Duda Aku Pelakon Popular

Alin Alia

Romantic Comedy Series 22632
0
(0 ratings)

Synopsis

Semuanya bermula dengan satu fitnah. Satu usaha menyelamat yang disalah erti. Dan akhirnya, satu pernikahan tanpa rela terjadi. Aneesa dipaksa bernikah dengan Hud, lelaki yang diam-diam bertakhta di hatinya. Tapi bagi Hud, Aneesa hanyalah batu penghalangnya. Lebih-lebih lagi, pernikahan itu telah meragut impiannya untuk menjadi seorang pelakon. Tidak sampai sebulan usia perkahwinan mereka, Hud pula menceraikan Aneesa. Dia membawa diri dan meninggalkan kampung, yang dirasakan membawa bala kepadanya. Setelah enam tahun berlalu, Hud pulang sebagai seorang bintang terkenal. Popular, dihormati, dan namanya sentiasa meniti di bibir para peminat. Namun takdir menemukan dia dengan seseorang yang tak pernah dijangka iaitu Aneesa, bekas isterinya, yang kini berdiri sebagai jurusolek profesional. Namun saat pandangan mereka bertaut sekali lagi, Hud sedar ada sesuatu yang berbeza. Rasa yang dulu tidak pernah hadir, kini menjerat hatinya. “You're Aneesa right? My ex-wife?” - Hud “Salah orang kut. Tak mungkin Hud Arash pernah berkahwin sebelum ni? Lebih-lebih lagi awak sekarang pelakon popular. Kalau peminat-peminat awak dengar, habis karier awak nanti.” - Aneesa Tapi… mampukah cinta yang lahir lewat ini, dapat memadamkan luka lama? Atau sejarah silam mereka hanya akan terus menghantui, hingga menutup ruang bahagia? #unlockchapter © All Rights Reserved


Share this novel

Rate this story


Comments

Mama Wany
2025-11-25  1 Replies

Akhirnya bersama jugak...aduhai..tina tu dh kenapa...terdesak sgt nk publisiti rupanya..xpasal2 hud demam sbb tggu neesa nk cerita bnde sbnr...bagus hud xde simpan rahsia dgn neesa..

ct ayu
2025-11-22  1 Replies

finally ...

Mama Wany
2025-11-19  1 Replies

Aduyai...sam tu dh kenapa..dlm bilik org pun dia nk masuk...lps tu xpuas hati dia follow pulak aneesa ye...Ke dia xnk hud ade hubungan dgn pmpuan..something sgt...

Alin Alia

7710 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience