BILIK menyuarat telah dibuka. Irene dan Lisa sedang sibuk menyiapkan meja bagi client yang akan hadir bagi perjumpaan antara Medlife Insurance dengan Paradise Hotel. Lisa meletakkan air botol mineral bersaiz sederhana di atas meja. Persediaan terakhir sebelum tetamu yang dijemput datang. Sekiranya tiada masalah, kontrak antara dua syarikat akan ditandatangani hari ini. Tiba -tiba En Khairil terpacul di muka pintu.
" Dah siap semua ke? Setengah jam lagi ni En Sam nak sampai." tanya En Khairil. Matanya melilau di dalam bilik. Melihat segala persiapan yang sepatutnya sudah tersedia. Tetamu yang datang nanti bukan biasa-biasa. Jadi? Dia mahu segalanya berjalan lancar dan sempurna.
" Dah bos. " Lisa memandang En Khairil dan tangannya memberi isyarat ok. En Khairil terus menghilang. Mungkin menunggu Samuel datang. Irene mengambil tempat di sebelah Lisa. Tangannya memegang buku nota dan pen. Keperluan wajib bagi setiap mesyuarat. Entah kenapa dia disuruh menyertai juga sedangkan sebelum ini dia tidak perlu terlibat sama. En Khairil memintanya untuk berada di dalam menyuarat ini juga.
Awal pagi tadi Samuel ada menghantar whatsapp kepadanya. Memberitahu bahawa dia akan datang ke pejabat Irene. Tetapi Irene hanya membalas perkataan okay sahaja. Walau pun, di layan hambar begitu, Samuel masih lagi rajin menghantar mesej. Irene membalas ala kadar. Sementelah Samuel adalah pelanggan syarikatnya.Jangan tak pasal-pasal tak jadi sign kontrak pula. Naya dia nanti.
Setengah jam kemudian, kedengaran suara orang berbual dan ketawa di luar bilik menyuarat. Lama kelamaan suara itu semakin kuat menandakan kehadiran tetamu yang ditunggu. En Khairil diiringi Samuel memasuki pintu bilik. Dibelakang mereka terdapat seorang lelaki sedang mengekori. Gerangan yang masih tidak kelihatan kerana terlindung di sebalik tubuh sasa Samuel.
Saat wajah lelaki tersebut kelihatan, Irene tergamam. Serta merta, buku notanya terlepas dari tangan. Jason! Jerit suara hati Irene. Sungguh dia amat terkejut. Matanya buntang memandang wajah tanpam lelaki dihadapannya itu. Darahnya terasa berhenti mengalir. Jantungnya pula ingin melompat keluar. Matanya tidak berkelip dan badannya membatu. Lisa yang perasan perubahan Irene menyiku tangannya dengan kuat sambik berbisik perlahan kepada Irene.
" Kau dah kenapa?", bisik Lisa antara dengar dan tidak. Pelik melihat Irene serupa melihat hantu. Pucat lesi mukanya.
Tak mungkin! Irene tersentak. Segera dia mengambil bukunya yang jatuh. Dia cuba berlagak tenang tapi jarinya sudah mengeletar. Nafasnya tidak teratur. Rasa macam nak pitam pun ya. Dengupan jantungan laju semacam. Oh tuhan, berilah aku kekuatan! Doa Irene di dalam hati.
En Khairil membawa Samuel dan Jason menghampiri Liasa dan Irene.
"Ini Lisa, secretary saya. Dan ini pembantu saya Irene. En Sam, awak dah kenal mereka berdua kan?" En Khairil memperkenalkan Lisa dan Irene kepada Jason. Samuel hanya menggangguk. Jason menghulurkan tangan kepada Lisa. Kemudian kepada Irene. Irene menyambut tangan itu agak lambat. Dia memberanikan diri memandang wajah Jason yang berada didepannya. Masih segak dan kacak seperti dahulu. Cuma nampak lebih matang dan berkarisma. Sesuai dengan status sebagai pemilik hotel terkemuka di Johor Bahru, Hotel Armada.
Sepanjang masa di bilik itu, Irene tidak keruan. Segala perbincangan di bilik itu sudah tidak lagi memasuki otaknya. Penyaman udara seakan tidak terasa.Berbahang. Panas! Dia hanya menconteng buku notanya tanpa tujuaan. Saat matanya memandang Jason, lelaki itu sedang memandangnya tajam.
Lantas, Irene tertunduk seram. Pandangan yang dia sendiri tidak pasti. Yang pasti, dia ingin hilang saat ini. Jantungnya masih berdegup laju. Nafasnya bagaikan tersekat-sekat. Tapak tangannya basah dek peluh. Tiada tanda-tanda akan kering. Sejam yang berlalu terasa berjam-jam lamanya. Irene segera keluar apabila majlis selesai. Dia meloloskan diri dalam kesibukkan En Khairil dan Lisa melayan tetamu. Hatinya perlu ditenangkan.
Irene menenangkan diri di tempatnya. Mustahil betul! Punyalah banyak company insuran yang lain. Kenapa mesti tempat kerjanya? Irene masih tidak keruan. Tangannya masih mengeletar. Dia mencapai beg tangannya. Ingin segera meninggalkan pejabat memandangkan jam sudah menunjukkan waktu rehat. Ah, kalau bukan waktu rehat pun dia akan pergi juga. Masakan dia boleh menghadap mereka lagi.
Baru dia ingin mengangkat punggung, dinding mejanya diketuk. Samuel sedang memandangnya. Irene lantas berdiri. Dibelakang Samuel, En Khairil dan Jason turut memandangnya. Segala perhatian tertumpu kepadanya seorang. Tetapi pandangan Jason paling menikam hingga ke jantung. Membuatkan Irene cemas. Mengelabah. Tidak pernah terlintas langsung, dia akan menghadapi saat ini.
"Jom lunch Irene", ajak Samuel disambut dengan anggukkan En Khairil. Irene menelan air liur. Kelat.
Sepi. Air liur tersekat di kerongkong. Irene seperti mendengar bunyi lantunan jantungnya sendiri. Deras. Debar di dadanya hanya dia yang tahu.
" Irene?", Samuel bertanya lagi apabila ajakannya tadi tidak disambut. Jason dibelakang hanya memerhati dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Irene enggan berfikir banyak.
Lari Irene. Lariii.....
"Err..oo..okay. Tapi saaa..ya nak ke toilet dulu bos. Nanti saya turun", jawab Irene tersekat-sekat. Suaranya bergetar. En Khairil sudah memandang pelik. Irene sudah tidak kisah lagi. Dia perlu menghilangkan diri secepat mungkin. Dia mencapai telefonnya dan meluru ke tandas.
Dari jauh dia mendengar En Khairil meminta kedua tetamunya menunggu di lobi.
Irene meloloskan diri ke salah satu bilik tandas yang kosong. Penutup tandas diturunkan untuk dia duduk. Tangannya yang mengeletar mengurut dada. Menarik nafas sedalam mungkin dan menghembus panjang. Diulanginya sebanyak yang boleh. Selepas Irene dapat bertenang, dia menaip sesuatu pada telefon bimbitnya.
'En Khairil, saya sakit perutlah. Tak dapat nak follow. Sorry bos.'
- Irene
Mesej dihantar. Menempah balalah kalau dia ikut serta.
Share this novel