Bab 25

Horror & Thriller Completed 25385

Tadi dia memang nampak budak kecil itu berdiri dengan muka masam memandang tajam ke arahnya.

“Kau ni! Tu la! Tadi tidur lagi selepas asar.” Saiful geleng. Dia memang tidak nampak apa-apa pun tadi.

Ajid bingung. Dia memandang semula ke arah pintu bilik berkunci yang ada selempang warna merah itu. Budak kecil itu sudah tiada di situ. Dia memandang pula Saiful yang seolah tiada rasa apa-apa.

“Kau nak tengok tv ke tak ni?” Saiful berpaling ke arah Ajid.

“Kenapa?”

“Aku belum solat lagi ni. Kalau kau nak tengok, aku tak tutup tv ni.” Saiful bingkas bangun.

“Eh, aku pun belum solat isyak lagi. Jomlah kita solat sekali!” Ajid sengih.

Televisyen ditutup. Saiful mula naik ke bilik untuk solat isyak. Ajid yang duduk seorang diri di sofa ruang tamu mula mengikut langkah Saiful. Tidak berani dia berada di situ seorang diri. Mereka berdua mula menunaikan solat isyak berjemaah di bilik Ajid.

“Pul, malam ni aku tidur bilik kau boleh?” Ajid memandang Saiful bila melihat Saiful mula masuk ke biliknya.

“Kenapa? Kau takut?” Saiful sengih.

“Habis kau? Kau berani?” Ajid tanya soalan itu semula kepada Saiful. Selalu sangat Saiful mengejeknya.

Saiful tersengih. Dia hanya angguk.

Ajid mula melipat sejadah dan disangkut di hujung katil. Dia mengekori Saiful ke bilik sebelah. Di bilik Saiful, mereka berdua masih bersembang. Mata belum mengantuk. Pening memikirkan semua yang terjadi selama dua hari merkea menghuni rumah itu. Dan yang paling ketara, buai dan budak kecil tadi. Sebelum ini mereka pening memikirkan perempuan tua yang menjual karipap dan kelibat yang dilihat di cermin tingkap dapur.

Guunggg!!!

Saiful dan Ajid serentak berpaling ke arah pintu bilik. Bunyi kuat itu datang dari tingkat bawah.

“Bunyi apa tu?” Saiful pandang Ajid. Ajid hanya menjongket bahu.
Perlahan mereka turun dari katil dan mula melangkah perlahan menuju ke tingkat bawah. Ajid seperti biasa berjalan di belakang Saiful sambil memegang baju Saiful. Mereka berjalan berdingkit-dingkit. Rapat. Seolah laluan di situ ramai yang lalu.

“Ish! Kau ni Ajid! Kalah pompuan!” Saiful rimas bila Ajid mula rapat begitu. Kalau Emi yang buat begitu okeylah jugak! Teringat wajah kekasihnya yang manis dan manja.

Perlahan mereka menuruni anak tangga. Lampu ruang tamu dibuka. Ajid masih di belakang Saiful. Matanya melilau melihat sekitar ruang tamu. Bunyi kuat yang didengar tadi sudah tidak lagi kedengaran. Mereka cuba mencari sekitar ruang tamu. Tiada apa yang aneh. Semuanya sama. Hanya satu saja yang menarik perhatian mereka, karipap!

Saiful dan Ajid saling berpandangan. Mata mereka terbeliak.

“Pul... ke... kenapa bungkusan karipap kat atas meja sofa tu dah tak ada? Sapa ambik?” Ajid merenung meja di sofa.

Saiful menelan liur. Hairan. Memang sah! Bungkusan beg plastik merah yang mengandungi karipap itu sudah tiada. Mereka beralih pula ke dapur. Lampu dapur pula dibuka.

“Err... Pul... bukan ke kau sangkut tudung saji tu kat dinding tadi?” Ajid pandang saji atas meja makan.

“Betul! Aku sendiri yang sangkut saji tu kat dinding tapi… macam mana pulak ada atas meja ni??” Saiful garu kepala.

“Tadi masa kau masuk rumah, kau ada ke dapur tak?” Ajid bertanya lagi. Serius dia melihat saiful yang sudah kebingungan.

Saiful menggeleng. Dia sendiri bingung dengan semua itu. Memang selepas solat maghrib tadi, dia terus ke ruang tamu menonton tv.

“Apa kata kita buka tudung saji tu?” Ajid mula pucat. Terbayang kejadian dulu.

Perlahan tangan Saiful menarik tudung saji dan dicampak kuat ke lantai.

“Hah?”

Serentak Saiful dan Ajid bersuara. Mata sudah terbeliak melihat apa yang ada di bawah tudung saji.

DALAM KELAS, Saiful mula memikirkan kejadian malam tadi. Apa yang dia lihat bersama Ajid di dapur memang membingungkan. Sekali lagi kejadian itu berlaku setiap kali mak cik jual karipap itu memberi mereka karipap. Ada sesuatu yang tidak kena. Malah kedatangan mak cik jual karipap itu ke restoran hujung taman juga seperti suatu misteri. Mak cik itu hanya menegur mereka berdua sedangkan ramai lagi pelanggan lain yang berada di situ. Sebaik sebungkus karipap diletakkan atas meja, mak cik itu terus berlalu tanpa menjual kepada pelanggan lain. Dia sendiri melihat karipap dalam bakul makcik itu masih penuh. Mustahil gadis cashier yang sentiasa berada di kaunter bayaran yang selalu memerhati sekitar restoran tidak perasan kehadiran mak cik yang jual karipap itu.

“Pul! Pul!”

Saiful berpaling ke arah rakan sekelas di sebelah.

“Mengelamun eh? Tu! Lecturer suruh kita bentangkan projek minggu lepas!” Azhar sengih bila melihat Saiful seperti berkhayal sendiri.

“Projek apa?” Saiful mula terpinga-pinga.

...bersambung
Bab akan datang:
Mengapa mereka terkejut melihat apa yang ada dibawah tudung saji itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience