali-kali pintu bilik Azhar. Senyap. Saiful cuba pulas tombol pintu bilik Azhar. Tidak berkunci. Dia mula masuk dan melangkah perlahan ke katil. Azhar tidak ada di situ.

“Mana Har?” Saiful pandang Ajid.

“Bilik air kut.” Ajid pegang tangan Saiful. Dia mula tidak sedap hati bila terdengar bunyi air pancut laju dari bilik air.

Mereka berdua mula melangkah perlahan ke arah bilik air Azhar. Saiful memanggil Azhar. Tiada jawapan. Dia cuba pulas tombol pintu bilik air perlahan-lahan. Azhar juga tiada di situ. Malah bunyi air pancut yang jelas di telinga tadi sudah tidak lagi kedengaran. Saiful dan Ajid saling berpandangan.

“Pul… aku dengar dengan jelas paip air pancut tu terbuka tadi.” Ajid semakin takut.

Saiful turut bingung. Dia juga terdengar dengan jelas bunyi air mengalir di bilik air Azhar tadi. Ajid mengajak Saiful ke arah almari pakaian. Mana tahu Azhar menyorok di situ.

“Ish! Kau ni... biar logik la sikit! Takkan Azhar nak sembunyi dalam almari malam-malam buta ni!” Saiful meluku kepala Ajid yang mengusulkan kepadanya tadi untuk mencari Azhar di situ.

Ajid tersengih tapi mereka berdua tetap juga melangkah ke arah almari. Pintu almari dibuka perlahan. Tetapi tiada sesiapa di situ. Hanya pakaian saja.

“Pul... aku rasa Azhar tidur kat ruang tamu kot.” Ajid memandang Saiful yang masih bingung.

Mereka mula keluar dari bilik Azhar dan mula menapak ke ruang tamu. Terhendap-hendap mencari kelibat Azhar di sofa. Masih tidak ada. Mata Saiful tertancap pula pada pasu bunga yang kerap beralih tempat. Kali ini pasu bunga itu berada di atas meja sofa semula.

“Pul... tu pasu bunga tadi kan? Tadi kan ada kat meja tepi tangga tu. Macam mana pula ada kat sini? Kau ubah eh?” Ajid memandang Saiful lagi.

“Mana ada!”

Mereka berjalan perlahan ke arah dapur. Suis lampu dapur dibuka. Saiful dan Ajid melangkah perlahan ke arah meja makan. Tudung saji masih berada di atas meja. Perlahan Saiful membuka tudung saji. Lima biji karipap berada di bawah tudung saji!

“Pul... kan karipap tu Azhar dah makan habis?” Ajid mula pucat.

...bersambung
Bab akan datang:
Bukankah karipap itu telah habis dimakan oleh Azhar? Siapa pula yang memberi karipap itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience