Bab 27

Romance Series 24063

HIDUP Irene tidak keruan sejak diterjah oleh Jason tempoh hari. Walau pun Jason tidak lagi menemuinya, hatinya masih tidak tenteram. Dia masih berkira-kira dengan tindakkan yang akan diambil bagi menghidari Brian dari menemui Jason.

          Belum pun selesai masalah Jason, Irene dikejutkan dengan masalah Brian pula. Irene pulang awal hari ini apabila Lily menelefonnya dari taska. Mengatakan bahawa Brian bergaduh di sekolah. Tidak pernah Brian membuat perangai sebegitu . Pasti ada sesuatu yang memicu kemarahan anak lelakinya itu.

        " Apa yang berlaku sebenarnya?", tanya Irene kepada Lily apabila kawannya itu menyuakan air sejuk kepadanya. Brian menyendiri di dalam biliknya. Tidak mahu bercakap walau pun ditanya berkali-kali. Merajuk.


Walau pun kejadian itu sudah diselesaikan oleh Lily dan Brian sudah pun meminta maaf, Irene perlu tahu sebabnya. Supaya perkara yang sama tidak berulang lagi.

        " He is sensitive child Irene. Kau nampak dia okay je sebab kau menafikan perasaan dia. Berapa kali dia tanya pasal ayah dia, tapi kau mengelat ", ujar Lily. Dia tidak mahu Irene menyalahkan Brian.

       Irene terdiam apabila dibasuh begitu. Mana mampu dia menafikan hakikat sebenar.

       " Tapi sebelum ini dia tak pernah bergaduh pun ", soal Irene lagi. Ini kali pertama Brian buat perangai.

       " Sebelum ni dia tak faham apa yang kawannya cerita. Apa yang kawannya usik. Kalau kawannya pasal ayah diorang, Brian nak cerita pasal apa? Cuba kau fikir ", balas Lily lagi. Apabila kawan seusia Brian dengan bangga menceritakan perihal ayah masing-masing, Brian pasti akan rasa rendah diri. Dari rasa rendah diri itulah timbulnya pergaduhan.

       Irene meraup mukanya. Semua yang terjadi adalah berpunca dari dirinya. Rasa bersalah mula menyerbu. Kesian anaknya itu.
       
         " Aku akan tukar kelas Brian nanti. Darren tu memang suka menyakat kawan-kawan. Bukan Brian je. Tapi kau kena pujuk Brian juga. Nasihat dia baik-baik," saran Lily. Darren bukan budak yang suka bergaduh. Begitu juga Brian. Dia cuma sensitif apabila menyebut perihal bapanya. Anak kecil itu dahagakan sentuhan seorang ayah.

          "Apa aku nak buat ni Lily? Perlu ke aku temukan mereka berdua?", Irene cuba meminta pandangan teman rapatnya itu. Sementelah Jason sudah muncul kembali.

         " Kau boleh cuba", saran Irene. Kata orang kalau tak cuba kita tak tahu.

    "Tapi aku takut. Macam mana kalau dia bawa lari anak aku. Rampas anak aku. Dia orang yang berduit. Aku takut Lily. Aku takut ", suara Irene kedengaran cemas secara tidak semena-mena. Risau sekali.  

      Bagaimana sekiranya Karen tahu pula kewujudan Brian? Adakah situasi enam tahun lepas akan berlaku lagi? Itulah pekara yang paling ditakuti Irene. Dia tidak boleh menemukan mereka berdua. Walau dengan apa cara sekali pun.

          Irene gelisah. Duduknya serba tidak kena. Peristiwa enam tahun lalu terimbas kembali. Bagaimana dia menjadi seorang yang pentingkan diri sendiri. Wang yang diberikan ibu Jason telah digunakan untuk pembedahan ayahnya yang dilanggar lari. Karen sudah merancang dengan sebaiknya. Membuatkan Irene tidak dapat menolak cek yang diberi. Benarlah kata orang, duit boleh beli segalanya.

          Malang bertimpa, dia disahkan hamil apabila ayahnya sudah dibenarkan keluar hospital. Sesuatu yang tidak dijangkakan oleh Irene. Dimana silapnya? Tamparan kuat ayahnya menyedarkan kesilapannya. Semalaman Irene meratapi diri. Ibunya menyuruh Irene menggugurkan kandungan itu. Maruah keluarga perlu dijaga. Irene bersetuju pada mulanya. Tetapi entah mengapa dia lari dan tidak pernah kembali.

          Semenjak itu khabar ibu dan ayahnya hanya dapat didengari melalui Lily. Irene malu dengan dirinya. Biarlah kesalahan ini ditanggung olehnya sendiri. Hanya Lily menjadi temannya meluah rasa. Kemudian kehadiran Brian menyerikan hidupnya kembali. Membesarkan Brian di kota metropolitan ini tidak sesukar di kampung. Jiran sekitarnya tidak pernah mengambil tahu status dirinya.

           Irene melepaskan keluhan berat. Perlukah dia lari lagi? Tetapi ke mana dia nak pergi?

       " Perlu ke aku lari dari sini? ", tanya Irene lemah.

         " Irene, melarikan diri tidak menyelesaikan masalah. Malaysia ni bukan besar sangat pun. Jauh mana kau boleh lari. Dia pasti akan jejak kau punya bila dia tahu Brian tu anaknya ", Lily membantah. Jason pasti sudah tahu apabila lelaki itu muncul di depan rumah sewa mereka.

          "Kau memang tak nak berterus-terang dengan Jason ke? Ceritakan hal yang sebenar." Lily memberi cadangan. Mungkin dengan berterus terang akan melembutkan hati lelaki bernama Jason itu.

          "Lily, kenyataannya aku yang tinggalkan dia. Cinta aku ada harganya. Rm 50k. Murah kan?" Air mata Irene  mengalir laju. Hatinya turut terasa sakit saat mengingatkan kenyataan itu.

           Dahulu dia hanya mengikutkan kata hati. Kini, dia sudah menerima kesannya. Dia tidak mahu lagi mengulangi perkara yang sama. Dia perlu berfikiran waras. Enggang hanya layak terbang bersama enggang. Pipit sepertinya kena sedar diri.

          "Tapi kau terpaksakan. Berbincang la dulu", Lily cuba memujuk. Dia ingin membantu tetapi tidak tahu caranya. Fikiran orang berpangkat ini tidak sama dengan orang sepertinya dan Irene. Ego dan sombong!

          "Macam mana kalau perkara lama berlaku lagi. Karen paksa aku memilih antara orang yang aku sayang. Aku tak sanggup. Aku takut. Aku tak sanggup. ", Irene tidak sanggup memikirkan sekiranya dia terpaksa meninggalkan Brian pula. Sedangkan Jason sudah bertunang. Karen sudah semestinya ada perancangannya sendiri. Kewujudan dirinya dan Brian sudah pasti tidak akan disenangi Karen.

          "Ini saja caranya Lily. Jason dan Karen tidak perlu tahu kewujudan Brian. Aku dan Brian tidak perlu ada dalam hidup Jason. Sampai bila-bila!", tekad Irene. Apa pun yang terjadi dia akan mengelak selagi mampu. Bukankah Jason akan berkahwin dan berkeluarga sendiri. Apa yang dia cari lagi? Irene keliru.

          "Apa pun terjadi, aku akan sokong kau Irene. Aku akan bantu selagi boleh", ujar Lily lalu menarik Irene dalam pelukannya. Memberi sedikit semangat kepada Irene.

          "Thanks Lily. Kalau tak ada kau tak taulah apa jadi dengan hidup aku ", Irene mengeratkan pelukan. Berharap dapat menyerap semangat dari temannya itu.

Share this novel

siti
2024-11-19 22:51:36 

best ceritanya. terus terang jealah kan .smpi bila nak tgg sendiri,


NovelPlus Premium

The best ads free experience