Bab 20

Romance Series 24063

LOBI hotel sudah lengang. Irene mengambil kesempatan itu untuk meregangkan kakinya yang lenguh akibat berdiri terlalu lama. Ada masa sejam lagi sebelum memasuki waktu rehat. Irene kembali memaniskan muka apabila ada tetamu hotel ingin berlalu keluar. Pintu lobi dibuka luas. Irene menyilangkan tangan ke dada sambil memberi ucapan terima kasih.

Beep beep beep

           Telefon pintar bergetar-getar di dalam poket uniform Irene. Semakin kerap Jason menghantar pesanan kepadanya. Lagi tiga hari Jason akan kembali berkerja. Namun terasa begitu lama pula masa beredar. Hatinya sudah sarat dengan rindu. Amat rindu kepada kekasih hati.

          "Thank you. Please come again", sapa Irene lagi kepada tetamu dihadapannya. Anggapannya tetamu itu adalah pelanggan yang  menginap di bilik hotel dan telah selesai urusan check out. Ternyata anggapannya salah.

          "Irene Lim?", tanya lelaki berkot hitam di depannya. Muka tidak mesra langsung.

          "Ye?", akui Irene. Mengangguk sedikit.

          "Ikut saya. Puan Karen nak jumpa di bilik vvip," arah lelaki itu.

          " Siapa?", soal Irene lagi. Dia tidak kenal siapa yang diperkataan lelaki yang juga tidak dikenalinya.

         " Puan Karen. Owner of this hotel. Dia nak awak jumpa dia sekarang!", suara lelaki tadi sudah meninggi. Memarahi Irene yang masih mahu bersoal jawab. Bosnya sudah menunggu. Lagi lama dia menunggu, lagi teruk situasinya nanti.

          Irene berkerut.  Marah pulak mamat ni. Manalah dia tahu nama owner hotel ni. Irene tidak beredar terus. Dia berjumpa Ravi di kaunter lobi. Meminta kebenaran. Nanti dikatakan dia curi tulang pula.

          "Siapa kau sebut tadi?" ulang Ravi meminta kepastian. Mata Ravi membuntang. Terkejut mendengar nama itu. Nama chairman tu.

           "Puan...Karen..", sebut Irene sepatah-sepatah.

          " Kenapa dia nak jumpa kau?", Ravi bertanya pelik. Bos besar yang jarang datang hotel. Datang pun pasti bersebab. Tiba-tiba minta berjumpa pelajar praktikal. Macam tidak pernah berlaku je sebelum ni.

        Irene menjungkit bahu tidak tahu.

           " Takpalah. Pergi cepat. Nanti aku bagi tahu abang Yusri", jawab Ravi kemudiannya. Tangannya mengangkat interkom menghubungi Yusri.

          Irene mengekori lelaki yang memanggilnya tadi. Lelaki itu menekan loceng di depan pintu bilik hotel. Presiden suite tag yang tertera pada depan pintu. Hati Irene berdebar kencang. Seorang lelaki bersut hitam sama seperti yang membawanya tadi membuka pintu. Lelaki tersebut mempersilakan Irene masuk. Irene masuk ke dalam bilik yang sangat luas itu. Woah! Lebih luas dari ruang tamu rumahnya.

          Seorang wanita korporat sedang duduk dan ditangannya terdapat sebuah fail. Dua jari tangannya digerak-gerakkan kearah pintu menyuruh dua lelaki bersut hitam tadi untuk keluar. Matanya masih memandang fail. Irene menghadap betul di depan wanita itu. Berdiri tegak.

          "Jadi, awak la Irene Lim ?" tanya Karen lalu menghempaskan fail dihadapan Irene. Fail itu betul-betul jatuh dihadapannya. Karen menyuruh Irene membuka fail itu menggunakan lirikkan matanya. Irene mencapai fail itu dan melihat banyak gambar mesranya bersama Jason. Diselak fail itu sehinggalah gambar keluarganya juga dikepilkan.

          "Apa semua ni Puan? Saya tak faham?", Irene keliru. Kenapa gambarnya bersama Jason diambil? Kenapa gambar keluarganya ada disitu? Karen menyiasat latar belakangnya. Tapi kenapa?

          "You kenal I siapa?", tanya Karen dengan nada sombong.

          " Er..Puan owner hotel ni", jawab Irene perlahan. Takut pula tersalah cakap.

          "Yes. That correct. Now, you kenal Jason siapa?", tanya Karen lagi. Matanya memandang Irene dengan tajam. Seperti ada hutang ingin dituntut daripada Irene.

         " Supervisor saya ", Irene memberitahu fakta yang diketahuinya.

        "Betul juga. Dan dia juga adalah anak tunggal I. Jason Kang. Bakal pengganti I. Bakal chairman hotel ini ", jelas Karen dengan lantang. Menekankan kedudukan Jason yang sebenarnya.

        "Ha?" Mata Irene membulat besar. Terkejut. Dia tak salah dengar kan. Anak owner hotel? Sejak bila?

         "Tak mungkin. Dia tak bagitahu saya pun." Irene tidak percaya. Digeleng-geleng kepalanya berkali-kali. Tak mungkinlah? Bila masa pula dia anak orang kaya? Jason tidak pernah bercerita perihal dirinya. Atau dia yang tidak pernah bertanya. Ternyata dia masih belum mengenali Jason sepenuhnya.

          Namun Irene tetap tidak boleh menerima apa yang didengarinya ini. Dia enggan percaya.

         Karen tersenyum sinis. Budak mentah manalah yang anaknya kutip ini. Nampak naif sangat.

         " Itu tandanya you tak penting bagi dia. Sekadar hiburan dia sahaja. So, mudah kerja I . Tinggalkan Jason", arah Karen. Tegas dan keras. Dia tidak mahu membuang masa. Anaknya Jason itu perlu di atur hidupnya mengikut acuannya. Perempuan di depannya ini sangatlah tidak sesuai dengan anaknya.

         " Sa..Saya..Tapi saya cintakan dia...Tak. Saya perlu tanya Jason sendiri. Saya nak dengar dari mulutnya", Irene masih keliru. Tetapi dia perlu dengar dari Jason sendiri. Dia baru memasang berimpian untuk berjumpa Jason tiga hari lagi.

          "I nak you tinggalkan Jason sekarang. Saat ini dan ketika ini. Kalau tak family you akan terima akibatnya", ugut Karen. Irene sudah mahu menangis. Situasi ini berlaku begitu pantas. Irene belum dapat menghadam segala yang diberitahu kepadanya. Kejap!
Kenapa dengan keluarganya? Apa wanita itu dah buat dengan ibu dan bapanya? Irene kegelisahan.

        " Apa puan dah buat dengan keluarga saya?".

        Karen tersenyum sinis.

        " Well", Karen membiarkan kata-katanya tergantung bagi menyeksa perasaan Irene. Air mata Irene sudah mula mengalir. Takut dan tidak berdaya.

          " Tolonglahh, saya..", Irene sudah tersedu-sedan. Dia kelu untuk berkata-kata. Namun, Karen tidak memberikan belas ehsan pun kepadanya. Sekeping cek dilemparkan kepada Irene lalu jatuh ke kakinya.

           "Ini harga cinta you," saat Karen menghabiskan ayatnya satu panggilan dari ibu Irene membuatkan Irene tidak membuang masa lama untuk berfikir. Ada nyawa yang perlu diselamatkan. Cek dicapai dan dia meninggalkan segala-galanya. Termasuk cinta dan separuh jiwanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience