Stereng kereta di lencongkan ke arah jalan besar menuju ke pusat bandar. Dia tidak terus pulang ke rumah apabila menerima pesanan ringkas dari Karen. Mama nya itu sedang menunggunya di restauran Zanzero . Entah atas urusan apalah Karen bertandang ke Kuala Lumpur, dia tidak tahu.
Jason sampai ketika Karen sedang menikmati pana cotta sebagai pencuci mulut. Ternyata ibunya itu tidak akan menunggunya seperti biasa. Jason menghenyek punggungnya di kerusi hadapan Karen. Memanggil pelayan dan memesan makanan seperti tiada sesiapa di depannya.
Makan malam yang sepi. Hanya kedengaran melodi perlahan dari restauran. Karen mengelap mulut dengan napkin. Dia meletakkan sudu selepas menghabiskan santapan yang terakhir.
" You should try their cocktail. Very nice ", saran Karen memecah kesunyian antara mereka.
Namun, Jason tidak menyahut saranan itu. Dia sudah sedia memesan minuman lain untuk dirinya.
" Mama ada kerja di KL ke?", tanya Jason kemudiannya.
" No. I have bussiness with you my son ", jawab Karen sinis. Dia datang ke Kuala Lumpur ini semata-mata kerana Jason begitu susah untuk memberikan kerjasama dengannya.
" What now ma?", soal Jason dengan keluhan malas.
Karen tidak bersuara terus kerana dihalang oleh pelayan yang menghantar makanan yang di pesan Jason. Dia membiarkan anaknya itu menjamah steak yang di pesannya.
Karen mencicip cocktail sambil menikmati panorama malam yang dihidangkan di depan mata. Sementelah dia memilih meja di bahagian luar restauran. Tidak lama kemudian susuk wanita tinggi lampai menarik perhatiannya. Karen melambaikan tangan memanggil wanita itu untuk datang kepadanya.
" Hai aunty ", tegur Kate lalu melagakan kedua-dua belah pipinya dengan Karen. Mesra. Kemudian dia mengambil tempat duduk di sebelah Jason.
" Hai sayang. I miss you so much", ucap Kate lalu merangkul lengan Jason. Sempat dia menghadiahkan ciuman di pipi kanan Jason walau pun lelaki itu cuba mengelak.
" I tak tau pula you ada di KL", tutur Jason. Dia cuba menolak tubuh Kate jauh darinya. Tubuh Kate yang melekat padanya menyukarkan dia untuk menjamah makanan.
" Surprise!. I nak surprise kan you. Suka tak?", kata Kate dengan nada yang manja. Sudah dua hari dia di Kuala Lumpur. Baru hari ini dia dapat berjumpa dengan buah hatinya apabila rancangannya kemarin tergendala.
" Hmm ", Jason menjawab dingin. Tidak ada hati untuk mengiakan apa yang ditanya oleh Kate.
" Okay, memandangkan dua-dua dah ada ni. Mama nak bagi tahu yang mama dan parent Kate sudah bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan you berdua on 5th December ", ujar Karen. Itulah tujuannya datang hari ini. Tarikh sudah ditetapkan. Jadi, dia perlukan komitmen penuh dari Jason kini.
Jason meletakkan garfu dan pisaunya. Terbantut terus selera. Bulan Disember? Itu empat bulan lagi. Ingatkan setahun lagi. Apa ke gilanya nak cepat-cepat ni?
" Bulan December? Lambatnya aunty. Tak boleh ke awalkan lagi? ", bidas Kate. Dia rasa empat bulan itu masa yang terlalu lama. Macam-macam perkara boleh berlaku. Contohnya seperti kemarin. Entah perempuan dari mana datang ke pejabat Jason. Merayu dan menangis-nangis.
Jason sudah menghela nafas berat. Dua wanita bersama dengannya ini memang menyakitkan kepala.
" No Kate. Your wedding will be wedding of the year. Kena ada perancangan yang sempurna. Mama nak you Jason balik bulan depan. Jangan nak bagi mama naik KL lagi. Buang masa je!", arah Karen bersama dengan rungutan. Dia rasa menyesal pula membenarkan perpindahan anaknya itu sebelum majlis yang dianggap sangat penting.
" Really aunty ? Wah, I'm so excited. Tak sabarnya ", Kate sudah kembali teruja. Dia sudah berangan-angan memakai gaun pengantin yang diidamkan selama ini.
Jason pula diam tidak berbunyi. Seribu satu rasa ada dalam dirinya. Serabut. Kepala rasa sakit tidak semena-mena. Memikirkan Irene. Kini Kate pula. Irene masih tidak mahu memberikan kerjasama. Walau pun nombor telefon sudah tidak disekat, respon wanita itu masih dingin.
Permintaan Jason untuk bersemuka dengan Brian sebagai bapa masih tidak berjawab. Irene masih dengan keras kepalanya.
Fikiran Jason mula melayang jauh. Tidak lagi mendengari apa yang dibualkan antara Karen dan Kate. Jason memikirkan apa yang berlaku tempoh hari. Kehangatan badan Irene dalam pelukkannya masih terasa. Di matanya masih terbayang-bayang bagaimana mesranya bibir mereka bersatu. Apakah perasaan Irene masih sama seperti dahulu. Tetapi kenapa wanita itu masih menolak kehadirannya. Jason keliru?
" Jason!", seru Karen. Anaknya itu seolah-olah berada di dunia sendiri. Tidak menyahut atau memberi reaksi.
" Jason!!! ", tegur Karen sedikit meninggi. Kate turut menepuk lembut lengan Jason. Lelaki itu diam menyepi sejak dari tadi.
" Ha?", Jason seolah-olah baru tersedar dari tidur. Mamai.
" Kamu dengar tak apa yang mama cakap ni?", soal Karen. Panas pula hatinya bila pertanyaanya dibiarkan berlalu sepi. Sudahlah hendak berjumpa pun susah. Hendak berbincang tentang perkahwinannya dengan Kate pun seperti tidak endah.
" Ya?"
" Food tasting will be on 25th next month. At our hotel. Jangan tak datang pula", beritahu Karen.
" Ala..mamalah yang uruskan. Kate ada sudah lah. I tak perlu ada pun ", elak Jason. Malas hendak turut terlibat dalam majlis yang dia tiada hati untuk hadiri. Karen tersenyum sinis. Sudah pandai membantah ye sekarang.
" Then, I will make you move back to JB as soon as posibble! Kalau itu yang you nak !", ugut Karen. Dia sudah bagi sebegitu banyak kelonggaran. Diberi betis hendakkan peha pula. Makin melampau!
" Jason busy la ma. Hotel ni tak sampai setahun pun operasi. Banyak lagi yang kena pantau ", Jason memberi alasan. Terus segar matanya apabila disergah begitu. Dia baru nak bernafas di Kuala Lumpur. Takkan nak pindah balik ke JB.
" Ye ke pasal kerja. Bukan pasal perempuan?", tembak Karen. Dia tahu Jason masih tidak mahu berkahwin dengan Kate. Sebab itu Jason kerap beralasan. Selagi tidak dipaksa, memang akan terbantutlah impiannya untuk berbesankan Robert. Dan syarikatnya tidak dapat bergabung dengan syarikat Robert.
" Listen Jason, I don't care with all your woman. Tapi mama nak Jason focus on this wedding. Ini bukan masa untuk main-main! ", Karen sudah mula melenting. Dia menjeling tajam ke wajah Jason. Marah benar dengan sikap sambil lewa anaknya itu.
Jason kaget apabila ditenung begitu. Adakah Karen tahu apa yang dia lakukan kebelakangan ini? Tak mungkin. Karen terlalu sibuk dengan rancangan untuk mengembangkan syarikat.
Kate sekadar memerhati. Dia ingin menyebut nama Irene tetapi mematikan niatnya. Tidak mahu pertelagahan dua beranak ini bertambah teruk. Di kawasan awam pula tu. Sangat tidak sesuai!
" Don't worry aunty. Kate kan ada. Jason akan balik next month. Kan sayang ? ", lembut Kate menyampuk. Meredakan bahang yang seakan mahu menarik perhatian pelanggan berdekatan. Dia memandang Jason di sebelah dengan senyuman. Seakan meminta Jason mengiakan sahaja kata-katanya.
" Yes mom ", ringkas jawapan Jason. Itu saja cara untuk menenangkan hati Karen. Jangan membantah jika tidak mahu keadaan bertambah buruk. Jason hanya menurut. Tetapi untuk hari ini sahaja. Ya, untuk hari ini sahaja. Tekadnya.
Share this novel