Bab 36

Romance Series 24063

SUASANA bilik terang benderang. Matahari sudah lama terbit. Jason melihat di pembaringan di sebelahnya. Jelas kelihatan Irene yang hanya berselimutkan selimut putih. Dia merapatkan diri. Merangkul Irene dari belakang. Tangan Irene digenggam erat. Dia bangun dan menatap wajah kesayangannya yang masih lena. Rambut Irene ditarik lembut lalu disisip ke telinga. Lebih jelas. Direnung wajah Irene dengan senyuman di bibir.

          Terbayang kejadian bermadu asmara antara mereka. Irene yang enggan pada mulanya kemudian berubah dan mengikut rentak. Akhirnya sepanjang malam Jason mengulit wanita itu. Ikutkan hatinya, tubuh itu enggan dilepaskannya lagi. Dia gembira dan bahagia. Kemudian dia mengucup kepala Irene. Betapa dia rindukan wanita itu. Hilang sudah amarahnya.

          Setelah itu dia bingkas bangun mencapai tuala. Jam di dinding menunjukkan pukul 7.15 pagi. Perutnya sudah terasa lapar. Kebulur. Jason ketawa kecil. Kerja gila betul. Tidak ingat makan minum langsung. Jason menuju ke bilik air. Bergerak perlahan agar tidak mengganggu Irene. Namun bunyi air menitis dari dalam bilik mandi mengejutkan tidur Irene. Matanya terkebil-kebil seketika. Merenung syiling putih di atas. Dia dimana?

         Irene melihat di sisinya. Kosong. Kelihatan bajunya dan baju Jason bergelimpangan di bawah katil. Irene mengetap bibir. Tangannya meramas-ramas selimut yang menutupi tubuh badannya yang tiada seurat benang. Geram. Tetapi entah pada siapa.

          Peristiwa semalam berlegar-legar di fikirannya. Irene mengeleng-ngelengkan kepalanya agar bayangan dirinya yang menikmati setiap sentuhan dari Jason itu hilang. Kenapalah dengan aku ni? Bodoh betul! Bodoh! Bodoh! Irene memarahi diri sendiri. Tangannya mengetuk-ngetuk kepalanya agar sedar kembali. Ini bukan cerita enam tahun lepas Irene!

          Kedengaran bunyi pintu bilik air dibuka tanda Jason sudah selesai membersihkan diri. Irene baring semula. Menarik selimut sehingga menutupi hidung. Hanya kelihatan dua matanya. Dia malu untuk berhadapan dengan lelaki itu selepas kejadian malam tadi.

         Jason menuju ke almari lalu mengambil sehelai tuala. Dia menuju ke arah Irene dan menarik sedikit selimut lalu menghadiahkan sebuah kucupan di bibirnya. Selamba. Irene pula yang terpana. Kemudian diletakkan tuala ditepi Irene sebelum bangun menuju ke cermin. Lagak bersahaja. Seperti tiada pergaduhan yang berlaku antara mereka.

        "Cepat siap. Kita pergi breakfast. I dah lapar. Tenaga I dah habis untuk you semalam". Jason mengarah. Muka Irene bertukar merah. Tuala dicapai untuk menutupi tubuhnya. Bibirnya dicebik. Kurang asam. Argghhh, geramnya dia! Dia mengomel dalam hati. Pakaiannya dikutip dan dibawa sekali ke dalam bilik air. Jason yang memerhatikannya melalui cermin hanya ketawa kecil melihat keletah Irene yang serba tidak kena. Sengaja dia mengusik. Bukan dia tidak nampak muka Irene sudah bertukar merah.

        Jason menyarungkan pakaiannya. Dia cuba memikirkan rancangan seterusnya sambil menunggu Irene menyiapkan diri. Dia akan memastikan lelaki bernama Jerry itu lenyap dari hidup Irene dan anaknya selama-lamanya.

        Selesai mandi, Irene menatap wajahnya di cermin. Lama. Dia serabut. Memang patut Kate memarahinya tempoh hari. Melakukan hubungan dengan tunang orang. Teruknya kau Irene. Kau nak jadi orang ketiga ke? Dah habis fikir? Irene mengeleng.

         Semua ini tidak sepatutnya berlaku. Perlu ke dia serahkan sahaja Brian kepada Jason. Ayahnya sendiri. Sememangnya Jason berhak. Jason dan Kate tentu saja mampu untuk memberikan kehidupan yang lebih baik darinya. Tetapi macam mana pula dengan dia nanti. Sanggup nak tengok Brian bergembira dengan Jason dan Kate. Perasaan cemburu pula timbul dalam hatinya. Tak! Tak boleh! Ketukkan di pintu menyedarkan Irene.

         " Irene, you okay ke kat dalam tu?", tanya Jason apabila agak lama Irene di dalam bilik air. Takkan bertapa pula dekat dalam tu.

        " Ye ye, I nak keluar ni", jawab Irene. Mukanya dibasuh sekali lagi. Air sejuk itu diperlukannya untuk dia kembali ke dunia nyata. Tiba-tiba Irene teringatkan Brian dan Lily. Pasti mereka bimbang. 

Jason terus menghantar Irene pulang apabila mereka selesai bersarapan pagi bersama. Walau pada awalnya Irene berkeras ingin terus balik.

          Pintu rumah dibuka. Kosong. Seisi rumah sudah tiada. Jason melangkah masuk. Lelaki itu menerjah tanpa dipelawa. Irene mengerling tajam. Selamba betul masuk rumah orang. Jason melihat-lihat sekeliling bak tuan rumah sedang buat lawatan mengejut.

        " Ini bilik Brian?" tanya Jason apabila berada di depan pintu bilik yang terdapat sticker kartun di depannya. Irene mengangguk. Jason membuka pintu tadi dan masuk ke dalam bilik.

       Apa lagilah lelaki ni nak? Irene menuju ke bilik anaknya. Terhenti di muka pintu. Memerhati Jason melihat bilik Brian. Jason menilik setiap satu barangan milik Brian. Dari katil pergi ke kerusi menuju ke almari. Setiap satunya disentuh bagi merasai kehidupan Brian. Enam tahun sudah terbuang. Jason mengeluh.

       " Dah habis siasat dah?", tegur Irene. Sudah macam detektif conan gayanya. Jason buat tidak tahu. Dia keluar lalu menuju ke bilik utama. Bilik nombor satu.

       " Ini bilik you kan?." Jason terus masuk tanpa kebenaran. Irene yang berlari mahu menghalang terus disambar Jason. Menarik Irene ke dalam rangkulannya dan menutup pintu bilik.

       " Apa ni?Lepaslah!", Irene menahan dada Jason dengan tangan. Tidak mahu terlalu rapat. Dadanya berdebar-debar hebat. Sukar menjangkakan tindakan lelaki itu. Jason merenung mata Irene kemudian turun ke bibir merah. Seakan-akan terpukau, Jason terus melabuhkan bibirnya disitu.

      Irene terkesima lagi. Kucupan Jason hanya sebentar tetapi meresap hingga ke hatinya. Irene terdiam. Tangan Jason mengusap lembut rambut Irene dan terhenti di leher Irene. Ditarik kembali wajah Irene dan dia kembali mengucup wanita itu. Irene memejamkan mata. Dadanya terasa kembali bergelora.

      Ahh sudah. Takkan nak sambung lagi. Irene buka mata, dan menolak Jason perlahan. Menghentikan ciuman penuh romantis sebentar tadi.

      " We should not do this", larang Irene. Jason ketawa. Kelakar pula bunyinya. Padahal lebih dari ini sudah mereka lakukan. Jason melepaskan Irene dari rangkulan. Dia merebahkan badan di atas katil pula.

       " Dah la Jason. Baliklah", halau Irene apabila melihat Jason seakan mahu lena. Jason melelapkan mata. Tidak mempedulikan kata-kata Irene.

       Aduh! Serabut! Sejak semalam Jason buat perangai gila. Terseksa betul jiwanya.

      "I nak Brian tinggal dengan I", kata Jason setelah berdiam lama. Mata masih tertutup. Hanya mulutnya yang bersuara. Keras dan tegas.

      "No. I tak setuju. Brian anak I. Dia perlu tinggal dengan I", bangkang Irene. Mata Jason kembali terbuka. Dia bingkas bangun dari katil . Duduk dan menghadap Irene yang sudah sedia ada di hadapannya.

      "I tak minta persetujuan you pun and Brian tu anak I juga." balas Jason. Mata bertentang mata. Menikam antara satu sama lain. Suasana romantis tadi berubah tegang. Irene genggam kuat jarinya. Meluat betul dia dengan sikap Jason yang satu ini. Kuku besi!

       " No. Tak boleh!", bantah Irene dengan gelengan di kepala.

       "Atau you dan Brian tinggal dengan I", cadang Jason kemudian. Irene berkerut. Mata mereka kembali bertemu. Irene menunggu penjelasan dari kata-kata Jason tadi.

       " Kita kahwin." saran Jason. Irene mengeleng. Lebih kuat dari tadi. Ini memang kerja gila. Jason ni memang gila. Dia tak ingat ke status diri dia. Selama ini dia cuba melarikan diri dari Jason kerana dia tahu perkara itu adalah mustahil. Mustahil!

      "Kahwin dengan you? You lupa ke? You tu dah ada tunang. Mana you nak letak tunang you tu? You dah nak kahwin Jason. You sedar tak ni? ", tanya Irene mengingatkan.

       " Habis tu. You nak jadi mistress I? ", selamba sahaja Jason bertanya. Berdesing telinga Irene mendengarnya. Lelaki ini memang sengaja nak menyakiti hatinya. Dia menjeling ke wajah Jason. Mulut tu rasa nak dicilikan saja.

       " You boleh melawat Brian sekali sekala. Ketika hujung minggu maybe", cadang Irene pula. Itu lebih baik dari idea gila Jason tadi.

Senyap.

       Jika saranan itu yang didengari ketika awal-awal pertemuan mereka dahulu, mungkin dia akan bersetuju. Tetapi kini situasi sudah berbeza. Dia mahukan Irene. Dia tidak akan sesekali beralah dengan lelaki bernama Jerry itu. Sama ada Brian atau Irene. Dia mahu keduanya sekali.

       " No. I tak rasa masa lawatan tu boleh menyamai kehilangan you enam tahun ni. I nak you and my son. Secara rela atau paksa ", Jason tidak mahu berkompromi. Peluang toleransi sudah ditutup.

      " You ni kan..", rungutan Irene terbantut.

       "I tak peduli la. Yang I tau you dengan Brian tinggal dengan I. And you dengar sini. I tak nak you jumpa Jerry lagi. Menyibuk je lelaki tu.", arah Jason lagi.

       "Kenapa you buat macam ni Jason? I dah banyak terhutang budi dengan Jerry. I dah janji.. ", kata-kata Irene terhenti. Dia teringatkan lamaran Jerry yang diterimanya. Teringat wajah kegembiraan Jerry yang akan dikhianatinya. Lelaki itu pasti terluka.

      "Dah. I tak nak dengar lagi! You boleh tak jangan sebut nama laki tu lagi. Sakit telinga I mendengarnya. Dah kenapa dia nak menyibuk dengan family orang lain. Dia tak ada family sendiri ke?", ujar Jason dengan riak yang menyampah. Dengar nama itu pun dah menaikkan darahnya . Jason bingkas bangun. Dia ingin beredar.

     " I benci dengan you!", marah Irene. Terhenti langkah Jason sebentar. Terkesan dihati tetapi Jason mendiamkan diri. Dia sudah tidak peduli lagi. Dia meninggalkan Irene dalam sakit hati.

❤️ Sudah baca, tolong komen. Trimas ❤️

Share this novel

Rat
2024-12-16 15:31:46 

nice story..please update

Norzilawati
2024-12-16 01:42:37 

tq update..


NovelPlus Premium

The best ads free experience