SEJAK kejadian memalukan itu, Irene cuba mengelak dari bertembung dengan Jason. Kalau boleh dia akan menyorok andai ternampak kelibat lelaki itu. Lagi bahagia kalau Jason tidak masuk bekerja. Namun berbeza pula dengan Jason. Dia akan mencari Irene apabila ada kelapangan. Pelbagai arahan diberikan kepada Irene mengikut kemahuanya. Dia sengaja mengusik Irene. Seakan hobinya pula. Bukan main seronok Jason membuli wanita itu.
Hari ini hari pertama Irene ditugaskan menjaga kaunter pendaftaran tanpa pengawasan Yusri. Sebelum ini dia hanya memerhati disamping membantu di bahagian pejabat hotel. Mempelajari cara hotel beroperasi yang boleh dia anggap terkemuka di Johor ini. Irene leka melakukan tugasannya sehinggalah waktu menginjak ke tengah hari dan Yusri datang menemuinya dengan membawa pesanan dari Jason.
" Bos cari kau. Kat kolam sana", beritahu Yusri.
" Hah?..Sekarang ke bang?", soal Irene. Ingatkan bosnya itu tak masuk kerja kerana dari pagi bayang Jason tidak kelihatan.
Yusri seraya mengangguk. Irene mengeluh berat. Baru nak rasa aman.
" Dahh..pergi cepat", gesa Yusri. Dia menarik bahu Irene dari belakang dan menolak wanita itu untuk segera pergi.
" Alaaa....", Irene mengeluh dengan muka hampa. Dia mengheret kakinya yang terasa berat. Yusri sekadar mengelengkan kepala.
" Irene beredar menuju ke kawasan kolam renang. Matanya melilau mencari Jason. Tiada di kolam utama. Yang ada hanya sepasang mat saleh sedang seronok bermandi manda. Irene berlalu melalui bangunan tengah dan menuju ke kolam kedua. Saiz lebih kecil dari kolam utama.
Irene dapat melihat Jason sedang memerhati salah seorang pekerja berbangsa asing sedang membuang daun-daun yang berguguran memasuki kolam renang dengan menggunakan leaf skimmer. Irene menghampiri mereka berdua.
" En Jason panggil saya ke?", tegur Irene apabila Jason sedar kehadirannya di situ.
" Okay, Irene take turn pula", arah Jason sambil mencekak pinggang. Badannya disandar pada tiang berdekatan kolam. Jaring air bertukar tangan. Kenapa pulak dia kena buat kerja cleaner ni? Irene berkerut. Dia memandang Jason meminta kepastian. Pakaian Irene ketika ini sangat tidak sesuai untuk melakukan tugas itu. Blazer dengan skirt dan kasut tumit. Biar betul!
" Nak I tolong ke?", tanya Jason dengan muka selamba. Buat-buat tak faham.
Irene mengetap gigi. Geram. Dasar salah guna kuasa betul! Jaring air dilepaskan. Dia mencabut blazer hitam dan kasut yang di pakai. Kemudian diletakkan pada kerusi yang berhampiran. Dia melihat air kolam berwarna biru. Nampak macam dalam. Kerja dimulakan. Irene mencapai jaring air dan mula mencedok sisa-sisa daun atau kotoran yang kelihatan di matanya. Lebih cepat lebih baik.
Jason memandang Irene membongkok menyedok daun di dasar kolam. Semakin asyik pula dia memerhati wanita itu. Sejak tragedi gila hari tu, Jason sentiasa mencari kesempatan untuk mengusik Irene. Ada sesuatu pada wanita itu yang membuatkan dia tertarik. Dia merenung wajah Irene. Dengan mata sepetnya menambah tarikan. Dia menilik wanita itu. Wajah Irene kecil sahaja. Mata sepet yang dihias hidung yang mancung. Matanya terhenti pada seulas bibir Irene yang cantik dioles gincu. Comel!
Irene rimas. Dari ekor matanya dapat dilihat Jason memerhati setiap langkahnya seperti cctv . Dia mula mengelabah. Kalau boleh dia mahu segera menyelesaikan tugas itu. Tanpa dia sedar ada satu jaring air lagi diatas lantai.
Gedebushh!
Irene tersadung lalu tergelincir masuk ke dalam kolam renang.
" To..long..", suara Irene tenggelam timbul. Dia tidak pandai berenang. Jason yang terkejut dengan situasi itu terus terjun sepantas kilat untuk menyelamatkan wanita itu.
Melihat air hanya paras dada, dia mencerlung ke aras Irene. Dicapainya tangan Irene yang tergapai-gapai seolah sedang meminta nyawa. Irene menangkap tangan yang dihulur. Dia terbatuk-batuk mengeluarkan air yang memasuki rongga mulut termasuk hidung.
" You ni biar betul ? Bukannya dalam pun" tanya Jason dengan rasa tidak percaya. Dahinya berkerut.
Irene meluruskan kakinya. Eh, iyalah. Tak dalam pun. Paras leher je. Kenapa dia macam rasa nak mati lemas je tadi? Dia terkebil-kebil melihat dirinya yang basah lencun. Jarinya mengelap titisan air pada mata sebelum beralih pandang pada Jason di hadapannya yang turut basah. Muka benggang.
Tak semena-mena muka Irene berubah. Dia cuba menahan gelak dan akhirnya ketawa lepas. Dia geli hati melihat muka tak puas hati Jason yang tak pasal-pasal turut kebasahan. Padan muka! Sendiri cari masalah.
" Dah. Pergi naik!", marah Jason. Bukan main seronok dia ketawakan aku. Kolam ini bukan kolam utama. Level airnya mana pernah dalam seperti kolam utama. Macam mana dia boleh lupa. Situasi panik tadi meminta tindakan spontan dari Jason. Mana sempat nak fikir.
Jason tidak menyalahkan Irene. Dia yang rajin sangat membuli wanita itu.
Irene menahan ketawanya dengan tangan. Dia mencari tangga besi untuk naik ke atas. Baru sahaja kakinya memijak anak tangga yang pertama, pinggangnya dicekak dari belakang dan badannya diangkat ke dalam air semula oleh Jason.
Keadaan itu membuatkan Irene kaku. Nafas Jason dapat didengar dengan begitu jelas di belakangnya. Fikiran Irene sudah fikir yang bukan-bukan.
" Err.. Kenapa En Jason?".
" You tunggu sini. I naik ambil towel dulu. You pakai baju putih", saran Jason. Dia memegang tangga besi dan berlalu naik mencari tuala.
Aduhai. Irene boleh nampak kesan tali branya yang berwarna hitam. Malunya. Dia menyilangkan tangan ke dada. Menunggu. Dia menyambut sehelai tuala yang dihulur Jason kemudiannya. Tuala itu diguna menutup badannya.
Jason membantu Irene untuk naik. Dia kemudiannya memberi satu lagi tuala menutupi kepala Irene keseluruhannya dan mengosok rambut Irene lembut. Membantu Irene mengeringkan rambut. Muka Irene yang tidak kelihatan itu berubah kelat. Dia seram pula dilayan sebegitu.
Tiba-tiba tangan Jason berhenti. Jikalau tadi dia mengosok lembut. Sekarang dia menukar tune. Laju dan kasar. Irene menarik tuala yang menutupi mukanya itu dan menjarakkan diri bagi mematikan tindakkan Jason. Ish, main kasar pula dia ni! Irene berdengus geram. Jason tersenyum sinis.
"I pergi ambil baju kejap", ujar Jason kemudian. Dia teringatkan baju spare di dalam keretanya. Sentiasa ada jika diperlukan apabila dia perlu ke gym.
" Hah?", Irene blur. Baju apa?
Irene ingin bertanya tetapi lelaki itu sudah berpaling untuk pergi. Tambahan pula angin petang yang bertiup mendinginkan badannya. Sejuk. Dia lantas mengambil blazer dan kasut lalu hilang di sebalik pintu tandas.
Share this novel